Get the app for full experience
Arianna melangkah masuk ke kediaman keluarganya dengan wajah datar. Pembantu-pembantu rumah yang menyapa saat berselisih dengannya juga tidak dihiraukan. Bunyi tumit halus kasutnya setiap kali dia menghayun langkah bergema di segenap ruang rumah itu sehinggalah dia sampai di ruang makan. “Ari, you’re back…” Datin Michelle segera bangun dari duduknya. Hilang segala kerusuhan dan kerisauan sepanjang malam kerana memikirkan Arianna sebaik sahaja melihat anaknya itu muncul di rumah pagi ini. “I’m not coming back for breakfast,” balas Arianna datar. Berubah wajah Datin Michelle. Langkahnya yang mahu mendekati Arianna terhenti. Tan Sri Albert dan Datuk Eric menghentikan aktiviti makan mereka. ...