BAB 6

Fantasy Completed 4006

“Yalah… walaupun harga daging kamu lebih mahal tetapi permintaan terhadap daging kami lebih tinggi dari permintaan terhadap daging kamu. Daging kami pun lebih banyak daripada daging kamu. Sudah pastilah kami yang perlu mendapat layanan yang lebih istimewa berbanding kamu sebab kami menyumbang lebih banyak keuntungan kepada Pak Hambali berbanding kamu.” Jawab Tok Perkasa dengan nada yang cukup angkuh sebelum dia meninggalkan Tok Janggut yang berada dalam keadaan terpinga pinga.

Tok Janggut benar benar tidak menyangka bahawa Tok Perkasa tega mempertikaikan ‘keistimewaan’ yang tidak seberapa yang diberikan oleh Pak Hambali kepada mereka. Pada hematnya, Pak Hambali sudah memberi layanan sama rata kepada semua haiwan ternakannnya. Tiada yang lebih dan tiada juga yang kurang. Semua sama sahaja cuma Tok Perkasa yang sikap iri hatinya terlalu melampau.

Pada suatu malam tatkala bulan purnama menampakkan dirinya yang cantik itu, kawanan lembu telah mengadakan upacara perayaan mereka dengan penuh meriah sekali. Suasana yang biasanya senyap dan sunyi tiba tiba sahaja bertukar menjadi riuh rendah hasil daripada perayaan yang dibuat oleh kawanan lembu itu. Mereka menghidangkan rumput rumput segar dan air hujan bercampur air minuman yang diberikan oleh Pak Hambali kepada mereka.

Mereka bebas menari dan menyanyi tanpa memikirkan keadaan jiran tetangga mereka yang tidak dapat tidur dengan lena kerana dihinggapi dengan bunyi yang terlalu bising. Kawanan kerbau dan kawanan kambing merungut di dalam kandang masing masing kerana kawanan lembu terlalu bising pada malam itu. Tok Janggut sendiri berasa marah dengan tindak tanduk yang dibuat oleh kawanan lembu itu.

“Ini tidak boleh jadi. Mereka semua sudah terlalu melampau. Kita mahu tidur pun sudah terganggu.” Kata Tok Janggut.

“Betul tu tok. Kawanan lembu sudah malampau. Mereka sudah berani pijak kepala kita. Kita mesti bertindak tok.” Ujar Hahi yang merupakan kambing yang muda dan paling gagah dalam kawanan kambing itu. Hahi sering kali menjadi rebutan dalam kalangan kambing kambing betina kerana kegagahan dan keberaniannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience