BAB 19

Romance Completed 11647

Ketika aku sedang melayan perasaan di dalam bilik, Hamka tiba tiba datang dan menyapa.

"Hey, kenapa ni?" Dia duduk di sebelahku yang sedang meniarap. Tangannya menggosok lembut kepalaku.

"Takde apa lah. Buat apa kat sini?" Hatiku mula menyumpah seranah diri sendiri. Memanglah dia masuk, ni kan bilik dia.

"Rindu." Jawab Hamka selamba.

"Aku ingatkan kau tak sama dengan jantan lain." Aku mula bangun dan berjalan ke arah jendela yang terbuka luas. Tenang seketika melihat keindahan alam walaupun hanya terdapat bangunan yang menghiasi landskap.

Hamka tergelak mendengar kata kataku. "Rose ingat Hamka gay? Hamka tak pernah ada perasaan pada Lanny. Hamka..."

Belum sempat dia menghabiskan kata katanya aku memotong, "Bukan macam tu maksud aku. Aku ingatkan kau ni suci, tak sentuh perempuan. Tapi sama je." Aku tersenyum sinis sebelum menyambung bicara, "Malah kau lebih teruk lagi daripa mereka. Tak pernah ada jantan kat kelab tu buat aku menangis. First customer aku pun tak buat aku menangis walaupun aku terpaksa."

Hamka datang ke arahku dan memelukku dari belakang, "Jangan sentuh aku lah. Kesian kat mak ayah kau, diorang pergi haji tapi kau kat sini menggatal. Tak puas dengan Lanny, kau terkam aku." Aku tidak kisah apa yang Hamka nak buat. Nak halau ke, nak marah ke, nak pukul ke, aku tak kisah.

"Rose, tadi okay je. Tapi sekarang kenapa jadi macam ni." Hamka memalingkan badan aku supaya menghadapnya. Aku merenung tajam ke dalam matanya yang sudah berwarna merah itu.

"Aku sedar aku pelacur dan aku memang layak dilayan macam malam tadi sebab aku kan cuma pemuas nafsu seks. Kata sayang kau, aku ingatkan betul betul. Tapi aku dah sedar, siapa aku ni. Tak layak dicintai. Kalau kau betul betul sayang aku, kau takkan buat aku macam tu. Kau akan jaga aku." Aku melangkah ke arah pintu untuk keluar dari bilik. Terasa panas pula bilik ini. Tapi tidak sampai beberapa langkah, tangannku ditarik Hamka.

Dia memelukku erat sehinggakan aku dapat merasa degupan jantungnya. Aku terdiam, tidak mampu untuk berkata apa apa. Hamka memang pandai memujukku, tapi kali ini aku akan cuba untuk mengeraskan hatiku agar tidak mudah lembut dengan pujukannya.

Aku cuba menolak dadanya namun tidak berjaya kerana setiap kali aku menolak, dia akan menguatkan pelukan pada badanku ini.

Seperti pagi tadi, dia berbisik di telingaku. "Tak kisahlah apa Rose nak fikir tentang Hamka, tapi Hamka janji Hamka akan bertanggungjawab atas segala perbuatan Hamka. Kalau Rose nak benci Hamka, bencilah. Tapi janji dengan Hamka yang Rose takkan tinggalkan rumah ni lagi. Boleh?"

Aku tidak menjawab. Sebak juga mendengar permintaannya. Tambahan pula nada suaranya agak sebak seperti dia sedang menahan tangisan. Oleh kerana memikirkan Pak Mid dan Mak Mah, aku mengangguk perlahan dan menyebabkan dia melepaskan pelukan pada badanku.

Ah, lega!

"Kenapa kau menangis?" Aku mengambil tisu yang berada di atas meja di sebelahku sebelum menghulurkannya pada Hamka. Tak sangka lelaki yang berbadan sasa seperti Hamka akan menangis di depan perempuan seperti aku. Mungkin kerana bawaan Lanny.

Apalah nasib Lanny sekarang. Menyesal tak dengar apa yang dikatakan Hamka sebentar tadi. Hendak ditanya, malaslah pula. Tanya lain kali jelah.

"Kenapa tak ambil lagi? Ambillah." Aku menaikkan suara kepada Hamka yang memandang tisu pemberianku dengan pandangan kosong.

"Nak Rose lapkan." Dia tersenyum sumbing.

"Tak boleh. Aku takde hak." Aku meletakkan tisu itu di atas meja lalu berjalan keluar. Dulu, dia suka sangat guna ayat keramat itu padaku, sekarang biar aku yang guna.

Sedang aku minum secawan Nescafe panas yang baru dibancuh sebentar tadi, Hamka datang dengan memakai t shirt Padini dan dipadankan dengan jeans paras lutut. Aku tidak mengendahkan kedatangannya. Sekeping biskut kering Hup Seng dicicah dalam air Nescafe.

"Rose, jom keluar."

"Pergi mana?"

"Beli barang. Lusa kan nak raya."

Aku tersentak mendengar perkataan raya. Selama ini, jika raya tiba ibu akan menerima banyak tempahan untuk menjahit baju. Aku pun ada juga menolong ibu menyembat baju. Tanpa aku sedari, air mata mengalir di pipi. Raya Aidilfitri tahun ini tidak disambut dengan ibu kerana aku bekerja dengan Jay. Lagipun waktu itu langsung aku tidak memikirkan tentang ibu. Sekarang ibu dah tak ada, menyesal pun tak ada guna.

"Rose, kenapa menangis?" Hamka mengelap air mataku menggunakan ibu jarinya. Namun, cepat cepat aku menepis tangannya.

"Kau takde hak!" Jeritku sebelum berlalu sinki untuk membasuh gelas. Hilang mood aku hendak minum air Nescafe.

"Rose nak ikut tak?" Tanya Hamka lagi.

Aku mendapat satu idea untuk mengenakannya, "Boleh. Tapi Rose nak pakai macam ni." Aku ketika itu hanya memakai seluar pendek yang hanya menutupi sebahagian pehaku dengan baju t shirt Elmo kesukaanku. Mujurlah aku tidak membawa t shirt Elmo itu ke RS.

Hamka mendiamkan diri seketika sebelum mengelengkan kepalanya. "Tak boleh." Katanya tegas.

"Malas nak tukar baju." Aku merengek sambil mencebikkan bibir kepada Hamka.

"Nak Hamka pakaikan ke?" Dia tersenyum gatal.

"Taknak." Aku berjalan menaiki tangga sambil menghentakkan kaki dengan kuat.

"Janganlah hentak kuat sangat kaki. Kan dah bergegar." Hamka tergelak kecil.

Aku melajukan langkah menaiki tangga. Tak habis habis dengan miangnya. Lelaki semua sama. Aku memasuki bilikku dan melihat sepasang baju kurung kosong berwarna merah sudah elok digosok dan disangkut. Begitu juga dengan sehelai bawal monochrom yang elok terletak di atas katil.

Baru saja hendak menukar baju, pintu bilik dikuak dari luar. "Dah tukar baju?" Dia menyandar di dinding bilikku sambil tersenyum.

"Kau nak apa? Tak elok masuk bilik anak dara. Dara ke? Ah abaikan. Tetap tak elok." Aku yang ketika itu baru sahaja menanggalkan baju t shirt terus membalingnya ke muka Hamka.

Hamka masih seperti tadi. Langsung tidak berganjak. Aku segera mengambil bantal yang berada di atas katil dan membalingnya ke arah Hamka.

"Oh nak main kasar." Hamka berjalan perlahan lahan mendekati aku. Aku sudah tidak mampu bergerak ke mana mana lagi apabila aku terlanggar almari.

Baru sahaja dia hendak mencium bibirku, aku menamparnya dengan sekuat hati. Dia kelihatan terkejut dengan tindakanku. "Kau takde hak."

Hamka menjelir kepadaku dan berkata, "Tahu takut." Selepas itu dia melangkah keluar dari bilikku dengan selamba. Tak sakit ke, Hamka? Aku rasa dah kuat aku tampar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience