Aiman terus dibawa ke hospital. Puan Khadijah terkejut apabila mendengar berita itu dari pihak hospital. Dia terus keluar rumah untuk pergi ke hospital.
Cik Hawa yang melihat Puan Khadijah seperti ingin keluar rumah terus dia mendekati wanita itu.
"Kak Jah nak pergi mana ni? Kak Jah kan tak sihat." - Cik Hawa
"Hawa, anak aku. Anak aku..." - Puan Khadijah
"Ya, kenapa Kak Jah?" - Cik Hawa
Puan Khadijah menangis tidak dapat menahan kesedihannya apabila mendapati Aiman menjalani rawatan di hospital.
Cik Hawa dan Puan Khadijah pergi hospital bersama-sama. Puan Khadijah terus masuk ke dalam wad Aiman apabila dibenarkan. Hati Puan Khadijah menjadi layu apabila melihat Aiman yang terlantar baring di atas katil. Puan Khadijah terus mendekati Aiman. Cik Hawa hanya berada di samping Puan Khadijah.
"Man, bangunlah. Siapa yang nak teman mak nanti kalau bukan Man? Bangunlah Man. Mak sayangkan Man." - Puan Khadijah
"Kak Jah, sabar ya? Aiman kena rehat. Sabar ya, Kak Jah?" - Cik Hawa
Tiba-tiba tangan Aiman bergerak menunjukkan tindak balas Aiman.
"Aiman? Aiman mak ada kat sini nak. Bangun, nak. Jangan tinggalkan mak. " - Puan Khadijah
Aiman membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang ke arah ibunya dan berkata sesuatu dengan nada yang perlahan.
"Mak, maafkan Man?" - Aiman
"Man, mak dah lama maafkan Man." - Puan Khadijah
"Mak, Man mohon sangat mak tolong maafkan Fatihah mak. Kesian dekat dia." - Aiman
"Mak dah maafkan dia, Man." - Puan Khadijah
"Alhamdulillah..." - Aiman
Tanpa diduga, ajal Aiman sudah tiba. Dia menghembuskan nafas terakhir di samping ibunya.
"Man, Man bangun nak. Man? Hawa kau panggil doktor." - Puan Khadijah
"Baik, kak." - Cik Hawa
Apabila doktor sampai, doktor meminta Puan Khadijah untuk keluar terlebih dahulu. Puan Khadijah dan Cik Hawa tunggu di luar wad. Setelah doktor selesai memeriksa, doktor memberitahu Puan Khadijah dan Cik Hawa tentang keadaan Aiman.
"Puan, saya minta maaf. Anak puan tak dapat diselamatkan. Allah lebih sayangkan dia." - Doktor
Betapa sayunya hati Puan Khadijah apabila mendengar kata-kata doktor.
"Allahu akhbar... Innalillahiwainnailaihirojiun..." - Puan Khadijah
"Innalillahiwainnailaihirojiun..." - Cik Hawa
Puan Khadijah terduduk di atas bangku. Dia sedih mendengar bahawa anaknya Aiman meninggal dunia.
"Ya Allah, aku reda lepaskannya Ya Allah. Dengan itu, kau tempatkanlah anakku di tempat yang tinggi di sisiMu." - Puan Khadijah
Cik Hawa hanya mampu memujuk Puan Khadijah untuk bersabar.
Sementara itu, di rumah Wahida, Wahida mendapat berita bahawa Aiman sudah meninggal dari jiran. Dia terus pulang ke rumahnya dan memberitahu Fatihah bahawa Aiman sudah meninggal dunia.
"Fatihah, kalau akak cakap ngan Tihah benda ni, Tihah sabar, ya?" - Wahida
"Apa dia, kak?" - Fatihah
"Abang Aiman... Dia dah meninggal dunia." - Wahida
"Allahu Akhbar! Innalillahiwainnailaihirojiun..." - Fatihah
Fatihah sedih mendengar berita itu. Dia terus masuk ke dalam biliknya dan bertemu Diah Hadirah.
"Diah, pak long Diah dah pergi. Kesian Diah tak dapat jumpa pak long Diah bila dah besar nanti." - Fatihah
Air mata Fatihah jatuh ketika bercakap dengan Diah Hadirah di dalam bilik. Wahida yang berada di luar bilik juga sedih mendengar kata-kata Fatihah.
Semasa di tanah perkuburan, Puan Khadijah ditemani oleh Cik Hawa. Wahida puas memujuk Fatihah supaya pergi menziarahi tanah perkuburan abangnya tetapi dia malu untuk bersemuka dengan ibunya. Fatihah membawa anaknya pada waktu itu.
Setelah tamat acara pengebumian, Cik Hawa memimpin Puan Khadijah pergi dari tanah perkuburan. Sampai sahaja di luar, Puan Khadijah hanya lalu berselisihan dengan Fatihah tanpa mempedulikan anak perempuannya itu. Fatihah hanya melihat ibunya dengan perasaan sedih. Wahida lantas menyuruh Fatihah meminta maaf kepada Puan Khadijah. Fatihah memberi Diah Hadirah kepada Wahida lalu pergi ke arah ibunya dan melutut untuk meminta maaf.
"Mak, Tihah minta maaf mak. Tihah tahu Tihah dah buat banyak dosa dengan mak. Tapi, Tihah dah insaf, mak. Mak maafkanlah Tihah. Mak janganlah hukum Tihah, mak." - Fatihah
"Perempuan tua ni layak ke menghukum orang?" - Puan Khadijah
"Kak Jah, Tihah kan anak Kak Jah? Kak Jah maafkanlah dia Kak Jah. Dia pun manusia biasa Kak Jah." - Cik Hawa
"Hawa, aku dah maafkan dia. Tihah, mak dah maafkan Tihah. Mak tak marahkan Tihah pun." - Puan Khadijah
"Alhamdulillah... Terima kasih, mak." - Fatihah
Fatihah pergi mengambil Diah Hadirah untuk diberikan kepada ibunya.
"Mak, ni cucu mak. Diah Hadirah." - Fatihah
Apabila Puan Khadijah melihat ke arah cucunya, dia terus mendukung cucunya itu lalu diciumnya.
"Diah Hadirah, cucu nenek. Nenek minta maaf sayang. Empat bulan ni nenek tak pernah jumpa Hadirah. Nenek minta maaf." - Puan Khadijah
Cik Hawa, Wahida dan Fatihah berasa lega kerana Puan Khadijah sudah terima cucunya, Diah Hadirah.
"Mak, Tihah teringin nak jaga mak. Boleh, mak? Tihah janji, Tihah takkan sia-siakan hidup mak." - Fatihah
Puan Khadijah hanya mengangguk dan senyum.
"Mak, kalau Tihah nak ziarah kubur abang boleh tak?" - Fatihah
"Boleh Tihah." - Puan Khadijah
Fatihah dan Wahida pergi ziarah kubur arwah Aiman manakala Puan Khadijah dan Cik Hawa bermain dengan cucunya di pondok yang terdapat di tanah perkuburan tersebut.
"Abang, Tihah minta maaf. Banyak dosa yang Tihah buat dekat abang." - Fatihah
"Tihah, sabar ya? Akak tahu apa yang Tihah rasa. Sabar, ya? Kita doakan moga roh Aiman dicucuri rahmat, ya?" - Wahida
Beberapa lama kemudian, Fatihah dan Wahida pulang bersama Puan Khadijah, Cik Hawa dan Diah Hadirah.
Puan Khadijah bermain dengan cucu kesayangannya di ruang tamu sementara Fatihah membuat air teh di dapur.
Share this novel