Bab 1: Anak Angkat

Humor Series 146348

"OH, babeh! Come to me, dear! You're so stunning as always. Oh, please honey. I was getting 'on' here. I just wanna you, babeh!"

Lelaki itu sudah menggeliat keghairahan di atas ranjang. Dia merayu agar Sai datang mendekat kepadanya. Tidak cukup dengan itu, dia juga telah menanggalkan baju kemeja yang dia pakai. Kini tubuhnya sudah terlentang setengah telanjang di atas pembaringan.

Sementara itu, Sai hanya melirik melalui ekor mata dan menanggapinya acuh tak acuh. Wanita itu masih meneruskan aktivitinya iaitu menyoleki wajah di hadapan cermin. Khalid yang sudah mengerang kegairahan tiada hati untuk ditoleh.

Perlahan Sai rasakan sentuhan tangan kasar lelaki itu telah tiba mendarat di kedua belah bahunya. Entah bila masa dia bergerak turun dari katil pun tak tahu. Pantas sungguh pergerakan lelaki miang ini.

"Babe! You ni tak ada perasaan ke? I dah sampai macam ni you masih boleh buat bodoh lagi, kan." Khalid mempertikaikan. Bahu Sai diraba semakin jauh dan hampir turun menyentuh dada.

Namun wanita itu cepat-cepat menguis tangan itu dengan lembut dan mengusir dari terus meraba dirinya. Lantas dia sambung semula mencalit solekan sederhana ke muka.

"Khalid! I dah bagitahu you kan, selagi tiada hubungan sah di antara kita, I tak akan mudah-mudah serahkan apa yang you mahu. Biarpun you nampak I begini, tapi I bukannya bodoh nak serah-serah macam tu aje. Buatnya I mengandung, lepastu you lari tinggalkan I. Siapa nak tanggung anak I nanti?" tempelak Sai tanpa menoleh pada lelaki itu.

"You tak percaya I ke, sayang? Mestilah I akan bertanggungjawap kalau you mengandung. You pun bukan tak tahu kan, perkahwinan I dengan Farah sampai sekarang tiada hasil walau seorang cahaya mata pun. Kalau you hamil, baguslah! Please baby, I teringin sangat dengan you!"

"Ish, dahlah ketepi sana. I nak pakai make-up pun tak senang," halau Sai lagi pabila Khalid pun masih memaksa.

Lelaki itu akhirnya memilih akur untuk membiarkan Sai menyelesaikan solekan. Tapi dia masih berdiri di sisi Sai lalu sama-sama memandang pantulan diri di dalam cermin. Bayangan dirinya yang tanpa baju tentu cukup menggoda untuk dipandang. Tambahan pula dengan bulu-bulu di dada yang cukup lebat, pasti akan membuat wanita terbuntang biji matanya.

Tetapi, mengapa dia tidak menemui reaksi itu dari Sai? Wanita itu seolah tiada perasaan tika melihat dirinya dalam keadaan sudah seseksi itu. Malah suasana romantik di dalam bilik yang hanya berduaan serupa ini nyata sukar membuat Sai jatuh ke dalam pelukannya. Khalid menghela tidak mengerti.

"Sai! Jauh-jauh I datang sini semata-mata nak jumpa you, nak bermesraan dengan you. Tapi you tak layan I pun. Come on lah dear, layanlah I, sekali je. I janji, kita kahwin nanti sayang!"

Khalid terus merayu serta kembali memicit bahu Sai dengan lembut kemiangan. Tak tahulah itu ayat buaya zaman bila? Tapi semestinya kata-kata itu jangan mudah dipercaya. Dan sekali lagi, Sai menepis tangannya.

Sai terpaksa memutar kerusi solek beroda yang dia duduki bagi menghadap Khalid yang sudah hampir menggelupur bagai ikan tak cukup air. Raut wajah lembut dengan tatapan redup didongakkan agar mata mereka menyatu. Sai memang pakar membuat hati lelaki itu lemah dan longlai.

"I tak suruh pun you datang, sayang! I ada inform kan pada you semalam, yang hari ini I ada nak keluar dengan mommy. Lagipun, you cakap wife you ada kan, dia tengah tak travel kan?" bantah Sai tetap dengan irama kelembutan, khas sebagai kharisma seorang penggoda.

"Ala, si Farah tu. Kalau ada dekat rumah pun serupa tak ada je. Bukan dia layan I pun. Oleh itu I sanggup datang sini untuk jumpa you dear. Come on lah. I nak sangat dengan you."

Khalid terus merayu. Badannya juga telah dibongkokkan agar mukanya bertemu dengan Sai. Tapi sekali lagi wanita itu laju mengelak.

"Khalid. I rasa better you balik dulu. Mommy Zita sekejap lagi datang. You tak nak kan mak sedara you tu tengok you dekat sini bersama I?" Sai berhelah hebat.

Khalid akhirnya mengangkat tangan. Mukanya sudah bertukar tawar dan terus menegakkan kembali si tulang belakang. Lelaki itu telah merengus lalu bergerak mencapai semula bajunya lantas laju-laju menyarung ke badan. Sementara muka kesal penuh kecewa tidak dapat diselindungkan.

Untuk kali kesekian, usahanya buat mendapatkan Sai berakhir dengan kehampaan. Tidak tahu lagi cara apa yang harus dia gunakan agar Sai jatuh ke pelukannya?

Boleh saja dia jika mahu gunakan cara kekerasan ataupun cara paksa. Tapi dia tidak mahu melakukan itu. Dia mahukan Sai yang menyerahkan diri padanya dengan suka rela. Barulah kenikmatan itu dapat dirasai bersama-sama. Begitulah katanya.

Sai pula telahpun siap menyoleki wajah dengan sentuhan make-up sederhana. Berpakaian formal dengan rambut ikalnya dibiar terlepas, Sai terlihat sungguh anggun persis wanita berkarier.

"Fine! I'll go now. Tapi malam nanti I nak jumpa you lagi tau." Khalid masih tidak puas hati.

Sempat dia berpesan sebelum keluar dari bilik berkenaan. Sementara wanita itu hanya melorek sebaris senyuman sumbing. Tiada jawapan sama ada ya ataupun tidak. Khalid pun keluar dari bilik itu membawa hati kecewanya.

Kemunculan Khalid dari dalam bilik Sai nampaknya telah disambut oleh kehadiran seorang wanita cantik nan seksi. Gadis yang berdress-up serba terbuka dan tersembul sana-sini itu telah bertembung dengannya dan membuat keadaan menjadi sedikit aneh.

"Eh. Express gila," perli Larasati. Dia tahu Khalid baru sahaja masuk ke bilik Sai. Tapi dalam waktu yang singkat lelaki itu telah keluar semula.

Khalid yang kesal diperli begitu hanya menghadiahkan lirikan jengkel. "Diam ar!" tempik Khalid. Dia terus orak langkahnya menuju pintu dan mengabaikan Larasati.

Gadis itu pula hanya memerhati Khalid yang terus berlalu. Bibir tersungging senyum mengejek. Dia pasti Khalid sekali lagi gagal mendapatkan Sai.

Ting tong!

Belum pun Khalid sempat membuka pintu, kedengaran loceng sudah ditekan dari luar. Lelaki itu pun terus menggelabah. Cuak dan panik serta kelam-kabut mencari jalan untuk melarikan diri. Dia tahu yang tiba itu adalah Datin Rozita, ibu saudaranya.

"Alamak, dia sampai pulak," keluh Khalid yang sudah mula kalut.

Tak lama, Sai pun muncul dari bilik dan menyaksikan kekalutan tersebut. Dia geleng kepala dan mengeluh kesal.

"Ish. Kan I dah kata jangan datang. Degil you nak datang juga kan. Bila jadi macam ni tahu pun kelam-kabut," marahnya separa berbisik sebaik telah tiba di hadapan Khalid.

"Janganlah marah sayang. You buat I makin geramlah bila marah. Sumpah!" Sempat lagi dia mengayat dalam keadaan genting begini. Membuat Sai semakin berbulu padanya.

"Jangan banyak cakap. Pergi masuk semula ke bilik I, dan keluar selepas I gerak nanti. Faham?" arah Sai. Tegas dalam bisikan.

Khalid pun tidak dapat membantah. Gadis pujaan hati telah memarahi, tentu saja dia akan menuruti. Maka segera dia bergegas dan masuk semula ke dalam bilik seperti yang Sai arahkan.

Kening Sai hampir bertemu menyaksikan kekelam kabutan Khalid yang ingin mengelak dari dikantoi oleh ibu saudaranya. Sakitnya hati dengan lelaki pervert seorang ini. Nasib baik dia juga salah satu 'pohon duit' bagi Sai dikala terdesak. Maka tidak jadi dia hendak marah berlebihan.

Tampang manis lantas kembali dipasang setelah menyaksikan Khalid selamat bersembunyi ke dalam biliknya. Selanjutnya Sai pun menuju pintu untuk menyambut tetamu yang tiba.

"Morning mommy," sapa Sai ramah sebaik pintu dibuka.

"Morning beautiful! Haih, anak mommy cantiknya hari ini," puji Datin Rozita tatkala melihat penampilan Sai hari ini.

"Mestilah mommy. Hari ini kan untuk pertama kali mommy ajak Sai bertandang ke office Dato. Sai sebagai PA mommy kenalah berpakaian profesional."

"Pandai pun dia! Tak perlu mommy protokol Sai sendiri sudah memahami. Ini yang mommy makin sayang anak mommy seorang ni."

Senyum manis terukir megah di bibir berguncu nude color itu tatkala menerima pujian melangit dari bos yang telah menjadi ibu angkatnya itu. Selanjutnya, Datin Zita terus mengajak Sai untuk segera bergerak.

"Laras! Aku pergi dulu." Sai melaung nama memanggil rakannya. Larasati terus muncul tidak lama.

"Okay. Take care babe," sahut gadis itu.

Datin Zita pula hanya memberi sebuah lambaian tangan beserta senyum sebagai basa-basi. Lantas turut dibalas oleh Larasati. Setelah itu dia dan Sai segera meminta diri untuk beredar cepat dari kondominium tersebut.

SAI dan Datin Zita telah selamat pergi. Maka Khalid pun mengambil peluang itu untuk segera keluar. Lega hatinya kerana tidak jadi dikantoi aunty Zita. Jika tidak, mesti huru hara nanti. Dan lebih buruk jika ia sampai jatuh ke pengetahuan Farah. Sudah pasti perang besar sedang menanti dirinya.

Namun, sekali lagi Khalid disambut oleh kemunculan gadis seksi tadi. Kali ini kelihatan lebih aneh bila Larasati terlihat lebih berani. Gadis itu sudah berdiri menyandar pada dinding tidak jauh dari pintu. Mini skirt yang dikenakan juga cukup tinggi buat mempamerkan kegebuan paha putihnya. Tidak cukup dengan itu, Laras malah semakin menyilang paha itu agar semakin menonjol. Sementara matanya juga melirik Khalid dengan lirikan menggoda.

Mata ibarat mesin pengimbas milik Khalid sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk memandang keindahan di depan matanya itu. Atas bawah dia tilik objek menawan tersebut tanpa berkedip. Laras pula semakin memperlihatkan senyuman menggoda pabila Khalid sudah merenung dirinya serupa itu.

Khalid telah berada di hadapan Laras dan kini sedang bertentang mata sesama sendiri. Khalid lalu menongkat sebelah tangan ke dinding menjadikan posisi mereka lebih rapat dan hanya dipisahkan dengan jarak beberapa inci sahaja.

"I tahu you masih tak dapat Sai lagi. Mesti you frust kan," ujar gadis itu berbisik lembut.

Turut bertindak lebih berani iaitu jari-jemarinya yang telah tiba menyentuh butang kemeja Khalid yang mendedahkan dada berbulu lelaki tersebut. Semakin berani bila si tuan badan membiarkan dirinya melakukan perkara berkenaan, maka jari-jemari Laras mula menjalar lebih dalam hingga ke sebalik baju.

Gadis itu lalu mendongakkan muka serta mempertemukan mata dengan Khalid. Bibir bawah digigit kecil saat tangannya mula nakal menjelajahi dada lelaki itu dengan tapak tangan yang semakin jauh meneroka.

"Tak dapat Sai, I kan ada! I boleh bahagiakan you dengan pelbagai gaya yang you mahukan." Laras berujar dalam bisikan intim menggoda.

Khalid senyum sumbing tatkala dilihat wajah gadis itu sudah memerah penuh ghairah. Matanya masih meneroka setiap bahgian yang ada pada Laras. Dan pandanganya berhenti tepat di wajah cantik gadis tersebut.

"Cantik!" pujinya spontan. Laras menguntum senyum girang.

"Tapi murah sangat!" Khalid menyambung kata. Membuat senyum Laras hilang serta merta.

Tangan Laras yang masih berada di dada terus dicekak dan buang jauh. Lelaki itu sekali lagi mendekatkan muka pada Laras lantas berbisik.

"Taste I adalah perempuan yang jenis liat macam Sai. Barulah mencabar untuk dikejar. Kalau setakat senang didapat macam you ni, melambak dekat luar tu."

Khalid sekali lagi mengoyak senyum sengetnya sembari menepuk pipi gebu Laras beberapa kali. Lantas dia terus mengorak langkah untuk beredar dari hadapan gadis itu dan meninggalkannya terpinga-pinga.

"Bye," pamit Khalid setengah berbisik. Sempat dia melambai dengan menayang wajah selamba seakan mengejek Laras. Gadis itu sudah merengus mukanya.

"Ish... Tak habis-habis Sai! Apa yang istimewa sangat entah dengan perempuan tu?"

Larasati menggerutu sendiri tidak puas hati. Dia tidak habis fikir bila seolah dia kalah saing dengan Sai, sedangkan dia juga tidak kalah cantik dari rakan serumahnya itu.

Tapi kenapa kebanyakan lelaki yang mereka dekati tak habis-habis asyik sebut Sai, Sai dan Sai? Laras cukup menyirap.

***

KERETA yang dipandu oleh driver itu telah meluncur laju membelah jalanraya. Di dalamnya telah membawa Datin Rozita dan juga Sai yang duduk di bangku belakang layaknya dua orang permaisuri.

Lima minit suasana bisu di dalam kendaraan itu dibiarkan, tak lama Datin Rozita mula membuka sepatah dua dari suaranya.

"Sai," panggilnya, lembut dan nyaman di dengar.

"Iya, mommy!" Sai menoleh dan menjawap laju.

"Dah lama ke Sai berkawan dengan budak Larasati tu?" soal beliau kembali.

Sai terus mengubah ekspresi wajahnya. "Err, kenapa mommy?"

Senyum mendahului kata. Dati Zita tidak mahu Sai berfikir bukan-bukan.

"Tak adalah! Cantik budak tu cuma, penampilan dia memang macam tu ke?" Datin meluahkan pandangannya.

Sai menguntum senyum. "Oh, dia memang macam tu, mommy. Tapi budaknya baik." Sai menjelaskan.

"Even keluar pun pakai macam tu ke? Bukan mommy ni nak perasan alimlah kan, mommy pun tak pakai tudung. Cuma, takkan se-daring itu?"

Rozita mula memperlihatkan rasa kurang senangnya terhadap penampilan rakan serumah Sai tersebut. Tapi bagaimanapun, luahnya itu tetap mengekalkan kata-kata penuh hemah melambangkan keperibadian tinggi yang dia miliki.

Tidak menjawap dengan kata-kata, Sai hanya mengemam senyum tawar seraya termangut perlahan. Anggukannya itu telah membuat Datin Zita jatuhkan rahangnya luas-luas.

"My goodness. Daringnya!" Zita mengurut dada. Sai memilih untuk tidak berkomen apa-apa.

"Macam nilah, Sai. Memandangkan Sai duduk serumah dengan dia, Sai cubalah nasihatkan sikit supaya jangan keterlaluan serupa itu. Ataupun kalau tidak Sai jangan terlalu rapat dengan dia. Buatnya dia berperangai tidak senonoh seperti penampilannya karang, mommy risaulah."

"Maksud mommy?" Sai meminta penjelasan.

"Contoh macam, suka goda suami orang ke, ish... Minta-minta dijauhkan."

Sai terus memilih untuk menutup mulut melainkan hanya mempamer senyum tatkala Datin Zita terus menempelak dengan asumsinya. Senyum itu diperlihatkan seikhlas mungkin meski ia sebenarnya terpaksa. Sai memang pakar dalam hal itu.

COLUMBIA Travel Agency sdn bhd. Sebuah syarikat pelancongan yang cukup masyur namanya. Ber-ibu pejabat di Kuala Lumpur, syarikat berkenaan juga mempunyai ejen-ejen di beberapa buah negara Eropah dan juga Asia.

Diasaskan oleh pemiliknya iaitu Dato Othman Bin Sauri, syarikat itu telah berdiri megah sejak 15 belas tahun yang lalu.

Sebuah Toyota Vellfire telah merapat di hadapan bangunan berkenaan. Dua orang penyambut tetamu yang sudah sedia berdiri di hadapan pintu kaca lalu membongkokkan badan sebaik menyedari akan ketibaan tersebut.

Pintu kaca terkuak dengan sendiri. Datin Zita beserta PAnya disambut sebaik mereka keluar dari kendaraan. Dengan senyum ramah, tetamu kehormatan itu lalu dipersilakan untuk masuk tanpa perlu banyak soal.

"Selamat datang, Datin!"

Beberapa orang staf yang berpapasan telah meletakkan sebelah tangan di dada lantas membongkok sedikit seraya menyapa. Datin Zita hanya melambaikan tangan serta melempar senyum manis sambil terus menapak menuju pejabat suaminya.

Tidak lupa, Sai juga masih mengiringi langkahnya dari belakang serta turut mempamer senyuman terhadap staf-staf berkenaan. Selanjutnya, Datin Zita membawa Sai menaiki lif untuk menuju ke pejabat Dato Othman yang terletak di tingkat tujuh bangunan berkenaan.

Ting! Lif berhenti pabila telah tiba di lantai yang dituju. Pintu pun terbelah dengan sendiri.

"Ibu! After nood, mother dear."

Sebaik sahaja Datin Zita dan Sai keluar dari perut lif, kehadiran mereka telah disambut oleh kemunculan seorang pemuda yang terus meluru ke arah mereka. Datin Zita adalah sasarannya.

"Hei, my hantu galah! You always suprising me lah, my dear," sembur Datin Zita pada pemuda tinggi tersebut.

Luftnan memuncungkan bibir selepas mendengar ibunya menempelak dengan gelaran itu. Tetapi tak lama, belakang wanita itu lalu diambil tempat buat mengiringi langkah. Sementara kedua tangannya sudah berada di bahu Zita dan kemudian memicit-micitnya.

"Asyik-asyik panggil hantu galah, asyik-asyik panggil hantu galah. Sampai hati ibu kan," rajuk Luft. Namun langkah si ibu tetap diiringi.

"Iyalah, siapa suruh tinggi sangat? Ibu dan sampai paras bahu je dengan awak ni tau," sahut Zita manja.

"Itu ibu yang terlalu pendek. Luft dah ok ni kan. Dah perfect like a gantlemen."

"Emm, iyalah tu! Ayah mana?"

"Ayah of course lah dekat ofis dia. Dah lama tunggu ibu tau."

Zita tidak lagi menjawap pabila dirinya telah digiring oleh kedua tangan Luft untuk dibawa ke pejabat Othman.

Anak bujang one and only miliknya itu sememangnya seorang yang manja. Bila berjumpa tak kira di mana, itulah kerjanya. Mengendeng dengan ibu tercinta.

"Ibu! Who is she?" Luft berbisik sambil terus membawa ibunya masuk.

Seseorang yang membuntuti dari belakang itu telah membuat dirinya terpanggil untuk mengambil tahu.

"Dialah PA ibu!" Zita turut berbisik menjelaskan.
"Ooo..." Luft memberi respon.
"Why?"
"Nothing! Just wanna know!"
"Cakap jelah cantik!"
"Indeed! Kikikiki."
"Gatai hantu galah ibu ni."

Dua beranak itu saling berbisik dan mengekek sesama sendiri. Sementara Sai masih terus membuntuti dari belakang. Senyum masam tersungging di bibirnya tatkala menyaksikan mereka berbisik di depan sana, yang mana bisik mereka itu jelas ditangkap oleh inderanya. Dia tahu dirinya sedang menjadi objek pertanyaan si anak tersebut kepada ibunya.

BILIK pejabat yang memaparkan papan perspek pada pintu dengan nama Dato Othman telah membuat langkah mereka berakhir. Luft mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum terus menolaknya. Setelah itu, ibu dan PAnya dipersilakan masuk ke dalam bilik pejabat berkenaan.

"Darling! Kenapa you lambat? Kalau tak boleh join lunch dengan I tadi," sapa Dato Othman pada isterinya.

"Sorry, I singgah shopping sekejap tadi. Tambah apa yang patut yang I perlukan sewaktu di Sweden nanti," jawap Rozita selamba.

Wanita itu juga telah mengambil tempat duduk di sofa meskipun tanpa dipelawa. Pejabat suami sendiri, tidak perlu menunggu pelawa, bukan?

Tidak lupa, Sai juga telah diajaknya duduk sekali. Sementara Luft juga tidak ketinggalan turut berkepit di sisinya. Haih, dasar manja!

"Jadi, ini PA yang you maksudkan?" Othman bertanya. Rozita isterinya menarik nafas sebelum berujar.

"Iyalah! Inilah ni PA kesayangan I. I dah anggap dia macam anak sendiri tau. Sebenarnya I nak bawa dia sekali ke Sweden nanti, tapi disebabkan you perlukan setiausaha baru, I terpaksa minta dia untuk menjadi assistant pengganti dekat sini untuk sementara," jelas Rozita. Othman angguk faham.

"Sai! Sai tak apa-apa kan bertugas di sini?" Datin Zita alih fokus pada Sai di sisi. Gadis itu terus menyambut dengan senyum.

"Okay, mommy. Jangan risau. Sai boleh jadi PA pengganti buat Dato," jawap Sai tegas.

"Fulamak, mommy! Kita pun panggil ibu tau. Awak anak baru terus panggil mommy. Pilih kasih eh ibu kita ni?" Luft melempar kata gurauan, dituju khas buat kedua-dua wanita itu serentak.

Datin Zita ketawa kecil seraya menampar paha anak bujangnya itu, geram! Tawa mereka pun menyatu menjadikan suasana sedikit gamat.

Sedangkan Sai tidak memberi banyak respon. Dia kekal memperlihatkan wajah datar tanpa apa-apa perasaan. Hanya sedikit senyum tawar ditarik ke pipi tatkala mindanya mula memberi ucapan tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya masuk ke syarikat ini. Lebih menarik, dia akan bertugas sebagai setiausaha kepada Dato Othman sendiri. Satu jawatan yang membuatnya lebih mudah untuk mendekati lelaki itu.

TBC

Hai! Terima kasih sudi membaca coretan PinkRose yang entah ke berapa dalam NovelPlus ni. Hahaha... bunyik macam banyak benor gayanya! Lepas baca bab 1 ni, jom kita round² cuci mata dekat fb dan ig PinkRose. Tengok wajah² cast untuk cerita ni macam mana. manalah tahu kenan di hati kan. hahaha. IG: @pinkrose.my FB: Umie Qut Selamat mengikuti cerita ini. Semoga enjoy dengan kisah Sai, si gadis penggoda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience