Bab 34

Crime Series 28563

Mata Qarl terkebil-kebil memandang perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit. Bibirnya menguntum senyuman.

Anna rindukan aku.

Tak pernah saya tak fikirkan awak walaupun sehari. Awak kat mana, buat apa, semua saya nak tahu. Saya risaukan awak, Qarl. Sangat. Hidup saya terasa kosong. Awak menghilang macam tu je. Dah seminggu saya cari awak. Awak kejam buat saya macam ni. I miss you so much.

Keluhan dilepaskan.

Jari jemari segera menaip aksara-aksara yang akan menyejukkan hati Anna.

I miss you too.

Sent.

Harap Anna tak marahkan aku lagi.

Sikit lagi je. Sabar sayang. Tak lama lagi kita akan bersama.

"Bos..."

Shark muncul di balik pintu.

"Randy, bos."

Sudah lama dia tidak mendengar nama lelaki celaka yang mahu merosakkan Anna.

"Kenapa dengan dia? Aku taknak tahu pasal dia."

"Dia masih hidup kat luar sana. Dan dia nak balas dendam pada kita."

"So, let it be."

Qarl membalas acuh tak acuh. Buang masa memikirkan orang-orang yang tidak mengenang jasa.

"Randy sudah jadi pengikut May."

Mendengar nama May, beberapa biji guli dibaling ke dinding. Melepaskan geram.

"Pembelot!"

"Ada info mengatakan Randy mahu jatuhkan kita. Dia tahu semua rahsia kita."

"Kau cari Randy sampai jumpa. Bawak menghadap aku. Berani dia nak kenakan aku."

"Okay, bos. Saya akan arahkan konco cari Randy."

Shark mahu berlalu pergi tetapi sempat ditahan.

"Shark."

"Aku nak minta pertolongan kau. Anna..."

"Kenapa dengan Anna?"

"Kau boleh tak pergi ke Penang? Cari Anna di kampung. Aku risaukan dia."

"Bila bos nak saya pergi?"

"Esok. Kau booking flight on the spot. Nanti aku bayar."

Shark menggaru kening.

"Kalau saya pergi sana, saya nak cakap apa dekat keluarga dia?"

"Kau tak payah jumpa dia depan keluarga. Kau perhatikan dia ada ke tak di sana. Lepastu segera laporkan pada aku. Nanti kau cakap dekat dia yang aku baik-baik je kat sini."

"Kenapa bos tak tanya dia sendiri?"

Shark memandang pelik. Tak faham dengan perangai Qarl.

"Ikut jela apa aku suruh."

"Hmm yela. Okay. Esok saya fly pergi Penang."

Shark menghilang di balik pintu.

Hatinya juga saling memikirkan Anna. Namun, tiada apa yang boleh dilakukan saat ini.

Shark memerhati dari jauh perkarangan rumah keluarga Anna. Tiada bayang Anna yang keluar dari rumah sejak tadi.

Dia mengambil gambar dan melaporkan kepada Qarl.

Tak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering.

"Bos, saya tak nampak bayang Anna langsung. Dia macam takde je."

Yang setiap kali keluar masuk rumah adalah Ayah Anna dan adik lelakinya.

"Maybe dia tak keluar rumah kot. Kau cuba la tanya adik dia."

"Nanti diorang pandang pelik pulak dekat saya."

Qarl merengus di hujung talian.

"Benda simple pun tak boleh nak buat ke?"

Qarl sudah berhangin. Segera talian dimatikan.

Aduh. Asyik nak marah aku je.

Shark menggaru kepala. Memikirkan cara untuk bertanya mengenai Anna.

Kalau tanya direct, mampus aku kena maki. Shark memandang baju yang tersarung di tubuh. Dia harus menukar pakaian agar tidak terlihat seperti mafia.

Jaket terus dilempar ke tempat duduk belakang.

Akalnya ligat berfikir.

Salah seorang adik Anna keluar dari rumah. Berjalan kaki.

Pucuk dicita ulam mendatang.

Keretanya bergerak perlahan menghampiri budak kecil tadi.

"Dik, Abang nak tumpang tanya."

Mirul memandang tuan empunya di dalam kereta Proton Saga.

"Dekat sini paling dekat kedai runcit di mana?"

Pertanyaan yang dilontarkan kedengaran agak pelik.

"Oh, Abang jalan terus. Hujung simpang terus belok kiri. Nanti akan ada beberapa deret kedai."

"Err. Tunjukkan dekat Abang boleh tak? Tak familiar jalan sini. Dah banyak kali Abang pusing-pusing jalan yang sama."

Mirul menggumam. Tak pasti mahu menunjukkan jalan atau tidak.

"Adik mahu ke mana? Biar Abang tumpangkan."

"Nak pergi cyber cafe."

"Dekat mana?"

Baik pulak hati Shark mahu menumpangkan.

"Dekat area situ jugak."

"Hah, baguslah. Mari naik. Abang tumpangkan."

