Bab 27

Humor Series 9625

Sebuah buku yang tertera nama aku dibuka.Entah siapa yang bagi ni aku lansung tak tahu.Teringat peristiwa 8 tahun yang lepas,masa tu syok aku tengah nangis2 dalam bilik.Semua pujuk aku supaya aku keluar bilik.Tapi tak makan2 jugak.Hati aku hancur berderai..kecewa macam apa.Malu betul.Sedih.

Keesokanya,tengah2 aku mengelamun kat tepi kolam ikan tiba2 terdengar hon posmen.Ada bungkusan lah tu.

Rupanya ada bungkusan untuk aku.Wah dah lama tak ada orang main pos2 dengan aku.Siapa yang pos ni?Natalein ke?

Selesai menanda tangan dan menulis IC di sebuah borang yang diberikan oleh abang posman tu,aku terus masuk ke dalam bilik dengan rasa gembiranya dan membuka bungkusan tersebut dengan hati2.

Sebuah buku yang tertera nama aku dibuka.
Aku terkejut beruk.Ni album namanya.

Pelbagai gambar aku ketika waktu sekolah dahulu berada di dalam buku tersebut.Memaparkan pelbagai jenis reaksi aku ketika ketawa,sedang marah orang,tengah belasah orang.Semuanya ada di situ.

Kemudian terdapat satu gambar aku sedang memakai costume Rapunzel.Cantik gambar tu.Memang semua gambar di dalam ini diambil dengan begitu cantik.Kiranya yang tangkap gambar aku ni semua mesti seorang photographer yang pro.

Dibawah gambar tersebut tertulis sebuah nota di bawahnya.
"First time aku tengok dia berpakaian begitu,make up pula nipis tidak lah setebal opera.Natural beuty..sungguh cantik"

aku membaca nota tersebut sambil tersenyum.Siapa yang buat buku ni!

Kemudian aku membelek2 lagi gambar yang ada di dalam buku tersebut dan aku tertancap suatu gambar yang membuatkan aku betul2 nak tahu siapa yang tangkap gambar ni?Aduh frustnyaaa!

Sebuah gambar buku 1001 CARA MEMIKAT HATI juga ditangkapnya aduhhhhhh!

"Ni kes paparazi ni"ujar aku.Lantas tulisan yang berada di bawah gambar itu dibaca.

"Aku tahu dia berkerja keras..Aku tahu jugak dia nak satukan aku dengan kawanya.Tapi aku biarkan,sebab aku suka tengok dia bekerja keras"

Aku terdiam seketika.
"Tak kanlah.."ujar aku sambil terfikir raup wajah seseorang.Lalu aku membelek ke muka surat seterusnya.

Kini gambar sekuntum bunga pula ditatapnya.
Lalu sebuah nota di bawahnya aku baca.
"Aku tinggalkan dia sekuntum bunga tulip putih beserta sebuah nota.Hint supaya dia perasan ada seseorang yang meminati dirinya.Tapi hampa apabila dia memberikan bunga tersebut kepada rakanya.Tak apalah,aku akan cari cara lain"

Aku tergamam.Memang ianya untuk aku!
Patutlah Idlan marah betul bila aku bagi bunga tu kat Natalein.Bebalnya aku.Aku meraup muka.

Dan gambar dibawanya pula aku tatap.
Sebuah gambar coklat cadburry.

Lah dia ke yang bagi aku?
"Hadiah ini merupakan hadiah pertama aku buatnya..Tetapi aku dapat tahu yang dia memberikanya sekali lagi kepada Natalein.Sedih juga aku bila dapat tahu..Tapi aku akan berusaha lagi!"

Dalam aku cuba untuk merapatkan dia dengan orang lain..rupanya dia sendiri cuba untuk merapatkan diri dengan aku.Cuba untuk pikat aku.Aku pulak cuba pikatkan dia untuk Natalein.
Haih bebal gila aku.

Ada jugak gambar...Mellow!
Nampak dia tengah nyenyak tidur.Bahagia betul.

"Daddy will always love you"

Pipi aku berona merah.Ish nak tiru ayat orng pulak!

Kemudian ada gambar sebuah rantai yang mempunyai loket huruf H dan sebuah coklat cadburry lagi.

Nota dibawahnya tertulis.
"Hadiah untuk hari penghargaan buat si dia yang telah berjaya mencuri hari aku.Pada bungkusan tu aku tulis namanya besar2.Aku harap dia tak bagi pulak kat Natalein."

Aku terkejut lantas menutup mulut.
Rantai yang berada di leher aku diraba.
Kenapa baru aku terfikir..kenapa aku baru fikir hint ni sekarang?Patutlah selama ni kalau dia tanya pasal hadiah pemberian dia dan aku jawab asyik bagi kat Natalein mesti riak dia akan berubah.

Ada pula gambar tumbuhsaran sebuah pokok daripada ia baru di letakkan benih hinggalah ia besar mengeluarkan sekuntum bunga.

"Pokok ni aku tanam sendiri..Aku start tanam sejak aku dah fall in love with her.Aku bagi bunga ini sebagai hadiah ketiga aku

Kemudian di muka surat seterusnya,ada pulak gambar serpihan kaca.

Dibawah gambar itu tertulis
Im felt so sorry for her..She's strong girl.Kena marah teruk dengan her stepmother.But still hormat her mak tiri.So impressive.Today,first time aku gendong seorang perempuan.Aku terpaksa sebab tak tahan tengok keadaan dia waktu tu..

Aku tersenyum..Apa motif dia hantar buku ni sekarang?

Kemudian satu gambar aku yang sedang berjalan di tangkap dari belakang.

Ouh gambar ni yang masa aku mencari orang yang baling pasu dari atas tu.Pembunuh betul!

Nota dibawahnya aku baca.
"Mungkin hari ni,last aku akan jumpa dia dan berhubung.Sungguh aku akan cari penjenayah tu sampai ke lubang cacing"

Aku menutup buku tersebut.

"Asal kau tak terus terang!"marah aku sambil menghentak2 meja.

Last minit..baru dia bagitahu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience