Arah

Drama Series 421991

"So Joy, Arif bagitau aku Aedy nak beli rumah". Aku menyedut jus lemon dicampur madu yang diletakkan beberapa ketul ais setelah bertanya padanya. Ada pudina sebagai hiasan di tepi gelas.

Joy senyum meleret, "Haah, dia yang rancang. Katanya beli rumah dulu baru kawin. Business dia pun dah ok sekarang ni".

"Dah tengok rumah tu?", soalku penuh minat.

"Dah. Landed house. New housing area. Jauh la dari pejabat aku. But it is okay. Aku ingat bila dah ada baby, aku berhenti kerja. Aku nak jadi full time house wife".

Aku tersenyum meleret. Wow.. Joy n Aedy dah merancang nak beli rumah, nak ada anak. Aku dan Arif tak pernah sebut tentang zuriat, yang kami tau buat je. Rumah pun masih duduk rumah Along Paan.

"Your parents dah ok dengan Aedy?".

Joy terdiam.
"My mum dah ok. My dad la, dia tetap nak aku kawin dengan anak business partner dia. Dia pernah cakap Aedy takde masa depan".

Sampai macam tu sekali ayah Joy labelkan Aedy? Macam mana agaknya keluarga Arif labelkan aku? 

"Aedy tau tak?". Joy menggeleng.

"Tapi Aedy works hard, nak tunjuk kat daddy aku yang dia boleh berjaya", jelas Joy tersenyum. Ya, aku nampak tu.  Bab berhibur pun keras juga mamat tu.

"Parents Aedy?". Aku tanya lagi. Aku ingin tahu tentang mereka. Kami jarang berbual soal soal begini. Jika di rumah, kami lebih berbual hal hal semasa, kerja. Tambahan pula sekarang kami jarang jarang bersua. Aku lebih banyak masa di rumah Arif.

"Mula mula dulu susah nak terima aku. Sebab agama kami tak sama kan. Sekarang macam dah ok. Aku pun kalau balik rumah Aedy pakai sopan sopan. Kat sini je pakai macam ni".

Aku pandang pada Joy sambil menikmati alunan petikan gitar dari pemuzik sambilan yang diupah oleh Coffee House. Hari ni Joy memakai dress merah jambu dari paras dada ke paha. Tau dah ke mana arah tujuannya selepas ni. Aku pula hari ni, memakai blaus dan seluar potongan skirt paras lutut.

"Kau dah convert belum?". Joy pandang padaku.

"Thats another problem", ujar Joy meneguk coke. Aku sekadar menunggu apa lagi katanya.

"Aedy belum bawa aku pergi pejabat agama".

Aku mengangguk, jadi Aedy la yang masalahnya sekarang. Melengah lengahkan, sedangkan dah lama Joy meluahkan keinginan untuk menukar agama.

"Aku nak macam ko beb. Nak cepat cepat kawin, kalau mengandung pun tak jadi masalah sebab dah ada suami. Kau tau la mak bapak kita macam mana. Walaupun famili aku bukan muslim, hal hal macam ni diorang ambil berat. Kita bukan orang putih, terbuka dalam soal anak luar nikah ni.

Aku menggenggam tangan Joy. Aku mengerti masalah dia. Cuma dia tak tau bahawa aku pun ada menghadapi masalah jika aku mengandung.

"My latest abortion last two week", bisik Joy. Air matanya menitis. Cepat cepat aku bangun dan memeluk dia. Aku tahu rasanya walau aku belum pernah mengalami. Rasa cinta sewaktu bersama, pasti ingin sesuatu hasil dari percintaan itu. Tapi ianya terpaksa dikorbankan atas dasar kepentingan peribadi.

"Sampai bila Joy? Berapa kali lagi? Kau masih nak dengan Aedy lagi?", tanyaku. Ini bukan kali pertama Joy menggugurkan kandungan. Rasa marah dan geram pada Aedy membuak buak secara tiba tiba.

"I love him. Sangat sangat cinta. Aku boleh mati kalau dia takde. Aku tak mampu  nak lepaskan dia. He is my first love. My eternal love", adu Joy. Melekapkan muka ke dadaku.

"Mana boleh kau cakap macam tu", bantahku.

"Tak siapa nakkan aku. Aku dah lagi teruk dari janda tau. Sekurangnya janda ada surat cerai, ada anak. Aku?", luahnya.

Aku tak menjawab  aku hanya memeluknya erat. Kemudian aku kembali duduk ditempatku.

"Hai. You Nura Lisa Midnight News tu kan?". Seorang lelaki agak tampan menegur. Aku mengangguk dan memberi senyuman. Dah gaya begini tanpa mekap pun orang boleh perasan.

"I peminat you. Rizman". Dia menperkenalkan diri dan menghulurkan kad nama pada aku dan Joy.

"Thanks", balasku.

"May i join you both later? I nak pergi jumpa kawan kawan i kat meja sana kejap".

"Eh.. kami nak balik dah ni. Kan Joy?". Aku menolak Rizman secara halus, mujur Joy memahami.

"Yeah, dah lama kami kat sini", sampuk Joy bangun dari kerusi seolah olah mahu bergerak sekarang.

"Ala... may i have your number Nura?", pinta Rizman tanpa banyak dalih.

Aku pandang pada Joy, wow! Dia ni sangat berterus terang.

"Sorry. It is too personal", tolakku sambil memberi senyuman paling menawan. Aku sekarang dah pandai memalsukan senyuman tanpa orang sedari.

"Eh.. Joy". Satu suara menegur. Seorang lelaki tampan yang aku kenali, berbaju polo merah dan berseluar hitam.

"Hei Yazid. Buat apa kat sini? How are you?". Seperti biasa Joy akan bersalaman dan berlaga pipi. Aku sekadar memandang dan tersenyum.

"Nak jumpa kawan kawan. Siapa ni?", tanya Yazid menuding padaku kemudian berjabat tangan dengan Rizman.

"Yazid!!! Ni Nura la. Housemate kitorang dulu". Kitorang maknanya Hanim termasuk sekali. Yazid memandangku dari atas ke bawah.

"No way!". Aku ketawa dengan respon Yazid.

"You kenal diorang ni ke Zid?". Rizman mencelah.

Okay.. Rizman dan Yazid saling mengenali.

"Of course. Ni housemate my ex- girlfriend", beritahu Yazid kepada Rizman.

"Ok la Yazid.. Encik Rizman, nice meeting you both. Kami minta diri dulu ye", ujarku tersenyum. Memang kami nak balik pun, bukan sekadar alasan.

"Takkan you all nak balik dah. Jom la join kitorang kat table sana", pelawa Yazid. Kami memandang pada meja yang dimaksudkan. Ramai, semuanya lelaki dan ada diantaranya wajah wajah yang aku kenali ketika di universiti.

"Lain kali ye. Aku dan Joy ada hal lain. Sorry", ujarku penuh hemah. Jelas kelihatan kecewa di raut wajah Yazid.

******

"Namecard sapa ni sayang?", laung Arif dari atas. Pasti dia sedang bersikat depan cermin sebab aku tinggalkan kad nama Rizman dan Yazid di meja sikat.

Arif sampai di rumah ketika aku sedang mandi. Hari ni dia pulang agak awal sedikit dari kebiasaan. Mungkin penggambaran untuk hari ini berjalan lancar.

"Lawyers", jawabku dari bawah sambil merendam uncang teh chamomile di dalam mug berisi air panas. Dua mug aku bawa ke ruang tamu. Tv yang diam membisu, kuhidupkan suisnya. Tak la sunyi sangat rumah kami.

"Kenapa pergi jumpa lawyers?", tanya Arif memeluk dari belakang sambil mencium tengkukku. Aku mengeliat kegelian.

"Tak pergi. Lawyers tu yang datang", jawabku. Arif memusingkan tubuhku. Kami menghadap satu sama lain. Arif memakai singlet dan boxer, nampak kesasaan tubuhnya. Aku sentiasa terliur dengan tubuhnya berbaju atau tidak.

"Untuk apa?", soalnya. Nada suaranya naik satu oktaf. Pasti aneh tiba tiba peguam berjumpa aku.

"Yazid tu kawan masa Uni. Yang kad lagi satu tu kawan dia. Peguam juga. Terserempak masa kat coffe house tadi", terangku pada Arif. Aku rasa Arif jelas dengan peneranganku kerana dia tak menyoal lebih. Dia mendakap aku erat.

"Sayang", bisiknya. Pipiku melekap di dadanya.

"Mmmm...", sahutku enak dalam pelukan hangat suami. Sebolehnya aku nak seluruh kulit aku melekat di kulitnya yang terdedah.

"Sayang sayangkan abang banyak mana?". Pertanyaan Arif buat aku ketawa. Macam budak budak soalan tu.

"Banyak tak terkira. Infiniti", jawapanku pun macam anak kecil. Arif ketawa.

"Selama mana?", tanyanya lagi.

"Selama lamanya, sampai bila bila. Kenapa bang?", balasku mendongak kepala mencari mata Arif. Smiling eyes yang buat aku tertawan.

"Bimbang isteri abang beralih hati. Abang tau ramai mata memerhatikan sayang sekarang", luahnya tersenyum. Namun aku tau itu hanya pura pura.

"Mana abang tau? Mengarut je abang ni", bidasku, mencium dadanya kemudian leher.

"Kita dalam industri yang sama sayang. Besar mana sangat dunia media kita? Kat kenduri hari tu pun, sama je. Muda tua perhati je kat sayang".

"Abang cemburu ye? Mereka tu teruja nak lihat pembaca berita tv secara langsung", jawabku mengucup bibir seksi Arif. Seksi padaku, mungkin tidak pada yang lain.

"Suami mana tak rasa macam tu? I love you more than you love me, sayang", bisik Arif dengan nada menggoda dan aku memang dah tergoda malam ni. I want more.

"Kalau diorang tu tau Nura Lisa dah bersuamikan Arif Fahmi, pasti tak siapa berani pandang pembaca berita ni", bisikku.

Arif melepaskan pelukannya. Dia berjalan ke meja tengah.

"Belum masanya lagi sayang", ujar Arif dingin mengambil mug teh dan dicicipnya sambil berjalan ke meja kerja.

"Bila masanya?". Aku menghempaskan tubuh ke sofa. Entah kenapa aku rasa Arif tak bersungguh untuk perhubungan kami ni.

Sampai bila nak merahsiakan hubungan kami, aku penat nak menolak pertanyaan mak mewakilkan anak kawan kawannya untuk mengenali aku lebih dekat. Itu belum lagi rakan rakan di stesen tv. Walaupun ada yang bertanya kenapa Arif yang menjemput aku setiap kali habis bertugas jika dia ada di sini, aku beritahu mereka yang aku bekerja dengan Arif pada waktu siang dan Arif khuatir akan keselamatan aku pulang lewat malam.

Aku tahu Arif kata dia sayangkan aku dari dulu dan aku terima dia sepenuh hati, entah kenapa akhir akhir ini aku seperti ragu. Bukan kerana ramai lelaki cuba menghampiri ku, bukan! Aku tetap cinta dan sayangkan dia tak pernah berubah hati ni untuk orang lain.

"Sayang, cuba tengok ni". Dihulurkan sekeping pamplet pelancongan padaku. Aku melihat dengan teliti kemudian memandangnya.

"Kita pergi honeymoon untuk second anniversary, nak?", tanya Arif teruja. Aku baru nak ajak berbual serius akan hala tuju hubungan kami, dia dah melencong ke topik lain.

"Lambat lagi bang", balasku lemah, hilang momentum aku untuk berbual. Teh chamomile aku hirup setengah mug.

"Eh.. tak lama dah. Abang nak booking siap siap. Nak blok tarikh tu untuk cuti. Sayang pun, apply cuti 2 minggu tau". Aku mengangguk, malas nak bercakap apa apa tentang honeymoon. Di mana manisnya jika hubungan kami masih dirahsiakan. Tak lama lagi puasa dan raya, takkan kami nak beraya di luar negara lagi?

"Bang, Joy bagitau dia buat abortion dua minggu lepas". Aku bercerita tentang perjumpaan aku dan Joy awal tadi.

"Hmmm.. tak pakai protection ke?", tanya Arif serius seperti tak suka perkhabaran yang aku sampaikan.

"Mana la tau. Kesian Joy. Menangis dia tadi". Aku sekadar bercerita apa yang berlaku di coffee house.

"Anak tu anugerah dan amanah. Mana boleh buang gitu je", kata Arif bernada kecewa. Mug tadi diletakkan disebelah mug aku. Aku merenung Arif.

"Abang...", panggilku manja. Arif memandangku penuh tanda tanya. Haihh... tak faham ke kucing nak mengawan.

Deringan telefonku diatas nyaring sekali membuatkan kami berdua terkejut. Dah lewat kan, pasti ada hal penting.

Aku berlari ke atas, mencapai telefon di atas katil dan terus menjawab.

"Hello", jawabku sambil mencungap. Tak la teruk sangat. Aku bimbang khabar buruk dari kampung sebenarnya.

"Hai Nura. You buat apa? Bunyi lain macam je"

Aku tak jawab, aku pandang pada skrin telefon. Sekadar nombor, tiada nama.

"Siapa ni?", tanyaku curiga.

"Aku la, Yazid".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience