Asher sedang menunggu kepulangan ayahnya. Hari itu sangat istimewa kerana ianya adalah hari lahir ibu Asher.
"Esok hari lahir Mommy, ayah akan cuba pulang awal dan membelikan kek hari lahir untuk mommy, Boleh Asher dapatkan satu jambak bunga rose merah kesukaan mommy?"soal Hudson
"Baiklah captain"balas Asher, memberikan tanda hormat.
Awal pagi esoknya, mereka bersarapan bersama sama.
"Awak Mesti berhati-hati dalam membuat apa apa kerja Rebecca. Jika awak penat berehatlah dan minta Asher yang lakukan tugas awak tu "pesan Hudson.
"Saya tak ada apa apa, Saya sudah semakin sihat sekarang ni, awak jangan bimbang ya."ujar Rebecca meyakinkan suaminya, Rebecca baru sahaja keluar daripada hospital kerana sakit jantung.oleh kerana itu Hudson berpesan sebegitu rupa.
"Baiklah saya pergi kerja dulu"kata Hudson.
"Hati hati menandu sayangku"pesan Rebecca. Selepas memberikan ciuman ringkas Hudson masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi. Rebecca melambai kepada suaminya sehingga kereta Hudson hilang dari pandangan mata. Pada masa itulah Asher mencuri keluar dari rumah menuju ke satu tempat istimewa. Dari jauh Asher sudah dapat menghidu bau bunga rose yang menyegarkan. Satu keluarga yang paling kaya di kawasan mereka memiliki kebun bunga rose yang pelbagai warna.Setibanya Asher di Mansion mewah milik keluarga Smith dia mencari jalan tikus yang selalu digunakan oleh pemuda nakal di kawasan itu untuk mencuri masuk ke dalam kawasan rumah agam keluarga Smith.
"I am the Barbie girl in the Barbie world, like a plastic it's fantastic "Asher mendengar suara merdu nyanyian seorang gadis, dia mencari cari sumber suara. Asher mendongak dan kelihatan seorang gadis cantik sebayanya sedang memandang kearah Asher dengan sangat terkejut. Asher meletakkan jari telunjuk dibibir meminta si gadis supaya tidak membuat bising. Si gadis mengangguk faham dan membuat isyarat menzip mulutnya dan meminta agar Asher tunggu ditempatnya berdiri. Tak lama si gadis hilang dari pandangan Asher.
"Psst past, hey boy, come here"si gadis muncul disisi taman bunga itu dan memanggil Asher supaya mendekatinya.
"Kau siapa?"soal si gadis.
"Maaf... Aku Asher, hari ni hari lahir Mommy dan aku perlukan sedikit bunga untuk dijadikan hadiah"Kata Asher.
"Aku Kyra, anak tuan rumah ni, kau nak bunga apa, aku akan ambilkan"Kata Kyra.
"Tapi saya tak ada duit untuk bayar"kata Asher.
"Aku ada minta duit ke, tak ada kan, cepat bunga apa?"gesa Kyra.
"Bunga rose merah"balas Asher.
"Ok tunggu"Kyra berlari masuk kerumahnya dan kembali bersama Gunting tanaman, serta pembalut hadiah untuk bunga. Kyra menggunting beberapa kuntum bunga rose merah dan beberapa warna Rose yang lain, kemudian membalut bunga bunga itu dengan pembalut hadiah.
"Nah untuk hadiah ibu awak, Macam mana awak masuk ke sini?"Soal Kyra.
Asher menunjukkan jalan tikus yang dilaluinya tadi. dan mengambil bunga sebelum pulang.
tiba dirumahnya Asher menyerahkan hadiah bunga itu kepada Rebecca.
"Selamat hari lahir mommy, "kata Asher.
"Terima kasih Ash... mana Ash beli bunga ni?"soal Rebecca.
"Kawan baru Ash beri sempena hari lahir ibu "kata Asher.
sekarang Asher menunggu kepulangan ayahnya dengan kek hari lahir ibunya.
"Cepatlah atuk"Tyra menarik tangan lelaki tua itu.
"Sabar Tyra, atuk dah penat ni, kita berhenti sekejap"Clement menahan tangan kecil itu.
'Bang!' satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan seorang awam yang melintas jalan berlaku di hadapan Tyra dan datuknya.
"Atuk tunggu sini ya, Tyra nak tolong pakcik tu"Tyra berlari ke arah mangsa kemalangan dan menampung kepala lelaki itu dengan peha mungilnya.
"Tolong telefon Ambulans cepat!"suara kecil Tyra memekik meminta pertolongan daripada orang ramai yang sedang berkumpul. Di dalam kereta, Hudson sedang berusaha untuk keluar dari dalam keretanya tetapi terhimpit dengan stereng keretanya. Tangan Kiri Hudson menahan kotak kek daripada tercampak ke bawah. Dia sudah berjanji akan pulang awal dan membawakan kek untuk hari lahir Rebecca.Semasa Ambulans tiba untuk membawa Mangsa kemalangan ke hospital terdekat, seorang awam telah menghubungi pasukan bomba dan polis untuk menyelamatkan Hudson
"PakCik tunggu sekejap boleh, Tyra nak ikut bersama,tapi Tyra nak minta izin dengan Atuk Tyra dulu di sana tu"ujar Tyra kepada ahli paramedik yang berada di dalam Ambulans itu, dia menunjukkan kepada Clement di seberang jalan.
"5minit saja"balas ahli paramedik.
Tyra berlari ke arah datuknya.
"Atuk, Tyra nak pergi ke hospital ok, Atuk boleh balik dulu nanti nenek risau."ujar si kecil Tyra sebelum kembali masuk ke dalam ambulans yang sedang menunggunya.
"Pakcik, buka mata, kita sedang menuju ke hospital ni"Tyra bercakap dengan mangsa kemalangan itu.
Hudson perlu bantuan daripada pihak bomba untuk mengeluarkannya dari dalam kereta sebelum di bawa ke hospital.
Tiba di hospital Puan Jenny Smith baru tiba setelah dihubungi oleh seorang jiran yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Puan Jenny melabuhkan punggung disebelah anak kecil yang sedang menangis sesenggukan.
"Kenapa menangis?"soal Jenny.
"PakCik tadi tak nak buka mata,"tangis Tyra semakin keras.
"Pakcik yang mana?"soal Jenny.
"Yang baru masuk ke sini tadi"balas Tyra.
Jenny terperanjat kenapa anak gadis kecil itu menangis untuk suaminya. tiba tiba mata Jenny terpandang loket di leher Tyra.
"Cantiknya loket ni,makcik nak tengok boleh?"soal Jenny.
"Boleh tapi loket tu tak boleh dibuka sebab ada kuncinya. nenek cakap kunci loket tu ada pada mama tapi mama dah meninggal dunia lama dulu"kata Tyra petah.
Jenny membuka purse miliknya dan mengambil satu kunci kecil . pada masa itu, pintu bilik rawatan di buka dan seorang doktor berjalan keluar.
"Bagaimana dengan keadaan suami saya, doktor"soal Jenny.
"Dia masih lemah dan perlukan darah tambahan kerana banyak darahnya mengalir keluar"ujar doktor itu.
"Doktor boleh ambil darah Tyra untuk Pakcik tu"ujar Tyra.Doktor melihat kepada si kecil itu sebelum melihat kepada Puan Jenny.
"Jenny mengangguk setuju sebelum berbisik sesuatu di telinga doktor itu.
"Baiklah jom Tyra kita masuk check jenis darah Tyra dulu"balas doktor itu.
"Darah Tyra warna merah doktor, bulan lepas masa Tyra tolong nenek potong sayur Tyra terpotong sikit di sini dan darah merah keluar "kata Tyra menunjukkan jari telunjuk yang masih terdapat parut luka itu.
"Baiklah doktor percaya darah Tyra warna merah tapi kita tetap kena check dulu sebelum dipindahkan ok,"pujuk Doktor dan Tyra bersetuju.
Setelah Tyra pergi, Jenny Smith berdoa agar si kecil Tyra adalah benar anak perempuannya yang hilang dari usia 5 tahun. Nama, loket dan wajah Tyra menyamai dengan anak perempuannya. Tetapi sudah 5 tahun Tyra masih belum dijumpai. selepas penculikan itu, semasa Keluarga Smith, Jenny dan Tyson membuat kenyataan akhbar tentang kehilangan anak perempuannya, satu pasang suami isteri muncul di hadapan mansion Smith membawa seorang anak gadis yang memiliki rambut dan tanda lahir di bahagian pinggang yang Sama seperti yang diiklankan di dalam akhbar. kemudian pasangan itu menuntut wang yang banyak setelah menyerahkan Kyra. setelah menerima wang pasangan itu telah menghilangkan diri. Jenny terpaksa menjaga Kyra yang berumur 5 tahun itu sebagai anak sendiri. namun begitu bapa Tyson Tuan Tyler Smith tidak mahu menganggap bahawa Kyra itu cucunya kerana dia tidak yakin.
"Daddy Mesti gembira jika aku berjaya membawa pulang Tyra ke rumah"fikir batin Jenny.
free reading Semasa ongoing ok. follow rapat rapat jika nak membaca secara percuma.ok
Share this novel