Pagi itu Aidil yang menghantar Luth ke Tabikanya. Didalam kereta Luth asyik menyebut nama kawan nya dan juga 'MAKSU'. Pelik sangat Aidil bila melihat seri diwajah Luth bila menyebut perkataan MAKSU.
" Luth. " Panggil Aidil semasa keretanya berhenti dekat lampu isyarat.
" Ye Abi? " Tanya Luth.
" Luth tak rindukan Mama? " Tanya Aidil.
Wajah sikecil berubah dari ceria menjadi duka. Luth memalingkan wajahnya yang menatap Aidil menuju kecermin pintu.
" Kenapa ni? " Tanya Aidil.
" Luth taknak Mama. Masa Abi kerja jauh, Mama selalu cakap yang Luth ni beban dia sebab lahir kat dunia. Luth ni pembawa sial dalam hidup Mama. " Kata Luth.
Aidil menoleh kearah anaknya apabila dia mengatakan apa yang dikatakan oleh bekas isteri nya.
" Jangan cakap macam tu. Bagi Abi, Luth hero Abi. Pembuka dan pembawa rezeki untuk Abi. Mulai saat ni, Abi akan jaga Luth. Luth tqk payah jumpa Mama dah. " Kata Aidil.
" Semalam pun, Mama marah Luth. Tapi bila Nenda datang barulah Mama pura-pura sayang Luth. Belai Luth. Luth tak suka sikap Mama. " Kata Luth.
" Ok. Lepas ni, Abi akan jaga Luth. Tapi bila Abi kerja Luar, Luth kena tinggal dengan Bibik Lela dan Pak Karim. " Kata Aidil.
" Boleh. Asal bukan tinggal dengan Mama. " Kata Luth.
Ya Allah. Anak sekecil ni dah tahu bezakan mana kaca dan mana permata. Kenapa aku yang sedewasa ini tak mampu nak membuang kaca yang telah melukakan perasaan ku hingga begini teruk. Bisiknya dalam hati.
Keretanya membelok kedalam kawasan Tabika dimana Luth bersekolah. Apabila dia menepikan keretanya seorang budak perempuan comel bertudung mendekati.
" Assalammualaikum. Hai Luth. " Sapanya.
" Waalaikumsalam. Adra. Maksu mana? " Tanya Luth.
" Maksu kena cepat. Sebab nak bawak Baba ke hospital jumpa pakar. " Kata Adra.
" Ni ke kawan Luth tu? " Tanya Aidil disisi Luth.
" Haah. Adra ni Abi aku. " Kata Luth.
" Hai Abi. Ehh silap. Hai Uncle. " Sapa Adra malu.
Aidil ketawa dengan keletah teman anaknya. Hilang sekejap masalah didalam fikirannya.
" Selamat pagi. Assalamualaikum Muhammad Luth. " Sapa Ustazah Rini.
" Waalaikumsalam. Morning Ustazah. " Sapa Luth.
" Luth, Maksu cakap apa sebelum masuk sekolah? " Tanya Adra.
" Abi. " Panggil Luth.
Aidil yang melihat anaknya duduk mencangkung.
" Ye sayang. " Kata Aidil.
" Luth sekolah dulu ye. Jumpa petang nanti. " Kata Luth lalu menyalami dan mengucup tangan Aidil. Dia memeluk erat leher Aidil dan mengucup kedua pipi Abinya itu.
" Luth sayang Abi dunia dan Akhirat. " Bisiknya ditelinga Aidil.
" Abi pun sayangkan Luth. Dunia dan Akhirat. " Kata Aidil.
Luth masuk kedalam Tabika sambil melambaikan tangannya pada Aidil.
" Abi hati-hati bawa kereta ye. Bye assalamualaikum. " Kata Luth.
" Bye. Waalaikumussalam. " Balas Aidil sambil masuk semula kedalam keretanya.
Dalam perjalanan kepejabatnya, Ena menghubunginya.
" Kenapa? " Tanyanya.
" Jangan lupa urus penceraian kita Dil. " Kata Ena.
" Kau tak ingatkan pun, Aku akan pergi jugak ke pejabat agama. Kau jangan risaulah. Aku akan oastikan kau dan aku takkan ada ikatan lagi. " Kata Aidil.
Jika semalam dia masih meratapi perpisahannya bersama bekas isterinya, Kini selepas Luth berkata tadi, hatinya sudah mula tawar malah kebencian pada kaum perempuan ditanam didalam hatinya. Baginya kaum itu terlalu banyak menyusahkan hidup kaumnya.
Sampai saja di tempat parking dekat Syarikat milik keluarga nya, Dia memejamkan matanya. Menguatkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan.
" Ya Allah sesakit inikah bila perasaan tulus diinjak dan dipermainkan. Hingga teruk macam ni. Mulutku berkata lain namun hatiku sebaliknya. Aku tak mamou membuang perasanku padanya semudah dia membuang aku dan Luth dari kehidupannya. Bantu hamba-Mu ya Allah. " Kata Aidil.
Dia menapak masuk kedalam ruangan Syarikat dan terus menuju ke pintu lift untuk naik ke tingkat atas. Sampai diruang pejabatnya dia meletakkan beg sandangnya disisi meja.
Duduk diatas kerusi dan menghadap keluar tingkap. Dan pada masa yang sama Ezwan masuk menemuinya.
" Boss. " Sapa Ezwan.
" Kenapa? " Tanyanya.
" Jangan lupa hari ni kita ada mesyuarat dengan pihak hospital untuk membantu seorang lelaki lumpuh yang memerlukan kos rawatan dekat luar negara. " Kata Ezwan.
" Bila. " Tanya Aidil.
" Jam 9 pagi. " Kata Ezwan.
Aidil melihat jam di pergelangan tangan. Jam menunjukkan pukul 8.23 pagi.
" Sebaiknya kita gerak sekarang. Takut terlewat. " Kata Aidil.
" Baiklah. Saya ambil buku catatan jap. " Kata Ezwan.
Mereka berdua bergerak ke hospital yang dimaksudkan oleh Ezwan. Dan sesampai di sana mereka terus menuju ke bahagian pakar tulang untuk menemui Doktor yang merawat pesakit lumpuh itu.
" Selamat pagi Encik Aidil. Encik Ezwan. " Sapa doktor perempuan itu.
" Selamat pagi. " Sapa kedua nya serentak.
" Pesakit tu dah datang? " Tanya Ezwan.
" Sekejap lagi sampai. " Kata Doktor itu.
Tok! Tok! Tok!
" Masuk. " Sapa doktor itu.
" Doktor, Encik Adhlan dah sampai. " Kata Jururawat itu.
" Baiklah. Suruh mereka masuk ye. " Kata doktor itu.
" Baik Doktor. " Kata jururawat itu lalu keluar.
Diluar ruangan, Adha yang menanti jururawat itu menemui pakar yang merawat Abangnya duduk disisi Adhlan.
" Adha. Tak lama ke ni? " Tanya Adhlan.
" Mudah-mudahan tak lah Abang Lan. Kalau tak nanti Abang Lan tunggu kat sini, Adha ambik Adra. " Kata Adha.
Jururawat itu menghampiri Adha dan Adhlan.
" Cik boleh bawak Abang Cik masuk ye. Doktor dah tunggu.
" Baik. Terima kasih. " Kata Adha.
Adha menolak kerusi roda itu lalu mengetuk pintu ruangan Pakar tulang. Adha menolak pintu ruangan dengan belakang badan nya.
Ezwan yang melihat membantu memegang pintu ruangan agar gadis itu dapat masuk. Dan alangkah Ezwan terkejut melihat gadis didepannya kini adalah gadis semalam yang mereka temui diwarung.
Adha senyum melihat keduanya. Tak perasan akan wajah kedua lelaki itu.
" Cik Adha. Kenalkan Encik Izwan dan Encik Aidil. Mereka akan membantu Encik Adhlan untuk membayar kos perubatan Encik Adhlan di oversea nanti. " Kata Doktor itu.
" Hah? Kenapa saya tak diberitwhu awal ye. " Kata Adha bengang.
" Maaf. Sebenarnya kesilapan dari pihak kami. " Kata Doktor itu.
" Jadi. Sekarang ni macam mana? Awak nak atau tak. " Kata Aidil sama-sama bengang.
" Sabar Dil. Jangan ikut emosi tu. " Kata Ezwan.
" Adha. Jaga tutur. " Kata Adhlan.
" Abang Lan urus, Adha tunggu kat luar. Apa-apa keputusan Abang Lan Adha akan turuti. " Kata Adha.
Adha berlalu keluar dari bilik pakar itu. Dia beristighfar panjang diruang menunggu. Menahan emosinya.
" Dia ingat aku hadap sangat ke bantuan dia tu? Dasar. " Kata Adha.
Didalam ruangan Doktor Pakar, Adhlan mengeluh berat. Dia mengangkat wajahnya melihat lelaki dihadapannya.
" Maafkan adik saya Encik. Dia penat tu. Mana nak urus saya, Anak saya lagi. " Kata Adhlan.
" Takpe. Kami faham. " Balas Ezwan mewakili Aidil.
Perbincangan dimulai. Adhlan menganggukkan apa yang dikatakan oleh Pakar keoadanya dan 2 lelaki itu.
" Berapa kos yang perlu kami salurkan untuk Encik Adhlan ni? " Tanya Aidil.
" Kemungkinan besar akan makan setengah juta ringgit. " Kata Doktor itu.
" Banyak tu. " Kata Adhlan.
" Takpe. Saya akan cuba bantu mana yang saya mampu. Moga saya harap dengan bantuan yqng saya berikan ni akan membantu Encik Adhlan berjalan semula. " Kata Aidil.
" Sebaiknya saya berbincang dengan adik saya dahulu. " Kata Adhlan.
" Baik. Silakan. " Kata Aidil.
" Wan, Panggil adik dia masuk. " Kata Aidil.
" Baik boss. " Kata Ezwan.
Ezwan keluar lalu menghampiri Adha dan memintanya agar masuk kedalam ruangan kerana ada perbincangan yang memerlukan persetujuam darinya.
Adha masuk dan berdiri disisi Adhlan.
" Silakan Cik. " Kata Ezwan mempersilakannya duduk disisi Aidil.
" Takpe. Saya berdiri saja. " Kata Adha.
" Macam ni Cik Adha. Seperti yang saya bagitahu tadi, pihak Encik Aidil akan menanggung kos perbelanjaan memulihkan Encik Adhlan dekat Oversea. " Kata Doktor itu.
" Berapa perbelanjaan nya doktor? " Tanya Adha.
" Lebih kurang setengah juta. " Kata Doktor itu lagi.
" Hah?? " Terasa kaki tak memijak lantai. Dia berpaut kuat pada kerusi roda Adhlan.
" Abang Lan. " Kata Adha.
" Boleh tak saya berbincang sekejap dengan adik saya kat luar. " Pinta Adhlan.
" Baiklah. " Kata Ezwan.
Adha membawa keluar Abangnya dan dudik diruangan menunggu.
" Abang Lan. Besar perbelanjaan tu. Adha tak mampu andai suatu hari jadi beban pada kita. " Kata Adha.
" Abang pun berfikir macam tu. Bukan sedikit tu setengah juta. " Kata Adhlan.
" Adha masih mampu nak jaga Adra dan Abang Lan. " Kata Adha.
" Jadi macammana sekarang. " Tanya Adhlan.
" Kita tolak lah Abang Lan. Adha taknak jadi masalah. Cukuolah kita seperti ni. Kita dah bahagia dah macam ni. " Kata Adha.
" Baiklah. Abang pun taknak bebankan Adha. Dengan semua ni. Sebaiknya kita tolaklah. " Kata Adhlan.
Mereka kembali semula kedalam dan memberitahu keputusan yang dibuat oleh dia dan Adhlan.
" First sekali, Saya nak minta maaf, Sebab saya terpaksa menolak bantuan dari Encik berdua. Bukan sebab kami sombong ke apa, tapi sebab saya taknak akan ada masalah dikemudian hari. Dan terima kasih atas usaha encik dan Doktor dalm membantu Abang saya. " Kata Adha.
" Kami pun tak boleh nak buat apa. Dah itu keputusan yang awak buat. Kami tak boleh nak paksa. Tapi andai satu hari berubah hati awak boleh cari kami dekat Syarikat ni. " Kata Aidil dan menyerahkan kad nama pada Adha.
" Baiklah. Maaf sangat-sangat. " Kata Adha.
Mereka akhirnya balik menaiki Maxim. Terlihat wajah kecewa Adhlan di sisinya.
" Abang Lan nak Adha terima tawaran tu ke? " Tanya Adha.
" Tak. Cuma Abang Lan teringin berjalan semula dan bertugas semula seperti dulu. " Kata Adhlan.
" Takpelah. InsyaAllah akan ada cara lain untuk membuatkan Abang Lan berjalan semula. " Kata Adha.
" InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan rezeki kita bertiga. Abang Lan minta maaf sebab Abang Lan, Adha terpaksa cuti hari ni. " Kata Adhlan.
" Takdelah. Hari ni Adha Off day. " Kata Adha senyum.
" Habis, Team Volley ball? " Tanya Adhlan.
" Takpelah. Mungkin betul Adha tak sesuai satu team dengan mereka. " Kata Adha.
Dia memandang keluar tingkap, Hangat diluar tak seperti mendung dihatinya. Terasa apa yang dilakukannya dalam team tu tak pernah dihargai sama sekali.
Share this novel