Rate

Bab 1

Mystery & Detective Series 461

Lima orang berseragam hitam bergerak dengan pantas dan senyap menuju ke gudang lama. Di situ, terdapat ramai orang bersenjata yang sedang melakukan pekerjaan haram iaitu menguruskan dadah. Kelima-lima squad itu hanya dengan melengkapkan senjata pistol S.I.G yang telah dipasang silencer. Salah seorang di kalangan mereka membuat isyarat tangan untuk berhenti bergerak.

Inspector T-Fiq, mengarahkan dua orang pergi ke arah belakang gudang itu, sementara dua orang lagi diarahkan pergi ke arah bahagian tepi gudang yang mempunyai pintu di tepi.

Kini di depan pintu utama hanya T-Fiq seorang sahaja. Posisi mereka sekarang dua orang di belakang, dua orang di tepi kanan dan seorang sahaja di depan. Hanya cukup T-Fiq seorang sahaja di depan. Kerana kehebatannya mampu menandingi ramai orang.

Dia memakai headset bersaiz kecil di telinganya.

"Ready?" tanya T-Fiq.

"Ready," serentak empat orang menjawab. Dengan nafas yang berombak-ombak, dengan hati yang kental, dengan semangat yang membakar, T-Fiq melaungkan pekataan 'SERANG!!' dengan lantang, lantas kelima-lima squad itu menyerbu masuk ke gudang itu dan... BANG!!BANG!!BANG!!...

***

Cuaca di pagi hari agak reda. Ramai orang bekerja pada waktu itu. Baik yang kaya, mahupun yang miskin. Hanya untuk mencari rezeki. Burung-burung berkicauan menambahkan latar belakang suasana yang indah. Langit yang tinggi pun bertambah birunya, dengung angin turut sama berlagu, semuanya bagaikan turut gembira.(hehe, termasuk lagu pulak)

Sebuah kereta sport yang berjenama Ferrari F40 berwarna merah telah dihidupkan oleh seorang lelaki yang berpakaian casual. Ngauman enjin kereta itu dapat menderaukan darah-darah yang berada di sekitarnya.

T-Fiq menekan-nekan pedal minyak untuk memanaskan enjin keretanya. Maklumlah, dah dua bulan tak bergerak. Kena la manja-manjakan si monster ni.

T-Fiq menghampiri pada muka pintu rumahnya. Dia melihat kelibat sesusuk tubuh wanita yang sedang minum air dalam keadaan tergesa-gesa.

"Ija! Cepat sikit! Dah lambat ni!" T-Fiq mengeluh sebelum menyeru adiknya.

"Kejaap!" respon adiknya, Khadeeja. Dia merupakan adik bongsu dari kalangan adik beradik T-Fiq.

"Mana kakak kau?" tanya T-Fiq separuh jerit.

"Ada kat bilik!" jawab Khadeeja dengan separuh jerit juga.

"Cepat sikit!"

Tidak lama kemudian, seorang gadis remaja keluar dari rumah dengan berpakaian uniform sekolah sambil membawa kasut sekolah untuk memakainya.

"Mana kakak kau?"

"Aik, kan Ija dah cakap dia kat bilik,"

"Ha, abis tu, tak panggil dia?"

"Pulak da. Ija jugak ke kena panggil?" respon Khadeeja. T-Fiq menggelengkan kepalanya, melihat kerenah adiknya. Dia masuk ke rumah dan terus menuju ke arah bilik adiknya yang lagi satu.

"Ida! Cepat sikit! Dah lambat ni!" seru T-Fiq.

"Kejaap! Sikit lagi ni!"

"Kau bersolek ke pe?!"

"Tak de lah, sabar la, dah nak siap ni!" T-Fiq keluar kembali dari rumah dan menuju ke arah kereta monsternya.

Satu suara ngauman lagi dari arah luar yang boleh menggugurkan jantung orang tua. Sebuah kereta sport berjenama Lamborghini SC18 berwarna hitam sedang berjalan menghampiri di kawasan perumahannya.

Seorang lelaki berpakaian casual juga yang merupakan partner dalam pekerjaannya, Inspector Zack.

"Assalamualaikum!" ucap Zack.

"Waalaikumussalam!" jawab T-Fiq.

"Dah siap ke?" tanya Zack.

"Belum lagi, ni ha si Ida tu lambat sangat siap-siap, ape bende la dia buat tu,"

"Ooo yang bakal isteri aku tu eh?" Zack tersengih-sengih.

"E eh, kau ni, abang dia ada tau kat sini, jangan nak memandai mandai," gurau T-Fiq tetapi tegas.
Memang sudah tahu partnernya sukakan adiknya yang lagi satu. Saje nak bergurau pada pagi itu.

Tidak lama selepas itu seorang gadis yang cantik jelita, indah rupawan bila dia berpakaian baju kurung berwarna ungu yang bercorak bunga. (Cantik ke? Hmmmm, anggap la dia tu cantik)

Zack hampir meleleh air liurnya melihat keindahan ciptaan tuhan yang berada di depan matanya. T-Fiq perasan tingkah laku Zack yang sedang merenung melihat wajah adiknya yang lagi satu. Waheeda, umurnya beza tiga tahun daripada T-Fiq, 22 tahun. Manakala Khadeeja pula umurnya 17 tahun yang kini tahun SPM baginya. (Faham-faham la umur T-Fiq berapa tahun kan, sudah semestinya 25 tahun. Muda lagi tetapi sudah menjadi Inspector bersama dengan rakan karibnya, Zack)

"Wei, kau hantar Ija sekolah, aku hatar Ida kolej," kata T-Fiq.

"Ooo, tak bagi chance langsung eh?"

"Aku nak uruskan Ida punya kolej ni, kau boleh ke nak uruskan?" tanya T-Fiq sambil menaikkan sebelah keningnya. Yelah kan, hari ini hari pertama Waheeda menjejaki ke lantai kolej. Agak-agaknya jantung Waheeda macam mana eh? Mesti macam orang main drum kan?

"Hmmm yelah, aku pergi dulu eh?" kata Zack.

"Eh, jangan!" larang T-Fiq. "Jangan pergi dulu,"

"Kenapa?" tanya Zack pelik.

"Pergi sekarang," bergurau rupanya. Zack menghembus nafasnya dengan kuat sambil tersenyum sinis memandang kawannya, T-Fiq. Lalu dia masuk ke perut kereta sport miliknya.

"Haaiiii abang ni, saje je kan?" kata Khadeeja tersenyum sambil mencuit lengan abangnya.

"Hehe, dah lah, lambat pulak karang pergi sekolah nanti, ingat, jangan nakal-nakal tau kat sekolah,"

"Iye la bang, Ija dah besar da pun, buat apa Ija nak buat nakal,"

"Hm, yelah, jaga diri tu, ok?"

"Ok, Ija pergi dulu ye, Assalamualaikum," Khadeeja salam dan mencium tangan abangnya dan pergi ke arah kereta kawan abangnya yang sudah lama menunggu. Kesiaan abang Zack ni. Dia terus menaiki kereta Zack. Tangannya melambai-lambai ke arah abangnya yang menjaganya sejak kecil lagi. Dialah bapa, dialah mak, selepas ibubapanya meninggal dunia, abangnyalah yang mengganti tempat ibubapanya. Tabahnya hati seorang abang yang sanggup berkorban nyawanya demi keluarganya sendiri.

Itulah abang aku. Taufeeq. Kuatkan semangatmu wahai abangku... Ija sentiasa berdoa agar abang terus tabah menempuh hidup ini yang penuh ujian dan cabaran sebagai anggota polis. Lebih-lebih lagi jawatan abang sebagai Inspector makin menyempitkan lagi masa kelapangan abang. Abang, Ija berjanji Ija akan menolong abang dalam aspek kerjaya abang nanti. Hanya menunggu dan sabar sahaja Ija minta pada abang. Bersabarlah wahai abangku...

T-Fiq menyambut lambaian adik bongsunya itu, semakin lama semakin menjauh, dalam beberapa saat sudah hilang kelibat kereta sport itu bersama adiknya dan kawannya.

Ida yang kini terjegat di depan pintu itu berdehem berkali-kali.

"Haih, dah mula rindu ke ngan adik kecik tu?" tanya Waheeda sambil tangannya menyilang.

"Alaa kau ni, kacau daun betul la, baru nak buat drama," jawab T-Fiq sambil senyum tersengih-sengih. Lalu dia masuk ke perut kereta sportnya. Diikuti dengan Waheeda. Lantas kereta sport itu memecut laju untuk pergi ke destinasi yang dia tuju. Iaitu kolej.

***

Sepasang mata sedang memerhati dua orang adik beradik yang sedang meluncur laju berkenderaan kereta sport Ferrari di kawasan jalan raya. Seorang lelaki berpakaian serba putih. Seluar putih, baju dalam kelabu dan baju jeket kulit putih, sedang memandu kereta berjenama Honda Civic berwarna putih. Memang itu kegemarannya. Semua putih.

Di sebelahnya, terdapat seorang lelaki yang berkulit putih. Orang Korea katakan. Pakaiannya pula serba hitam. Seluar hitam, baju jeket hitam yang berbutang. Dia juga sedang memerhatikan pasangan adik beradik itu. Sebab apa mereka perhatikan, tidak tahu. Kerana ianya rahsia.

Dan seorang lagi sedang mengekori keempat-empat orang yang dikehendaki menggunakan motor Kawasaki Ninja. Pakaiannya juga serba hitam. Jeket hitam dan seluar hitam. Muka memang tak nampak la sebab pakai helmet.

Satu kereta lagi yang berjenama Nissan GT-R berwarna hitam sedang memerhati gerakan mereka semua.

Dan beberapa pasang mata lagi sedang memerhatikan kesemua gerak geri mereka semua. Siapa mereka semua ini? Apa kaitan mereka semua dengan si adik beradik ini? Semua ini adalah rahsia.

---------

Maaf, macam tak best je kan? Nanti saya buatkan lebih menarik lagi, memandangkan saya baru mula belajar karang cerita, so cerita semua ni kadang-kadang nampak macam merepek je. Tapi apa-apa pun saya akan cuba buat yang terbaik untuk memantapkan lagi cerita ni bagi pembaca-pembaca nanti.

Terima kasih kerana support cerita saya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience