Bab 6

Short Story Series 16005

Masuk saja ruangan dapur cafe terus Deyna diserbu oleh Hazirah.

"Macam mana Deyna? Ok tak? Best tak?"bersinar-sinar mata Hazirah. Macam dia pula yang pergi lunch.

"Ok je janji keluar juga. Best tu boleh la jugak dari tak rasa apa-apakan."balas Deyna acuh tak acuh. Dia sendiri pun tak tahu macam mana nak describe perasaan dia yang sama ada teruja atau pun tidak yang penting dia bahagia walaupun agak kosong.

"Oii Deyna, aku tengok kau ni macam tak seronok je. Ada jadi apa-apa ke? Dia tak layan kau? Dia palau kau?"berkerut dahi Hazirah tengok Deyna yang muka tembok ni. Hazirah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak ada jadi apa-apalah. Kitaorang makan,sembang sikit-sikit lepastu balik la lagipun aku tengok dia bukan jenis banyak cakap. Aku pun tak akan nak cakap lebih-lebih. Buatnya aku tersasul kata apa-apa nanti buat malu je."tutur Deyna yang tangan sibuk susun cawan yang sudah kering. Malas dia nak cakap panjang-panjang.

"Wehh kejap lagi kau balik rumah terus aku nak pergi beli barang sikit." Kata-kata Hazirah menarik perhatian Deyna yang dari tadi sibuk kehulu-kehilir.

"Kau nak beli apa lagi? Barang haritu tak cukup ke?" Tanya Deyna pelik. Rasanya haritu barang semua dah beli cukup.

"Ni barang lain laa Naa. Boleh ehh."terkedip-kedip mata Hazirah memandang Deyna. Ingat comel tapi agak comellah tetapi dimata orang lain bukan Deyna.

"Ikut suka kaulah. Tapi jangan balik lewat sudah jadi apa-apa nanti susah. Aku tak ada tau nak tolong kau. Jangan buat aku risau. Aku cepuk kai nanti. Balas Deyna dengan nada sedikit risau. Jarang Hazirah nak keluar malam-malam

"Thank you cik terbantut."

Tanpa membalas ucapannya Deyna terus menyibukkan dirinya membuat kerja.

Malam pon menjelma, jam dinding menunjukkan pukul 11 malam tapi yang membuatkan cik terbantut sorang ni kehulu-kehilir kerana minah suku tu belum balik-balik lagi.

"Hishh aku call tak angkat,mesej tak balas kau saja buat aku risaulah Hazirah Husna."sebelah tangan naik mengurut dahi. Deyna menarik nafasnya seketika menenangkan dirinya yang dalam keadaan resah.

Tiba-tiba terdengar bunyi orang ketuk pintu. Terkedip-kedip matanya memandang pintu itu. Tanpa membuang masa cepat Deyna buka dan yang lebih mengejutkan keadaan Hazirah yang lemah serta dipimpin oleh seorang lelaki.

Terus Deyna memberi ruang kepada mereka untuk masuk. Sejujurnya dia tengah blur dengan apa yang jadi. Tegak Deyna berdiri di hadapan pintu masuk.

"Hazirah kau kenapa ni?" Tanya Deyna selepas otaknya kembali berjalan dengan lancar.

"Dia hampir kena rogol dengan orang mabuk dekat belakang kedai. Saya pun tak tahu macam mana boleh jadi." tutur lelaki itu selepas menjauhi mereka berdua.

"Astaghfirullah al azim."mengucap panjang Deyna. Patutlah dari tadi dia tak sedap hati.

"Tak apalah kalau macam tu saya balik dulu. Macam tak elok pula lelaki duduk dalam rumah perempuan lama-lama" Pinta lelaki itu sambil mengusap belakang tengkuknya. Deyna terus mengganguk dan menghantar lelaki itu sampai ke hadapan pintu.

"Terima kasih sebab tolong kawan saya Encik?"

"Dayyan"pantas lelaki itu jawab.

"Terima kasih sebab tolong kawan saya Encik Dayyan. Kalau Encik Dayyan tak ada tadi saya pun tak tahu nak buat apa." Ucap Deyna dengan lembut. Orang dah tolong takkan nak berkasar tak gituu.

"Tak apa. Allah dah takdirkan saya da gerakkan hati saya untuk tolong dia. Dah lewat ni saya pergi dulu cik?"

"Deyna. Baik. Assalamualaikum Encik Dayyan."

"Waalaikumsalam Deyna."

Deyna melambaikan tangan ke arah Dayyan. Selepas dia menutup dan mengunci pintu, laju dia berjalan ke arah Hazirah.

"Kau ok tak ni Rah?" Deyna mengusap muka Hazirah yang lencun dengan air mata. Hazirah pandang Deyna lama sebelum laju masuk ke dalam pelukkan.

"Aku takut tadi. Mereka...mereka.."

Deyna membalas perlukannya dan mengusap belakangnya supaya dia lebih tenang.
"Shh mereka tak akan kacau kau dah."

Keesokkanya paginya, Deyna masuk cafe seorang diri kerana Hazirah tidak berapa nak sihat. Deyna tak tinggal dia seorang sebab malam tu dia dah call dekat mak Hazirah pagi tu dan tengok-tengok mak dengan ayah Hazirah dah ada depan pintu.

"Good morning akak Zira"ucapku selepas selamat melabuhkan punggung di hadapan meja cashier.

"Morning too. Ehh kamu seorang saja Deyna?" Tanya Akak Zira sambil mengusap perutnya yang memboyot. Geram je Deyna tengok perut tu sebab nampak comel. Bilalah nak dapat macam tu. Eh.

"Hei berangan apa."sergah akak Zira bila Deyna tak bagi respon tentang jawapannya.

"Hazirah tak sihat la akak tu yang tak datang. Kalau tak dah terconggok ha depan ni dengan saya." Jawab Deyna sambil menongkat dagu. Matanya masih lagi memerhati perut Akak Zira.

"Ni dari tadi tengok perut akak ni teringin ke?" Berkali-kali akak Zira angkat keningnya.

"Teringin la juga sebab nampak comel tapi tu lah boyfriend pon tak ada apatah lagi suami. Saya ni single je mampu." Jawab Deyna dengan muka malas. Dia jeles tetapi tak ada sebab.

"Saya nak order dua air cappucino panas."
Datang lelaki yang tetiba kacau perbualan Deyna dan akak Zira.

"Haa Deyna. Tercegat apa lagi pergi siapkan air tu. Orang dah order dah haa." Halau Akak Zira sekali dengan tangan. Dah macam halai kucing.

"Yelah Akak. Orang tahu." sempat Deyna menjeling muka lelaki itu. Selepas dia jeling laju Deyna masuk dapur sebab encik crush kenyit mata.

Masuk sahaja ruangan dapur Deyna dah geleng kepala. "Aku salah pandang kot. Agaklah dia nak kenyit mata. Masuk habuk maybe?" Terus cepat dia membancuh air.

Siap bancuh air terus Deyna bawa air tu letak ditempat cashier tapi yang dia pelik mana pergi akak Zira. Kalau dia tak ada siapa nak jadi cashier takkan dia pula.

"Mana akak Zira ni."gumam Deyna perlahan. Mata memerhatikan setiap pelusuk cafe. Langsung tak nampak kelibat Kak Zira.

"Ouhh akak tu tadi keluar. Katanya husband dia datang."balas Aidil Haziq. Mungkin dia dengar apa yang Deyna gumam.

Terpaksalah dia jadi tukang cashier harini.

"Semuanya RM20." Sambil mata memerhati komputer didepan. Dia tak nak pandang muka lelaki itu.

Terus dia menghulurkan duit. Masa nak ambil duit tu boleh pula jari mereka bersentuhan. Naughty finger

"Sorry. Saya jual." Tuturku perlahan. Dia dah rasa muka dia merah

"Sokay." Balasnya pendek.

Aidil Haziq memusingkan tubuhnya kembali. "Lain kali jangan takut nak pandang aku. Aku tak pernah makan orang lagi-lagi orang yang comel macam depan aku ni." Aidil Haziq mengenyitkan matanya buat kali kedua dan berlalu pergi.

Tangan Deyna terus melekap pada dadanya tepat di jantung yang berdegup laju macam baru habis marathon 5km. Bila tersedar terus Deyna mengucap dan berlalu masuk ke dapur.

TBC...

Follow and Comment to unlock new chapter.

Kemanisan masih di cari tehee...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience