Tiket penerbangan di tenung lama, Ellya masih berfikir. Sediakah dia? Dia hanya harapkan penyakitnya sembuh dan dapat pulang ke Malaysia dengan sihat.
"Tenung apa lagi tu sayang?"
Irsyad mencuit lengan isterinya. Dia lah orang yang paling gembira saat mereka ingin berlepas, dia yakin Ellya boleh sembuh.
"Takda apa. Saya cuma fikir..nak sihat je.." Ellya cuba menyedapkan hatinya.
"Saya yakin awak akan sembuh tau. Yakin pada illahi juga, kita hanya mampu merancang dia yang menentukan"
Saat Irsyad berkata begitu, Ellya terlebih dahulu tersentuh akan ayat 'illahi' Irsyad. Jika ajalnya di negara orang. Bagaimana dia? Adakah dia hanya menyusahkan suaminya? Atok? Una? Itu sahaja yang di fikirkan.
Sambil berfikir dia juga sudah terlelap, penat mungkin.
Irsyad pula sebelum berlepas, dia mendapat berita bahawa keluarga Tania telah datang ke rumah keluarganya. Dia redha, dia harus menghadapi ini semua. Tetapi dia minta diberi masa untuk Ellya sembuh dan dia akan menyelesaikan perkara tersebut. Jauh disudut hatinya tidak mahu Ellya bermadu, jika keadaan tidak mengizinkan dia untuk berbuat demikian, Ellya pasti akan mendapat kasih sayang nya lebih dari Tania jika mereka bermadu. Pelbagai perkara yang berlegar di fikirannya. Ada yang seperti realiti, dimana Tania boleh berbuat benda bukan bukan terhadap Ellya. Betul kah?
Semakin banyak perkara yang dia fikir..semakin rapat kelopak matanya terpejam dek kerana khayalannya..dia terlena..
____________
Pengumuman dibuat menandakan mereka telah selamat sampai di tanah London..
"Sayang..bangun..kita dah sampai ni.." Ellya mengejut Irsyad
Terpisat pisat Irsyad mengesat matanya untuk buka lebih besar.
"Huh dah sampai.. haa jom jom" dengan keadaannya yang mamai, Ellya hanya mampu gelak. Irsyad terlupa untuk membuka tali pinggang keselamatannya.
Tergelak kecil Ellya
"Eee tak baik tau isteri gelakkan suami..patutnya awak membantu.."
"Taknak..wekkk" Ellya terlebih dahulu bangun. Oleh kerana dia sudah mampu berjalan tetapi tidak boleh jalan seperti orang biasa..dia mudah penat.
Diekori oleh Irsyad..Irsyad meletakkan tangannya di bahu Ellya. Mereka berjalan dengan berpelukan..sungguh romantis.
"CHUPP!" Dihadiahkan ciuman di pipi Ellya.
"Eh..takboleh nak tunggu dulu ke? Malu kat orang tau"
"Alahh..ni bukan Malaysia pun. Tengok org tu. takda siapa tengok pun. Lagipun kita bukannya haram.." sambil jarinya menunjukkan ke arah pasangan yang sedang bercumbu di seberang jalan. Mereka menunggu orang yang telah diarahkan Irsyad untuk membawa mereka.
______________
"Hello, Mr Irsyad right?" Seorang lelaki menegur. Lelaki itu berbadan besar. Terkejut juga Irsyad memandangnya kerana tampak lelaki itu lebih besar darinya.
"Yeah..and you..Hameed?" Irsyad menyebut namanya. Ya Hameed, lelaki itu berkacukan Arab/london/Melayu. Hameed sudah lama berkawan dengan Haris jadi dia memperkenalkan Hameed kepada Irsyad. Supaya perjalanan mereka senang untuk kemana mana.
"Yes..& i can speak malay a lil bit.." jawab Hameed.
"Oh good...this is my wife Ellya. You can call her El.. and me Irsyad..don't call me Mr/Sir we are friend"
"Alright Irsyad & El.. welcome to London..as i knew your intentions to come here for what..i think it's pleasure for me to serve you with beautiful view first"
"Sure. Then we go for restaurants, we might be hungry later hahaha" Cadang Irsyad.
Ellya hanya berdiam diri..jelas kelihatan wajahnya letih.
Namun saat Hameed membawa mereka berjalan menikmati suasana Indah itu Ellya sungguh teruja..
"Cantiknyaa awak kat sini.."
"Tapi.. cantik lagi isteri saya ni tau.." puji Irsyad.
Ellya sudah tersipu malu. Menampar peha milik Irsyad.
"Ada ada je.."
Hameed yang melihat kemesraan pasangan itu tidak mahu mengacau..
"Irsyad? Shall we?" Hameed mengajak mereka untuk masuk di sebuah restoran masakan Melayu.
"Yeah sure" sambil mengangguk Irsyad meraba perutnya, lapar betul.
Dia juga menoleh kearah isterinya yang seperti kebudak budakan teruja melihat di luar tingkap kereta suasana di London..
"Sayang lapar tak?"
Laju anggukan Ellya..
"Kita makan dulu eh..lepastu nanti kita balik rehat nanti kalau sayang larat kita jalan lagi okay?"
"Baik boss" Ellya menjawab.
Irsyad menarik perlahan kepala milik Ellya, dikucup ubun ubunnya.
"I love you so much Ellya Arisya..." perlahan Irsyad menyebut ayat itu..namun sempat menjamah telinga Ellya
"I love you too hubby" jawab Ellya.
Namun di sudut hati Irsyad..dia mengharapkan hanya Ellya sahaja yang bertakhta dihatinya. Semoga hubungan mereka sentiasa diberkati Allah.
________________
Oleh kerana kepenatan semalam..hari ini Irsyad bangun agak lewat. Kelihatan Ellya juga masih nyenyak tidur di dalam dakapannya.
Hari ini Irsyad telah berjanji untuk membawa Ellya berjalan.. kerana esok mereka akan pergi untuk berjumpa Doktor yang bakal merawat Ellya.
Irsyad membiarkan Ellya tidur.. dia bingkas bangun dan melihat handphonenya..banyak whatsapps daripada Ariff apa yang berlaku di syarikatnya..
Dibuka satu per satu whatsapp nya.
Ariff
'Bro.. ada benda nak cakap ni..urgent'
'Bro help??'
'Sorry bro aku lupa harini kau fly..'
'Takpa lah have a safe flight..nanti dah free kau reply..ada benda aku nak bagitahu'
Haris
'Bro dah sampai ke?'
'Kau kena tolong Arif bro'
'Apa2 nanti inform aku..'
'Tengah maghrib ni' desis Irsyad. Dikerling jam di bilik hotelnya menunjukkan jam 12:30 tengahari, di malaysia mungkin 7:30 malam. Sekejap lagi dia akan balas whatsapp milik Ariff. Di juga menerima panggilan masuk dari mama nya.
Mama?? 5 missed calls
Papa???? 3 missed calls
'Ada apa eh..nanti lah call balik' Irsyad meloloskan diri masuk ke bilik air untuk membersihkan diri..
__________________
Ellya bangun dari tidur melihat suaminya tidak ada disebelahnya.. dia bangun dan terdengar desiran air di bilik air.. dia pantas mengambil baju yang akan dipakai Irsyad.. dia mengeluarkan baju diletakkan di atas katil.
Dia juga turut mengambil baju yang sama warna seperti Irsyad..biarlah..hanya di sini sahaja dia dapat merasai romantis seperti pasangan lain, memakai baju warna sama.
Ellya menunggu Irsyad keluar..dia hanya duduk di hujung katil..
"Eh dah bangun isteri kesayangan saya ni" Irsyad menghampiri Ellya dan mengusap kepala milik isterinya..
"Dah..hehe tu sana baju awak saya dah siapkan"
"Eh awak ni..bukannya saya takboleh ambil sendiri..terima kasih sayang.."
"Takpa saya kan isteri awak..saya mandi dulu eh"
"Kejap kejap..sini dulu"terbit idea nakal Irsyad untuk mengenakan Isterinya.
Ellya dengan tanpa ragu ragu mendekati Irsyad
"Ha kenapa?"
"Nak ni.." Irsyad menghulurkan bibirnya ke arah Ellya.
"Ee tunggu lah saya mandi dulu"
"Nak jugakkk..tak baik ingkar arahan suami"
"Dah mula dahhh guna kuasa veto dia" Ellya hanya menturuti permintaan Irsyad itu..bibir mereka bertemu seketika.. lalu Ellya terus memasuki bilik air..
Irsyad hanya mampu tergelak melihat telatah isterinya yang tidak habis2 malu apabila diperlakukan begitu..dari sejak mula kahwin hingga tempoh perkahwinan mereka hampir 2 tahun..
Setiap kali mereka berkeadaan begitu muka Ellya pasti akan kemerahan..ibarat udang bakar..malu ya amat!
Ditenung wajahnya di cermin besar di bilik air tersebut..
'Sayang tunggu saya sihat tau' Ellya bermonolog sendiri di depan cermin.
Share this novel