BAB 2

Romance Completed 128053

Masam muka Arumi ketika melihat figura yang di tunggu-tunggu sejak tadi kian mendekat. Tangan di silang ke dada. Kelat mencuka mukanya.

"Sorry sayang...ada hal tadi." lembut intonasi suara lalu meraih tangan cik tunang.

"You pergi mana? You tak cakap pun you ada hal hari ni. Tengok phone you, berapa kali I call you? Ke ada hal dengan perempuan lain!" hamburnya dengan hati yang berdongkol geram.

Kan dah cakap semalam keluar temankan dia pergi shopping petang ni, last-last dah gelap hari baru nampak muka. Naik angin lah dia.

"I'm so sorry sayang, mama I jatuh tangga tadi." terpaksa dia gunakan insident kecil yang menimpa mamanya tadi gara-gara dirinya juga.

"Alasan!"

Keluh Adrian Haydar kedengaran. Arumi kalau dah merajuk bukan senang nak pujuk.

"Please, I taknak bertengkar dengan you. Tu bukan alasan I. Benda betul jadi. Kalau you masih tak percaya, I boleh bawa you jumpa mama sekarang juga."

Lama Arumi diam. Adrian Haydar yang dia kenal tak pernah berbohong. Dia tahu itu. Dan dia letak seratus percent tahap percayanya pada lelaki itu. Wajah ketatnya perlahan mengendur.

"Janji jangan ulang lagi." siap dengan jelingan dia hadiahkan.

"Alright, I janji." sebelah tangan di angkat separa dada tanda bersumpah takkan mengulanginya lagi.

Senyum Arumi akhirnya terpujuk. Tak betah dia merajuk lama-lama. Lengan Adrian Haydar di paut manja.

"Jom kita gerak. Dah lambat dah ni, gara-gara you lah ni kan." omelnya dengan muncung sedepa.

Shopping tetap shopping. Mana boleh batal macam tu je.

"Malam ni I belanja you dinner sebagai tanda maaf I sebab lambat jemput you."

Arumi dongak, menggeleng. "Kalau I... Ermm..." sengaja dia melenggok nadanya dengan gaya manja.

Terjungkit kening Adrian Haydar.

"Kalau I nak dinner 'makan' you malam ni you tolak tak?" mengoda.

"I tak ajar you jadi nakal." hidung Arumi di cuitnya.

"You ni, macam tak biasa." kepala di lentok pada lengan kokoh itu.

Kalau tidak kerana dia hampir di culik tempoh hari, daddynya takkan sampai mengerjakan seorang bodyguard untuk menjaganya. Adrian Haydar orangnya. Lama-lama mengenali lelaki itu, tumbuh benih cinta dalam hati. Dan ternyata cintanya tak bertepuk sebelah tangan. Adrian Haydar membalas dengan rasa yang sama. Sekarang, dia bebas keluar kemana saja asalkan ada Adrian Haydar menemani. Encik bodyguard merangkap tunangnya sendiri. Untungnya hubungan mereka berdua di restui oleh kedua pihak keluarga.

SHEA memandang malas adik bongsu papanya, Raisha bila wanita itu masih tak pulang-pulang lagi. Ada aje lah benda dia nak gosipkan terutama pasal pengantin lelaki asal yang tiba-tiba lesap. Lelaki bangsat!

"Ha, turun pun pengantin baru. Mana suami Shea?" tercari-cari matanya akan keberadaan lelaki muda berwajah kacak tadi.

"Maksu takda rumah ke? Melekat je dekat rumah orang."

Mencerlung mata wanita berambut blonde itu. Geram dengan mulut Shea. Mahu dia cilikan aje. Biar tau rasa! Dengan orang berumur pun kurang ajar tak bertempat.

"Mulut engkau kan! Ish!" tepat jari telunjuk menuding wajah sedatar papan di depannya.

"Ke maksu nak korek sampai puas apa jadi hari ni tadi lepas tu sebarkan sana sini."

Bukan Shea tak tau mulut maksunya. Tahap membawang dia memang tahap puaka.

"Jahat sangat ke aku ni hah? Perangai engkau ni lah buat semua lelaki tak tahan. Untung nasib lah ada orang sanggup jadi pengantin terjun engkau. Kalau tak, ha... mana kami ni nak sorok muka asyik tak jadi je. Engkau tengok anak aku Elena, sekali je bercinta terus kahwin bahagia sampai sekarang. Yang engkau, dua kali putus tunang hari ni je hampir tak jadi kahwin."

Nah, sekali nafas dia hambur.

"Maksu yakin ke bahagia?" senyum sinis terlakar di hujung bibir.

Wanita itu selalu saja membandingkannya dengan anak kesayangannya si Elena. Kata Elena bernasib baik tak macam dia. Bukan sekali dia pernah terserempak suami Elena bersama perempuan lain. Bila dia buka mulut kata dia pula yang cemburu, sengaja menfitnah.

Shea berlalu ke dapur. Malas mempedulikan wanita itu. Makin di layan makin menjadi. Bazir air liur!

"Aku gerenti nanti pun engkau di ceraikan juga. Laki mana nak perempuan dah di tebuk. Suami engkau tu dah ada tunang, engkau ingat dia akan jadi suami yang baik pada kau? Mimpi engkau ajelah."

"Raisha!"

Meledak suara Tuan Raden dengan dada turun naik menempik adiknya. Dah melampau.

"Balik sekarang! Aku kata balik!"

Terkejut Raisha. Abangnya kalau marah silap-silap masuk Hospital dia di kerjakan. Tergopoh-gopoh beg tangan atas sofa di raih bergerak dengan pantas menapak keluar.

Shea terpaku di hadapan sinki. Kata-kata maksunya menguris hatinya. Dalam sehingga berdarah. Benar adanya. Sebab itu juga dia putus tunang dua kali bila kedua mantan tunangnya mengetahui hal sebenar. Cuma lelaki yang ketiga ini sudahpun tahu dan bersedia menerima dirinya. Last-last menghilangkan diri di saat majlis hendak di mulaikan.

"Shea..."

Shea menoleh pada sang papa.

"Shea okay?"

"Shea dah biasa pa." dia berura-ura mahu naik ke bilik sebelum suara papanya melontar soalan.

"Ad mana? Papa tak nampak pun dari tadi."

"Jumpa tunang." dua patah balasan sudah cukup lalu kakinya mengorak meninggalkan ruang dapur.

Tuan Raden menarik nafas dalam. Belakang tubuh anaknya di tatap lama. Dia tahu keputusannya menyatukan lelaki yang dah bertunang takkan mungkin buat hidup anaknya bahagia. Jujur, ayah mana mahu melihat anak perempuannya terus menerus terluka. Namun hakikatnya, dia juga tak punya hak menegah Adrian Haydar kerana dari awal tadi lelaki itu telah meletakkan syarat jika dia tetap menginginkan status Adrian Haydar sebagai suami Shea. Jangan sesekali cuba memutuskan atau mengatur hubungannya dengan tunangnya. Itu syarat Adrian Haydar beri dan terpaksa dia setujui dengan berat hati.

JENA menolak pintu bilik yang menempatkan lukisan dari hasil tangan teman baiknya Shea. Senyum-senyum dia mendekati belakang tubuh itu.

"Amboi, pengantin baru tak ambik cuti panjang ke?" usiknya walau tahu kejadian sebenar.

Shea sekadar menjeling. Tergelak Jena. Bahu Shea di usap lembut.

"Aku tahu kau kuat." jauh dalam hati dia bersimpati dengan nasib yang kerap menimpa Shea.

Kerusi berhampiran di tarik duduk. "Semalam aku tak sempat tengok muka laki kau lagi. Tunjuk lah gambar dia untuk aku cuci mata."

"Aku takda gambar dia. Kau nak kau search lah mana-mana sosmed. Adrian Haydar."

Jena angguk. Okay! Bab stalker orang ni perempuan power tau. Jangan pandang sebelah mata.

Sekejapan saja Jena dah jumpa instagram milik lelaki itu. Buntang matanya dengan mulut ternganga luas.

"Oh my god! Ni ke? Seriously?" tunjuk skrin telefon dekat dengan depan muka Shea.

Terpampang gambar Adrian Haydar mengenakan t-shirt hitam polos bergaya santai duduk menyilangkan kaki menikmati segelas jus di atas meja.

Shea menolak tangan Jena ke tepi. Tak berminat dia nak tengok lama lagi.

"Jual mahal kau kan." Jena cebikkan bibir. Tangannya terus mengodek laman instagram suami orang itu.

"Laki kau ni kan ibaratkan kiyowo di luar manly di dalam." review ikhlas dari mulut Jena.

"Kau jangan nak merepek."

"Aku cakap betul apa. Ni, kalau tengok dari segi tubuh dia orang akan ingat umur dia bukan 25. Dia ni dah setaraf lelaki maskulin dekat luar sana dalam versi comel. Tapi kan, yang buat aku risau sekarang ni biasa muka yang comel comel boleh jadi jahatnya minta ampun kalau nak bandingkan dengan muka yang memang ganas. Yang nampak polos ni lah bahaya dalam diam."

Banyak sangat tengok drama. Gitulah jadinya.

Niat mahu cuci mata lebih lama lagi terbantut ketika bola mata Jena mengarah pada kertas canvas putih di sudut dinding. Gambar lelaki yang belum sempurna di siapkan. Sampai di bahagian matanya saja. Mata itu, nampak mengoda pulak.

"Eh... Aku baru terperasan lukisan kau tu."

Shea memandang ke arah yang sama. Cepat-cepat dia bangkit dari duduk menebalikkan lukisannya itu menghadap dinding.

"Siapa?" terjungkit kening Jena menyoal.

"Bukan siapa-siapa."

"Kau nak berahsia dengan aku ke?"

Shea mengeluh pelan. "Bukan macam tu maksud aku."

"Dah tu, kau nak kata kau saja je suka-suka lukis?"

"Hmm..."

Jena mengerenyit tak percaya. Setiap lukisan memiliki maksud yang tersirat. Mempunyai cerita sendiri di sebaliknya.

"Ex boyfriend kau yang kau tak cerita dekat aku lagi ke?" Jena masih tak puas hati.

Jelingan tajam Shea lempar sehingga si teman cepat-cepat bangun dari kerusi sebelum dirinya di hambur keluar.

TERPAKSA Adrian Haydar balik ke rumah ayah mentuanya atas permintaan lelaki itu sebentar tadi. Mahu tak mahu, kerana memikirkan hutang mereka sudah di kira lunas, dia terpaksa memandu ke sana dalam keadaan sangat terpaksa.

"Kalau boleh, papa nak kamu duduk dengan Shea."

Adrian Haydar terbungkam. Permintaan yang sangat rumit hendak dia turuti.

"Papa terpaksa paksa kamu duduk dengan Shea, Ad. Kalau soal tanggungjawab papa taknak pertikaikan lebih. Cuma satu papa minta, tolong duduk sama."

Perbualan mereka menjadi serius selang tak lama kemudian. Ada bermacam perkara yang perlu di pertimbangkan.

Shea yang baru pulang tak langsung memandang suaminya apatah lagi hendak menyapa. Langkahnya di bawa lurus naik ke bilik. Tergeleng pelan kepala Tuan Raden. Di keranakan dia buat keputusan tanpa berbincang dengan Shea, anaknya itu kurang bercakap dengannya beberapa hari ini.

Setengah jam berlalu, Adrian Haydar melangkah ke laman rumah menelefon sang mama mengabari jika dia tak pulang malam ini. Sepasang pakaian ganti dalam kereta di ambil. Sejurus itu, kakinya di heret paksa naik ke bilik. Badannya melekit setelah seharian menemani Arumi ke sana sini.

Tolak pintu bilik, terkedu kejap Adrian Haydar di depan pintu ketika melihat Shea menanggalkan pakaian di tubuh hanya menyisakan dalamannya saja. Kancing belakang dalamannya di buka, masih tak sedar akan kehadiran Adrian Haydar yang terpacak berdiri tanpa bunyi di muka pintu.

"Damn!" Adrian Haydar berdecit lalu memalingkan wajah ke lain. Lekuk tubuh gadis itu sempat di santap matanya tadi.

Sekilas itu Shea menoleh. Tak terkejut, malah langkahnya di atur hanya memakai dalaman menghampiri Adrian Haydar.

"Nak I bantu tanggalkan pakaian you?"

Geram hati bila tahu Adrian Haydar bermalam serumah dengannya malam ini.

Jemarinya sudah merayap di kancing kemeja lelaki itu namun sepantas kilat tangannya di tepis Adrian Haydar. Dalam terdesak wajahnya di paling memandang Shea. Terus jatuh pandangan matanya pada belahan dada yang berdiri hampir dengannya ketika itu. Tak mampu di elak sehingga Adrian Haydar menyumpah diri sendiri.

"Kenapa? I ni halal untuk you sentuh. You boleh sentuh I mana-mana bahagian you nak berbanding you sentuh tunang you yang belum tentu jadi isteri you nanti." sengaja dia mahu menyakiti hati Adrian Haydar agar lelaki itu tak betah bermalam.

Shea sendiri masih tak mahu peduli siapa perempuan yang dah menjadi tunangan lelaki itu. Malas dia mahu kesah soal hidup Adrian Haydar.

Shea sedar kemana arah mata itu memandang kejapan tadi. Namanya juga lelaki, pantang nampak peluang depan mata.

"Halal sebab memaksa. Move!" laju langkah di bawa ke bilik air. Kuat pintu di tutup.

Kedua tangannya di tekankan pada permukaan tepi sinki air. Mata terpejam rapat. Gigi di kancing lama. Dia tak tahu jika Shea seberani itu. Sedangkan rasanya mereka masih seperti orang asing tapi gadis itu sudah berani tunjuk aset tubuh depan-depan matanya. Gadis itu sudah gila agaknya.

Shea mengambil kain tuala di lilit ke tubuh. Lama matanya memandang pintu bilik air. Lalu kunci pintu di ambil dari laci. Hidup Adrian Haydar takkan aman dia kerjakan kalau terus mendengar kata papanya.

Terbuntang besar mata Adrian Haydar yang sedang berdiri di bawah pancuran air menyabun tubuh. Tuala di penyangkut di tarik laju melilit pinggangnya dalam keadaan kaget. Sudahlah dia mandi dalam keadaan tubuh polos. Sial!

Selamba Shea masuk lalu kunci pintu. Seakan tahu niat Shea laju saja Adrian Haydar menyambar tangan isterinya itu dari melepaskan lilitan tuala di tubuhnya.

"Lepaslah! You mandi lama sangat I tak tahan tunggu." tangannya cuba di rentap.

"I baru je masuk. You sengaja kan?" matanya memicing geram.

Tubuh Shea di balikkan membelakanginya. Kedua-dua tangan isterinya turut di pulasnya ke belakang. Kuat sehingga berkerut dahi Shea tahan pedih di kulit pergelangan tangannya. Celaka! Makan apa lelaki ni kuat betul tenaganya.

Tak cukup itu, tubuh Shea di himpit ke dinding. Adrian Haydar dekatkan bibir di tepi telinga Shea.

"I tak ingin mandi sama dengan you. Jangan buat benda bukan-bukan atau you yang akan menyesal! " bisiknya dengan nada di tekan keras.

"You takut? Pengecut!" makin galak Shea mencabar kesabaran Adrian Haydar.

"Takut?" Adrian Haydar gelak. "I tak takut, cuma I tak sudi nak sentuh you."

Sekuat tenaga Shea rentap tangannya lalu menolak tubuh Adrian Haydar di bawah pancuran air sehingga keduanya basah lencun.

Adrian Haydar tak tahu lagi perempuan depannya ini kalau naik hantu seperti apa. Tengkuk Adrian Haydar di paut. Tapi lelaki itu mengeraskan tubuh. Shea berusaha tangannya tolak. Tak berganjak selangkah pun. Adrian Haydar terlupa jika gadis depannya itu anak seorang ahlong.

Kaki di jengketkan menyamai ketinggian mereka. Lalu di gigit sehingga berbekas sisi kiri leher Adrian Haydar.

"Fuck!"

Terlepas carutan di bibir Adrian Haydar. Sakit. Pedih dan berbisa gigitan gigi itu. Dia kahwin dengan pontianak ke nak kokak orang. Perempuan gila!

Mereka bergelut. Masing-masing tak ada yang sudi mengalah. Shea tak berhenti di situ. Sisi kanan leher itu menjadi mangsa seterusnya. Sampai merah! Rasakan!

"Arghh!"

Sampai di bawah jeritan Adrian Haydar kedengaran. Jeritan bercampur bengang. Tuan Raden yang sedang duduk di ruang tamu terkejut. Entah apalah sedang di buat anak menantunya itu. Malas mahu masuk campur.

Puas hati Shea menilik 'love bites' di kedua belah leher itu.

Mengepal tangan Adrian Haydar. Mahu saja dia tenggelamkan Shea di dalam bath tub yang penuh dengan air. Biar lemas!

Sebelah tangan naik menyentuh permukaan leher yang di gigit. Mendesis dia kesakitan.

"You taknak sambung mandi? Nak I mandikan ke? Come on, tanggalkan tuala you." Shea berpeluk tubuh.

Jelingan membunuh Adrian Haydar lempar. Laju kakinya keluar dari bilik air dalam keadaan basah. Shea mengulum senyum kemenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience