Chapter 6

Mystery Completed 14816

Bab 6

Seorang lelaki separuh usia turun dari rumah yang menghadapi jalan kecil itu sambil sibuk menghalau anjing-anjingnya supaya tidak mengganggu tetamu yang baru tiba. Hashim mendekati lelaki itu yang berdiri di hadapan rumahnya. Rumah itu sederhana besar, beratap zink dan berdinding papan. Siapa sangka, walaupun jauh di dalam hutan, rumah itu tetap terbina dengan baik dan selesa.

Hashim dan Tok Batin berbual-bual kosong sebentar. Tiba-tiba terdengar bunyi letupan senapang bergema tidak jauh dari perkampungan orang asli itu.

“Itu bunyi senapang Leo,” kata Tok Batin.

Dia terus mengulung rokok daunnya. Sempat dia menawarkannya pada Hashim.

Debaran dada Amalina kian memuncak. Bagaimanakah agaknya rupa lelaki yang akan menemaninya memasuki hutan itu? Dia akan bersama lelaki itu tidak lama lagi. Entah bagaimana dia harus melayani lelaki berketurunan asli itu.

Tidak lama kemudian keluar seorang gadis membawa tiga botol air mineral.

“Leo sudah balik?” Tok Batin bertanya pada Pilar.

“Tadi Leo pergi berburu.” Tok Batin memberitahu.

“Sekejap lagi baliklah tu. Minumlah!” Tok Batin menghulur botol air mineral ke arah Amalina.

Amalina menolak lembut. Hatinya dijentik rasa getik hendak minum ataupun makan di situ. Minta-minta janganlah tok batin mengajak makan pula, doanya di dalam hati.

“Saya ada air dalam kereta,” jawabnya sopan bimbang menggores hati Tok Batin.

Amalina melangkah meninggalkan Tok Batin dan Hashim yang leka berbual. Dia bergerak menghala ke tepian sungai berdekatan, sambil mengambil gambar pemandangan. Tiba-tiba muncul sekujur tubuh anak muda yang tinggi lampai, tegap sasa dan berotot bagaikan seorang ahli angkat berat sedang melangkah gagah menyeberangi anak sungai. Dia melompat tangkas dari satu batu ke satu batu. Di tangannya terdapat seekor kancil yang telah terkorban. Kelihatan kancil itu sudah disembelih. Di belakang anak muda itu tergantung selaras senapang.

Wajah anak muda itu berpeluh. Rambutnya panjang kerinting kasar melepasi bahu, dibiarkan bebas. Rambut itu nampak sedikit kusut. Dia tidak memakai baju. Dadanya yang bidang terdedah. Kelihatan peluh meleleh dari seluruh tubuhnya. Dia memakai seluar jean lusuh. Amalina tergamam melihat penampilan lelaki itu. Dia mengalihkan matanya daripada lensa kamera. Terkejut. Lelaki itu gagah, kuat dan punya daya tarikan.

Amalina cepat-cepat melangkah kembali ke pangkin tempat Hashim dan Tok Batin duduk berbual. Dadanya berdebar-debar. Amalina yakin dan pasti bahawa dialah Leo, lelaki yang akan menjadi temannya sepanjang masa dia menjalankan projek di hutan itu.

Leo datang ke arah pangkin tempat Tok Batin dan Hashim duduk.

“Dah lama tunggu? Aku pergi memburu sekejap,” kata Leo pada Hashim.

“Tak apa. Kami baru aje sampai.”

Amalina memandang tepat wajah Leo dari jarak yang dekat. Ya Tuhan! Bisik hatinya tidak keruan. Dia bukan sahaja punya wajah dan penampilan yang menawan, tetapi juga punya suara yang amat lunak dan bagus. Dia mempunyai keperibadian yang luar biasa dan aneh. Aneh bagi seorang pemuda berketurunan asli.

“Mahu pergi sekarang? Atau selepas makan tengahari. Aku baru dapat seekor kancil. Sedap kalau dipanggang.” Leo sambil memandang wajah Hashim seolah-olah meminta persetujuan. Sedikit pun dia tidak membuang pandang pada Amalina yang masih berada di sisi Pajeronya.

“Oh! Itu kena tanya dia,” kata Hashim sambil menunjuk ke arah Amalina.

“Kau akan bekerja dengan dia, bukannya aku.”

Hashim menyambung sambil tersengih.

Amalina berkata tegas setelah dia mendekati Leo.

“Kita berangkat sekarang juga.”

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Amalina bertegas mahu berangkat segera? Adakah dia tidak menyukai Leo?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience