Ziana yang dalam keseronokan tiba-tiba berubah kepada ketakutan. Pertama kali dia di ancam begitu. Dia di dalam dilema. Pilihan yang ada jika dia berpisah dengan Remy, dia tidak akan dapat menikmati kemewahan yang semua wanita idamkan. Hubungannya yang telah jauh sampai ke tahap bertenang kini huru-hara. Gara-gara terbongkar hubungan sulit mereka. Ziana runsing dan berbual bersama Mimi di tepi tasik. Mimi yang kelihatan ceria ditegur oleh Ziana. “Ada apa-apa yang istimewa kah, senyum-senyum begini?”. Mimi menjawab “Ya, I nak teruskan juga hubungan I dengan Sugar Daddy I bukan sebagai perempuan simpanannya lagi. Tapi sebagai isterinya dan I akan singkirkan isterinya itu. I patut dapat gelaran Datin tu kerana I pandai jaga keperluan Sugar Daddy I. Ziana pun sependapat tidaklah sampai inginkan Datin Lyn berpisah dengan Remy.
BERSAMBUNG
Share this novel