BAB 13

Mystery & Detective Completed 36681

Pagi itu mereka empat berana duduk sarapan semeja, satu perasaan gembira yang sukar digambarkan oleh Lisa melihat gelak tawa Abiil dan Bella bermanja-manja dengan mereka. Lisa mengambil kesempatan ini dengan memberitahu pada Abil dan Bella yang minggu ini adalah minggu terakhir Leah bekerja dengan mereka.

Abil menerima keputusan tersebut dengan gembira namun Bella pula sebaliknya. Serta merta Bella meletakkan sudu di pinggan, enggan menjamah sarapan lagi. Berkali-kali dia bertanyakaan pada Lisa kenapa Lisa membenci Leah dan berkali-kali itu jugalah Lisa menjelaskan yang Leah akan bekerja di tempat lain, namun alasan tersebut tidak diterima langsung oleh Bella.

‘Mommy tipu, mama Leah dah janji pada Bella takkan tinggalkan Bella, mama Leah tak boleh berhenti, I need her,’ bentak Bella menyebabkan Lisa, Benjy dan Abil terkejut.

‘Sejak bila Bella panggil Leah mama? Mama Bella ada satu sajalah!’

‘Sejak mommy tak peduli pasal kami,’ jawab Bella, namun Benjy meninggikan suara kepada Bella menyebabkan Bella automatik berhenti menangis, hanya bunyi esakan tangisan yang ditahan kedengaran.

Lisa tahu yang anaknya itu terkeliru dan mungkin salahnya juga kerana membuat anak-anaknya rasa terabai. Lisa cuba memujuk Bella, untuk seketika Bella patuh dengan arahan Benjy dan termakan dengan pujukan Lisa. Namun Bella tetap mahu bersama dengan mama Leah.

Lisa menghantar Abil ke sekolah manakala Benjy dan Bella akan berada di rumah seharian. Tiada sebarang tugasan untuk Benjy hari ini dia akan menjaga Bella yang sudahpun mulai bercuti sekolah.

‘Babe, I dah siapkan convert file yang you nak, sekejap lagi the whole team client kita akan sampai, you nak check video ni dulu kah?; tanya Hadid pada Lisa yang sedang sibuk memeriksa teks pembentangannya.

‘No need babe, I dah cek semalam, semuanya dah okay tinggal present kat client saja sekarang, hopefully dorang suka dengan idea ni dan boleh terus proceed, dah banyak kali reject I dah jadi muak nak hadap kerja yang sama,’ keluh Lisa.

‘Okay babe, you tak payah nak stress sangat, you memang boleh buatlah, semua orang tahu you anchor dalam bidang periklanan ni,’ perli Hadid namun ikhlas memuji Lisa.

Satu jam kemudian, orang-orang atasan dari syarikat Telco telahpun tiba. Mr. Adrian, Lisa, Hadid serta beberapa orang dari pasukan periklanan juga menyambut kehadiran client yang ada di antaranya berpangkat Datuk.

Setelah semuanya mengambil tempat duduk masing-masing, Lisa memulakan pembentangannya. Untuk 30 minit pertama semuanya berjalan dengan lancer.

‘Baiklah, saya percaya ini adalah momen yang dinanti-nantikan oleh setiap yang hadir di pada hari ini. Memperkenalkan cara terbaru untuk menikmati pelan panggilan dan data internet paling laju sesuai dengan corak gaya hidup terkini, tak kira di mana jua anda berada, saksikan klip video ini,’ Lisa memberikan isyarat kepada salah seorang ahli pasukannya untuk mematikan lampu dan serta merta sebuah video dimainkan pada skrin tv.

‘AHHHHH AHHHHH I want more, give me more, more more more Benjy!’

Semua yang ada di dalam bilik itu tergamam melihat video tersebut, mulut beberapa Board of Director terlopong tidak percaya yang iklan pelan internet mereka bertukar kepada video aksi lucah.

Hadid segera mematikan TV, Lisa yang berada di sebelahnya rebah tersungkur.

Hancur luluh hatinya apabila melihat adengan panas suaminya dengan Leah, Lisa hanya memandang Hadid yang berkali-kali memintanya untuk kuat dan bangun beredar meninggalkan bilik tersebut namun kaki Lisa seakan-akan lemah untuk berjalan. Mr. Adrian bingkas bangun lalu memapah Lisa keluar dari bilik mesyuarat. Hadid pula meminta para client bertenang lalu meminta para client tea break terlebih dahulu.

‘Lisa I tak tahu apa yang tekah terjadi, tapi you kena kuat. Jangan risau you balik dulu I dan Hadid akan handle semuanya. Pergi balik dan settle apa yang patut,’ ujar Mr. Adrian.

‘Saya tak boleh berjalan boss, saya tak boleh bergerak,semua rasa sakit, hati saya sakit boss, saya betul-betul malu,’ raung Lisa yang nangis teresak-esak.

‘Macamnilah, I akan minta driver I hantar you ke rumah you, you balik dan berehat sekarang okay,’ pujuk Mr. Adrian lalu meminta pemandunya bersedia menghantar Lisa, dia lalu mengarahkan pembantu peribadinya memapah Lisa sehingga ke kereta.

Sebaik tiba di rumah, Lisa terus meluru masuk dan meneriak memanggil Benjy. Benjy dan Bella yang berada di dapur terkejut lalu keluar.

Lisa mengarahkan Bella naik ke bilik kerana dia tidak mahu Bella mendengar perang besar yang bakal tercetus sebentar lagi.

‘Sampai hati you! Jantan Sial! Bangsat! Tergamak you betray I dengan buat seks dengan betina tu, suami jenis apa you ni, bapa apa you ni, I jijik tengok muka you,’ jerit Lisa pada Benjy.

Benjy cuma mendiamkan diri.

‘Maafkan I sayang, maafkan I, I tak sedar masa semuanya tu terjadi, apa yang yang I ingat, masa tu yang pening dan rasa mabuk, percaalah I sayang,’ rayu Benjy.

PANGGG

Satu tamparan singgah di muka Benjy.

‘Diam! I dah tak nak tengok muka you lagi, you boleh pergi mampus dengan betina tu, I tak nak hadap muka you lagi! You tau tak all the bosses sampai ke kuli dah nampak video lucah you dan sekarang thanks to you, semua orang tahu suami I buat seks dengan amah sendiri sebab bini dia ni tak mampu puaskan nafsu suami! Sekarang puas hati you!

‘I akan ambil Abil dan Bella dan you boleh pergi mampus dengan betina tu, call betina tu once I dah berambus so senang hidup you lepas n, I nak cerai!,’ jerit Lisa lalu segera naik ke atas untuk mendapatkan Bella.

Benjy mengejar Lisa cuba memujuk isterinya namun tidak diendahkan oleh Lisa.

‘Bella, Bella get ready now, jom ikut mommy,’ panggil Lisa namun tiada sebarang jawapan.

Lisa memanggil nama Bella lagi, diperiksanya bilik Bella namun kelibat Bella tiada, dia memeriksa setiap bilik sambil memanggil-manggil nama Bella namun tiada sebarang jawapan.

Benjy juga berhenti dari mengejar Lisa dan turut memanggil Bella setelah menyedari bagai ada sesuatu tidak kena telah terjadi.

‘Mana anak i? Mana Bella?’ tanya Lisa panik.

‘She must be hiding somewhere, biar I cek kat bilik stor,’ kata Benjy lalu turun memeriksa bilik stor di laman belakang. Lisa juga mencari anaknya di segenap penjuru rumah, atas dan bawah namun tidak menemukan anaknya itu.

‘I tak jumpa Bella sayang, I keluar cari dia di taman, you tunggu sini call my mom to pick up Abil, you jangan ke mana-mana in case Bella balik ada orang di rumah,’ arah Benjy dan Lisa hanya menurut, air matanya mula bergenang. Satu demi satu bala menimpa, dia tidak tahu harus bagaimana menghadapi semua ini.

Enam jam sudah berlalu sejak kehilangan Abil, laporan polis telah dibuat dua jam yang lalu dan kini beberapa pegawai polis bersilih ganti datang di rumahnya mendapatkan kenyataan daripada mereka berdua.

‘Puan, buat masa ini kami sudah memperluaskan kawasan pencarian kami sejauh tiga kilometer, saya mengandaikan anak puan takkan pergi sejauh itu. Maaf bertanya, puan ada mengesyaki sesiapa tak dalang dalam kes ini, kerana kami membuat juga membuat andaian yang ini berkemungkinan kes culik,’ ujar detektif yang menyiasat kes kehilangan Bella ini.

‘Siapa pula nak culik anak saya tuan, saya dan suami bukannya orang kenamaan atau anak Tan Sri, kami juga bukan ada bermusuh dengan sesiapa, saya tak tahulah kalau ada yang iri dengan kami tapi saya pasti kami tidak bermusuh dengan sesiapa,’ jelas Lisa.

‘Puan kami cuma mengikut prosedur dan untuk pengetahuan puan, kes-kes penculikan juga boleh dilakukan oleh orang yang dikenali. Selepas memeriksa bilik anak puan dan memeriksa laporan yang puan dan suami berikan, langsung tidak menunjukkan sebarang pergelutan di bilik tidur anak puan atau sebarang suara jeritan, jadi besar kemungkinan ia mungkin dilakukan oleh orang yang dikenali,’ ujar detektif itu lagi.

Lisa tidak dapat memikirkan sesiapa, namun Benjy tiba-tiba bersuara.

‘Selain kami empat beranak, kami juga ada mengupah seorang pembantu rumah, dia mengatakan dia warganegara Filipina tapi kami mengetahui yang dia sebenarnya warganegara Malaysia. Hubungan dia dan anak kedua kami sangat rapat. Walaubagaimanapun, kami telah memecat beliau dua hari yang lepas, kalau tuan tak keberatan, tuan boleh menyiasat wanita ini,’ ujar Benjy.

Lisa dan Benjy walaubagaimanapun gagal untuk memberikan sebarang maklumat mengenai Leah selain daripada nama sebenar serta tempat tinggal ibu bapanya. Berkali-kali Lisa menepuk dahinya kerana merasa terlalu bodoh mempercayai Leah sampai terlupa untuk mendapatkan maklumat peribadi Leah waima tempat tinggalnya.

‘Ada apa-apa lagi yang puan nak tambah?’ tanya detektif tersebut. Benjy hanya menggelengkan kepala. Tiba-tiba Lisa merasa yang Leah adalah dalang semua ini, motifnya amat jelas, cemburu dan dendam. Ikutkan hati mahu saja dia memberitahu perkara sebenar kepada polis tentang hubungan suaminya dengan Leah serta latar belakang Leah yang merupakan mangsa penderaan seksual bapa kandung sendiri namun Lisa mematikan niatnya.

Setelah mendapatkan beberapa maklumat, detektif tersebut beredar, Benjy dan beberapa orang pegawai polis meneruskan misi pencarian. 30 minit kemudian ibu Benjy dan Abil datang menemani Lisa.

Abil memeluk ibunya dan nangis teresak, ibu Benjy juga turut memeluk anak menantu dan cucunya sambil menenangkan Lisa dan Abil.

‘Mommy, Abil rasa semua ini kak Leah yang buat, maybe kak Leah marah sebab mommy pecat dia tapi yang buat Abil yakin ini kerja kak Leah sebab, kak Leah pernah cakap yang daddy, Abil dan bella adalah family dia dan Bella adalah anak kesayangan kak Leah, kak Leah akan pastikan Bella selamat. Dulu Abil pernah bagitau tentang lelaki yang kak Leah suka kan? Lelaki tersebut adalah daddy,’ jelas Abil teresak-esak.

Jantung Lisa berdegup kencang, dia kini semakin yakin bahawa Leah yang telah menculik anaknya, namun dia kekurangan bukti dan tidak tahu di mana untuk mencari Leah.

Lantas, Leah teringatkan pada spy cam patung beruang yang terletak di bilik bilik tidur anak-anaknya. Dia lalu berlari menaiki tangga dan mendapatkan patung tersebut.

Lisa memasang kamera tersebut pada tv skrin di ruang tamu, alangkah terkejutnya apabila melihat yang tekaan dan ramalan dia, Benjy dan Abil benar belaka. Memang benar yang Leah yang telah menculik Bella.

Apa yang lagi mengejutkan, sepanjang pagi tadi Leah berada di rumah mereka, masuk melalui tingkap bilik anaknya dan bersembunyi di bawah katil Bella. Sebab itu tiada sebarang bunyi bising dan sebagainyaa kerana orang yang menculik Bella adalah orang yang sangat disayangi oleh Bella.

Tidak lama kemudian, Lisa menerima pesanan video menerusi whatsapp daripada Leah.

‘Woi betina, kau ingat aku tak tahu yang selama ini kau rakan pergerakan aku, aku buat-buat bodoh dan layankan saja. Kau sedar tak yang kau menumpang saja di rumah tu? Fine kau ambillahh rumah tu, biar aku dan suami serta anak-anak aku tinggal di rumah ni pula, kalau kau berani nak ambil keluarga aku, kau datang ke sini sekarang!’ cabar Leah.

Lisa, Abil dan ibu Benjy memerhatikan video tersebut, Lisa cuba meneliti video tesebut mencari tahu di mana lokasi video tersebut diambil.

Lisa perasan pada bahagian belakang Leah terdapat frame gambar dari filem Alfred Hitchcock tergantung di dinding. Lisa tahu di mana lokasi tersebut.

‘Abil, mommy tahu mana Bella sekarang!, Mama jaga Abil dan tell Benjy yang I dah tahu mana Leah sorok Bella, Bella kat rumah baru kami mama!’ ujar Lisa bingkas bangun mencapai kunci kereta lalu bergegas ke rumah baru mereka yang telah dibina oleh Benjy.

‘Bella! Bella! Where are you Bella!? Leah! Leah! Keluar kau!’ teriak Lisa sebaik saja sampai ke rumah baru mereka. Lisa memeriksa di setiap bilik rumah tersebut namun Bella langsung tidak ditemui. Lisa cuba mencari Bella di bilik bacaan kerana itu satu-satunya tempat kegememaran Bella setiap kali mereka melawat rumah tersebut. Lisa kemudian teringat di sebalik rak buku tersebut ada sebuah bilik rahsia, Lisa cepat-cepat mencari butang rahsia bilik tersebut, tiba-tiba timbul rasa menyesal dalam dirinya kerana kurang memberi perhatian setiap kali Benjy memberitahunya tentang keistimewaan rumah tersebut.

Lisa terpandang akan sebuah buku bertajuk ‘Anna Karenina’ karya Leo Tolstoy, segera Lisa teringat yang itu adalah butang kepada pintu bilik rahsia tersebut, Benjy telah mendedikasikan rumah terebut kepadanya dan apa juga kegemaran Lisa dijadikan ‘kod rahsia’ untuk setiap laluan di rumah itu. Lisa menekan butang tersebut lalu meluru masuk ke bilik tersebut, laluan tersebut belum siap sepenuhnya, masih ada lagi lantai-lantai kayu yang belum dipasang.

Lisa berhati-hati melalui laluan tersebut, dia mendengar sayup-sayup bunyi suara TV dari arah bilik kecil dan dia perlahan-lahan berjalan ke arah bunyi tersebut. Dengan berhati-hati dia menyelak pintu bilik tersebut, bukan main terkejut Lisa apabila melihat tangan dan kaki Bella telah diikat di atas katil, dan lebih menyayat hati anaknya itu berada dalam keadaan berseluar dalam sahaja. Pada skrin TV dipapar video-video Leah bermain-main di hadapan setiap spy cam di rumah mereka seolah-olah mengejek Lisa bahawa dia tahu selama ini Lisa telah memasang spy cam untuk memerhati gerak gerinya, paparan video itu diselang-selikan dengan aksi-aksi panas Leah dan Benjy.

Tergetar-getar tangan Lisa mencari butang off, dia tidak sanggup melihat Bella menyaksikan semua itu.

‘Apa kau cuba buat betina? Biar bagi nampak anak kau yang cacat tu apa yang bapa dan mama Leah dah buat?’ Leah menghampiri Lisa lalu menolaknya dengan kuat ke lantai.

‘Aku dah banyak bersabar dengan kau betina! Kau banyak sangat kacau plan aku dengan perangai insecure kau tu, kau kalau tak mampu nak jadi isteri atau ibu boleh nyah dari dunia ni, kenapa kau nak kacau suami dan anak-anak aku? Kau tahu, aku ada juga rasa kesian dengan kau ni since kau hidup sebatang kara, and aku fikir biar kau blah sendiri lepas bercerai dengan Benjy, tapi liat sangat kau ni. Yang buat aku lagi bengang kau rajin pulak nak pergi jumpa mak bapak aku! Banyak sangat kau tahu pasal aku, jadi mari aku hantar kau jumpa mak Som sayang kau!’ marah Leah.

‘Apa salah kami dengan awak leah? Kami tak kenal awak pun kenapa awak buat macam ni dengan kami?’ tanya Lisa sambil matanya melihat kiri kanan mencari senjata untuk mempertahankan diri.

Leah lalu tunduk dan menarik kuat rambut Lisa lalu menyeretnya ke hadapan cermin.

‘Kau tengok muka kau di cermin tu! Kau rasa kau layak kah jadi isteri? Kau layakkah jadi ibu? Kau biarkan anak perempuan kau dengan suami kau? Apa kau tak takut kalau suami kau jadikan Abil dan Bella pemuas nafsu suami kau since kau susah sangat buaskan nafsu buas laki kau kau kan?’ Mula-mula tu aku nak kenakan suami kau tapi Benjy perfect, dia sangat-sangat fragile dan kesunyian then aku figure out masalahnya adalah kau, kau betina! Sekarang kau boleh mati!’ Leah berteriak seraya menghayunkan kayu cota ke kepala Lisa, namun serangan itu berjaya ditepis oleh Lisa, dia bingkas bangun dan mencapai lampu bilik tidur lalu menghayunkan lampu tersebut ke arah Leah, serangan Lisa kena tepat ke kepala Leah menyebabkan Leah rebah. Lisa segera membuka tali ikatan Bella dan membawanya keluar dari bilik tersebut.

Namun lantai kayu yang belum cukup stabil itu menyebabkan kaki Lisa tersadung dan termasuk di dalam celahan lantai kayu, kaki Lisa tersekat di dalam lubang tersebut. Lisa mengarahkan agar Bella bersembunyi di bilik bawah,dalam tangisan ketakutan itu Bella menurut arahan Lisa.

Lisa cuba menarik keluar kakinya namun gagal.

‘Ke mana kau nak lari Lisa? Ke mana kau nak lari?’ jerit Leah sambil menarik Lisa dengan kuat menyebabkan Lisa terlepas dari lubang tersebut namun kesan tarikan kuat Leah itu membuatkan kaki Lisa terseliuh dan berdarah terkena paku-paku yang terdapat pada papan lantai tersebut. Lisa tidak berdaya melawan Leah. Leah menyeret Lisa masuk semula ke dalam bilik dan berkali-kali memukulnya dengan apa saja objek yang dilihat depan mata.

Untuk seketika Lisa rebah tidak sedarkan diri, darah mengalir membasahi kepalanya.

‘Belum lagi masa kau untuk mati betina! Bangun!’ jerit Leah sambil menyiram air dari botol mineral ke wajah Lisa.

‘Aku akan pastikan kau mati dengan perlahan-lahan sepertimana aku buat pada mak Som, lepas kau mati aku akan pastikan Benjy dan anak-anak kau milik aku, hanya aku yang tahu makna keluarga sebenar, kalau kau hidup kau hanya musnahkan peluang aku jadi seorang isteri. Tentang Benjy jangan risau, dia mungkin tak suka aku tapi aku boleh buat dia ketagih dengan aku.

‘Oh ya, nanti aku hantar Bella berjumpa kau di alam barzakh, aku tak perlukan budak hodoh dan cacat macam Bella kau boleh jumpanya nanti, aku akan buat dia mati perlahan-lahan seolah-olah dia menderita sakit kronik, okay? Ujar Leah lagi.

‘Kau memang betina bangsat Leah! Jangan harap kau dapat ambil keluarga aku!’ jerit Lisa seraya bangun dan menghayun kayu cota mengena kepala Leah. Leah rebah dan Lisa cuba melepaskan dirii dari bilik tersebut. Entah dari mana datang kudrat, dia yang tadi nyawa-nyawa ikan dan hampir berputus asa tiba-tiba bangkit, tidak sanggup dia mendengar rancangan jahat Leah terhadap Bella.

Leah mencapai kaki Lisa sebaik saja Lisa cuba cuba keluar dari bilik tersebut. Lisa tersadung dan jatuh semula, dek kerana kesan tersseliuh dan kecederaan yang dialaminya tadi membuatkan dia gagal bangun. Leah bangun dan menyeret Lisa sehingga ke katil, dibaringkannya Lisa di atas katil lalu diikatnya tangan dan kaki Lisa, Lisa tak berdaya melawan.