Mirul seperti teragak. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka pintu kereta.

"Abang jalan terus."

"Adik ni nama apa?"

"Panggil Mirul je, bang."

Kereta bergerak laju. Menuju ke tempat yang dimaksudkan.

"Memang selalu jalan kaki ke?"

"Dah biasa, bang."

"Abang dengan kakak tak hantarkan ke?"

Mirul menggeleng.

Aku tanya baik-baik, budak ni taknak jawab pulak.

"Anak tunggal ke?"

"Ada je kakak dengan abang. Tapi diorang takde kat sini."

Betul la firasat aku. Anna takde kat kampung ni.

"Berapa orang adik beradik?"

"Lima. Kakak masih study lagi. Dekat universiti. Abang pula study dekat sekolah berasrama penuh."

Shark mengangguk.

"Nama akak apa?"

Mirul menjeling. Kurang selesa dengan pertanyaan itu.

"Sorry. Abang memang suka bertanya. Apa orang kata tu, rancak bersembang."

"Oh... Abang belok kiri."

Mirul tidak menjawab lantas menukar topik.

"Abang ni bukan orang kampung sini kan?"

"Bukan."

"Mirul dah agak."

Alamak. Dah kantoi ke aku skodeng rumah dia.

"Abang nak beli tanah ke?"

"Err lebih kuranglah. Nak buka projek dekat kawasan sini."

Cepat-cepat Shark membelit soalan.

"Kalau nak beli tanah, Abang singgah kedai Pak Ucup, dia ketua kampung. Nanti Abang deal la dengan dia."

Aku cuma mengangguk.

"Depan ni je kedai runcit. Cyber cafe dekat hujung sana."

Segera aku memakirkan kereta di tepi jalan.

"Terima kasih, bang."

"Sama-sama. Baik-baik jalan, dik."

Mirul keluar tanpa menoleh.

Info terkini di tangan. Anna memang tiada di sini.

Segera Qarl dihubungi.

"Any news?"

"Bos, 100 percent memang saya dah pastikan Anna tiada di sini."

"Apa maksud kau?"

Suara Qarl makin meninggi.

"Mirul dah mengesahkan kakaknya sudah pulang ke Kuala Lumpur."

Terdengar jeritan di seberang sana.

"Sudahlah, Shark. Kau balik sini cepat. Aku tak sangka Anna ingkar arahan aku."

Kebelakangan ni, mood Qarl tidak menentu. Sekejap okay. Sekejap ribut. Perit telinga menahan amukan Qarl walaupun dia sudah terbiasa.

Aku menahan sakit. Rasa macam bahu terkehel.

Tangan Mira mengurut lembut bahu Anna. Mulut masih membebel.

"Tu la, banyak kali aku dah pesan jangan nak merayap. Kau degil."

Minyak angin dilumur ke tempat yang dirasakan sakit.

"Ala, bukan aku merayap seorang diri. Kan ada Nana dan Yati."

"Hah menjawab. Kau ni memang perempuan paling degil. Eeii..."

"Aduh. Pelan sikit la. Sakitlah."

Mira ni macam mak nenek. Asyik bebel dan marahkan aku je.

"Jangan merayap lagi. Dengar nasihat aku. Kita tak pasti siapa berdendam dengan kita. Kau selamat dalam kawasan universiti je. Lepas balik kelas, terus balik rumah. Aku sayangkan kau, Anna. Taknak kau hadap lagi perkara yang sama."

"Yeah. I know."

"Kalau kau taknak dengar nasihat aku, kau bayangkan wajah Mak Ayah kau. Fikirkan diri kau dan orang terpenting dalam hidup kau. Tak usah fikirkan pasal Lee lagi."

Cukup anti Mira dengan Qarl Lee.

Dia seseorang yang penting juga dalam hidup aku, Mira. Cinta memang buta.

"Malam ni kerja tak?"

"Kerja. Aku syif tengah malam."

"Tukar kerja la, Anna. Tak usah kerja jadi chef. Kau boleh cari kerja yang lebih stabil. Office hour. Kalau nak, aku boleh rekomenkan dengan bos aku kat tempat kerja."

Aku terdiam.

"Aku selesa kerja jadi tukang masak. Kalau nak suruh aku kerja office, tunggu lepas aku graduate. For now, kerja part time pun okay."

"Kau ni... Susah la nak cakap. Lantak kau la."

Mira malas nak sambung membebel. Aku tahu dia dah mengantuk. Dari tadi asyik menguap.

"Penatlah. Aku nak masuk bilik. Sambung tidur. Goodnight, Anna."

Aku hanya memerhati langkah Mira ke biliknya.

Bahu masih sakit. Tapi kerja harus diutamakan.

Rasa macam malas nak pergi kedai makan. Hati aku rasa berdebar sekali lagi. Debaran yang sangat panjang sejak semalam.

InsyaAllah, semua akan jadi okay. Just take care of yourself, Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience