Hari ini merupakan hari cuti minggu. Munirah lebih suka bangun tidur lambat kerana mahu merasai nikmatnya bercuti tanpa membuat apa-apa pun. Enak sahaja dia tidur di atas badan koko yg besar itu. Tidak tahu kenapa semalam tubuhnya terasa panas sahaja menyebabkan Munirah membuka baju tidurnya dan hanya mengenakan singlet dan memakai seluar tidur pendek paras peha. Buas sahaja aksi tidur Minurah sehingga kepalanya dibiarkan turun ke bawah hujung tilam. Setiap hari Azhar hanya nampak watak ayu sahaja diri Munirah tetapi tidak dalam keadaan tidurnya. Jam menunjukkan pukul 10.30 a.m. Munirah masih lagi dibuai mimpi di dalam bilik. Azhar sudah lama pulang dari bersenam malah segala pinggan mangkuk dicucinya, basuh kain serta membersihkan seluruh rumah. Semua kerja sudah siap dilakukannya sendiri. Azhar membiarkan sahaja tuan Putri dibuai mimpi cuti untuk hari ini. Krookkk...tetiba sahaja perut Azhar berbunyi. Baru ia perasan sarapan lagi belum dijamahnya kerana sibuk menyiapkan segala kerja rumah. Semasa Azhar melabuhkan punggungnya ke sofa terkejut saja dia melihat jam di dinding sudah pun lewat. Segera Azhar bangun untuk pergi ke atas untuk melihat jika Munirah sudah bangun dari dibuai mimpi.
Tok..tok..tok..awak..Morning..dah bangun belum? Panggil Azhar dari arah luar bilik Munirah. Dalam beberapa minit panggilan itu dijawab sepi sahaja. Takut juga Azhar jika Munirah kembali mengambil pil tidur. Tetapi Azhar tidak nampak pula yg diri Munirah dalam keadaan tertekan. Tanpa berfikir lagi laju sahaja tangan Azhar membuka pintu bilik Munirah. Mata Azhar tidak dapat menangkap tubuh Munirah kerana keadaan bilik itu sangat gelap. Sedikit pun cahaya matahari tidak memancar ke dalam biliknya. Segera Azhar berjalan ke arah balkoni untuk membuka tirai pintu sliding door. Shreekk!!! kedengaran Azhar menolak kedua belah tirai itu ke tepi. Terus ada Cahaya matahari memasuki seluruh ruang bilik Munirah. Terbutang Azhar melihat Munirah berpakaian begitu dan keadaan tidurnya yg pelik dari orang normal. Azhar mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal. Perlahan-lahan kakinya berjalan menghampiri Munirah yg masih tidur dalam keadaan begitu.
Ermm...Seronok ehh tidur atas koko..Sian koko aku..dari gemuk dah kempis perutnya. Apa ke buas isteri aku ni tidur. Berpeluh habis badan ni..Tak buka penghawa dingin ke apa? Membebel Azhar seorang diri di situ selepas melabuhkan punggungnya di atas katil Munirah. Dia membelai lembut rambut Munirah ke belakang sedekit. Bibirnya terus mengukirkan senyuman selepas melihat wajah manis Munirah masih dibuai mimpi. Azhar mencepung kepala Munirah untuk diletakkan ke atas ribanya. Kasihan sahaja dia melihat Munirah tidur dalam keadaan begitu. Berkerut dahi Munirah setelah mengeliat sedikit lalu memeluk lengan Azhar. Azhar mahu ketawa tetapi ditahannya saja. Munirah masih tidak sedar yg ia peluk itu bukan Koko tetapi Azhar.
Panasnya...bersuara Munirah dalam keadaan mata yg masih tertutup. Tanpa teragaknya dia mengangkat singlet itu ke atas sehingga menampakkan baju dalamnya. Pandangan Azhar terus berubah ke arah lain. Merah padam mukanya menahan sesuatu perasaan yg tidak boleh ia luahkan sekarang. katakan lelaki mana tidak teransang bila melihat aurat isteri yg sudah sah di depan matanya ini. Aurat wanita bukan mahram di luar sana pun boleh membuat lelaki teransang apakah ini pula di depan matanya. Pelik tetapi benar masih wujud lelaki seperti Azhar yg mampu menahan semua ini. Azhar tidak akan sentuh Munirah jika ia sendiri belum bersedia. Azhar kembali menarik turun baju Munirah ke bawah. Dia menghembus nafas banyak kali untuk tenang sekejap barulah ia akan mengejutkan Munirah.
Awak...bangun...dah nak pukul 11 ni..Kejut Azhar dalam ton suara terketarnya. Dia menepuk lembut pipi Munirah. Mendengus Munirah menarik turun tangan Azhar daripada terus menepuk pipinya. Azhar buat tidak endah saja terus melakukan benda yg sama berulang kali. Lama-kelaman Munirah sudah tidak dapat meneruskan tidurnya lagi.
Awak nak apa ni??? Awal pagi buta camni datang ganggu saya..saya mengantuklah..janganlah pukul saya lagi. Bersuara Munirah terus bangun dan memarahi Azhar. Matanya masih lagi dalam keadaan pejam. Ditenyeh matanya banyak kali. Azhar sudah tidak dapat menahan dirinya terus mengucup lembut pipi Munirah. Geram sahaja dia melihat kerenah manja Munirah pada pagi ni. Terkedu Munirah terus membuka matanya. Dia melihat Azhar betul-betul berada di depannya. Pandangannya kembali beralih ke badannya pula.
Arghh!!! awak buat apa dekat sini?? Tanya Munirah selepas menjerit kecil lalu tangannya segera menutupi tubuh badannya itu. Dia melihat Azhar juga hanya mengenakan singlet sahaja serta memakai seluar pendek. Peluh di badannya juga kelihatan jelas sekali. Hairan Azhar melihat riaksi Munirah seperti ini. Segera dia menyentuh dahi Munirah jika sudah demam.
Tak demam pun..Saya masuk ke sini sebab awak tak jawab bila saya panggil dari luar. Jangan risaulah..saya tak sentuh awak pun. Dah pukul 11 ni..lambatnya awak bangun harini. Awak ambil pil tidur lagi ke?? Kenapa mata tu sembab je?? Awak menangis ke Munirah?? Kenapa?? Pasal semalam?? ada apa-apa yg Bonda telah katakan pada awak?? Beritahu saja Munirah..Jangan macam ni.. Pelbagai jenis soalan itu dituju kepada Munirah. Kelihatan riak wajahnya series sahaja. Munirah terus menundukkan pandangannya ke bawah. Tidak tahu apa yg perlu ia lakukan ketika itu. Perlukah ia memberitahu kepada Azhar tentang perkara semalam?? Munirah tidak mahu jika disebabkan olehnya hubungan Azhar dan keluarganya akan bermasalah nanti. Air mata terus menitis di pipinya. Fikirannya terus bercelaru dengan semua benda ini. Azhar mendengus perlahan terus menarik Munirah dalam dakapannya. Diusap lembut belakang Munirah daripada terus menangis. Azhar tidak tahu apa yg telah bonda katanya kepada Munirah. Mesti perkara yg tidak menyenangkan bagi diri Munirah.
..................................................................
Assalamualaikum. Ucap Munirah setelah sampai di wad lelaki Hospital Besar Ampang. Cikgu Yusra menelefon Munirah lalu mengabarkan yg Mikhail telah mengalami kecederaan parah selepas kemalangan jalan raya. Hampir luruh saja jantungnya mendengar khabar seperti ini. Sudah lama ia tidak tidak berjumpa dengan Mikhail. Selalu saja Azhar memberitahu tentang khabar Mikhail kepadanya. Munirah sangat rindukan diri Mikhail. Satu-satunya adik yg ia miliki di dunia ini. Nasib sahaja nombor lama telefonnya masih lagi aktif walaupun ia tidak mengunakannya sangat. Sudah banyak kali Munirah menelefon Azhar untuk memaklumkan semua ini tetapi panggilan itu tidak dijawab olehnya. Munirah terpaksa datang juga ke sini dengan menaiki grab sahaja.
Waalaikumsalam..Munirah..jawab Cikgu Yusra lalu bangun dari tempat duduknya dan bergegas pergi ke arah Munirah. Dipeluk tubuh kecil Munirah di depan matanya itu. Cikgu Yusra sangat rindukannya. Diri Munirah tidak ubah seperti dahulu. Anak pelajar yg sangat ia kasihi.
Munirah apa khabar?? sihat?? Datang dengan sapa ni?? Maaflah kalau Cikgu dah ganggu Munirah memalam macam ni. Tanya Cikgu Yusra selepas meleraikan pelukan itu. Dia memegang bahu Munirah yg sedang memandang saja gelagat dirinya. Cikgu Yusra menatap lama wajah Munirah. Dia dapat melihat yg Munirah sudah banyak melalui ujian yg berat. Sayu sahaja senyuman yg Munirah ukirkan di wajahnya. Air mata cikgu Yusra terus bergenang juga. Tidak dapat ia menahan sebak daripada melihat wajah Munirah seperti ini. Walaupun Munirah tidak menceritanya hanya dengan tatapan mata saja Cikgu Yusra boleh gambarkan semua itu terlalu perit. Di usia yg masih muda ini bukan perkara yg mudah ia tempuhi seorang diri.
Alhamdulilah. saya sihat saja. Macam mana keadaan Mikhail?? Soal Munirah kembali diabaikan saja dengan siapa dia datang ke sini. Semua itu tidak penting sekarang. Keadaan Mikhail ia lebih risaukan. Cikgu Yusra masih tidak ubah seperti dahulu. Selalu sahaja mengambil berat tentangnya. Ia terharu melihat Cikgu Yusra juga mengambil berat tentang Mikhail. Tidak dapat ia balas semua budi baik Cikgu Yusra terhadapnya. Pandangan Munirah beralih kepada susuk tubuh di atas katil itu yg penuh wayar dan alat bantuan pernafasaan di mulutnya. Perasaan sebak terus membelegu dirinya. Tergamam Munirah melihat semua ini di depan matanya sendiri. Perlahan-lahan Munirah berjalan mendekati Mikhail yg tidak sedarkan diri itu. Terlihat kaki kiri dan tangan kanannya patah. Hampir seluruh tubuhnya dibaluti kain putih. Kesan luka penuh di pipinya. Rambut Mikhail sudah dibotakkan kerana luka dalam di kepalanya mungkin telah dijahit. Butiran jernih air mata Munirah terus gugur akhirya. Di genggam tapak tangan Mikhail yg penuh dengan jarum.
Banyak bersabar Munirah..Mikhail kemalangan selepas menghantar pesanan grabfood kepada pelanggan. Kebetulan saya lalu di situ dan ternampak motosikalnya. Jadi..saya yg menjadi waris yg bertanggungjawab dahulu sementara mahu menunggu kedua ibu bapa kamu datang nanti. Beritahu Cikgu Yusra sambil mengusap lembut belakang Munirah. Cikgu Yusra juga simpati apa yg berlaku kepada Mikhail ini. Mereka hanya mampu menerima saja ujian yg berat ini dengan hati yg terbuka.
Mika..kenapa kau buat semua ni..kenapa perlu bekerja..kau masih lagi bersekolah..tak cukuplah duit makan kau selama ini..kenapa Mika..kenapa buat kakak macam ni..cukuplah kakak sorang jadi macam ni..kakak tak nak Mika juga senasib dengan kakak..Jangan buat abah dan umi risau lagi. Bangun Mika..kakak datang ni..Mika tak rindukan kakak??..bangun Mika..kuatkan diri..Tersedu sedan Munirah berkata begitu kepada Mikhail. Tidak sanggup lagi dia melihat keadaan Mikhail seperti ini. Miskipun dirinya tersiksa dengan semua ini. Mikhail pasti sudah lalui perkara yg sama juga. Disebabkan olehnya keluarganya sudah tidak seperti dahulu lagi. Kesan perit yg ditinggalnya sudah menjadi pemusnah sebuah keluarga. Berat sungguh bebanan yg ditanggung oleh Munirah. Kenapa perlu ia lalui semua ini?? Jahat sangatkah dirinya sampai di timpa dugaan seperti ini. Siapa dia mahu melawan takdir. Dia hanya hamba yg hina dan kerdil. Setiap hari Munirah memohon keampunannya kepada yg Maha Esa. Di minta satu keampunan kerana telah melakukan perkara yg hina di mata semua orang. Bukan ini yg Munirah pinta. Air mata Cikgu Yusra juga mengalir. Tidak sanggup lagi dia melihat Munirah dan Mikhail dalam keadaan begini. Sessungguh mereka berdua tidak bahagia. Jika ia berada di tempat Munirah mesti dirinya sudah jatuh dan mengalah.
...................................................................
Bonda..apa yg telah bonda katakan kepada Munirah?? Tanya Azhar tanpa berkias lagi kepada Hajah Fazilah. Sudah lama ia bersabar sahaja dengan sifat bondanya itu. Cukuplah Bondanya selalu mengatur cara hidupnya sehingga kini. Dirinya sudah boleh bandingkan yg mana baik buruknya satu keadaan. sakit sahaja kepalanya setiap hari kena menghadap semua ini.
Apa maksud kamu?? Ada perkara tak baik ke Bonda dah cakap dekat isteri kamu?? Jawab Hajah Fazilah membuat tidak tahu sahaja diri Azhar yg sedang berjalan mundar-mandir itu. Spek matanya sudah lama diletakkan ke atas meja. Pada masa yg sama sakit sahaja hatinya apabila Munirah suka mengadu kepada Azhar. Perempuan jenis itukah yg Azhar sanggup membuat isteri. Hal yg remeh sahaja mahu mengadu.
Bonda..cukuplah..Azhar tahulah perangai bonda tu macam mana...Pasal anak lagikan?? Kami tahulah nak dapat anak bila. Kami akan rancangkan semua itu. Boleh bawa bersabar tak? Usia perkahwinan kami baru sahaja nak masuk setahun tak lama lagi. Orang lain yg sudah 2 or 3 tahun pun still tak rancang nak ada anak lagi. Biarlah kewangan kami kukuh dahulu. Boleh bonda jaga perasaan Munirah sedikit pun jadilah..Macam mana Munirah rasa macam tu jugalah Azhar rasa. Kata Azhar seriesnya sudah hilang sabar dengan sifat Hajah Fazilah. Ton suaranya masih dapat dikawal lagi di depan syurganya ini. Dia berharap sangat apa yg disampaikannya ini dihadam oleh Hajah Fazilah. Hajah Fazilah terus menarik riak wajahnya. Azhar sudah pandai bersuara sekarang. Sebelum ini dia banyak menuruti sahaja percakapan bondanya tetapi sekarang sudah jauh dari simpang.
Azhar..kamu sekarang dah pandai berkata-kata ye..wah dah naiklah akal la tu..dengan bonda sendiri sudah hilang rasa hormatnya. Salah ke bonda cakap yg isteri kamu tu nak anak?? Tak boleh buat anak sebab dirinya masih muda?? Takut nak mengandung?? Rasa ada anak dalam usia masih muda?? Salah ke Bonda nasihatkan dirinya sekejap? Apa yg bonda buat ni salah ke Azhar?? Ujar Hajah Fazilah sudah hilang sabar dengan sikap baik hati anaknya ini. Sampaikan dirinya sudah dipijak oleh isterinya sendiri pun masih tidak sedar.
Kenapa bonda paksa Munirah buat semua ini?? Ya Allah..Azhar sendiri tak paksanya kenapa pula bonda nak masuk campur urusan kami.. Biarlah diri Munirah sendiri bersedia barulah kami rancang selepas itu. Tolonglah faham bonda..Kali ni saja Azhar minta. Ujar Azhar sudah tidak mampu melawan percakapan Hajah Fazilah yg sememangnya keras kelapa. Terkedu dirinya selepas Hajah Fazilah sanggup berkata begitu kepada Munirah. Patutlah diri Munirah kembali tertekan. Mereka berdua baru sahaja mahu mengeratkan hubungan ini lebih mendalam lagi. Azhar mahu Munirah mencintai dirinya dahulu. Kerana cinta tidak boleh dipaksa. Hubungan yg terjalin tanpa cinta tidak akan bertahan lama. Bila bondanya mula masuk campur urusannya maka rosaklah semua ini.
Jadi, Azhar memang tak pernah sentuh Munirah sebelum ini?? Macam tu kan?? Ehh sedar tak kamu berdua sudah bernikah selama ini?? Sudah nak masuk setahun usia perkahwinan tetapi nafkah batin langsung kamu berdua tak buat?? Allahuakhbar..Azhar..nafsu kamu dah hilang ke dekat perempuan?? Jangan kata kamu tak sanggup sentuh Munirah sebab masih sayangkan Mira?? Macam tu kan?? Fikiran kamu masih lagi fikirkan Mira. Teka Hajah Fazilah setelah melihat riak wajah anaknya itu berubah kerana ia sudah terkena serkap jarang kali ini. Sudah lama ia agak yg Azhar masih tidak dapat menerima kenyataan ini lagi. Hatinya masih belum melepaskan Mira pergi dari hidupnya.
Enough Bonda!!! Jangan sebut lagi nama perempuan itu dekat Azhar.. Azhar dah berkahwin. Munirah isteri Azhar sekarang. Azhar boleh bahagia hidup dengan Munirah. Dia tidak layak nak muncul dalam hidup Azhar lagi. Azhar dah lama lepaskannya pergi. Kenapa sekarang dia muncul kembali?? Mahu buktikan cinta agungnya dekat Azhar sampai sanggup bercerai bagai?? Dia silap besar Bonda..Azhar sudah ada Munirah. Azhar cintakan isteri Azhar. Dialah wanita yg bertahta dalam jiwa Azhar. Bonda jangan harap boleh berangan nak satukan Azhar dengan perempuan itu lagi. Kami dah tak ada apa-apa. Cukuplah dengan semua ini. Azhar tak akan paksa untuk memiliki anak. Dia berhak tentukan hidupnya. Keras sahaja suara Azhar meluahkan semua ini kepada Hajah Fazilah. Sabarnya sudah tipis selepas Hajah Fazilah selalu sahaja menyebut nama Mira. Dia langsung tidak ada kena mengena dengan semua urusan keluarganya ini. Terbutang mata Hajah Fazilah mendengar semua ini daripada mulut azhar sendiri. Azhar sudah lantang bersuara sekarag demi mempertahankan Munirah. Sakit di hatinya sudah membuak-buak.
Sampai bila Azhar nak bela dia?? Sampai bila?? Nak tanggung hidup orang yg telah memalukan keluarga kita. Jangan ingat bonda tak tahu yg Azhar berkahwin dengan Munirah sebab ditangkap basahkan?? Bonda tahu segalanya Azhar..kamu tu tetiba saja nak jadi hero kenapa?? Sanggup nak jadi "Pak Sanggup" demi pertahankan maruah dia. Apa bagus sangat budak tu Azhar?? Dah tak ada orang lain ke kamu nak kahwin nak pilih jadi permaisuri dekat hati kamu tu..Berlambak lagi wanita lebih mulia darinya di luar sana. Orang yg macam tu juga kamu pilih. Terdesak sangat ke kamu nak berkahwin ni?? Bonda tau Azhar dia tu ada masalah mental..Tekanan emosi bagai..sampai bila kamu nak jaga budak macam tu..cukuplah tanggung beban dalam hidup kamu..Lepaskan dia pergi..tak guna kamu hidup macam ni sampai bila-bila pun. Tak berkat hidup kamu berkahwin tanpa mendapat restu kedua ibu bapa. Bonda dah hantar kamu belajar tinggi-tinggi takkan semua ini kamu tak boleh fikir lagi. Balas Hajah Fazilah apa yg terkumpul di dalam hatinya itu. Puas rasanya ia meluahkan juga semua ini kepada Azhar. Dia sudah tidak sanggup melihat anak sebaik Azhar diperbodohkan macam ini sekali. Dia berharap sangat Azhar boleh membuat keputusan yg betul kali ini. Tidak berguna lagi dia terus hidup dalam keadaan begini. Munirah bukanlah perempuan yg sesuai untuknya menjadikan permaisuri di hati dunia dan akhirat.
Share this novel