BAB 19

Horror & Thriller Completed 9981

-10 pagi-

Hazaki, Joan dan 12 anggota polis yang lain sudah berada di dalam hutan. Masing-masing dalam misi mencari kembar pembunuh. Mereka berdua amat berbahaya walaupun perempuan.

10 minit berjalan namun tidak menjumpai apa-apa di dalam hutan. Joan mula berpeluh dengan banyak.

"Apa kata kita berpecah?" cadang Joan. Joan merasakan kalau mereka berkumpul, susah hendak menjumpai Tsukiko dan Yukiko.

"Jangan. Kalau kita berpecah lagi bahaya. Kau tau je kan kehebatan musuh macam mana," tingkah Hazaki.

Joan mencebik. Fikir dia tiada ilmu pertahanan diri juga ke? Nak tak nak Joan dan anggota polis yang lain terpaksa mengikuti Hazaki di hadapan. Hazaki melangkah dengan perlahan. Matanya melilau mencari kalau-kalau ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Hmm, ada kesan terbakar di sini, mereka tidur malam semalam kat sini," kata Hazaki.

Mereka sudah semakin mendekati tempat tinggal Tsukiko dan Yukiko. Tangan masing-masing sudah memegang pistol.

"Perhatikan sekeliling kalau-kalau ada sebarang pergerakan," arah Hazaki.

Mata masing-masing melilau mencari sesuatu yang mencurigakan. Tsukiko dan Yukiko telah merancang sesuatu?

Satu pisau yang paling kecil dilontar dari jarak jauh mengenai salah seorang anggota polis di bahagian bawah leher. Anggota polis tersebut rebah.

"Shit," kata Joan.

Masing-masing mengacu pistol ke tempat yang dilontarkan. Namun begitu, muncul pula pisau kecil yang lagi satu dari arah bertentangan mengenai tepat di atas dahi seorang anggota polis. Dia juga rebah.

"Tembak kat arah yang dilontarkan," arah Joan.

5 anggota polis menembak di arah pisau pertama dilontarkan manakala selebihnya menembak ke arah pisau kedua muncul. Mereka menembak secara rambang kecuali Hazaki yang masih mengesan sesuatu yang mencurigakan.

Hazaki melihat kelibat seseorang berlari jauh di hadapannya. Hazaki mengarahkan anggota polis yang lain berlari ke hadapan.

"Dia ada kat depan!" jerit Hazaki.

Semua mata tertumpu di hadapan. Mereka terlupa sesuatu perkara. Ya, mereka berada di hutan. Sepatutnya mereka mendongakkan kepalanya sesekali ke atas. Tsukiko sedang bersiap sedia dengan 4 pisaunya untuk dilontarkan. Tinggal 12 orang saja lagi.

Anggota polis yang dibelakang sekali rebah apabila pisau mendarat di dahinya. Anggota polis yang lain tidak perasan akan itu. Kesemua mereka berlari ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

Satu lagi pisau mendarat di dahi anggota polis yang paling belakang sekali. Tinggal 10 orang sahaja lagi. Joan yang sesekali menoleh ke belakang perasan akan anggota polisnya yang semakin berkurangan.

"Tunggu," jerit Joan.

Hazaki sudah jauh ke hadapan.

"Dia ada di belakang kita," kata Joan.

"Perhatikan pokok-pokok di atas," arah Joan pada 8 orang anggota polisnya.

Masing-masing sudah bersiap sedia dengan pistol mereka.

Satu pisau kecil mendarat lagi di dahi anggota polis tersebut. Headshot! Anggota polis yang lain menembak secara rambang ke arah pisau itu dilontarkan.

Joan masih menyimpan pelurunya untuk sementara waktu. Memerhatikan arah pisau itu.

Joan dapat melihat pisau tersebut datang dari sebelah kanannya. Pisau itu sekali lagi mengenai anggota polis. Sekarang tinggal mereka bertujuh.

"Dia dekat kanan!" laung Joan sambil mula berlari ke arah kanan.

2 pisau kemudiannya muncul dari depan Joan mengenai polis di belakangnya. 2 maut!

Makin ganas dia ni. Gumam Joan.

Joan mula menembak ke arah pokok yang didapati salah seorang daripada mereka sedang bersembunyi di situ. Untuk tempoh yang sedikit lama, serangan berhenti seketika. Joan dapat melihat dengan jelas darah di atas tanah masih segar.

"Ikut darah ni," arah Joan.

Joan berada di belakang sekali. Mengawasi di depan dan belakang. Dahsyat sungguh, hanya berbekalkan pisau, mereka dapat menumpaskan separuh daripada anggota kami. Getus Joan dalam hati.

4 anggota polis dan Joan masih berwaspada. Mereka masih mengikuti darah tersebut!

*****

Hazaki bergelut dengan Yukiko ketika ini. Pistolnya tercampak jauh akibat ditendang secara mengejut oleh Yukiko di sebalik pokok sebentar tadi.

"Kau...Pembunuh!" jerit Yukiko.

Hazaki terkejut. Tak sangka Yukiko boleh mengetahui kisah silamnya.

"Tergamak kau bunuh Chenta!" jerkah Yukiko sambil mencekik Hazaki yang sedang terbaring.

"Chenta?!" Hazaki terkejut.

Kakinya menendang belakang Yukiko dengan kuat sehingga dia tersembam. Hazaki terbatuk-batuk. Kekuatan Yukiko sungguh luar biasa!

"Oh perempuan tu," Hazaki baru teringat. Dia menguarkan pisau lipatnya manakala Yukiko mengeluarkan dua pisau.

"Aku tak akan maafkan kau!" jerit Yukiko lalu bergerak ke arah Hazaki.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience