Rate

BLACK ROSE (broken inside) 27

Drama Completed 921018

Sebaik sahaja masuk ke ruangan dapur, Mawar bergegas melihat ke arah jadual masakan yang telah di aturkan oleh Syakir mengikut hari. Bola matanya bergolek membaca setiap menu untuk hari ini. Perlahan kepala di anggukkan. Kemudian, Mawar berpusing semula ingin kembali ke tempatnya.

Bedebuk!! Mawar terlanggar seseorang. Hampir sahaja dia terdorong kebelakang. Mujur susuk tubuh itu pantas meraih pinggang Mawar. Kini tubuh Mawar berada dalam dakapan Syakir yang sejak dari tadi sudah pun berada di belakangnya tanpa Mawar sedar.

Mawar tergamam seketika. Mata mereka bertaut lama. Syakir ukir senyum manis buat Mawar.

"Eheemmm....," Adam yang tiba-tiba muncul masuk ke ruangan itu berdehem bagi menyedarkan pasangan itu dari berkeadaan sebegitu dengan lebih lama. Syakir dan Mawar tersentak. Cepat-cepat Mawar menolak tangan Syakir dari terus memaut pinggangnya. Serentak mereka memandang ke arah Adam dan....

Maira!!

Jantung Mawar seakan mahu meletup di situ apabila melihat renungan tajam Maira yang seakan mahu menikam dirinya. Syakir pula kelihatan tenang tanpa rasa bersalah. Tanpa menunggu lebih lama, Mawar terus berlalu pergi ke tempatnya semula.

"Aaa... Saya pergi dulu," Adam turut meminta diri untuk beredar dari situ. Kini, tinggal Maira dan Syakir yang masih membisu sejak dari tadi. Syakir dengan wajah yang tenang terus berjalan masuk ke bilik pejabatnya. Tanpa berlengah lagi, pantas Maira mengatur langkah membontoti Syakir. Dia perlukan penjelasan lelaki itu dengan apa yang dilihat sebentar tadi.

Sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam pejabat, Maira menarik tangan Syakir. Syakir menghentikan langkah. Nafas di tarik dalam. Rambut yang menutupi alis mata di sisir ke belakang dengan jari.

"Explain," ringkas permintaan Maira. Dia tidak mahu bersangka buruk. Tetapi, dia mahu lelaki itu jujur dengannya. Mata Maira mula berkaca. Hatinya terbit rasa gusar.

"Nothing to explain. If I cakap pun, you tak kan percaya dan tak nak terima," balas Syakir tanpa nada. Dia menarik tangannya dari pegangan gadis itu. Kemudian, kakinya melangkah ke arah meja kerja. Di labuhkan punggung ke kerusi. Tanpa mempedulikan Maira, Syakir meneruskan kerjanya seperti biasa.

"Sebab dia, you buat I macam ni?" soal Maira tanpa tertahan lagi. Dadanya mula berombak kencang. Bendungan air matanya pecah dan mengalir lalu meleleh dilurah pipi gebu miliknya.

"Maira, Mawar is Kie. Wanita yang I cari selama ni," balas Syakir sambil matanya memandang ke arah Maira. Maira tergamam.

'Kie???' fikiran Maira menderas, cuba mengingati nama tersebut. Matanya masih melekat pada Syakir . Dia cuba mencari maksud sebenar kata-kata lelaki di hadapannya itu.

"Look, Maira. I tak nak teruskan pertunangan kita," tambah Syakir lagi. Maira sekali lagi tergamam. Seakan tidak percaya apa yang didengarinya. Keputusan yang dibuat lelaki itu, benar-benar mengguris hatinya. Kekecewaannya seakan menjunam ke paras yang terlalu parah di rasakan saat ini.

"No! You tak boleh buat I macam ni Syakir... You tak boleh buat I macam ni..," esakan mula berlagu di bibir gadis itu. Rasa sedih mencucuk-cucuk tangkai hatinya. Syakir tarik nafas dalam. Dia sudah menjangka, Maira tidak boleh menerima kata-katanya itu. Tetapi, dia harus jujur dan berterus-terang dengan Maira apa yang dirasakan tika ini.

"Pleaseee, Syakir.. I dah lama tunggu you.. I dah lama cintakan you. It's okay kalau you tak cintakan I. But, please, jangan batalkan pertunangan kita..," ucap Maira dengan sayu. Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak matanya. Bersungguh dia merayu lelaki itu. Sungguh dia terlalu cintakan Syakir walaupun hanya bertepuk sebelah tangan. Maira tidak peduli dengan semua itu. Yang penting, Syakir menjadi miliknya.

"Maira, you tahukan dari dulu lagi I anggap you macam adik I. Tapi, you tetap tak faham...," kata Syakir dengan nada kesal. Dia merasakan Maira tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah diraup perlahan. Syakir sudah buntu harus bagaimana lagi untuk dia membuat gadis itu faham.

"No!!! I tak kan benarkan you, batalkan pertunangan kita!! No!!!" Maira melangkah keluar dari ruangan itu dengan air mata yang masih deras mengalir ke pipi gebunya. Syakir melepaskan keluhan berat. Belakang leher yang tegang di gosok lembut. Tertekan dengan apa yang berlaku. Syakir membiarkan Maira pergi tanpa mengejar atau memujuk gadis itu. Dia berharap agar Maira dapat menerima keputusannya dengan hati yang terbuka.

MAWAR yang sedang sibuk menyediakan bahan masakan, tiba-tiba dipanggil oleh Adam. Mawar menoleh ke arah Adam dengan dahi berkerut.

Orang tengah sibuk ni!

"Apa hal?" soal Mawar dingin. Dia kembali menyambung kerja-kerjanya tanpa menoleh ke arah Adam lagi.

"Ada orang nak jumpa," balas Adam. Mawar sekali lagi menoleh ke arah Adam. Kedua keningnya terangkat. Keluhan kecil dilepaskan.

'Ada saja yang mengganggu lah!' bebel Mawar di dalam hati. Tanpa bertanya lagi, Mawar terus keluar dari ruangan dapur dan menuju ke arah susuk tubuh yang sedang menunggunya di satu sudut meja.

Jantung Mawar berdegup kencang saat melihat susuk tubuh itu. Kali kedua lelaki itu datang mencarinya di sini.

"Kenapa Dato' nak jumpa I?" soal Mawar cuba bertenang sebaik sahaja dia menghampiri lelaki itu. Dato' Khalid mengangkat wajahnya memandang ke arah Mawar. Dia tersenyum sinis.

"I nak you sign ni," tutur Dato' Khalid sambil meletakkan file tersebut di atas meja dan ditolak perlahan ke arah Mawar. Mawar hanya memandang file tersebut sambil kedua belah keningnya terangkat.

"Hari tu datang bawa sekeping kertas. Now, satu file? Apa yang you nak suruh I sign ni, Dato'?" soal Mawar sengaja walaupun dia tahu isi kandungan file tersebut. Pasti agreement bodoh itu lagi!

"I nak you sign hari ini juga memandangkan you dah selesa dengan kehidupan you yang sekarang," sinis balasan Dato' Khalid kepada anak gadisnya itu. Mata Dato' Khalid memandang sekeliling restoran tersebut dengan pandangan sinis.

"Tempat macam ni memang sesuai untuk you bekerja," tambah lelaki itu lagi. Mawar bungkam seribu bahasa. Hatinya luluh mendengar sindiran dari ayahnya sendiri. Nafas ditarik dalam. Mata dipejam kejap.

"You dah penuhi syarat I? Serahkan kesemua syer I pada Qis?" soal Mawar sebaik sahaja hatinya sedikit tenang.Wajah dingin di pamerkan kepada Dato' Khalid. Tangan dilipat ke dada.

"Buat apa serahkan pada Qis? Dia dah ada bahagian dia sendiri dalam syarikat," balas Dato' Khalid cuba bertenang. Dia sudah tidak mahu bertolak ansur lagi dengan anak gadisnya itu.

"Kalau macam tu, I tak nak sign. You boleh bawa balik dan duduk diam-diam uruskan syarikat. If you dah setuju dengan syarat I, datang sini semula," Mawar memusingkan tubuhnya dan cuba melangkah pergi dari situ. Tetapi, langkahnya terhenti apabila Dato' Khalid memanggilnya. Namun, sedikit pun dia tidak menoleh ke arah susuk tubuh lelaki itu.

"Kiera!!" keras suara Dato' Khalid menyebut nama wanita itu. Dia bangun dari duduknya sambil merenung tajam ke arah Mawar.

"Kiera jangan cabar papa! Kalau you masih berdegil, papa akan pastikan you tak kan dapat satu sen pun dari duit syarikat!!" sambung Dato' Khalid dengan nada suara yang mula meninggi. Wajahnya mula membahang. Sakit hati dengan sikap Mawar. Perlahan Mawar menoleh semula ke arah Dato' Khalid sambil tersenyum sinis.

"Papa? Am I your daughter? Sorry, I tak ingat," sinis Mawar berbicara. Wajah Dato' Khalid di renung dingin. Dato' Khalid terdiam. Pandangan matanya seakan menikam anak gadisnya itu. Mawar ukir senyum sinis.

"Oh, one more thing Dato', if you nak I sign surat persetujuan tu, ada lagi satu syarat," sambung Mawar kembali mendekati lelaki tua itu. Dia berdiri betul-betul di hadapan Dato' Khalid. Kedua belah telapak tangan ditongkat ke meja dan tubuh dibongkokkan sedikit menghampiri Dato' Khalid.

"I tak nak Zaryn, Johari and your lovely wife berada dalam company tu. Keluarkan mereka dari company my mom," satu persatu kata-kata itu ditutur keras. Dato' Khalid terkedu. Dia cuba membaca maksud kata-kata Mawar. Mata mereka bertembung lama. Kemudian, Mawar kembali berdiri tegak. Setapak dia berundur ke belakang dengan mata yang masih melekat ke arah Dato' Khalid.

"I hope semua permintaan I ditunaikan. Then, I akan sign surat tu," sambung Mawar lagi. Tenang sekali pertuturan dan riak wajahnya saat ini. Kemudian, dia terus melangkah meninggalkan Dato' Khalid yang belum habis gamamnya. Dato' Khalid meraup wajahnya kasar. Dia mula tidak sedap hati dengar apa yang diucapkan Mawar sebentar tadi. Tak mungkin anak gadisnya itu tahu tentang semuanya. Tak mungkin!!

MAWAR mengelamun jauh memikirkan setiap strategi yang harus dia aturkan untuk menghadapi Dato' Khalid akan datang. Dia berharap orang tua itu, tidak akan kembali dalam masa terdekat. Keluhan di lepaskan.

Tiba-tiba Mawar tersedar dari lamunan apabila makanan yang di masak, sudah menghangit di dalam kuali. Asap berkepul-kepul naik ke udara. Mawar panik. Sebaik sahaja asap menyapa hujung alat penyiram air di siling dapur, penggera berbunyi. Serta merta air keluar membasahi seluruh dapur. Krew-krew lain mula berlari keluar menuju ke tapak berkumpul. Hanya Mawar yang masih tercegat di tempatnya.

Api mula muncul di dalam kuali yang hangit itu, Mawar bertambah panik. Tanpa berfikir panjang, Mawar berlari mengambil alat pemadam api yang terletak di pintu masuk dapur.

Alat pemadam api di ambil. Pin keselamatan ditarik dari alat itu. Dengan pantas Mawar meluru ke arah api yang masih belum marak. Dia menghalakan muncung alat ke arah pangkal api dan tukil dari alat itu ditekan kuat. Debu putih mula memenuhi ruang dapur. Mawar terbatuk-batuk sambil meneruskan semburan. Setelah beberapa minit, Mawar berhenti. Dadanya berombak kencang menahan debar dan sesak di dada. Dia terduduk di atas lantai. Tudung yang sudah melorot ke depan di di tolak ke belakang. Entah apa rupanya sekarang.

Tidak lama selepas itu, Syakir masuk semula ke dalam ruangan dapur mencari susuk tubuh Mawar.

" Mawar!! Mawar!!" jerit Syakir cemas. Sewaktu dia bergegas keluar selepas penggera berbunyi, dia turut pergi ke kawasan berkumpul yang berada di tapak parking restoran. Tetapi, apabila susuk tubuh Mawar tiada di situ, dia kembali masuk ke dalam.

Sebaik ternampak Mawar yang terduduk di lantai, Syakir terus meluru ke arah wanita itu. Tanpa amaran, tubuh Mawar dicempung dan dibawa keluar dari restoran itu. Mawar memeluk tubuh Syakir kuat. Dia masih terbatuk-batuk sehingga dadanya terasa sakit dan perit.

Kemudian, Mawar di dudukkan di atas jalan tar tapak parking. Masing-masing mengerumuni susuk tubuh Mawar. Syakir menarik tubuh Mawar menyandar ke dadanya. Belakang Mawar ditepuk perlahan.

"Mawar, are you okay, sayang?" soal Syakir tanpa mempedulikan krew yang berada di situ. Bahu Mawar digosok lembut. Syakir melihat Mawar yang masih cuba membetulkan nafas tika itu. Krew yang lain sudah berpandangan sesama sendiri apabila mendengar panggilan Syakir terhadap Mawar.

"Adam, kau uruskan restoran. Aku nak bawa Mawar ke hospital," arah Syakir yang masih cemas melihat keadaan Mawar saat ini. Adam angguk kepala. Syakir menyeluk poket seluar mengeluarkan kunci kereta. Dia cuba mencempung tubuh Mawar untuk dibawa ke kereta miliknya.

"Encik Syakir, takpe.... saya okay," ucap Mawar dengan suara tersekat-sekat. Sekali sekala kedengaran Mawar terbatuk-batuk. Syakir kerut kening. Wajahnya mendekat ke wajah Mawar.

"You tak okay. Muka you pucat. You batuk-batuk. I takut you terhidu asap banyak and effected pada lungs you. Bahaya, sayang," lembut suara Syakir menutur kata. Diwajahnya bergayut setompok kebimbangan. Mawar mula tidak selesa dengan panggilan itu.

"Saya okay encik Syakir," perlahan Mawar menutur kata. Dia kemudiannya cuba menggagahkan diri bangun dari duduknya. Namun, tidak berjaya. Jantung Mawar seakan berdenyut laju.

"See.. You tak okay! No! I bawa you ke hospital," tegas Syakir. Lantas dia terus mencempung tubuh Mawar dan di bawa ke keretanya. Diletakkan Mawar ke tempat duduk penumpang. Mawar akur. Dia tidak mahu berbalah dengan Syakir di depan krew-krew lain.

~~~~~~~~~~

Syakir tersenyum melihat wajah serba salah Mawar. Berkali-kali wanita itu meminta maaf kepadanya atas kejadian tadi. Gara-gara Mawar mengelamun, dapur hampir terbakar.

"It's okay, Mawar. I tak marah pun. I cuma risau sangat tengok you. Kalau jadi apa-apa pada you, macam mana?" gemersik suara Syakir menutur kata. Redup matanya merenung ke arah Mawar. Mawar menelan air liur. Sungguh dia tidak selesa dengan sikap romantik Syakir tika ini.

"Tak serius pun. Kenapa sampai kena masuk wad? Saya nak balik. Baju dekat ampai tak angkat lagi," kata Mawar. Entah apa yang dia merepekkan. Dia gugup sebenarnya apabila mata Syakir masih tidak lepas merenungnya sejak dari tadi. Dia tidak selesa, sungguh tidak selesa langsung!

"You ni kelakarlah, Mawar. You nak I pergi rumah you, angkatkan baju you?" soal Syakir sambil ketawa besar. Mawar telan air liur.

Ciss!! Pengkhianat punya mulut!!! Apa yang kau merepek dengan si Shark ni Mawar oiii!!!

"If you nak I angkatkan baju you, balik nanti I singgah rumah you sekejap. Nak I tolong?" soal Syakir serius apabila melihat Mawar mendiamkan diri. Mawar tergamam sekali lagi.

Eh..eh.. serius pula dia ni! Tak kan aku nak suruh si Shark ni angkatkan panties dengan bra aku kot!! Nehi!! Nehi!!

"Takpelah encik Syakir. Takpe..," balas Mawar dengan wajah yang mula membahang. Muka di alih ke arah lain. Cuba menyorok dari dilihat lelaki itu. Syakir mengulum senyum. Dia tahu Mawar segan dengannya.

"You okay sorang-sorang ni? Ke nak I teman?" soal Syakir masih merenung Mawar. Mawar telan air liur sekali lagi. Syakir dipandang sekilas.

"Takpe. Saya okay sorang-sorang," balas Mawar tanpa melihat ke arah Syakir. Syakir mengangguk kepala tanda faham. Rambut disisir dengan celahan jarinya.

"I kena balik restoran sekarang," ujar Syakir sambil melihat jam di tangan. Mawar menoleh ke arah Syakir. Riak wajah serba salah mula timbul sekali lagi.

"Sorry," perlahan suara Mawar mengucap maaf. Syakir ukir senyum manis sambil ketawa kecil.

"It's okay. Kan I dah cakap. I tak salahkan you pun. Benda nak jadi. Yang penting you selamat. Tu je," tutur Syakir lembut. Dia berat hati untuk meninggalkan Mawar sendirian di situ. Tetapi, dia harus pergi menguruskan segalanya di restoran.

"So, got to go, sayang," ucap Syakir dengan renungan memukau. Mawar terkebil-kebil. Cepat-cepat dia mengalih pandangannya ke arah lain. Nafas ditarik dalam sehingga menyebabkan dia terbatuk-batuk. Pantas Syakir menghampiri Mawar. Belakang badan wanita itu di tepuk perlahan.

"You okay?" soal Syakir sambil mencapai air mineral dan di hulurkan kepada Mawar. Mawar menyambut air tersebut dan diteguk perlahan. Dia menolak tangan Syakir dari terus menepuk belakang badannya.

"Encik Syakir. Tolong jangan panggil saya dengan panggilan tu. Kita bukan lagi macam dulu," tutur Mawar tanpa memandang ke arah Syakir. Syakir diam. Dia menarik nafas dalam.

"I pergi dulu," ucap Syakir lantas kakinya di hayunkan ke arah pintu bilik wad. Setelah lelaki itu keluar, Mawar menoleh ke arah pintu yang perlahan-lahan tertutup itu. Dia mengeluh berat. Fikirannya mula serabut. Entah apa akan jadi selepas ini. Pasti krew-krew di restoran bercakap tentang mereka dan apa yang dia bimbangkan, perkara itu sampai ke telinga Maira. Tudung dicabut dari kepala dan di merebahkan dirinya ke katil. Perlahan mata tertutup dan akhirnya Mawar terlelap.

bersambung...

happy reading...

Share this novel

Linie Lan Jinol
2020-12-14 18:53:24 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience