BAB 3

Horror & Thriller Completed 13860

Rahman siap awal pada hari ini. Dia ingin pergi ke kampus awal-awal.
"Cik Kiah, hari ni Man pergi kampus awal. Man breakfast dekat kampus,"
dia terus mengambil kunci kereta.

"Hati-hati," pesan Cik Kiah. Dia terus menyediakan sarapan untuk ahli
keluaga yang lain.

Malam semalam hujan lebat, pada pagi ini suhu sungguh sejuk. Air embun
menitik dari daun ke daun dan airnya jatuh ke tanah.

Rahman tidak terus ke kampus. Dia singgah di sebuah kawasan pendalaman.
Kawasan itu agak jauh dari bandar. Dia melilau mencari sesuatu. Tapi
'sesuatu' yang dicarinya masih belum di jumpainya. Rahman masih berusaha
mencari 'sesuatu' itu. Benda itu terlalu penting baginya dengan kekasih
'gelapnya' itu.

"Dah dekat sejam, tapi benda tu aku belum jumpa lagi. Aku rasa dia tak
aman sebab benda tu," Rahman bercakap sendiri. Jika dilihat orang pasti
menyangka dia sudah gila. Mujur kawasan itu jauh dari bandar . Rahman
terus berjalan ke arah keretanya yang diparkir di tepi jalan.

"Anak cari sapa?"tegur seorang lelaki tua. Rahman agak terkejut dengan
teguran lelaki tua itu

"Eh tidak. Saya datang ke sini mencari sesuatu," balas Rahmab dengan
hormat kepada orang itu.

"Anak ini dari kelakuan mesti seorang yang baik,"puji orang tua itu.
"Tapi pakcik saran kan anak cari benda itu dan semadikanya dengan
baik-baik," orang tua itu meninggalkan Rahman yang masih terpinga pinga.

Dia terus masuk ke dalam keretanya. Semakin lama dia berada di dalam
hutan itu bulu romanya semakin menegak. "Alah cuma seorang pak cik tua,"
Rahman cuma menenangkan hatinya dengan ayat-ayat yang positif. Rahman
terus memecut laju keretanya, meninggalkan kawasan itu.

---

"Kau pergi mana?aku telefon kau, kau off. Aku telefon rumah kau, mak cik
Kiah cakap kau dah pergi kolej. Kau ni masalah betul lah,"marah Irfan.

"Kau boleh diam sekejap. Aku tengah serabut kau tahu tak, "kini giliran
Rahman memarahi Irfan yang seperti ulat beluncas.

"Apa yang kau serabut tu? Story kat aku sekarang!" Irfan semakin bengang
dengan tingkap lagu Rahman.

"Aku cari barang tu,"Rahman merenung Irfan.

"Barang?" Irfan kehairanan. Barang apa pula yang dimaksudkan oleh Rahman.

"Airin,"

Dengar sahaja nama itu Rahman dan Irfan terdiam.

"Sudahlah! Aku masuk kuliah dahulu," irfan terus sahaja mencapai
barang-barangnya.

"Aku tak jumpa barang itu,"perlahan saja suara Rahman tetapi dapat
didengari Irfan dengan jelas.

Irfan terus menoleh. Mukanya pucat. "Betul kau tak jumpa?" Irfan takut.
Takut dengan kisah silam. Zaman kegelapan mereka berdua.

Rahman hanya mengangguk. Irfan tahu dengan kisahnya. "Kau dah cari
elok-elok?" Irfan mula kerisauan. Dia risau kisah lama akan berulang.
Dia tak mahu. Dia mahu hidup dengan aman. Habis belajar. Cari kerja yang
bagus. Bahagiakan ibu dan ayah di kampung. Berkahwin dan mempunyai
anak-anak. Dia tak mahu semua itu hancur hanya kerana kisah gelapnya itu.

"Kau tahu aku tak nak semua ni berulang kan?kau kena tolong aku. Aku
akan tolong diri kau,"Kata Rahman.

"Aku akan tolong kau"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience