43.

Romance Completed 46657

Mayang berdiri dari sisi Aura membiarkan Hani anak jururawat membantu Aura.

"Mayang tolong ambik Hoddie Aura yang panjang dekat belakang pintu bilik kami." Kata Hani.

"Justin, Minta Chip hubungi chopper atau apa je untuk bawa Aura naik kedarat." Kata Hani.

"Apai. Ambilkan ku tuala 2 helai." Kata Hani.

Hani melihat semula Aura yang masih dalam posisi terduduk lemas.

"Aura. Kau tahan dikit ah. Aku mau keluarkan Tebuni anak ani." Pinta Hani.

Aura mengangguk lesu. Tak mampu nak berkata.

"Bismillah." Kata Hani dan menarik perlahan Tebuni. Keluar saja tebuni, Apai datang bersama 2 helai towel ditangannya.

Dia menyerahkan pada Hani dan Hani menyambut lalu membungkus tubuh sibayi dari kesejukan. Bayi diserahkan oada Apai untuk memegangnya sekejap.

Mayang berlari membawakan Hoddie Aura. Dia menyerahkan oada Hani dan dipakaian pada Aura.

"Ok. sudah Chip call chopper untuk buat oenerbangan kecemasan kesini." Kata Justin.

"Dayak tolong angkat Aura. Bawa keluar dari sini. Mayang bersihkan darah ni sama sabun. Sebelum tu ludah dulu." Kata Hani.

Petua orang Labuan jika meninggalkan darah atau menyuci darah mesti diludah agar syaitan iblis taknak.

Tubuh Aura diangkat perlahan. Dayak membawa keluar dari tandas dan dibawa ketekoat berkumoul menanti Chopper datang mengambil.

"Aku kemaskan barang kau kejap." Kata Hani pada Aura.

"Hmm" Kata Aura Lemah.

Apai membawakan air ada Aura untuk membesahkan tekaknya. Aldi menghampri Aura yang berada tak jauh dari pintu ruangannya.

"Aura. Kau ok kah ni?" Tanya Aldi.

"Ok." Kata Aura.

"Kami oun nda perasan kau berisi." Kata Aldi.

"jangankan Korang, Aku sendiri tak tahu aku mengandung." Kata Aura.

"Kau ni jenis kalau mengandung nda nampak ni. Damit parutmu." Kata Mayang. Baru selesai membersihkan darah Aura.

"Ada meh?" Tanya Aldi.

"Ada Kazenku selama ya betuan nda ya tahu langsung. Tup tup esok beranak. Macam ani lah ni." Kata Mayang.

"Nah Baby." Apai menyerahkan Baby perempuan yang masih bertali pusat dan masih bertebuni kearah Aura.

"Eee Comelnya.." Kata Aldi.

Banyak rakan Aufa yang ada diatas Pelantar melihat wajah sibaby yang putih kemerahan.

Akhirnya Chopper datang dan mendarat ditempat pendaratan khas diatas Batch.

Dayak membantu mengangkat tubuh Aura dan meletakkan didalam Chopper. Aura diberikan Alat pernafasan agar tak mengganggu pernafasannya semasa diatas nanti. Begitu jua Baby yang diserahkan Mayang ketangan Aura.

Beg Aura dimasukkan dan Aura dibawa pulang segera kedaratan.

Hujan dan ribut datang semula Chopper yang Aura naiki terasa kekiri dan kekanan akibat angin kencang.

Pemandu Chopper meminta untuk membuat pendaratan cemas di Pangkalan tentera Udara.

Dalam masa yang sama Karfo yan. membawa Uthman dan team baru sahaja mendarat di Pangkalan.

"Boleh tahan lebat hujan kat sini. Dengan angin kencang pulak tu?" Kata Amin.

"Kenapa aku tak sedap hati ni,?" Tanya Uthman.

"Takde apalah." Sangkal Amin.

Hujan lebat bertukar renyai. Uthman dan Amin baru keluar dari Kargo dan ingin masuk kedalam van yang membawa mereka kepangkalan.

Namun Chopper yang membawa team Offshore mendarat tak jauh dari Kargo mereka.

Uthman dan Amin melihat Ambulance dari Tentera Udara menuju kearah chopper tadi.

"Kenapa tu?" Tanya Uthman pada Hafizul yang baru turun dari dalam van.

"Kecemasan, Bersalin diatas pelantar." Kata Hafizul.

Hafizul membantu Amin memasukka barang dibelakang Van.

Sayup sayup bunyi suara dari arah Chopper tangisan Bayi menangis.

"Sediakan oksigen bagi si ibu dan sibaby!! Teriakan pegawai medik Tentera.

"Ambil bayi dari si ibu." Kata pegawai itu lagi.

Aura menyerahkan bayinya pada wanita didepannya.

"Bantu si ibu, Turunkan dia perlahan. Aura perlahan sikit." Kata pegawai itu.

Aura mencuba untuk bangun dan berdiri, Namun sakit perit dirasakannya dibawah celah kangkangnya.

"Ya Allah. Hsssshh. Sakitnya." Kata Aura.

"Aura duduk kejap kat sana." Kata pegawai itu. Lalu menapak kearah Team yang baru turun dari Kargo.

Uthman yang sudah berada didalam Van mencuba menghubungi Isterinya. Dapat namun tak diangkat.

"Zul!! Min!!" Panggil pegawai medik itu.

"Kenapa Nita?" Tanya Zul.

"Bantu kejap. Siibu kesakitan kat Chopper tu." Kata Nita.

"Kejap." Kata Zul.

"Cepatlah. Kesian Puan Aura tu menahan sakit dalam keadaan pendarahan dan oksigen lemah." Kata Nita.

Menoleh Amin berpandangan dengan Hafizul.

"Aura?" Kata mereka serentak.

"Haah. Puan Aura." Kata Nita.

Uthman yang mendengar nama isterinya diseru membuka pintu penumpang Van.

"Kenapa dengan Aura?" Tanya Uthman resah.

"Eh. Leftenen Uth. Maaf. Nak minta bantu Zul dan Amin, Untuk papah Puan Aura turun dari Chopper.

"Hah??" Uthman terkejut. Isterinya yang dibawa oleh Chopper itu.

Uthman berlari menuju Chopper dan melihat siisteri yang menekan perutnya

"Sayang!!" Teriak Uthman mendekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience