Ustaz Sani melihat keadaan Hani. Dia menarik nafas panjang. Dia membaca beberapa surah Al-Quran. Kemudian dia berdiam diri sebentar, seperti bertafakur lagaknya. Puan Faridah dan Tuan Kamal hanya memerhati. Mereka sangat berharap agar Ustaz Sani dapat menyedarkan Hani dari tidur panjangnya. Dah masuk 3 hari anak mereka tidak bangun-bangun. Ustaz Sani membuka mata. Lalu mengeleng-geleng kepalanya.
“Ustaz, macam mana?”soal Puan Faridah.
“Anak Puan sekarang ada di alam bunian. Ada bunian membawanya pergi ketika dia sedang tidur. Alhamdulillah, saya dah bercakap dengan wakil mereka. Katanya dia tak boleh bawa Hani pulang selagi jin jahat yang dibela ayah kamu tak dihapuskan.”
“Jin jahat apa pula ni, ustaz? Sejak bila ayah saya membela?”Puan Faridah seakan tidak percaya dengan kata-kata Ustaz Sani.
“Wallahualam, Puan.. Saya pun tak pasti sejauh mana kata-kata dia. Tahu ajelah, kaum mereka banyak tipu helah. Sebaiknya, Puan berbincang sendiri dengan ayah Puan. Kalau ada apa-apa, Puan boleh beritahu saya. InsyaAllah saya tolong mana yang termampu.”
“Ya Allah.. Kalau betul apa yang bunian tu cakap, kita kena buat sesuatu. Patutlah ayah macam tak ambil tahu sangat pasal Hani.”
“Sabar dulu, Puan. Kita tak tahu kesahihannya lagi. Lebih baik Puan dan Tuan berbincang dulu dengan ayah Puan dan Tuan. Tak mengapalah, saya pulang dulu. Kalau ada apa-apa jangan segan telefon saya. Assalamualaikum.” Ustaz Sani meminta diri untuk pulang. Harapnya perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin. Bahaya juga untuk diri Hani jika terlalu lama di alam sana. Ustaz Sani membuka pintu kereta, tanpa dia sedar ada mata memerhatikan dirinya..
Soleh terjaga dari tidurnya. Dia sudah agak perkara ini akan terjadi. Pasti akan ada orang dari sana mencari Hani. Dia tiada pilihan lain selain memberitahu perkara sebenar kepada pihak sana. Mereka harus bekerjasama. Kalau tidak, lebih lamalah Hani di sini. Kasihan gadis itu.
Hani pula tidak dapat melelapkan matanya. Terasa asing disini. Dia rindukan ibu dan ayahnya. Pasti mereka risau. Dia pula seakan tidak percaya bunian itu wujud. Selama ini dia fikir bunian hanya cerita rekaan manusia. Rupanya tidak, buktinya sekarang dia terperangkap di alam bunian. Orang kata sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia. Bunian juga adalah bangsa jin. Tapi apa yang dia lihat, bunian di sini baik-baik sahaja. Entahlah, dia keliru.
Pagi itu Mak Inang mengajak Hani ke pasar ikan. Hani hanya menurut. Sebenarnya, Mak Inang juga jarang ke pasar. Dia cuma mahu menghiburkan Hani. Jika tidak, dia hanya dirumah. Soleh akan membawa pulang ikan setiap pagi. Sayur dan ulam-ulaman hanya dipetik di sekitar rumah. Soleh sudah memberitahu dia bahawa malam tadi ada yang mencari Hani. Namun anaknya itu tak akan pulangkan Hani selagi belaan atuk Husein belum dihapus.
Sejujurnya Mak Inang berkenan dengan Hani. Sejuk matanya memandang gadis itu. Jikalau sahaja gadis itu sebangsa dengannya, pasti dia akan kahwinkan Soleh bersama Hani. Tapi dia sedar, bangsanya dan bangsa Hani tak mungkin dapat bersatu. Dulu, Mak Inang juga punya menantu. Tapi tidak lama, menantunya meninggal dunia. Tinggallah Soleh terkontang-kanting sendirian. Mujur saja dirinya masih hidup, bolehlah dia menjaga anak tunggalnya itu.
Hani melihat gerai-gerai yang ada di pasar. Semuanya diperbuat dari buluh beratapkan nipah. Kaum lelaki semuanya melilit kain di kepala. Perempuan pula berselendang tapi cuma sekadar meletakkan di atas kepala. Banyak mata memandangnya pelik tapi cuma sebentar. Pasti mereka tahu bahawa Hani manusia. Mak Inang memilih ikan dan sayuran, Hani cuma mengikut dari belakang.
“Ayah, Dah dengan Kamal ada perkara sikit nak bincang dengan ayah.”Puan Faridah menegur ayahnya yang sedang duduk berehat didepan tv.
“Ayah dah tahu apa yang kamu berdua nak bincangkan. Duduklah.”Puan Faridah dan Tuan Kamal duduk dihadapan atuk Husein. Berdebar juga hati mereka.
“Dah, Kamal.. Ayah dah tua. Bila-bila Allah boleh tarik nyawa ayah ni. Ayah dah tak berdaya. Dulu waktu muda ayah ‘lagha’. Lupa semua ajaranNya. Apa yang Dia suruh buat, ayah tak buat. Apa yang Dia larang, itulah yang ayah buat. Sebenarnya dah lama ayah nak beritahu kamu. Tapi benda tu larang ayah. Dia cakap kalau ayah bagitahu kamu berdua, mungkin kamu takkan balik ke sini lagi. Ayah takut, ayah takut kamu takkan balik lagi kesini. Ayah takut kamu akan lupakan ayah. Ayah dah tua, nak. Tolonglah ayah, bantu ayah. Ayah dah tak tahu nak buat apa lagi. Benda tu mengamuk marahkan ayah. Ayah tak sangka selama ni Siak dan anaknya perhatikan ayah. Mereka menjaga Hani anak kamu.”atuk Husein menceritakan segalanya.
Sudah lama dia nak buang benda tu tapi tak boleh selagi dia tak serahkan Hani. Itu perjanjian mereka. Sekarang atuk Husein sudah sesal, mana mungkin dia akan serahkan satu-satunya cucu yang dia ada. Lagipula, masa dia buat perjanjian itu dia tidak fikir panjang. Hani juga belum lahir saat itu. Fikirannya betul-betul dihasut syaitan ketika itu.
“Ya Allah, ayah.. Tergamak ayah buat semua ni. Ayah tahu tak Hani tu cucu ayah? Anak Dah dan Kamal! Kasihan Hani.. Akibat dari perbuatan terkutuk ayah ni, anak Dah yang jadi mangsa. Kenapa ayah buat semua ni? Ayah tak fikir Allah ke? Sekarang ni macam mana kalau bunian tu taknak pulangkan Hani?”marah betul Puan Faridah bila dengar cerita ayahnya.
Langsung tak disangka ayah dia sendiri sanggup buat perkara begini. Tuan Kamal juga geram tapi tak ada apa yang boleh dibuat. Perkara dah berlaku. Sekarang yang utama cumalah bawa Hani pulang ke dunia nyata.
“Maafkan ayah, Dah. Maafkan ayah, Kamal. Dulu hidup kita susah. Nak makan nasi sekali sehari pun belum tentu ayah dapat bagi. Ayah kasihankan kamu dan mak kamu waktu itu. Ayah tak fikir panjang. Lepas ayah jumpa tok bomoh tu, kita hidup senang. Jangankan makan nasi sekali sehari, makan ayam tiap hari pon ayah dah mampu bagi. Maafkan ayah, nak.. Tolong ayah buang benda ni.”Atuk Husein seakan merayu. Dia dah tak kuat macam dulu. Sungguh, dia sesal!
“Baiklah, ayah. Kami boleh bantu ayah. Esok Kamal panggil Ustaz Sani. Kita minta pertolongan dia.”Ya. Hanya itu cara yang boleh dilakukan. InsyaAllah dengan izin Allah.
Ustaz Sani memulakan rawatan. Dia baca ayat Al-Quran meminta pertolongan dari Allah. Atuk Husein disuruh melunjurkan kaki kearahnya. Dia ambil sebiji lada hitam lalu ditekan di ibu jari kaki atuk Husein. Menjerit orang tua itu.
“Kau nak apa? Kenapa kau kacau aku? Aku tak cari pasal pun dengan kau!”atuk Husein memarahi Ustaz Sani. Atau lebih tepat, jin jahat itu yang bersuara. Cuma menggunakan jasad atuk Husein.
“Aku bukan nak cari pasal dengan kau. Aku cuma nak minta kau tinggalkan orang tua ni. Lupakan perjanjian kau dengan dia. Dia dah taknak kau."
“Hahaha.. Aku takkan lepas dia! Dia dah berjanji dengan aku nak bagi cucu dia kepada aku. Janji harus ditunaikan. Aku takkan pergi selagi aku tak dapat perempuan ni.”
“Mana boleh. Kau jin, dia manusia. Mana boleh bersama.”
“Kenapa pula tak boleh? Anak Siak tu ambil boleh pula? Dia pun jin macam aku juga!”
“Ya aku tahu. Tapi dia cuma ambil sekejap je. Bila kau pergi, dia pulangkan semula.”Ustaz Sani masih memujuk. Dia tahu benda ini berkeras. Bukan perkara mudah.
“Aku ada tawaran untuk kau. Kau nak dengar?”
“Apa dia?”
“Kau masuk islam. Aku hantar kau pergi Mekah, buat haji. Kat sana kau boleh beribadat kepada Allah. Ramai kawan-kawan kat sana.”
“Islam? Aku dah ada agama aku sendiri. Kenapa pula aku nak masuk agama kau?”Dia sedikit marah. Laju dengusannya.
Dia menjeling tajam kepada Ustaz Sani. Dapatkah Ustaz Sani memujuk jin itu? Dapatkah Hani pulang segera? Kasihan Hani.. Kasihan juga atuk Husein, pasti badannya sakit-sakit akibat dari jin jahat itu..
Share this novel