BAB 4

Romantic Comedy Completed 16913

Dada Haziq mulai naik turun. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Aliran darah juga mengalir dengan sangat laju di dalam badannya. Kalaulah darah boleh memancut keluar dari kepalanya, mesti dah jadi macam air terjun.

Suraya memandang Haziq, wajahnya masih lagi selamba. Dia tahu Haziq marah, tapi itu sahaja idea yang melekat di fikirannya sekarang ini. Itulah jalan penyelesaian yang terbaik.

“Cuba kau ulang lagi sekali.” Kata Haziq dalam nada yang sedikit keras.

“Apa kata.. Kau kahwin je dengan si Aliya tu? Kan senang !”

“Senang kepala otak kau ! Kau nak tengok tangga kat rumah tu terbalik ke ? Ni bukannya nak bina rumahtangga, ni namanya nak menjahanamkan tangga kat rumah !” kata Haziq penuh emosi. Idea yang Suraya berikan bukanlah teruk mana, tapi bila difikirkan keadaan dia dan Aliya, Haziq rasa ragu-ragu dengan ke-efektif-an rancangan tersebut.

Suraya mengangguk perlahan. Dia sedar akan kebenarannya, tetapi dia juga sedar. Suraya merasakan idea itu lebih baik daripada dirinya sendiri yang berkahwin dengan Haziq. Lantas, Aliya yang menjadi sasaran. “Alaa.. Ini idea je.. Cuba kau dengar idea aku dulu. Kau ajak Aliya kahwin, bawak dia balik jumpa mak kau, korang kahwin.. Lepas tu, hidup korang berdua macam biasa la.. Kau tak kongkong hidup dia, dia pun tak kacau hidup kau. Demi mak kau, Haziq.. Come on la..”

“Aku tak kawtim dengan dia. Tau tak? Tak kawtim!” kata Haziq beriya sambil mengaitkan dua jari telunjuknya. Suraya tersenyum kecil. Dia meniru gaya Haziq.

“Memanglah korang tak kawtim, sebab tu aku cadangkan Aliya tu kat kau.. Cuba kau cerita kat aku, mana kau nak cekau orang yang boleh kawtim dengan kau dalam masa terdekat ni?” Suraya mengenakan Haziq semula. Dia tahu, Haziq tiada jawapan untuk soalan itu.

“Serius aku cakap.. Sekarang ni, cuma Aliya je yang ada. Walaupun korang selalu bergaduh, tapi kau dengan dia dah memang tahu perangai satu sama lain. Kau kenal dia, dia kenal kau. Daripada kau pilih mana-mana perempuan yang kau tak tahu asal usul, perangai diorang macam mana, lebih baik dengan Aliya Raihana tu je.. Dia tu pun bukannya teruk sangat. Dahlah cantik, ada kerja sendiri. Memang confirmlah dia takkan susahkan kau bab-bab duit ni. Perangai pun elok juga.. Kecuali dengan kau je la kan.. Tapi dengan aku, dengan Farizul.. Dia layan kitorang macam biasa je..” Panjang lebar Suraya memberi alasan, sempat juga dia melobi Aliya. Sorry, Aliya.. Cuma kau je yang ada sekarang ni..bisik hati Suraya.

“Ya Allah!” berterbangan semua perbualannya dengan Suraya tadi. Mata Haziq membulat, menggelabah dia menjengah ke bahagian depan. Dia tersondol kereta depan! Macam mana ni?

Haziq cepat-cepat turun daripada keretanya dan memeriksa jika keretanya tercalar. Bumper belakang kereta yang dilanggarnya itu pun diperiksa sekali. Alamak, calarlah kereta dia.. Matilah aku.. Ni semua gara-gara Aliya! Pening kepala fikir pasal benda ni, sampaikan traffic light dah merah pun tak perasan!

“Ya Allah, habis kereta aku!” kedengaran suara seorang perempuan di belakang. Sakit hati empunya kereta. Terkejut juga dia apabila keretanya ‘dicium’ daripada belakang. Haziq sudah gelabah. Dia ingin menoleh, meminta maaf, tetapi lidahnya jadi kelu.

“Kau lagi?! Ya Allah, nasib malang apalah agaknya aku ni, kan? Haziq oii, dah dahlah kau benci aku.. Takkanlah kereta aku pun kau benci jugak !” marah Aliya sambil menghentak kakinya berkali-kali. Haziq mulai cuak. Dia sedar, dia yang bersalah dalam hal ini.

Aliya menolak Haziq yang masih lagi kaku ke tepi. Dia ingin memeriksa kereta kesayangannya sekali lagi. Wajahnya mencuka tiba-tiba.

“Huu.. Kesian boyfriend aku..” Aliya bercakap sendiri sambil mengusap-usap bumper kereta Peugeotnya. Haziq hanya memerhatikan sahaja Aliya. Entah kenapa, hari ini dia seakan dapat melihat sisi baru Aliya. Mungkin selepas Suraya penat melobinya.

Aliya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar slack yang dipakai, lalu mendail nombor seseorang. Haziq ralit memerhatikan gadis itu.

“Hello.. Ayah.. Huaaa, habis boyfriend adik ni.. Ayah, kereta adik kena langgar.. Apa? Alaa, ayah datanglah sini.. Tak nak, nak ayah jugak..” Aliya merengek, meminta ayahnya datang ke sini. Meski ayahnya meminta abangnya sahaja yang datang, Aliya tetap tidak mahu. Dia hanya mahukan ayahnya sahaja. Tiba-tiba wajah Aliya menjadi ceria. “Okay! Ayah datang tau.. Alaa, tepat-tepat kat traffic light depan company ni.. Yeayyy! Bye, ayah.. Saaayang ayah.” Aliya sudah tersenyum bahagia. Ayahnya akan datang ke sini sekejap lagi. Dah puas tersengih sendiri, barulah Aliya sedar yang Haziq masih berdiri di sebelahnya. Dia memandang Haziq, yang seakan tenggelam dengan dunianya.

Aliya bingung apabila Haziq memandangnya tidak berkedip walaupun sekali. Dia menolak lembut bahu Haziq. “Weh..” Haziq masih lagi dalam dunianya sendiri. “Ehh, mamat ni. Dah langgar kereta aku, boleh termenung pulak. Ke dia tengah tidur berdiri ni? Ada ke orang tidur berdiri? Adalah kot..” Aliya bercakap dengan dirinya sendiri. Untuk seketika, dia terasa seram pula. Kenapa dengan musuh tradisinya ni? Dah bisu ke?

“Hoii!” Aliya menyergah Haziq dengan kuat, sehinggakan lelaki itu kembali berpijak ke alam nyata.

“Kau ni dah kenapa? Dah langgar kereta aku, nak termenung pulak kat sini! Ni.. Macam mana nak settle ni? Cuba kau cakap sikit..” Aliya kembali kepada dirinya sendiri. Jika tadi, dia merengek persis anak kecil, sekarang singa betinanya dah keluar semula. Haziq tersenyum. Aliya pula yang terasa lain. Tak pernah sekalipun Haziq tersenyum kepadanya.

“Jom kita kahwin.” Melopong Aliya saat itu. Liurnya ditelan dengan kelat dan payah. Matanya dikedipkan berkali-kali. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aliya bertanya dengan dirinya sendiri.

“Aliya Raihana.. Sudi tak awak kahwin dengan saya?” Kata Haziq penuh romantis, hanya tangannya yang dihulurkan kepada Aliya. Aliya masih lagi terpaku. Saat itu, dia terasa hanya dia dan Haziq yang ada di situ. Perlahan-lahan, hatinya terasa sesuatu yang lain. Sementara matanya dan mata Haziq masih lagi saling bertatapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience