BAB 26

Family Completed 4130

Esha hanya menganggukkan wajahnya. Dia mahu lari daripada sini. Paling jauh pun, dia mahu duduk bersama dengan anak-anak asuhannya.

Bila Esha menoleh ke belakang, semua tempat sudah penuh, hanya dimeja mereka sahaja yang kosong. Dengan terpaksa, Esha duduk dimeja itu walaupun hatinya semakin resah bila menyedari mata lelaki yang bernama Maroz itu sudah tajam merenung dirinya.

Tiba-tiba, kelibat Tuan Izz turut hadir ke meja mereka setelah dia berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias. Mereka melihat lelaki yang sepertinya berumur 50-an ini, seperti orang yang lepas menangis. Ini kerana matanya kelihatan sembab dengan hidungnya merah.

Setelah dia selesai memperkenalkan dirinya kepada Ayden, Maroz dan Esha, dia turut duduk sebaris dengan Ayden dan Maroz. Merah muka Esha kerana dia duduk satu meja dengan ketiga-tiga lelaki di hadapannya kini apatah lagi bila berhadapan dengan Maroz. Sungguh hatinya terlalu resah dirasakan. Kalau boleh dia ingin lari sekarang juga.

"Assalamualaikum."

Keempat-empat mereka melihat di mana arah suara itu.

"Waalaikumsalam. Lah, dah datang Muaz. Ayden, Maroz dan Esha, perkenalkan ini Muaz. Dan Muaz, ini adalah Ayden, Maroz dan ini adalah Esha."

Tuan Izz menunjukkan nama dengan tuannya satu persatu untuk perkenalkan kepada Muaz. Muaz menyalam tangan Ayden dan Maroz sempena perkenalan dan hanya menganggukkan kepalanya kepada Esha. Esha faham lalu membalas anggukkan itu juga.

Muaz mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Ayden dan Maroz. Masing-masing bercerita sesama sendiri. Bukan main lagi mereka bertanya itu ini mengenai luka-luka yang ada pada Muaz. Sampai ada yang berkeras menyuruh Muaz membawa perkara itu ke pihak polis dan mahkamah. Manakala Esha membuang resahnya melayan salah seorang penuntut dari pusat pendidikan itu.

Tuan Izz mencapai telefon bimbitnya dari poket seluarnya, lalu membuat panggilan melalui telefon tersebut.

"Yaya, saya akan approve proposal yang awak bagi tempoh hari, tapi kali ini saya nak buat dengan Rumah As-Syifa."

Esha yang terdengar nama Rumah As-Syifa disebut oleh Tuan Izz mendongakkan kepalanya menatap wajah lelaki itu.

"Apa maksud Tuan Izz dengan Rumah As-Syifa?"

Lelaki itu hanya tergelak kecil bila mendengar pertanyaan daripada Esha.

"Pekerja saya ada membuat hari keluarga tapi saya tak izinkan. Sekarang saya mahu buat acara itu dengan Rumah As-Syifa, bolehkan Esha?"

Esha hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan hati yang lapang bila mendengar cadangan daripada Tuan Izz itu.

"Cik Esha."

Laju sahaja kepalanya mendongak bila suara Maroz memanggil. Hatinya laju berdetak mendengar suara itu. Suara itu. Sehingga sekarang ia masih setia bermain dikepalanya.

"Ya?"

Lelaki itu bangkit dari tempat duduknya lalu berjalan menghampiri Esha. Bila sudah mendekat, terus sahaja lelaki itu melutut di hadapan Esha sambil menangis meraung meminta maaf kepada wanita itu.

"Maafkan aku Esha. Maafkan aku. Ya Allah ampuni dosa-dosaku ya Allah. Maafkan aku Esha. Maafkan aku. Tolong maafkan aku Esha."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience