H5

Crime Series 45700

"Har...kenapa awak potong timun macam tu tak cantik, lagipun kita nak buat ulam bukan nak masak acar?"
Gaya Dafika dah lagak chef, mana taknya. Dia sekarang ni berdiri disebelah Ezhar yang sedang duduk memotong timun sambil mencekak pinggang rampingnya.

"Apa yang salahnya.."
Tanpa memandang Dafika, Ezhar melirih hasil kerjanya dihadapan.

"Awak potong timun bersegi macam ni, tak cantik lah.."

Terang Dafika lagi.

"Habis tu kau nak aku potong macammana?"

"Awak ambik garfu, lorekan dulu kulit timun lepas tu potong bulat-bulat, nipis-nipis. Baru cantik."

Ajar Dafika lagi.

"Hello chef Dafika Awanis, Kau nak nampak cantik je kan. Kau tahu tak kalau lorek dan potong macam tu boleh sebabkan air dalam timun tu keluar, Kalau dibiar lama, timun akan kering dan bertukar pucat. Kau cakap nak buat ulam, Nanti tak sampai petang dan hitam."


Mmmm... macam betul je teori mamat ni!
"Tapi tak cantik lah ketul-ketul senget macam tu"

Dafika tetap tak puas hati.

"Yang senget tu kepala kau. Nak cantik tapi takde kualiti, nak buat apa juga!"

"Awak ni Har..."
Pedih juga rasa hati Dafika ketika Ezhar mengelarnya 'senget'
Huh! Cakap tu tak pernah lembut!


Tanpa sedikit pun sedar akan rajuk Dafika, Ezhar meneruskan kerjanya memotong timun untuk dijadikan ulam bagi menu nasi ayam.

"Mama!"
Suara manja Karsyad yang datang tiba-tiba menyejukan hati Dafika dengan kata-kata Ezhar sebentar tadi.

"Arsyad baru balik sekolah ke?"

Salam yang dihulur Dafika disambut Karsyad lantas diciumnya tangan wanita itu.

Soalan Ibunya, Karsyad jawab dengan anggukan.

"Kenapa Arsyad tak mandi lagi?"

Soal Dafika kepada anaknya lagi.

"Emm.. Arsyad nak mama mandi kan hari ni boleh?"

"Weii budak! Kau tu dah sekolah. Ada ke nak suruh mak kau mandi kan lagi? Kau tak malu ke? Kau dah sunat belum?"

Laju Ezhar menjawab.

"Har..."
Mendicit sedikit Dafika sebelum dia menyeru nama Ezhar. Lelaki tu tak habis-habis nak menyakat anak lelakinya.

"Hei Budak, bak sini aku tengok burung kau tu dah sunat ke belum? Kalau belum, meh aku potong dengan pisau ni!"

Ezhar bangun sambil menghunuskan pisau yang digunakan untuk memotong timun sebentar tadi.
Bibir sengaja dilebar senyum untuk menakuti anak itu.


Apalagi, Arsyad yang ketakutan menyorok tubuh belakang ibunya, mintak perlindungan.



"Har... awak kalau tak sakat anak saya boleh tak.."

Keluh Dafika,, lemas betul dia dengan sikap Ezhar. Suka sangat nak mengenakan Karsyad.

Anak lelakinya pulak terlalu manja, kadang-kadang sampai menangis Karsyad disakat oleh Ezhar.

Hai la... Kalau dapat, nak je Dafika ketuk dua-dua kepala Karsyad dan Ezhar ni!

"Fikaaa... Fika kat mana... abang datang ni sayang..."


Drama kejar mengejar antara Ezhar dan Karsyad terhenti ketika mendengar suara lelaki memanggil nama Dafika di ruang makan kedai.

"Siapa tu?!"

Bercantum kening Ezhar ketika menyoal kepada Dafika.

"Awak dengan Arsyad duduk kat sini, saya keluar sekejap."

Soalan Ezhar tidak dijawab, malahan selepas dia mengarah, Dafika terus keluar dari dapur menuju ke ruang makan pelanggan.


Sah! seperti sangkaannya, Hidayat hadir bersama dua lagi rakan lelaki itu. Tak lain, memang nak buat kecoh kat kedai ni.

"Kau nak apa lagi Dayat?"

"Laaa... Kita orang datang sini nak makan lah, Takkan nak ajak kau kahwin kot, tapi kalau kau nak kahwin dengan aku pun apa salahnya, besar tapak tangan, nyiru aku tadahkan Fika."

Lelaki yang dipanggil 'Dayat' menjawab sambil ketawa besar bersama 2 lagi rakannya yang mengekor.

"Kalau kau nak makan, kau oder je la dengan Mira, apahal yang kau terjerit-jerit panggil nama aku? Aku ni tukang masak kat dapur je."

"Ala.. kitaorang nak kau yang ambik oder, lepas tu layan kitaorang makan kat sini baru lah tempat ni laku."

"Kau jangan nak cakap bukan-bukan kat sini Dayat, Kalau kau nak buat kecoh baik kau balik je. Aku tak kisah kalau kedai ni tak laku sebab takde pelanggan macam kau"

Dafika membidas teruk. Geli dengan kata-kata Hidayat sebentar tadi. Lelaki itu tak pernah puas untuk menganggu hidupnya.

"Amboi... makin garang kau sekarang ni Fika, tapi aku makin suka sebab muka kau makin cantik bila marah"

Hidayat cuba mendekati Dafika, lengan wanita itu ingin disentuh.

"Ni apahal kecoh-kecoh kat sini?"

Ezhar bersuara ketika melangkah keluar dari ruang dapur.


Karsyad yang mengekornya terus memeluk belakang pinggul Ezhar ketika melihat wajah Hidayat.


Tahu lah Ezhar, lelaki yang sedang buat kecoh ni bukan manusia yang baik. Mungkin dia dah biasa menganggu Dafika.

"Wooo... Kau dah ada jantan lain ke Fika?" Patut pun kau garang semacam je dengan aku"

Mata hitam Hidayat memandang tubuh Ezhar dari atas kebawah.
Dia tak kenal lelaki ni, dan tak pernah pun dia nampak jantan tu bersama Dafika sebelum ini.

"Tak.. sekarang ni cuba korang cerita kat aku, korang tiga ni siapa sebenarnya? Kalau nak datang makan kat sini, buatlah cara elok-elok, Yang terpekik terlolong macam anjing giler ni apahal?"
Mendatar sahaja suara Ezhar, tanpa sikit pun perasaan takut yang hadir. Mata tak lepas memandang ketiga-tiga pemuda dihadapannya hingga pandangannya mati pada salah seorang lelaki di belakang Hidayat.
Wajah lelaki itu seakan Ezhar kenal!

"Woii cibai juga mulut kau cakap kami anjing! Aku rasa kau dah lama tak makan kasut kan?"

Harakat Hidayat makin tinggi, kesepuluh jari dikepal menjadi penumbuk

"Seumur hidup aku, tak pernah sekali pun aku makan kasut, tiap-tiap hari aku makan nasi. Ke kau yang teringin nak makan sup selipar aku?"

Ezhar mengunjukan kakinya yang berselipar 'tandas'.

Namun mata masih tak lepas pada pemuda di belakang Hidayat.


Agaknya perasan dengan renungan Ezhar pemuda itu menarik-narik Hidayat untuk keluar dari kedai.

"Weii kau apahal tarik aku ajak keluar? Kita settle kan dulu mamat belagak ni! Baru kita chow!"

Panas betul Hidayat dengan rakannya! Tengah nak gaduh, boleh pulak dia diajak keluar! Tak gentle la beb!

Kerana Hidayat terlalu berkeras tak mahu keluar, rakannya itu membisikan sesuatu ditelinga hingga dia membesarkan biji mata memandang Ezhar.

"Kau biar betul?!"

Hidayat bertanya lagi pada rakanya mintak kepastian. Dan pemuda itu menangguk laju.

"Wei! Dah lah! jom blah!"
Arah Hidayat lagi, seusai mendapat kepastian dari rakannya.


Tanpa bercakap panjang, ketiga-tiga pemuda itu terus keluar dari ruang kedai makan.

"Woii! lembiknya korang! Tak habis lagi nak prepare sup selipar, Korang dah cabut?"
Ezhar menjerit, sengaja membakar bara pada ketiga-tiga pemuda yang hampir hilang dari pandangan mereka.
Dalam hati nya sedikit menjadi tanda tanya, Kenapa mereka bertiga pergi macam tu je. Seolah-olah ada sesuatu rahsia yang disimpan.

"Nasib abang Har ada, kalau tak mesti diorang buat kecoh lagi kat sini?

Amira yang tadi mendiamkan diri di kaunter, mula bersuara.

"Siapa diorang tu?"
Soal Ezhar, tak puas hati.

"Diorang tu dari kampung sebelah, selalu datang sini nak kacau Kak Fika, Mira pun selalu kena. Yang Mira takut kadang-kadang di orang berani sentuh Kak Fika ngan Mira."

Adu Amira lagi.

"Kalau dah berani sentuh bagai, kenapa korang tak lawan? Ataupun buat report polis je?"

"Awak ingat senang nak lawan? kita orang yang kerja kat kedai ni semua perempuan, Kalau repot polis sekali pun, awak ingat polis akan ambil tindakan perkara remeh temeh macam ni?"


Ye tak ye jugak, kes macam ni pada polis adalah perkara biasa. Lain lah kalau dah sampai tahap mencabul atau merogol.

Tapi... nak tunggu jantan 3 ekor tu merogol baru nak buat laporan ke?

Masa tu Nasi dah jadi bubur!

"Ni hah! jantan sekor ni buat apa kat kedai ni? Mak nak kena kacau pun sorok belakang aku. Penakut betul!"
Ezhar menarik keluar tubuh kecil Arsyad yang masih memeluk pinggulnya.
Walhal dia tahu anak kecil itu tak mampu lakukan apa-apa lagi. Tadi pun Ezhar perasan jemari Karsyad mengigil sewaktu memeluknya.

"Anak saya tu baru je masuk sekolah, awak ingat dia mampu ke buat apa-apa?"

Balas Dafika geram. Bibir bawahnya digigit ketat menahan rasa.

"Sebab tu lah aku suruh kau sunat dia awal-awal, baru lah dia jadi anak jantan sejati, macam aku!"

"Eh. eh cakap tu macam bagus sangat.. anak jantan la apa la.. Tidur malam, peluk bantal jugak. Macam perempuan."

Dafika membebel sambil menjuih bibir.

Karsyad pulak dah tergelak sakan mendengar ibunya mengenakan Ezhar.

"Habis tu kalau aku tak tidur peluk bantal, aku nak peluk apa? Peluk kau?"

"Har?!
Dafika menjerit kembali, mata tangkas memandang anak lelakinya kemudian silih berganti kepada Amira yang masih berada di kaunter.
Takut tersalah sangka pada mendengarnya.

"Dah la Arsyad, jom balik rumah, mama mandi kan."
Ujar Dafika lagi, cuba mengubal semula perbualan mereka tadi.
Tangannya menarik Karsyad dari gengaman Ezhar namun lelaki itu tidak melepaskan anaknya.
Pulak?! Dafika merengus kuat.

"Biar aku mandikan Arsyad, aku nak ajar sikit cara jadi jantan, bukan berkepit je bawah ketiak mak!"

"Har.."
Sekali lagi Dafika ingin mengambil anaknya dari Ezhar, namun dihalang oleh lelaki itu.

"Arsyad! kau nak mak kau mandikan kau atau kau nak aku yang mandi kan kau?"


Arsyad pandang Ezhar bergilir dengan ibunya.

"Err... Arsyad mandi dengan PakCik Har ye mama"

Akhirnya Arsyad menjawab.

"Bagus! macam ni lah anak jantan! Dah jom!"

Ezhar pandang sinis kepada Dafika sebelum mengengam lengan kecil Karsyad.


Dafika hanya mencebik bibir melihat perlakuan lelaki besar dan lelaki kecil dihadapanya kini.

Senang benar Karsyad menyingkirkan dia untuk memilih Ezhar, padahal Ezhar tak pernah berlembut pun dengan anaknya.

"Abang Har.."


Langkah Ezhar mati ketika namanya dipanggil oleh Amira. Segera dia menoleh memandang wanita berumur 19 tahun itu.

"Abang Har tinggal lah lama sikit kat sini, Tak de lah Mira ngan Kak Fika takut sangat kalau diorang tu datang buat kacau lagi."

"Selagi aku kat sini, aku akan pastikan korang selamat."

Sejalur ayat Ezhar seakan mematikan degupan jantung Dafika saat ini. Entah kenapa hatinya yang cuba dibekukan suatu saat dulu, kini mula cair.


Mata menghantar Ezhar keluar bersama anak lelakinya.

Tak sampai beberapa langkah, entah apa yang dikatakan oleh Arsyad membuatkan Ezhar mengangkat anak lelaki itu dan didudukan diatas tengkuknya sebelum kembali menapak ke rumah Haji Bohari.

"Abang Har layan Arsyad tu macam anak dia je kan. Walau kasar tetap dia sayang."

Mata Dafika menoleh kearah Amira yang tanpa sedar turut memandang tingkah Ezhar dan Arsyad di luar kedai.

"Kan bagus kalau akak kahwin je dengan Abang Har."


Errg!

Nafas yang baru menjadi normal tadi, kini kembali tak tentu arah.


"Merepek lah awak ni Mira!"

Balas Dafika dalam teragak-agak. Kakinya melangkah laju memasuki dapur, takut wajahnya yang merona disedari oleh Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience