MJ to the rescue !

Fanfiction - KPOP Completed 640

"Wuu..."Ji Eun masih dengan tangisnya.Ji Eun masih berada di dalam pelukan Min Jae.MJ memeluknya erat.Simpatinya melimpah ruah."Ji Eun..."
Panggil Min Jae.Ji Eun mengelap air matanya lagi."Ya... MJ oppa..
Terima kasih,ya..."Ujar Ji Eun dengan sendu.Min Jae tersenyum."Sama-sama.
Kenapa dengan diorang tadi tu?"Soal Min Jae namun tanpa sengaja matanya terpandang ke bahagian dada Ji Eun yang sedikit terdedah."Dengki."Jawab Ji Eun yang masih tidak menyedari riak wajah Min Jae.Min Jae membuka jaketnya,lalu dengan pantas dipakaikannya kepada Ji Eun.Ji Eun yang baru menyedari apa yabg berlaku,terdiam kaku.Sesaat kemudian wajahnya berubah merah.
"Umm... terima kasih."Ujar Ji Eun dengan senyuman yang dipaksa.Min Jae mendekati Ji Eun.Dia tahu Ji Eun malu,tetapi wajah Ji Eun terlihat sungguh comel ketika malu.Apatah lagi skirt Ji Eun yang sudah terkoyak itu membuatkannya kelihatan seksi.Hati Ji Eun berkocak bagai mahu gila,wajah Min Jae semakin dekat.
'Apa yang dia cuba buat ni !'Bisik hati Ji Eun.
Apabila wajah Min Jae semakin dekat,Ji Eun menutup kedua belah matanya dengan rapat.Min Jae menahan tawanya.
Spontan tangannya membawa sisa anak rambut Ji Eun yang menutup sebahagian wajahnya,dibawa ke belakang rambut.
Wajah Ji Eun semakin memerah.
"Awak jangan risau,saya takkan buat benda yang tak senonoh pada awak.Lagipun driver kat depan tu.Malulah kalau dia nampak,kan?"Ujar Min Jae bersama senyuman menawan.
Ji Eun menunduk memandang kakinya.
"Alamak ! Saya tak boleh balik rumah dalam keadaan macam ni,MJ ! Nanti eomma saya tanya banyak !"Ujar Ji Eun yang sudah mula menggelabah.
"Apa susah,awak bagitahu ajelah benda betulnya."Ujar Min Jae dengan mudah.
Ji Eun menggelengkan kepalanya berkali-kali.Air matanya mula mencurah turun.
Giliran Min Jae pula yang menggelabah.
"Okey,okey..."
Spontan otak Min Jae mendapat idea.Jika tentang Ji Eun,otaknya memang laju berjalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience