Sesampai sahaja di restoran pilihan Tengku Airil, mereka memesan makanan. Muka Adam masih lagi ketat. Tengku Airil pelik dengan sikap anaknya itu. Tadi awal muka bukan main happy...bila sampai ja dekat restoran muka tegang ja. Ada apa? Dilihat muka Nadia pula agak resah dan kelihatan fikirannya bukan berada di sini.
"Nadia?" panggil Tengku Airil.
Nadia mendiamkan diri. Sah! Ada something yang berlaku antara mereka berdua.
Nadia yang masih mendiamkan diri terkejut apabila seseorang menamparnya. Dilihat siapa yang menamparnya dan orang itu ialah Alya. Menggunakan ekspresi muka...dia bertanya 'apa'.
Alya pula menjeling. Dibisik di telinga Nadia
"Tengku Airil panggil kau. Kau mengelamun apa?" bisik Alya.
Nadia terkejut. Ya Allah! Apa yang aku buat!
"Ma...maaf uncle...ada ...apa?" tanya Nadia tersekat-sekat.
"Kamu okey? Uncle tengok kamu macam runsing ja? Any problem?" tanya Tengku Airil.
"Erm nothing uncle. Nadia okay" kata Nadia. Dijeling ke Adam dan lihat dia masih lagi tegang.
"Ah jap eh Nadia...kami pergi tandas jap!" kata Sofea tiba-tiba.
"Sekejap eh uncle" kata Alya pula mengikut Sofea.
Sebenarnya mereka ada merasakan sesuatu di antara mereka. Mereka bukan nak pergi tandas pon! Saja nak beri ruang dekat mereka.
"Ash...kamu pergi ambil kek dekat kaunter tu. Kamu pilih la flavors yang menarik." suruh Tengku Airil. Sengaja dia menyuruh Adam untuk pergi memilih kek supaya dia boleh berbicara dengan Nadia.
"So...cerita lah" soal Tengku Airil selepas Adam bangun dari tempat duduknya.
"Erm...cerita apa?" tanya Nadia.
"Tak perlu selindung lagi la Nadia...uncle nih dah makan garam lama dah dari kamu. Uncle tahu kamu ada problem...about Adam?" soal Tengku Airil.
"Erm actually salah Nadia..." kata Nadia bersalah.
"Maksud Nadia? Cerita lah dekat uncle...mungkin uncle boleh tolong... Lagipun Adam tu anak uncle...uncle lebih mengenalinya" kata Tengku Airil.
Nadia terdiam. Betul juga.
"Sebenarnya...di London...kami...erm Adam minta couple dengan Nadia. Selepas berfikir...Nadia juga ada perasaan dekat dia. So Nadia terima... Sampai saja di airport tadi...Adam suruh naik kereta dengan dia. Nadia cakap la tak nak sebab nanti apa kawan-kawan Nadia fikir. Then Nadia suruh Adam rahsiakan dulu hubungan ni sebab Nadia takut orang berprasangka buruk. Then Adam marah...dia kata Nadia tak suka couple dengan dia...so now dia marah dengan Nadia" terang Nadia jujur.
Tengku Airil tersenyum. Alhamdulillah Adam dah moveon dengan bekas kekasihnya, Aina. Tambahan lagi...Tengku Airil suka dengan sikap Nadia yang sopan santun dan rajin belajar. Bila Adam serius dalam percintaan maknanya Adam betul-betul jatuh cinta. Nadia pula cantik dan manis...memang semua lelaki akan cair dengan dia.
"Oh...begitu rupanya...hm" kata Tengku Airil teranguk-anguk.
"Ye uncle. Nadia minta maaf sangat-sangat. Erm uncle tahu tak macam mana nak pujuk?" tanya Nadia.
"Adam suka kek cheese. Apa kata Nadia buat sendiri kek tu? Nadia tahu tak... nak buat?" tanya Tengku Airil.
"Tahu. Senang ja. Baik...nanti Nadia buat kek tuh" kata Nadia. Sekarang dia sudah tahu macam mana nak pujuk Adam!
"Di samping tu...nanti uncle nasihatkan Adam. Jaga perasaan Adam okay?" pesan Tengku Airil.
"Baik uncle. Terima kasih uncle bagi tahu" ucap Nadia ikhlas.
"Sama-sama" jawab Tengku Airil.
Habis sahaja perbincangan itu, Alya, Sofea, Atiffa dan Adam kembali. Amboi serentak nampak. Adam membawa kek pelbagai perisa. Of course untuk Adam...kek cheese...untuk Tengku Airil pula kek Red Velvetm..tidak dilupakan kek coklat untuk Nadia. Nadia gembira walaupun Adam dalam mood 'marah' namun dia masih mengambil perisa favourite dia. Selepas makan kek itu makanan utama mereka tiba. Jangan pelik sebab mereka makan makanan sampingan dulu sebelum makanan utama. Laparrrrrr hahaha.
Habis sahaja makan, mereka bergerak ke tempat masing-masing. Semestinya Adam dan Tengku Airil pulang ke rumah mereka manakala Nadia and the gengs semestinya pulang ke dorm mereka. Sampai sahaja di dorm mereka, Nadia terus masuk ke bilik untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, Nadia mengambil telefon lalu membuka aplikasi WhatsApp
Adam sayang ?
Assalamualaikum awak...
Saya minta maaf atas apa yang
Saya cakap. Saya janji tak akan
buat lagi. Maafkan saya eh????
Adam hanya membluetick mesejnya. Hm...kuat merajuk la abang sayang ni!
Terus dia menelefon Adam.
Tut...tut ...
Masih belum ada tanda-tanda Adam mahu mengangkat. Dicuba lagi sekali.
Adam P.O.V
Adam baru sahaja selesai membersihkan diri... Bunyi dari telefonnya menandakan ada mesej dari seseorang. Dibuka aplikasi WhatsApp.
Sayang?
Assalamualaikum awak...
Saya minta maaf atas apa yang
Saya cakap. Saya janji tak akan
buat lagi. Maafkan saya eh??
Adam membluetick sahaja mesejnya. Belum sempat dia ingin memakai baju, telefonnya berbunyi lagi. Kali ini panggilan telefon pula.
Sayang? is calling
Adam membiarkan panggilan itu. Malas! Selepas selesai Adam memakai baju, telefonnya sekali lagi berdering. Haihh... Angkat je la Adam oi
"Assalamualaikum awak" Nadia memulakan bicara. Gembira kerana Adam mengangkat.
"Waalaikumusalam" jawab Adam. Eh apa...ingat dia jahil sangat? Dia tahu lah... Memberi salam itu sunat dan menjawab salam itu wajib!
"Awak...saya minta maaf sangat-sangat. Saya janji takkan buat lagi. Okey kalau awak nak cerita hubungan kita, awak cerita...saya tak kisah" kata Nadia sudah berfikir masak. Lebih baik mereka memberitahu hubungan mereka atau nanti jatuh fitnah pula.
Adam hanya mendiamkan diri. Ego guys!
"Aw...awak...ja...jawab la...saya...min...tak ...ma...maaf.." Nadia mula menangis.
Adam terdiam. Hm menangis lagi lah budak nih. Ni yang tak kuat! Erm...haih turunkan je la ego kau Adam! You can do it untuk orang yang kau sayang.
"Hm ye la. Aku maafkan. Lepas ni kau jangan buat lagi. Faham?" jawab Adam.
"Ba...baik...saya janji tak buat lagi dah...terima kasih awak" kata Nadia gembira. Yeay Adam dah bercakap walaupun guna aku-kau...janji dia cakap.
"Sama-sama...saya pun minta maaf sorry eh...saya terego" kata Adam.
"Sokay...awak tak salah pun" jawab Nadia
"Hehe...sayangggg rindulahh" Adam sudah bertukar moodnya.
"Haha amboi...rindu juga hehe" jawab Nadia. Berani laaa juga sebab tak bertentang mata. Ni kalau depan depan...memang tak la nak sebut! Segan laaa.
"Hehe...sayang buat apa tu?" tanya Adam. Adam sudah gembira. Hehe. Inilah sikap Adam yang sebenarnya. Diluar sahaja nampak dingin tapi bila dia dah jadi orang terpenting dalam hidupnya, bersemut lah! Sebenarnya Adam bukan begini sebelum ini. Dia juga seorang pelajar yang biasa. Namun selepas kejadian Adam mengetahui kekasih hatinya, Aina curang terus dia berubah 360°. Dia terus menjadi seorang yang dingin dan menakutkan.
"Baru lepas mandi. Awak pula?" tanya Nadia.
"Sama la. Baru lepas mandi. Erm sayangg...taksuka la guna saya-awak...kita gunalah panggilan sweet sikit" pinta Adam.
"Erm nak panggil apa? Saya segan tapi kalau awak nak...saya cuba" kata Nadia tidak mahu mengulangi kesilapan.
"Sayang panggil baby ka biy ka abang ka...eh takk abang tu nampak macam adik beradik pula! Panggil biy laa" pinta Adam.
"Hm saya cuba eh...tapi saya panggil kalau kita berdua ja boleh? Kalau di khalayak ramai...saya guna saya-awak eh..." kata Nadia perlahan
"Hmm ye la..." kata Adam.
"Okay terima kasih biy" kata Nadia tersipu malu.
"Auchhhh cair! Hehehe sama-sama sayang" jawab Adam gembira.
Mereka meneruskan panggilan sehingga larut malam. Tapi sebelum tu Adam meletakkan dulu talian kerana risau kredit Nadia habis. Dia tak apa lah guna line. See? Sayang betul dekat girlfriend dia.
Disebalik pintu, Tengku Airil tersenyum. Bukan dia ingin mendengar perbualan itu namun dia tidak tersengaja mendengarnya apabila dia ingin ke bilik nya.
??????
Done? penat tau menulis!
Share this novel