BAB 3

Horror & Thriller Completed 383

Sampai sahaja dirumah, dia terus mengurung dirinya didalam bilik, rasa tidak sabar untuk menggunakan telefon bimbit yang baru dibelinya itu. Safaa terus mencuba untuk menggunakan kamera di telefon bimbit itu.

Setelah beberapa keping gambar diambil, Safaa terus menekan butang upload untuk memaparkan gambar itu di instagramnya. Tidak sampai beberapa saat sahaja sudah ada rakan-rakan di instagramnya menekan butang like dan memberikan pujian diatas kecantikan wajahnya.

Safaa amat teruja, walaupun sebelum ini dia pernah upload gambarnya di laman sosial itu, tetapi kawan-kawannya jarang sekali untuk menekan butang like dan jauh sekali untuk meninggalkan komen. Safaa amat teruja.

“Safaa, buka pintu ni!” Fatin memulas tombol pintu yang dikunci daripada dalam. Safaa bergegas membuka pintu biliknya, mungkin ada sesuatu yang penting Fatin mahu sampaikan.

“Safaa, kau sudah beli telefon bimbit baru ke?” terlihat wajah Fatin yang amat teruja. Dia tahu Safaa kehilangan telefon bimbitnya sejak dua minggu lalu, jadi mustahil dia akan mengupload gambarnya di instagram sebentar tadi. Safaa hanya tersenyum lebar, dia terus menunjukkan telefon bimbit itu kepada Fatin.

“wow! bolehlah kita selfie!” Fatin terus merakamkan beberapa keping gambar wajahnya. Safaa hanya menggelengkan kepalanya. Tuala di ampaian biliknya dicapai untuk mandi. Dia hanya membiarkan sahaja kawan serumahnya menggunakan telefon bimbitnya itu.

Sedang Fatin leka menggunakan kamera hadapan telefon bimbit itu, dia merasakan ada seseorang sedang memerhatikannya. Dia segera menoleh kebelakang. Tidak mungkin ada sesiapa didalam bilik ini. Malah dirumah ini hanya tinggal mereka berdua sahaja. Bulu romanya mula meremang. Fatin mula berasa tidak sedap hati.

Fatin melihat semula gambar yang dirakamkannya. Fatin terkejut apabila melihat kesemua gambar yang diambilnya sebentar tadi kabur, wajahnya tidak jelas. dia cuba mengambil gambarnya semula berulang kali tetapi masalah yang sama juga dihadapai olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience