Bab 1 Tempat Asing

Fantasy Completed 183890

Seorang lelaki tiba-tiba terjaga dari lenanya. Perlahan-lahan ia membuka mata dan mula memandang kawasan sekitarnya. Ia tergamam dan mengosok matanya perlahan-lahan. Kerana sukar untuk percaya melihat keadaan dirinya yang berada di dalam sebuah rumah kayu kecil. Ia juga melihat ada 2 orang lelaki di dalam rumah ini sepertinya sedang tidur.

Lelaki ini agak bingung melihat tempat dirinya berada. Kerana sebelum ia terbangun dari lenanya yang panjang,dirinya berada di sebuah hotel. Tetapi bagai mana dirinya boleh berada di rumah usang ini dan ada 2 lelaki di dalam rumah ini. Ia juga merasa sangat sakit di bahagian kepalanya. Tangannya juga terasa sakit kerana di ikat dengan tali.

Lelaki ini bernama Tengku Farhad,ia tidak tahu kenapa dirinya boleh berada di dalam rumah kecil dan usang ini. Tiba-tiba Tengku Farhad melihat 2 lelaki itu membuka matanya dan menoleh ke arahnya. Tetapi sebelum sempat 2 orang lelaki menoleh ke arahnya,Tengku Farhad memejam kembali matanya seolah-olah dirinya masih belum sedarkan diri. Walaupun matanya terpejam tetapi telinganya fokus ingin mendengar apa yang akan dibualkan oleh 2 lelaki itu.

"Tengok tu,dah 2 hari lelaki yang kita jaga ni tak sedarkan diri,"kata lelaki yang agak sedikit kurus.

"Agaknya diorang beri ubat tidur dekat dia ni banyak sangat,tu tak bangun-bangun,"kata lelaki yang mempunyai badan agak gempal.

"Siapa lelaki ni? Kenapa kita dapat upah yang banyak untuk perhatikan dia dalam rumah ni?"tanya lelaki kurus.

"Entahlah,aku pun tak tahu siapa lelaki ni. Kerana orang yang bayar upah kita tu,suruh kita perhatikan dia je.Rasanya dia bukan orang negara kita.Sebab dia di bawa ke sini dengan kapal tongkang bersama PATI lainnya,"kata lelaki gempal itu.

"Tapi esok rasanya riwayat lelaki ni akan tamat. Sebab kita akan jaga dia ni sampai esok je. Bos yang bayar upah kita tu akan datang esok untuk tamatkan riwayat dia ni,"kata lelaki kurus.

"Aku hairan, kenapa perlu jauh-jauh kalau nak bunuh dia ni? Kenapa bukan dekat negara dia sendiri je?"soal si gempal.

"Orang nak bunuh dia ni tentu bukan orang sebarangan. Diorang fikir jika bunuh di negara sendiri pasti akan jumpa mayat atau rangka dan boleh di kenal pasti guna DNA di sana. Tapi jika dia dibunuh di negara lain dan dia juga di bawa masuk secara haram seperti PATI,bermakna dia ni tak ada dokumen pengenalan diri. Jika dia di bunuh di sini tiada siapa yang akan tahu,"kata Si Kurus.

"Betul juga kata kamu tu, tapi esok bos dah nak datang untuk habiskan dia ni,"kata lelaki gempal itu lagi.

Tengku Farhad telah mendengar dengan jelas apa yang telah di bualkan oleh si kurus dan si gempal yang mengawasi dirinya. Walaupun matanya terpejam tapi kepalanya ligat memikirkan jalan supaya dirinya dapat bebas dan keluar dari rumah kecil dan usang ini. Ia harus cari jalan supaya dapat lari dari dua lelaki ini.

Tengku Farhad seperti dapat mengagak dalang di sebalik semua ini pasti orang terdekat dengan dirinya.Ia masih ingat sebelum ia terbangun dan berada di rumah usang ini,dirinya berkumpul bersama sepupu dan rakan-rakan business nya di hotel. Tetapi Tengku Farhad tidak tahu antara mereka semua yang berada di hotel itu siapa yang menjadi dalang yang mahu dirinya lenyap dari dunia ini. Agak lamanya juga Tengku Farhad memikirkan sesuatu di kepalanya. Kerana ia harus segera melarikan diri dari rumah usang ini. Jika tidak esok nyawanya mungkin dalam bahaya.

Farhad menyedari dua lelaki Si Kurus dan Si Gempal tiba-tiba senyap tidak mengeluarkan suara. Tengku Farhad tetap memejam matanya dan hatinya berdebar-debar tidak tenang kerana ia agak risau jika 2 lelaki itu tahu jika dirinya sebenarnya sudah sedar dari pingsan dan telah mendengar apa yang telah di bualkan oleh 2 lelaki itu.

Tengku Farhad mendengar seperti tapak kaki sesorang berjalan menuju ke arah dirinya. Tengku Farhad tidak pasti apa yang akan di lakukan oleh lelaki itu kepadanya.

"Aku rasa ubat yang diorang bagi dekat lelaki ni terlebih dos. Sebab hari dah gelap balik dia tetap tak sedar juga ni,"kata lelaki yang menghampiri Tengku Farhad sambil matanya memerhatikan tubuh Tengku Farhad yang terbaring di atas lantai yang agak kotor itu.

"Biarlah,itu semua bukan masalah kita. Niat diorang memang nak bunuh dia ni dekat sini pun. Esok tugas kita kena korek tanah untuk tanam mayat dia ni bila bos besar dah datang,"kata Si Kurus.

"Kamu tengokkan dia ni...aku lapar nak pergi beli makanan. Kamu nak pesan apa nanti aku belikan,"kata Si Gempal lalu berjalan menjauh dari Tubuh Tengku Farhad.

"Okay,kau beli sama yang macam kau punya,"kata Si Kurus.

Tak lama kemudian telinga Tengku Farhad mendengar pintu di buka dan di tutup kembali. Tengku Farhad dapat mengagak salah seorang dari lelaki itu telah keluar dari rumah usang ini. Kerana Tengku Farhad merasakan hanya ada seorang sahaja yang tinggal bersamanya,ia merasakan dirinya agak sedikit selamat.Perlahan-lahan Tengku Farhad membuka matanya dan ia boleh melihat lelaki yang tinggal bersama dengannya adalah Si Kurus.

"Tolong! saya lapar dan rasa nak membuang ni,"jerit Tengku Farhad sambil matanya melirik ke arah Si Kurus.

Si kurus agak terkejut dan tergamam melihat Tengku Farhad telah sedar. Si Kurus datang mendekati Tengku Farhad sambil di tangannya memengang sekeping roti untuk diberikan kepada Tengku Farhad.

"Nah, ambil ni dan makan,"kata Si Kurus sambil memberikan roti itu kepada Tengku Farhad.

Tengku Farhad mengambil roti itu dan mula memakannya. Setelah habis Tengku Farhad makan roti itu ia mula meminta air kepada Si Kurus.

"Saya nak air," kata Tengku Farhad.

"Yalah,"kata Si Kurus sambil tangannya mengambil botol air menerel untuk di berikan kepada Tengku Farhad.

"Bukakan ikatan dekat tangan saya ni, kalau tak buka macam mana saya nak minum,"kata Tengku Farhad sambil matanya memandang ke arah Si Kurus.

"Baiklah,"kata Si Kurus tanpa fikir panjang.

Usai minum air botol yang di berikan Si Kurus, Tengku Farhad memandang ke arah Si Kurus sambil menjerit dan memengang perutnya seolah-olah sakit.

"Aduh,perut saya sakit sangat," beritahu Tengku Farhad.

"Saya dah beri roti tadi sudah cukup,tak dak lagi makanan untuk kamu,"kata Si Kurus.

"Saya bukan lapar tapi saya nak membuang...perut saya dah tak tahan nak membuang ni,"kata Tengku Farhad sambil membuat riak wajahnya seperti benar-benar kesakitan.

"Kamu ni baru je sedar dah buat hal,"kata Si Kurus lalu ia membuka ikatan tali di kaki Tengku Farhad.

Tengku Farhad tersenyum tanpa berlengah Tengku Farhad berjalan ke arah bangku kayu yang agak usang lalu ia mengambil bangku tersebut dan memukul Si Kurus dengan bangku itu. Si Kurus tidak dapat mengelak dan menyebabkan ia jatuh terbaring dan mengerang kesakitan. Melihat Si Kurus sudah terbaring kesakitan dengan secepat kilat Tengku Farhad lari keluar dari dalam rumah usang itu. Di luar Tengku Farhad agak tergamam melihat keadaan kelilingnya yang penuh dengan pokok hutan. Langit juga kelihatan semakin gelap.

Tengku Farhad melangkah kakinya tanpa arah tujuan. Bagi dirinya yang penting ia kena pergi jauh sejauhnya dari tempat ia di kurung tadi. Ia tidak mahu Si Gempal rakan Si Kurus menjumpai dirinya. Tengku Farhad terus berjalan dan sepertinya firasatnya benar bila ia mendengar tapak kaki berjalan mencari dirinya. Dari kejauhan ia melihat Si Gempal sudah semakin hampir. Tanpa berlengah ia terus berlari tetapi kerana dirinya kekurangan tenaga hampir 2 hari ia tidak sedarkan diri tanpa makan dan minum. Hanya baru sebentar tadi sahaja ia makan roti dan air, jadi ia tidak boleh berlari sekencang seperti biasanya.

Akhirnya Tengku Farhad berhenti di tebing sebuah sungai sambil matanya memandang ke arah Si Gempal yang semakin mendekat,tanpa fikir panjang Tengku Farhad terjun ke arah sungai yang mengalir agak deras dan dalam itu.

_______________

Di sebuah kebun sawit kelihatan seorang perempuan umur 22 tahun sedang mengait buah sawit. Perempuan itu bernama Nur Diana.Nur Diana sedang mengait buah sawit di kebun kepunyaan ayahnya. Nur Diana mempunyai seorang adik perempuan yang berumur 18 tahun bernama Nur Darwisya. Ayah Nur Diana bernama Zulkifli tidak lagi mampu membuat kerja-kerja di kebun sawitnya.Kerana salah satu kakinya telah kudung kerana jakitan kuman akibat tercucuk duri sawit.

Setelah selesai mengaitkan buah sawit,Nur Diana menarik kereta gadingnya untuk meletak buah sawit yang telah jatuh ke dalam kereta gadingnya itu. Banyak juga buah sawit yang masak kali ini,baju Nur Diana sudah basah dengan peluh. Tak lama kemudian datang Darwisya ingin menolong Diana dengan mengutip buah sawit yang terlerai di tanah.

"Kak Diana,banyak juga buah yang lerai kali ni. Dah dua plastik penuh dah Sya kutip buah yang lerai ni,"kata Nur Darwisya.

"Kali ini buah terlampau masak sangat tu yang lerai bila jatuh dekat tanah,"kata Nur Diana memberitahu adiknya itu.

"Sya,pergi ambil dekat sebelah sana pula,"kata Nur Darwisya.

"Dekat sana tu kena hati-hati sebab dekat dengan sungai,"kata Nur Diana mengingatkan adiknya itu.

"Baiklah,"sahut Darwisya.

Darwisya jalan menuju ke pokok sawit yang berhampiran dengan sungai. Di pokok itu ada tiga tandan buah kelapa sawit yang telah di kait oleh Diana. Dan ada juga buah sawit yang terlerai dari tandannya, Darwisya segera mengambil plastik lalu ia kutip buah yang lerai itu masuk ke dalam plastik.Manakala Diana mengutip tandan sawit yang sudah berada di tanah masuk ke dalam kereta gadingnya.

Tiba-tiba mata Darwisya memandang ka arah tebing sungai. Darwisya tergamam bila melihat ada tubuh manusia terbaring di tebing sungai itu.

"Kak Diana! ada orang terbaring dekat tebing sungai ni,"jerit Darwisya memanggil kakaknya.

Mendengar jeritan suara adiknya itu, membuatkan Diana terkejut dan berlari ke arah adiknya kerana risau jika terjadi sesuatu kepada adiknya.

"Sya,kamu dah kenapa menjerit ni?"tanya Diana agak hairan.

"Kak Diana,ada orang terbaring dekat sana tu,"beritahu Darwisya sambil menunjuk ke arah tubuh seorang lelaki yang terbaring.

Diana berjalan menghampiri tubuh lelaki yang terbaring di tebing sungai itu. Darwisya mengekori langkah kaki kakaknya itu dari belakang. Diana melihat baju dan seluar yang di pakai ditubuh lelaki terbaring itu sudah koyak rabak mungkin terkena batu atau kayu.

Diana memengang tangan lelaki itu untuk mengetahui masih ada nadi atau tidak. Tetapi Darwisya menegur tindakan kakaknya itu.

"Kenapa kak Diana pengang tangan dia?"tanya Darwisya.

"kakak cuma nak cek nadi dia je, hidup atau dah mati,"beritahu Diana.

"Kak Diana, tak perlu cek dekat nadi dialah. Tengok dada dia turun naik itu bermakna masih bernafas,"kata Darwisya memberi pandangannya.

"Iya juga...nampaknya lelaki ni masih hidup lagi. Kakak rasa dia mesti PATI yang cuba larikan diri sebab takut kena tangkap,"kata Nur Diana.

"Pati tu apa?"soal Darwisya ingin tahu.

"PATI tu singkatan dari Pendatang Asing Tanpa Izin,atau pun seseorang yang masuk ke sebuah negara secara haram melalui jalan laut atau darat,"beritahu Nur Diana.

"Kita nak buat apa dengan lelaki ni?"tanya Darwisya.

"Biar je lah dia dekat sini...kita teruskan je kutip buah sawit tu,"kata Nur Diana sepertinya tidak mahu mencari bala untuk menolong lelaki itu.

Nur Diana ingin pergi dari tebing sungai itu,manakala Nur Darwisya pula mata asyik memandang ke arah wajah lelaki itu. Belum sempat Nur Diana beredar jauh tiba-tiba lelaki itu membuka matanya dan menyebut sesuatu.

"Tolong saya,"kata lelaki itu.

Bersambung....

Terima kasih sudi meluangkan masa baca kisah, Tengku Ke Pati? kisah tidak ada ilmu hitam atau sihir,walau dua beradik ni terjatuh hati kepada Tengku Farhad tapi mereka tak akan bergaduh. Tapi kasih sayang antara mereka semakin kuat,tentang kasih seorang kakak dan kasih seorang adik.

Share this novel

Norsiah Rizqi
2021-08-14 23:45:25 

ydtswwuwgs

Fazliana Samsudin
2021-05-30 16:43:54 

Sy dah beli coin tp dah hbs.Mcm Mana nak top up.

Rasidah Mohamad
2021-05-28 12:48:59 

La... Kena bayar pulak...


NovelPlus Premium

The best ads free experience