“Never, after I got what I want from you!” Kata-katanya itu buat aku menggigil. Amir nak apa dengan aku. Jangan cakap dia nak menggila macam dulu sudah. Ya Allah, lindungilah aku.
“Tolong lepaskan aku Amir. Jangan jadi gila.” Rayuku akhirnya. Tidak semena-mena, Amir menolak aku ke suatu sudut yang tersembunyi dari semua orang di tempat parkir itu. Jatuh terbaring aku di atas simen lantai itu.
Amir ketawa terbahak-bahak.
“Aku memang gila. Aku gila sebab kau!” Terus dia menerpa aku bagai binatang yang buas. Aku menjerit sekuat hati. Memohon supaya ada yang mendengar suaraku itu. Ya Allah.. selamatkan aku.
“Adib! Tolong aku, Adib!!!” Aku menjerit seraya memanggil nama Adib tiba-tiba. Biasanya ketika aku di dalam kesusahan, Adib sentiasa ada untuk aku. Tapi di mana adib? Adib, tolong selamatkan aku…
Amir semakin mengganas bila dia mencekau rambutku lalu menampar pipiku sekuat hatinya. Terkulai lemah aku dengan penangan berbisa Amir di wajahku itu. Pandanganku semakin kabur dan kelam. Akhirnya, aku tidak sedarkan diri selepas itu.
*****
“Jangan!” Jeritku tiba-tiba.
Meliar mataku memandang ke sekelilingku yang serba putih itu. Mencari-cari kelibat Amir yang cuba merogolku itu tadi. Namun, yang kelihatan di sisi aku hanyalah ibu bapaku dan ibu bapa Adib dengan wajah yang terkejut dan risau.
“Sayang… Sayang, kenapa ni?” Suara garau seseorang yang sangat aku kenali kedengaran di kananku. Segera aku menoleh. Adib. Adib disisiku bersama linangan air matanya.
“Adib… Adib…” Terketar-ketar aku memanggil namanya. Air mata juga jatuh merembes tatkala terpandangkan wajah kacaknya itu.
“Ya, sayang. Adib kat sini.” Adib mengelap air matanya yang mengalir di pipi dan mengambil tempat disebelahku. Rapat sekali kedudukannya denganku. Segera aku memeluknya.
“Adib, Adib… Aku takut…” Air mata jatuh mencurah-curah dari tubir mata. Aku menangis di dada Adib. Melepaskan segalanya. Aku terasa selamat di dalam pelukannya.
“Syhhh… Jangan nangis, sayang. Jangan takut, Adib ada.” Adib membalas pelukanku dan mengusap-usap kepala dan belakang badanku.
“Aku… Aku…” Aku kematian kata. Betapa aku rasa teramat sedih sekarang ini. Aku sudah tercemar. Aku kotor! Semuanya kerana seorang lelaki yang bernama Amir. Amir memang lelaki keparat!
Ibu bapaku dan Ibu bapa Adib keluar untuk memberi ruang buat aku dan Adib. Terasa hilang sedikit ketakutanku bila Adib membelai aku dengan penuh kasih.
“Aku… Aku dah kotor…” Esakku di dalam pelukannya.
Adib menggeleng. “ Tak, sayang. Wana tak kotor.”
“Tak, Wana memang dah kotor. Wana dah kena dengan lelaki tak guna tu!” Mengongoi aku mengenangkan itu semua. Tanpa sedar aku sudah membahasakan diri aku dengan nama sendiri dengan Adib.
“Tak, dia tak sempat buat apa-apa pun sebab Adib sempat selamatkan Wana masa tu.” Pujuknya lagi.
“Tak.. Adib tipu. Adib nak menyedapkan hati Wana aje…” Habis basah lecun baju Adib dengan air mata aku.
“No, sayang. Adib tak tipu. Lelaki tu pun dah kena cekup dengan polis. Jangan takut, sayang. Adib sentiasa ada untuk selamatkan Wana. Adib akan sentiasa disisi Wana.” Lembut suaranya membuatkan aku berasa sedikit tenang.
“Hmm… Janji jangan tinggalkan Wana. Wana takut.” Aku mengeratkan pelukanku. Adib mengucup ubun-ubunku.
“Ya, sayang. Adib takkan tinggalkan Wana dan Adib tetap akan bersama Wana selamanya. Adib akan bersama dengan Wana di waktu susah dan senang. Adib nak selamanya berada disisi Wana sebab Adib cintakan Wana…” Kata-katanya itu membuatkan aku terpempam. Semakin laju air mataku mengalir kerana rasa terharu. Dan apa paling penting.. aku sendiri sudah sedar perasaan sebenarku pada Adib saat ini.
‘Terima kasih, Adib…”
Share this novel