BAB 16: TABAH..

Drama Series 28608

Plaster berwarna pic ditampalkan di sekeliling jari Fatin yang runcing itu. Shahir mengeluh sendiri. Fatin masih tidak sedar dari pengsannya. Peluh Shahir semasa menggendong Fatin tadi masih basah. Punyalah penat dia berlari mendapatkan Fatin..Ini je sebabnya? Haih.. Wajah Fatin direnung lama. Mengapalah gadis Fatin ini sentiasa membuat hatinya berdegup kencang?

Tiba-tiba telefonnya berdering. Shahir tersentak. Dia mengambil telefonnya dengan sepantas kilat. Butang hijau di kanta telefonnya ditekan. Dia meletakkan telefon itu di telinganya. Kedengaran suara garau lelaki menyapanya.

" Dah settle?" tanya Shahir dengan dahi yang berkerut.

Suara itu mengiakan pernyataan Shahir. Shahir mengangguk perlahan.

" Bagus, kalau ada apa-apa hal. Roger." katanya sebelum menamatkan talian.

Shahir menoleh ke arah Fatin.

" A-Aku minta maaf.." bisiknya perlahan.

Kakinya melangkah ke arah tangga. Menuju ke bilik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mata Fatin terus terbuka selepas mimpi itu tiba kemuncaknya. Nafasnya kencang.Perlahan-lahan di membangunkan diri. Tiba-tiba jarinya terasa tidak selesa. Plaster? Fatin hanya merenung jarinya.

" Ooh. Aah lah tadikan jari aku berdarah.." kata Fatin sendiri.

Fatin meninjau kiri kanan. Tiada kelibat Shahir. Kini matanya tertarik kepada tingkat atas. Kakinya melangkah naik. Kedengaran Shahir sedang berbual bersama seseorang di dalam bilik tidurnya. Fatin memasang telinga. Manalah tahu rupa-rupanya si Shahir tu ada skandal.. Suara Shahir samar-samar.

" Kritikal? Bagus." kata Shahir.

Hanya ayat itu sahaja yang dapat ditangkap telinga Fatin. Pelik. Apa yang 'kritikal' ? Fatin terus memasang telinga. Sedang dia asyik mencuri dengar tiba-tiba pintu dibuka luas. Fatin hampir jatuh. Tangannya ditarik Shahir. Fatin memandang Shahir yang bermuka ketat.

" Kau dengar apa tadi?" tanya Shahir tegas.

Fatin tersentak. Dia hanya mampu tersengih. Shahir makin kuat menggegam tangan Fatin. Mata Fatin membulat merenung tangannya. Dia hanya tersenyum kelat memandang muka Shahir. Air liur ditelan.

" Emm, Takde apa-apa. Terima kasih tampalkan plaster ni." kata Fatin menukar topik.

Kening Shahir terangkat. Hembusan nafas dilepaskan. Mungkin Fatin memang tak dengar apa-apa. Tangan Fatin dilepaskan. Fatin menghembus nafas lega.

" Dah. Pergi siap. Kita makan kat luar je. Suruh masak kau pengsan pulak." perli Shahir sambil menuruni tangga.

Kening Fatin berkerut. Langkahnya terhenti. Dia membuat memek muka sambil mengajuk percakapan Shahir. Bukannya dia sengaja hendak pengsan. Dah dia memang takut darah. Nak buat macam mana?

" Jangan nak mengata suami sendiri!" pekik Shahir dari bawah.

Fatin tersentak. Cepat-cepat dia melangkah turun. Shahir menjelingnya. Fatin melilitkan shawl hitam yang memang tersedia. Kemudian cucuk sana, cucuk sini. Dah siap. Fatin melihat dirinya di cermin. Berangan sebentar.. Dia menuju ke beg tangannya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia pun melihat kanta telefon itu. Kelihatan nama Papa. Butang hijau ditekan.

" Assalamualaikum. Saya hendak bercakap dengan Puan Fatin Nazihah."

Fatin tersentak. Dia tidak menjangkakan suara itu yang menjawab telefon. Fatin melihat kembali nama yang tertera di kanta telefon. Memang nama Papa. Fatin merasa tidak sedap hati.

" Ya saya. Kenapa ya? Encik ni siapa?" kata Fatin.

Shahir yang mendengar menoleh ke arah Fatin. Keningnya terangkat.

" Kami ialah pihak hospital. Encik Rohan bin Ismail terlibat dalam kemalangan jalan raya."

Fatin tersentak. Jantungnya bagai hendak gugur. Air matanya bergelinangan. Tiba-tiba kakinya terasa lemah. Dia tersimpuh di situ. Kenapa boleh jadi begini? Fatin cuba tabah. Air matanya cuba diseka walau ada yang gugur. Shahir hanya mampu melihat.

" Helo Puan?"

Fatin mengangkat telefon dengan lemah.

" B-Baiklah. Saya datang secepat mungkin." jawab Fatin lemah sebelum menekan butang merah.

Fatin bangun. Kakinya melangkah ke pintu. Shahir yang melihat menarik tangan Fatin. Fatin tidak menoleh.

" Kau nak pergi mana?" tanya Shahir.

Mata Fatin tidak berkelip. Setitis air mata jatuh mengalir di pipinya. Air mata yang sudah lama tidak gugur.

Tangan Fatin mengesat pipinya. Nafas ditarik dalam dan dihembus kuat. Dia tahu ini semua hanyalah ujian dari Nya. Dia harus tabah.

Fatin menoleh ke arah Shahir. Senyuman terukir indah di bibir Fatin. Shahir tersentak. Senyuman menyembunyikan segala tangisan. Shahir tersenyum.

" Jomlah. Kita pergi hospital. Papa tunggu tu." kata Fatin sambil melangkah pergi.

Shahir mengikut langkah Fatin. Rasa bersalah bercambah di jiwanya di selindungi dengan satu senyuman.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience