"Amacam Mika? Naga yang dah bertahun-tahun kau kail tu dah sangkut tak?"
Mikael merengus.Siot punya kawan.Sesuka hati je panggil Nurin tu naga. Dah tu siap perli bagai. Mentanglah nama aku Mikael.. Sesedap maggi cukup rasa kau ehh Sam? Hebat-hebat rasa maggi cukup rasa.. Eh??
"Hello!! Naga yang kau dok kutuk-kutuk tu bini aku tau tak?Sesuka mak saudara angkat sepupu tiri lain mak bapak jiran belakang kampung seberang kau je panggil dia naga ye.." Sam tergelak.
"Aku heran la dengan kau ni Mika.. Apa yang ada pada Nurin tu yang buat kau tergedik-gedik dekat dia? Selalu aku tengok orang pompuan ni yang tergedik dekat lelaki. Kes kau ni terbalik la pulak." Mikael senyum.
"Aku gedik dengan dia sorang je.. Bukan dengan pompuan lain ntah apa-apa ntah kat luar sana tu.. Ganas-ganas Nurin tahap naga pun, tak pernah lagi dia telan aku. Setakat sembur lava ada lah.."
"Habis tu kau rela seumur hidup kena sembur dek naga tu?"
"Naga.. Naga.. Dia ada nama la Sam. Nama dia Nurin Syakirah. Isteri kepada Mikael Aathif Edward Lee. Hmm pompuan ni macam kerak nasi je. Lama-lama nanti dia lembut jugak."
"Tapi naga tu kan tua dari kita.. Kau tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu?" Mikael menjeling tajam. Sam hanya tersengih. Faham sangat maksud jelingan Mikael tu. Marah sangat kalau gelar isteri kesayangan dia 'naga'.
"Aku tahu la Sam.. Dah bertahun aku kenal Nurin. Sebab tu nama Nurin dah terukir kemas dalam hati aku ni."
"Weeeiii mangkuk!!! Kau tak reti putus asa ke? Bertahun kau pikat dia. Macam-macam kau buat tapi satu pun tak jalan."
Mikael tersenyum..Mangkuk??Semerta fikirinnya melayang mengingatkan isteri tersayang. Kejadian sewaktu malam kebudayaan itu masih segar diingatannya. Rasanya baru semalam dia menerima simbahan jus oren dari Nurin. Padahal sudah hampir 5 tahun peristiwa itu berlalu. Dia tersenyum lagi. Sungguh rasa cintanya buat wanita itu sangat dalam. Tangan menyentuh dada kirinya. Berdebar. Dan debaran itu hanya untuk isterinya. Hanya untuk seorang Nurin Syakirah!
Dijatuhkan pandangan ke arah temannya. Kepala digeleng perlahan.
"Aku sayang kau Sam. Sama macam aku sayangkan Nurin. Tapi buat Nurin lebih sikit lah.. Nak sayang kau lebih buat apa.. Biarpun korang selalu gelar aku mangkuk,tapi takde lah nampak macam mangkuk sangat kan?" Meletus tawa Sam.
"Sesudah lah naik lori tu Mika..Lain kali naik pikap,bro.. Laju sikit." Lambat pick up betullah mamat sorang ni.Nasib saja tak lurus bin bendul.
"Bro..bro..Kau ingat aku beruk ke, sampah?" Serentak itu Mikael meninggalkan Sam terpinga-pinga.
"What??Sampah??Weeiii nama aku Sam la mangkuk! Sesuka hati kau je tambah pah kat belakang nama aku tu!"
Sam menepuk dahi.Sentap pulak dia.
"Hai lah kawan aku sorang ni! Ingatkan lambat pick up. Rupanya tak! Dikatakan lurus bin bendul pun tak jugak. Kalau dengan aku, sesikit sentap. Sesikit sentap. Kalau dengan Nurin dah hampir 13 tahun tapi tak reti nak makan hati pulak! Kalau aku memang confirm cabut dah. Mana tak cabut.. Cinta dah basi dah! Apa deerrrr.."
Share this novel