Leah menghunus pisau dan bersedia untuk menikam Lisa, namun tendangan kuat pada pintu menyebabkan pintu bilik itu terbuka, Benjy datang tepat pada masa. Lisa menarik nafas lega namun Leah agak panik, dia merasa malu apabila Benjy melihatnya dalam keadaan itu.

‘Eh baby, kenapa datang tak bagitau? I tak sempat touch up tau,’ ujar Leah kepada Benjy.

Benjy yang sudah mengetahui hal sebenar kini memandang Leah dengan perasaan Jijik.

‘Kejap lagi semuanya akan berakhir baby, lepas bini tak guna you mati, I akan jaga you dan anak-anak, kita boleh tinggal di rumah baru ni or maybe you boleh buat rumah baru untuk I, I tak kisah rumah yang kecil asalkan kita hidup bersama-sama sampai mati,’ Leah cuba mendekati Benjy namun Benjy menjauhkan diri darinya.

‘Awak jangan harap untuk gantikan tempat isteri I Leah, tiada siapa yang dapat gantikan Lisa dan tiada siapa yang boleh musnahkan family saya, sebentar lagi pihak polis akan datang baik you menyerah diri, bapa awak dah ditangkap, it’s over Leah, you boleh mulakan hidup baru,’ pujuk Benjy.

Tubuh Leah tiba-tiba menggigil, air matanya deras mengalir dia menggelengkan kepala enggan mendengar pujukan Benjy.

‘No sayang, No sayang you tak boleh buat macam ni, I dah buat segalanya untuk you, you pun suka kan dengan apa yang I buat? Lisa tak boleh bagi you macam yang I bagi please sayang,’ Leah cuba merayu Benjy, tapi Benjy berlari ke arah Lisa cuba melepaskan ikatan Lisa. Leah berang melihat tindakan Benjy yang baginya telah mengkhianatinya, lalu Leah menikam Benjy dari belakang. Tikamannya itu mengena rusuk Benjy, Benjy serta merta rebah.

‘I ingat you setia dengan I baby, tapi you masih kemaruk dengan bini you. I puji sikap setia you, dalam banyak-banyak lelaki, you sorang yang paling susah nak tergoda dengan I, sebab tu I bagi minum pil khayal, betul Lisa, I bagi minum laki you ni pil baru binatang buas dalam diri dia meliar ha ha ha, tapi sekarang you dah tak berguna pada I baby, you boleh mati dulu dan Lisa boleh tengok satu persatu orang yang dia sayang mati,’ Leah makin menggila, ditusuknya pisau itu lebih dalam.

Lisa melompat dan dicapainya lebihan kayu pallet di tepi katil dan menghayunkannya ke arah Leah. Leah menepis lalu mencengkam bahu Lisa dan tangannya kemudian mencekik Lisa. Lisa meronta-ronta dan menampar-nampar wajah leah namun cengkaman di leher Lisa buatkan dia lemas.

‘Lepas laki kau, aku bunuh kau, lepas kau anak kau yang cacat dan Abil, aku akan biarkan Abil hidup sebatang kara macam kau biar dia rasa hidup seorang macam kau Lisa,’ bisik Leah di telinga Lisa.

Kata-kata ugutan Leah itu seakan tiupan semangat buat Lisa. Dia mengumpul seluruh tenaganya melepaskan cengkaman tangan Leah di lehernya lalu membalas semula.

‘’Tidaakkkk! Selagi aku hidup kau tak boleh musnahkan keluarga aku!’ jerit Lisa lalu menolak Leah hingga jatuh dari tingkap tingkat tiga rumah tersebut.

Lisa cuba mengatur nafasnya yang tercungap-cungap, di dalam kepekatan malam itu dia melihat jelas susuk tubuh Leah masih terbaring di bawah.

‘Aku bukan pembunuh, aku cuma mempertahankan keluarga aku,’ bisik hati Lisa.

Lisa segera mendapatkan Benjy yang sudah berada dalam keadaan separuh sedar akibat pendarahan yang banyak, Lisa menjerit-jerit memanggil nama Benjy, perlahan-lahan wajah isterinya kabur dari pandangan hanya sayup-sayup suara Lisa kedengaran memanggil namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience