“ALONG, now mama nak tahu siapa perempuan dengan angah tu?” tanya puan Aisya dengan tegas apabila baru sahaja melihat di media tentang anak bunjangnya. Fizz sudah menggaru kepala tidak tahu ingin memberi jawapan.
“Mana along tahu ma… why mama tak tanya angah sendiri.” jawab Fizz ingin mengelak daripada menjawab.
“Jangan tipu mama along. Cepat bagitahu mama siapa perempuan tu? Apa hubungan dia dengan angah?”
“Along memang tak tahu.”
“Siapa parents perempuan tu? Anak dato mana? Keturunan dia tu macam mana?”
“Why mama tanya benda-benda macam ni? Penting ke?” soal Fizz yang kurang senang dengan soalan mamanya.
“Along, mestilah penting. Mama tak nak orang mengata anak mama. Silap-silap nanti dia guna-gunakan pula anak mama tu.”
“Ya allah apa mama cakap ni? Ma kita tak kenal pun dia macam mana lagi ma.”
“Perempuan ni long, kalau dia nak dia akan cari cara untuk dapatkan. Kalau dia kikis angah macam mana? Mama tak nak anak mama merempat pula lepas ni.” terdiam Fizz mendengar jawapan yang diberikan oleh mamanya. Dia fikir jika mamanya bercakap di depan adiknya sudah tentu adiknya akan bertambah benci kepada mamanya. Fizz menggelengkan kepala, kecewa dengan sikap mamanya.
“Along dah lambat pergi kerja, along pergi dulu.” jawab Fizz sambil berlalu pergi tanpa mengendarkan panggilan mamanya.
“BRO, gambar kau sekarang merata tempat dekat ig tu. Tak settle lagi ke?” soal Eriq apabila tiba di rumah Airiel.
“Lantaklah… banyak lagi benda aku nak settle. Dia nak viral sana sini pergi lantak sama dia. Asalkan tak ganggu hidup aku.”
“Abis mak kau tahu tak ni?”
“Penting ke kalau dia tahu?”
“Bro, kau tak kenal mak kau ke? Kalau dia serang Awin tu macam mana?”
“Kau pernah nampak ke dia datang rumah aku? Rumah aku pun entah dia tahu ke tak.”
“Macam aku cakap kalau dia nak, dia cari bro. Nanti apa pula Awin tu nak menjawab.”
“Aku tak akan benarkan dia datang sini. Kau tak payah fikir sangatlah.”
“Suka hati kau lah.. Ni mana Awin? Daripada tadi aku tak nampak. Tu kereta depan tu siapa punya?”
“Kawan dia.” Seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengarkan.
“Bro, kau serius? Tak pernah lagi kau bagi perempuan jejak kaki dalam rumah kau ni. Awin tu la orang first. Ni sekarang kawan-kawan kau bagi kawan-kawan dia datang?”
“Dah dia bini aku.”
“Kau dah sayang dekat dia kan?” teka Eriq sambil memandang Airiel untuk melihat riak wajah lelaki itu.
“Suis mana yang kau tak pasang lagi kat otak kau ni? Kau buta ke?”
“Bro, kau yang buta. Kau tak nampak sebenarnya kau tu dah sayang dekat bini kau. Awin tu baik bro. Jangan sia-sia kan dia.” nasihat Eriq membuatkan Airiel terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan.
“AWIN jom lah…. kau pun dah lama tak keluar dengan kitaorang. Kau bukan buat apa pun. Jomlah Awin.” pujuk Kayra apabila dia tiba-tiba rasa ingin berberlanja.
“Haah lah Win. Lama kita tak keluar. Kebetulan harini kitaorang cuti jomlah keluar.”
“Korang cakap senanglah… tu suami aku kat bawah tu siapa nak minta izin. Dia tak akan bagi punya. Kenapa korang bosan ke lepak sini?”
“Bukan macam tu la…Kitaorang nak spendtime dengan kau. Jomlah… lagi pun lama kita tak shopping.” Arwin menggaru kepalanya. Bukannya dia tidak mahu, namun dia tidak tahu bagaimana ingin memberitahu suaminya. Melihat wajah Arwin yang gelisa membuatkan mereka memandang satu sama lain dan mengangguk setuju.
“Eh korang nak pergi mana?” soal Arwin apabila melihat kedua kawannya bangun.
“Ambil barang dalam kereta. Jom Syaz.” mereka terus keluar meninggalkan Arwin yang masih lagi duduk di situ.
“Airiel…” panggil mereka sambil turun daripada tangga. Berkerut wajah Eriq dan Airiel memandang kedua gadis itu.
“Ouh sorry… tak tahu pula ada tetamu.” Mereka tersenyum menyapa Eriq. Eriq juga berbalas senyuman.
“Korang nak apa ni? Awin mana?”
“Ouh Awin dekat atas. Kitaorang nak pinjam Awin pergi shopping boleh?” tanya Kayra ingin meminta izin Airiel. Entah mengapa mereka tidak takut dengan lelaki berwajah ketat itu.
“Kitaorang janji kitaorang bawak dia pergi shopping je.” tambah Syaz pula. Eriq memandang rakannya itu. Saja ingin melihat riaksi Airiel.
“Dia suruh korang minta izin ke?” teka Airiel sambil memandang tepat ke arah mereka. Tiba-tiba aura Airiel yang merenung mereka membuatkan mereka kecut perut.
“Eh tak adalah… Dia tak tahu pun kitaorang dekat sini. Kitaorang cakap nak ambil barang. Tadi dah tanya dia tapi dia tak nak sebab dia takut dengan awak. Saya tak tahu apa yang suami dia buat sampai dia takut nak minta izin, so biar kitaorang yang mintakkan izin. So boleh?” Eriq mengemam mulut ingin ketawa mendengar penjelasan Kayra. Mereka belum kenal siapa Airiel.
“Eh korang kata nak ambil barang. Kenapa dekat sini? Er diaorang kacau awak ke? Sorry. Ish korang ni, jom naik.” marah Arwin apabila kawannya menganggu suaminya.
“Kau nak keluar ke?” soal Airiel kepada isterinya. Berkerut wajah Arwin tidak faham apa yang suaminya katakan.
“Keluar? Pergi mana? Kay, Syaz?” panggil Arwin sambil bercekak pinggang. Kayra dan Syaz tersengih sesama sendiri.
“Aku dah cakapkan… Kalau korang nak pergi, pergilah… aku tak ikut.”
“Tapi Win, lama dah kita tak keluar sama. Masa kau duduk dengan makngah kau pun asyik tolong makngah meniaga je. Jomlah Win. Airiel, please.” Arwin mula rasa serba salah. Dia mengaku yang sudah lama mereka tidak keluar bersama. Namun, dia yakin suaminya tidak akan membenarkan.
“Pergilah naik atas siap. Kay, Syaz ajak Que dengan Amer sekali. Aku tak akan biar korang keluar tiga orang je. Bahaya.”
“Tak boleh ke girl time?” celah Syaz.
“Dah tak payah pergi.”
“Okay, okay kitaorang call. Jom Win.” berlari mereka bertiga sambil tertawa. Eriq juga tertawa kecil sambil menggelengkan kepala melihat terlatah mereka bertiga.
“Dah macam budak-budak aku tengok diaorang. So kau nak keluar la kan ni. Aku balik dululah…”
“Hm yelah.”
“Enjoylah keluar dengan wife kau. Macam ni la bro, suami. Aku chaw dulu.”. sempat Eriq mengusik rakannya dan terus beredar. Airiel menggelengkan kepala sambil memandang ke arah tangga dan dia tersenyum sebaris.
SUDAH masuk 3 jam mereka berjalan di dalam mall. Wajah Airiel tidak dapat dinafikan kelihatan ketat sahaja. Arwin juga mula rasa serba salah.
“Awak okay? Awin minta maaf.”
“Apahal kau minta maaf pula? Aku okay je. Korang memang jalan macam ni ke? Macam ada tiga jantung.” mendengar rungutan suaminya membuatkan Arwin tertawa geli hati.
“Biasalah awak, perempuan. Kalau awak dah penat tak apalah, kita balik okay?” soal Arwin sambil tersenyum memandang suaminya.
“Dah alang-alang kau keluar dengan kawan kau ni, keluar je lah.”
“Tapi awak, awak tak kesah ke orang tengok awak dengan Awin. Nanti orang tangkap gambar ke macam mana?” Airiel merenung isterinya dan dia terus menjentik dahi Arwin membuatkan Arwin terjerit kecil.
“Sakitlah!”
“Padan muka kau. Aku dah bawak keluar, bising pula.”
“Kau dah kenapa Win pegang dahi?” tegur Syaz yang menghampiri mereka.
“Tak ada apa-apa.” jawab Arwin menggosok dahinya.
“Sampai merah dahi kau.” tegur Kayra tertawa kecil. Airiel memandang dahi isterinya dan tersengih nakal. Lupa pula isterinya berkulit cerah dan senang mendapat kesan.
“Aku terbuat kuat sangat ke? Sakit ea?” soal Airiel sambil menggosok dahi isterinya.
“Awak boleh tanya lagi? Sakitlah, tangan awak dengsn Awin beza tau.” rungut Arwin sambil membeza-bezakan tangannya.
“Mengada. Aku jentik sikit je tadi. Ni korang nak pergi mana lagi lepas ni?” mereka tersenyum sesama sendiri.
“Bro, kau pergi tanya buat apa… diaorang ni panjang akal kau tahu tak. Kopak duit kita.” tegur Amer sambil menggelengkan kepala.
“Tahu tak apa. Kau tak penat ke? 3 jam kita dalam ni.” rungut Que pula.
“Ouh berkira. Kitaorang boleh beli sendirilah.” jawab Syaz sambil bersilang tangan.
“Entah. Korang nak pergi minum pergilah. Kitaorang tak habis shopping lagi. Kan Win?” Arwin tersenyum bersalah. Tidak tahu berpihak kepada siapa.
“Awak dah penat ke? Kalau penat kita balik je lah.” jawapan Arwin membuatkan kawan-kawannya tidak berpuas hati. Malah Amer dan Que sudah tersenyum setuju. Airiel memandang Arwin, ikutkan memang dia mahu pulang. Tidak pernah dia berlama di dalam mall. Dia mengeluarkan dompet dan dihulurkan kad kepada isterinya.
“Pergilah beli apa kau dengan diaorang nak. Lagi dua jam tunggu kiaorang dekat sini.” arah Airiel berwajah tiada senyuman.
“Eh tak apalah. Awin tak nak beli apa-apa.” tolak Arwin. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya. Meraka sudah memandang satu sama lain.
“Dah jom balik.” ajak Airiel sambil mahu beredar. Gelabah Arwin ketika itu dan terus menarik tangan suaminya.
“Okay, Awin ambil.” jawab Arwin sambil mengambil kad di tangan suaminya. Mereka di situ sudah tertawa kecil melihat terlatah mereka suami isteri.
“Kan senang.” jawab Airiel sambil merenung geram isterinya.
“Thank you Airiel.” ucap Kayra kerana dibelanja Airiel. Airiel hanya mengangguk. Baru sahaja mereka ingin beredar tiba-tiba satu suara menegur mereka.
“Angah.”
Share this novel