BAB 2

Romance Completed 24711

‘Whoops! Terkejut mak!’ Muka Adriana hampir dengan muka tuan yang bersuara tadi. Mata Adriana yang kecil rasa macam nak terkeluar je dek kerana terkejut. Suhu badannya yang normal pun meningkat ke seratus darjah selsius membuatkan mukanya menjadi merah padam kerana malu dengan apa yang terjadi padanya.

Lelaki yang berdiri dibelakang Adriana hanya selamba bergerak ke sebelahnya kerana masih menunggu jawapan dari Rina. Adriana hanya terkedu dan memandang wajah lelaki hensem yang sedang berdiri disebelahnya.

‘Wah tingginya dia ni, muka dia…kiut la! Eh, kejap tapi macam pernah tengok je dia ni!’ Matanya meneliti setiap inci wajah lelaki tu.

“Ehem! Awak ni ada masalah dengan saya ke? Apa hal awak tengok saya macam tu? Dah jatuh cinta ke?” lelaki tu menegurnya dengan senyuman yang sinis dan meninggalkan Adriana yang masih tercenggang.

‘Eh ehla perasaan sangat dia ni, eh dia ni memang pernah ku lihat, tapi aah….!’

“Excuse me Miss Adriana.” Ingatan Adriana terganggu dengan teguran Rina.

“Sila naik ke tingkat sembilan untuk berjumpa dengan Project Manager untuk temu duga dibilik Conference Indah. Miss Adriana boleh naik dengan lif yang disebelah kiri sana dan sampai je kat atas, jalan straight dan bilik Conference ada disebelah kanan. Miss tunggu je dalam bilik conference, ya? Goodluck!” Rina menerangkan dengan details supaya Adriana tak sesat.

“Okay, terima kasih ya Miss Rina.” Adriana membalas dengan senyuman dan terus jalan menuju ke lif dengan jantungnya berdegup dengan laju, badan mula rasa seram-sejuk maklumlah dah lama tak interview untuk kerja. Dalam hatinya laju saja membaca selawat dan berdoa agar semua dipermudahkan. Semakin hampir menuju ke bilik temu duga, semakin laju pulak jantungnya berdegup kencang, peluh mula keluar walaupun bangunan berhawa dingin sejuk. Pintu bilik conference dibuka dengan perlahan, takut ada yang menunggu di dalam. Bibirnya tersenyum lebar. Ad masuk dengan gaya model konon dan mengambil tempat duduk di depan sekali, tempat kerusi meja Ketua Manager! Berangan saja mentang-mentang tidak ada orang di dalam bilik itu. ‘Tak ada orang, boleh berlakon sekejap!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience