Fresh Degree itulah aku.Fasa untuk mencari kerja.Yes, kerja dan duit.Angan-angan nak beli rumah,kereta dan semestinya keperluan material wanita..!Semangat!
Tidak lama menanam anggur,umpan aku mengena.Rezeki memang tidak salah alamat.Terima kasih Allah.Aku gembira bukan kepalang walau hanya paggilan temuduga.
Melangkah masuk ke syarikat yang luar biasa besarnya menjadikan diri ini kerdil sikit..tapi berlagak tenang.
Nur Dayani..! Namaku di panggil sedikit gugup dan debaran kencang.Aku persetankan setan2 yang cuba membisik sampai le hati.
Aku melihat tiga penemuduga di hadapanku.2 gagah dan satu wanita.
Sila perkenalkan diri.Penemuduga kanan bersuara.Dari suaranya,tekaanku salah,wajahnya yang jambu dan memikat rupanya sayang,dalam kategori aku masih bernafsu lelaki.eh,ke laut lagi ayatku.
Nama saya Nur Dayani binti Dani.Anak sulung dari 4 orang adik beradik.Lepasan Ijazah Sarjana Muda..
Ok stop…Ada pengalaman kerja?
Belum sempat nak habiskan cerita,dah suruh stop.
Pengalaman kerja, ya saya pernah bekerja dengan drugstore,pizza,KFC,kilang dan Hotel…
Seloroh ku dengan sedikit bangga.Walaupun kerja2 bawahan, tapi cukup untuk berbakti pada adik2 aku yang lain.Kelihatan,mereka mengangguk2 dengan jawapan di berikan.
Banyak lagi soalan2 yang aku rasakan agak senang untuk di jawab cuma perlu berhati2 dan sentiasa positif.
Baiklah,nanti kami akan maklumkan melalui call.terima kasih kerana datang.
Yup ! Itu sahaja!…
Masuk seminggu tidak ada call.Sambil2 tu aku mengambil upah menjaga asuhan..anak2 cikgu,nurse.cukupla 3 orang kanak2.kadang aku terpikir zaman sekarang ramai tak nak anak ramai..tiada siapa di harapkan menjaga. Mujurla bole bagi pendapatan sampingan untuk ku.
Cik Nur Dayani, sila lapor diri minggu depan ya.
Ok..puan.terima kasih call.
Gembiranya bukan kepalang..habis semua tarian tik tokersss aku gayakan.
2
Hari pertama bekerja,aku mulakan dengan kerja2 pejabat.Aku perasan ada seorang mamat agak dingin luar biasa. Muka bole laaa ,manis ada sikit,tapi sayang tak mesra senyuman.lemah!
Aku dan mamat tu ada kerja luar.Tapi aku pelik dalam kereta mamat ni macam nampak stress.walau sedaya upaya buat muka tenang..jari jemari tu nampak sangat menggeletar.Eh,dia ada hati dengan aku kottt,nervous sangat..telahanku.
Nur Dayani,..bole drive?soalnya
No hal,saya on ja encik.
Panggil Nani ja..aku senyum meleret.
Panggil saya encik Adi.
Dalam perjalan senyap ja.Satu patah haram ayat tak keluar dari mulutnya.
En.Adi tinggal mana?Aku mulakan perbualan.
Batu 8.sambung diam dan main telefon.Inila zaman sekarang,telefon pintar meragut masa2 perbualan alam nyata.
Nani bawa perlahan sikit ,kita bukan rushing pun.Jangan kerap tekan break tu.kalau bole bagi signal awal. Jangan bawa ke tengah sangat.
Wahhhhhh….! Bukan main syarahannya .Bawa kereta ja pun.kenapa tak bawa sendiri.Tolonglah laaa aku first time kerja luar kot..aku plak kena bawa. Bila kita bawa,punya banyak kesalahan traffic dia bentang.amboi2…encik Adi oiii.
Aku diam dan sabar.Takpaaaa kena adaptasi dengan keadaan.kuat mental fizikal,aku menyedapkan hati sendiri.
Aku turun site..dan bersedia degan kerja lapangan.Encik Adi masih bersiap dengan segala peralatannya.Makkk aiiiii..bersiap dengan jacket,tukar kasut..pakai penyembur nyamuk…
Encik..tak nak pakai baju perisai perang ke?gurau ku.Gurauan ku tak mnjadi.dia krik2 teruk.ghisauuu!
Jom kita makan tengah hari.encik Adi pelawa.
Bole juga.Lapar sangat ni.Aku makan pagi kerap skip.Sebab memang dah terbiasa terus brunch.Aku ke bahagian lauk pauk layan diri.Sempat melirik ke pinggan encik Adi.memang berdiet gamaknya.Menyahut seruan suku2..piramid makanan.Memang terbaik la encik Adi ni.Aku,kalau bukan bukit bukau bukan namanya Nani.
Terima kasih encik Adi,bayarkan tadi.
Dia balas dengan anggukan.Memang erkkk lelaki ni kurang feel serba serbi.Pandangan pertama saya padanya,seorang yang dingin dan terlampau menjaga diri.
3
Hari ini kami ada meeting syarikat.Ada event yang memerlukan usaha sama semua staff.Mula2 tenang dan semakin lama panas.Ada yang tidak mengalah.Ada yang diam.Ada yang mengantuk dan ada yang fizikal di bilik meeting..fikiran melayang jauh.Aku?Aku pemerhati sorang2 yang hadir mesyuarat.
Encik Adi aku lihat agak tegas dan tidak mahu mengalah membentang strateginya.
Tiba masa untuk undian cadangan sapa yang perlu di ikuti.Aku berpihak kepada encik Adi.Kerana cadangan dia yang ringkas dan kurang bagi tekanan kepada kami.
Aku ke pantry.Membancuh kopi,menghilangkan rasa stress dan mengantuk.Terserempak dengan encik Adi.selamba makan gula2 coklat m&n.nampak macam kegemaran.
Macam budak2 dalam hati.
Datang seorang staff wanita.memang agak terkenal kerana memang cantik takleh bincang.Aku perasan encik Adi tiba2 berubah sikap bukan seperti tadi.Bergaya ala2 macho sedikit.Tentu saja ini crush encik Adi.
Crush ka encik Adi?soal ku spontan.
Mata encik Adi bagai mau terkeluar.
Dia pandang aku atas bawah dengan bijik mata besar.lucu rasanya encik Adi gelabah semacam.
Eeee..orang tu belum keluar pun.cakap tu pandang2 sikit!gertaknya.
Taklaaa…crush apanya..saya ni ada myV ja.Awek2 mana pandang.Kami sama2 ketawa.akhirnya nampak juga dia ketawa.
4
Event yang kami kendalikan agak memenantkan.Aku bertugas di bawah encik Adi.Encik Adi seorang yang mengikut jadual.A katanya A la.Hitam katanya hitam la.Kalau nak ubah bincang katanya.tapi biasanya kalau dah bincang tak dapat nak ubah juga.kira buang air liur ja nak lawan.
Keadaan menjadi kelam kabut.Kereta syarikat bagaikan rumah ke dua bagi staff.Barang,makanan,file semua berselerak.
Hello Nani,tolong ambil saya sekarang.
Baik encik Adi,jawab ku di talian.
Menunggu seminit dua,nampak kelibatnya sampai.
Astaghfirullah…!!!! Belum sempat masuk kereta encik Adi berteriak sawan.
Aku panik.
Kenapa?!!!Kenapa encik Adi?!!!Aku betul2 panik.
Haishhhh,ituuuuuu…itu laaaaa benda tuu!!!!
Aku keluar dari kereta dan berlari melihat apa yang ituuu!!
Encik Adi menjauh dari kereta seolah2 benda tu sangat2 merbahaya!
Aku lihat sekeliling,kerusi..bawah kerusi dan akhirnya tertumpu pada satu objek.
Kurang ajar betul ! Encik Adi hilang kewarasan.Kereta kotor laa jadi macam ni!Masih lagi dengan amarahnya.
Saya tangkap menggunakan tangan ja dan tunjuk ke arahnya.
Ini ka yang kurang ajar tu?
Yayyy, jauhkan benda tu..jauhkannnn!
Dengan sekali hayun..saya buang jauh2.
Lipas ja punnnn…bukan berbisa.!jelingku dan geram juga.Mau taknya aku panik betul tadi.
Lipas jangan main2 yaaa.Haiwan paling teruk tu di dunia.
Ada juga lelaki macam ni.Agak2 kalau berbini habisla.
5
Suasana sepi dalam kereta.
Saya ada anxiety.encik Adi mulakan bicara.mungkin rasa bersalah agaknya.
Anxiety?soal saya.sakit apa tu?
Saya sedang dan masih merujuk pakar psikiatri.sakit ini ,macam tiba2 nak datang tanpa kita jangka.rasa resah yang melampau.
Ohhh patutla saya kerap melihat encik Adi macam tak selesa.
Saya minta maaf la Nani,kalau tak rasa selesa dengan saya.encik Adi bersuara kesal.
Ehhh takpa encik Adi.saya faham.Saya tak kisah.saya ok ja.
Padahal dah lama ku perati.ada sikap encik adi ni lain macam.sorry encik Adi salah sangka. Ingatkan tertarik dengan aku yang cun.aku tersenyum tanpa sengaja.
Kenapa senyum?sindir saya ke?
Alamak…mati aku.
Takkk,saya teringat pasal lipas tadi.Itu ja.
Owhhh sorry,saya geli sangat dengan lipas,ntah la kenapa.
Nani pulak benci haiwan apa?tiba2 soalan terpancul dari encik Adi. Dia kira nak sama2 geli dengan haiwan la kononnya.
Ehhh saya ,takda geli mana2 haiwan.ok je semua.
Wow!…encik Adi kagum kali.
Dalam hati..cicak la paling aku geli nak mati.Tapi takkan sekali2 aku nak orang tahu.biarla rahsia.
Akhirnya,perjalanan kami kali ini penuh santai.Sikap dingin encik Adi semakin kurang.
Sekian,terima kasih.
Share this novel
Cerita ini sangat mengagumkan saya dan hati saya