Bab 94

Romance Completed 78329

“Assalamualaikum ibu. Ibu still duduk dekat rumah perempuan tu ke? Luq ada depan rumah ibu sekarang ni.”

“Waalaikumussalam…ya…ibu masih ada dekat rumah Gia Vatanika, isteri kamu. Kenapa? Luq nak datang jenguk ibu ke? Kalau nak jenguk ibu, datanglah ke rumah isteri kamu,” sengaja Puan Aminah menekan perkataan isteri tu. Biar Luqman sedar yang perempuan dia sebut tadi tu sebenarnya isteri dia.

“Isteri atas kertas je ibu.”

“Apa-apa pun dia tetap isteri kamu. Ibu tunggu Luq datang. Assalamualaikum,” belum sempat Luqman menjawab salam, panggilan terlebih dahulu diputuskan oleh Puan Aminah.

Amboi ibu…sekarang ni pun ibu marah aku jugak? Tak cukup dengan mama, Ira dengan kak Zarina sekarang ni pun ibu naik marah aku sekali? Wow! Hebatnya penangan kau Gia! Sampaikan kau diback up macam ni sekali.

PINTU rumah diketuk dari luar. Puan Aminah bangun dan membuka kunci pintu rumah. Perkataan unlocked tertera. Dia membuka pintu. Dah tak payah agak pun dia dah tahu gerangan siapa yang datang sekarang ni. Siapa lagi kalau bukan Luqman?

“Kenapa ibu stay lagi dekat rumah dia ni? Bukan ke ibu kata ibu nak stay dekat sini sebab dia nak belajar pasal Islam? Sekarang ni dia dah tak ada kan dekat sini?” Dia dapat tahu Gia dah balik ke Filipina melalui Vitalika dan dia tak kisah pun. Lantak dialah nak pergi mana pun.

“Ibu duduk dekat sini sebab ibu nak jaga rumah ni. Kenapa? Luq tak suka?”

“Hahaha…dah kenapa pulak ibu nak kena jaga rumah dia? Berapa banyak upah dia bagi dekat ibu untuk jaga rumah dia?”

“Tak…tak ada upah dan dia tak suruh pun tapi ibu yang nak.”

“Then? Rumah ibu macam mana? Bukan ibu cakap rumah tu pengubat rindu ibu kepada arwah suami ibu dan arwah Dariya? Tapi sekarang ni? Dah tak ada rasa macam tu sejak duduk dengan dia?” Wah Luqman! Jaga mulut kau! Sedar sikit kau cakap dengan siapa di depan kau.

“Kenapa? Luq fikir ibu sekarang ni suka dengan kemewahan yang ada depan mata ibu? Macam tu ke Luq nak cakap pada ibu?”

“Tak…bukan tu maksud Luq.”

“Habis tu? Sudahlah Luq…kalau Luq dah tak suka ibu sebab ibu duduk rumah Gia, then tak payah anggap ibu ni ibu Luq lagi. Lagipun, Luq masih ada ibu yang sah dan yang perlu Luq jaga.”

“Ibu…Luq mintak maaf. Luq tak sepatutnya cakap macam tu dengan ibu.”

“Ibu tak tahulah kenapa Luq sekarang dah banyak berubah. Dah tak macam Luq yang ibu kenal dulu. Buanglah segala dendam yang ada pada Gia dalam hati Luq tu. Tak elok berdendam dengan isteri sendiri.”

“Dia bersalah!”

“Sudahlah Luq…Luq tak tahu Gia macam mana orangnya. Luq nak apa lagi dari dia? Tak cukup ke apa yang dia buat selama ni untuk Luq bahkan dia buat semua ni untuk tebuskan kesalahan dia pada arwah Dariya. Kalaulah Luq nak tahu…Gia dah…”

“Ibu!” Vitalika yang tadinya hanya dengar di hujung tangga segera menghampiri Puan Aminah. “Jangan…”

“Vi…takkanlah kita nak rahsiakan benda ni dari Luqman?”

“Tapi kak Gia yang mintak.”

“Kalau Luqman tak tahu pasal ni, sampai bila-bila dia akan fikir kak Gia kamu buat sebab nakkan perhatian, nak tutup kesalahan dan sebab dia berharta!”

“Apa yang dia dah buat?”

Vitalika menggeleng. Kristine pulak resah di muka pintu dapur.

Puan Aminah tak menunggu lama lalu menuju ke biliknya. Fail yang mengandungi surat pertukaran nama pemilik rumah dan dokumen yang lain diambil dan kembali ke ruang tamu.
Fail tersebut diserahkan kepada Luqman.

“Apa ni?”

“Tengoklah sendiri! Kalau Luq rasa dia jahat lagi, ibu tak tahu nak cakap apa lagi!”

Luqman mengambil fail tersebut dan membukanya. Dia membaca satu-persatu. Dahinya berkerut membaca isi kandungan fail tu. Bukan setakat ada dokumen pertukaran nama pemilik rumah malah ada jugak surat doktor dan bil bayaran hospital atas nama Dariya.

“Sekarang ni Luq faham kenapa ibu tak bagi Luq benci Gia?”

“Luq tak faham…”

“Gia tukar nama pemilik rumah ni dari nama dia ke nama Luq sebab dia nak Luq stay dekat sini. Dia risaukan keadaan Luq kalau Danial ada datang Malaysia dan nak buat-buat macam dekat Luq. Dalam masa yang sama jugak dia buat ni untuk tebus rasa bersalah dia pada Luq dan ibu sebab dalam hatinya masih lagi tak tenang lepas apa yang dah jadi pada Dariya. Dia cakap dekat ibu sampai bila-bila pun dia takkan lupakan apa yang dah jadi pada Dariya malam tu. Dia buat semua ni dengan rela hati dia! Tak ada paksaan dari sapa-sapa!”

Tergamam, terkedu semuanya ada sekarang ni. Luqman seakan tak percaya yang Gia sanggup tukarkan nama rumahnya kepada namanya.
Bukan ke dia cakap dia sayang sangat rumah ni dan rumah ni merupakan rumah arwah ayah dia dulu?

“Habis tu? Result lab test ni?”

“Seeloknya yang tu Vi sendiri yang cerita. Ibu tak berapa pandai.”

“Vi? Apa maksud lab test ni?” Kali ini dia betul-betul nak tahu apa yang dah jadi sebenarnya. Aikkk??? Bukan ke kau tak nak ambik tahu? Bukan ke kau suka tuduh melulu tanpa periksa? Kenapa kau nak tahu pulak sekarang?

“Actually, malam tu kak Gia separuh sedar bawak kereta. Dia nak larikan diri dari Danial sebab tu dia bawak laju keluar dari basement parking. Dalam keadaan dia separuh sedar, tiba-tiba Dariya melintas depan kereta dia. Kak Gia tak sempat nak brek dengan speed drive dia waktu tu. Kak Gia tak sengaja terlanggar Dariya malam tu then pengsan dalam kereta maybe sebab terkejut tiba-tiba Dariya melintas depan kereta dia. Danial bila nampak kak Gia langgar Dariya terus larikan diri. Jericho ada waktu malam tu lepastu terus tolong Dariya dengan kak Gia dengan bantuan PA Dariya waktu tu.”

“Then, dah sampai hospital kak Gia dengan Dariya dapat rawatan, Jericho pergi balik tempat tu nak urus kereta Gia dan waktu tu Danial dah suruh orang-orang dia prepare untuk ganti kereta kak Gia dengan kereta spare dekat ofis dan sama macam kereta kak Gia punya. Sebab tulah dekat kereta tu ada cap jari Jericho je.”

“Habis tu?! Kenapa Jericho senyap je tak bagitahu apa-apa?!”

“Awak sendiri pun tahu perangai Danial macam mana? Dia ugut Jericho macam-macam sampai Jericho tutup mulut. Saya, Kristine dengan Maya pun kena ugut macam-macam. Bukan kami saja-saja nak rahsiakan benda ni tapi terdesak dengan keadaan Danial yang tiba-tiba ugut nak bunuh mummy. Sesak kepala ni.”

“Gia kena spike dengan apa?”

“Scopolamine type. Ubat ni actually untuk cegah nausea dengan muntah akibat daripada motion sickness atau anesthesia during surgery. Ubat ni kalau terlebih dos, dia akan lost conscious before pengsan dan akan loss memory tapi bukan sampai tahap amnesia. Kejadian malam tu dia tak ingat tapi kak Gia dapat imbas balik memori yang jadi malam tu.”

Ya Allah…apa yang aku dah buat ni? Sekarang ni baru kau nak sedar ke apa yang kau dah buat? Baru nak menyesal sebab tuduh Gia bukan-bukan?

“Habis tu? Bil hospital Dariya?”

“Kak Gia yang tolong bayarkan. That day memang kak Gia nak pergi tengok Dariya tapi sebab mummy datang and tak bagi kak Gia pergi jumpa Dariya, jadi kak Gia ambik keputusan untuk tanggung bil hospital Dariya. Itu saja cara yang dia ada untuk tebus kesalahan dia. Kristine yang tolong uruskan bil hospital dulu.”

Satu-persatu kebenaran terbuka depan mata Luqman. Lepastu menyesal tak sudah.

“Kenapa Gia tak pernah bagitahu semua ni?”

“Sebab kak Gia tak nak awak terhutang budi dengan dia. Kak Gia buat apa yang mampu untuk tebus semua kesalahan dia. Tak ada satu hari pun dia tak fikir kejadian malam tu.”

“Tolong cerita lagi apa yang aku tak tahu selama ni.”

“Awak nak tahu apa?”

“Semuanya.”

“Awak yakin awak nak tahu semuanya Luq?”

“Ye!”

“Ok…saya akan cerita semuanya untuk awak dan saya harap bila saya dah cerita semuanya nanti, tanggapan negatif awak pada kak Gia akan hilang. Kalau awak nak tahu, apa yang kak Gia ada sekarang ni bukan sebab dari harta family ke apa. Ya…kalau awak duduk dekat Filipina dan awak tanyalah nama Mr. Ramon Valenciano dan Mr. Scott Padilla…seluruh Filipina kenal sebab apa? Sebab dua orang ni businessman yang berjaya.”

“Dulu mummy dengan kak Gia tak pernah sependapat dan mummy benci sangat dengan kak Gia sebab mummy tuduh kak Gia punca tatay meninggal. Punca mummy cakap macam tu sebab one day kami berdua ada competition tapi tatay tak dapat datang. Kak Gia merajuk dan paksa jugak tatay datang. Finally, tatay setuju untuk datang. Tapi, waktu tatay on the way datang tatay terlibat dalam kemalangan dan mati. Sebab tulah mummy tuduh kak Gia itu kak Gia ini.”

“Then, dulu semua harta tatay, mummy bolot habis untuk diri dia dan saya. Kak Gia tak dapat satu sen pun dari harta tatay. Mummy guna harta tatay sampai habis dan akhirnya kami bertiga kena keluar dari rumah sebab dah tak mampu nak bayar elektrik apa semua. Memang duit poket dah kering. Jadi, masa duduk dekat satu kampung tu, kak Gia keluar rumah dan cari kerja. Time tu kami baru je umur sepuluh tahun.”

“Dia buat kerja apa?” Tanya Luqman ingin tahu. Bayangkan sepuluh tahun dah cari kerja sedangkan dia? Waktu tu main aci ligan dekat sekolah. Happy-happy.

“Macam-macamlah dia buat. Dia ambik upah jual sayur, angkut ikan ke jeti, jual ikan dan segala macam lah untuk kumpul duit. Then, bila kak Gia dah dapat duit, mummy ambik duit dia then pakai untuk mummy dan saya je. Time tu saya dengan kak Gia pun tak rapat sebab saya pun fikir macam yang mummy fikir. Kak Gia time tu dapat makan nasi dengan sup dan kentang seketul je sedangkan saya dengan mummy makan sedap-sedap tapi kak Gia tak pernah merungut sebab dia ingat lagi pesan tatay sebelum tatay meninggal…jaga mummy dan selalu dengar cakap mummy.”

“Kalaulah awak nak tahu…kak Gia pernah dijadikan sebagai pemuas nafsu kepada
pelanggan yang datang untuk perkhidmatan…saya rasa awak tahu apa yang saya cuba sampaikan. Tapi, untung saja ada auntie Rossie yang datang selamatkan Gia. Gia tak sempat disentuh. Just sempat diraba-raba dengan pelanggan di situ. Awak bayangkan time tu kak Gia baru je umur berapa tahun. Mummy pulak pernah kerja sebagai pelayan di situ. Lebih senang kata GRO. Cuma saya je mummy tak pernah jual. Kak Gia akhirnya diambil auntie Rossie dan dibela oleh auntie Rossie.”

“Tak lama berapa tahun kemudian, mummy jumpa dengan daddy a.k.a. Mr. Scott Padilla then diorang kahwin. Masa itulah Gia boleh rasa makan sedap sebab daddy memang bahagi kasih-sayang sama rata dan kak Gia paling disayangi daddy sebab yelah daddy selalu nampak kak Gia kena marah dengan mummy. Then, tak lama pulak kak Gia kena halau dari rumah sebab mummy ingat kak Gia buat benda yang tak senonoh dengan Danial walhal kalau nak ikut dari segi logik, Danial yang akan buat benda tak senonoh pada kak Gia.”

“Kak Gia dihantar ke Pulau Bantayan dan kalau ikutkan dia duduk di Pearl of Santa Fe tapi mummy cancel sebab dia tak suka kak Gia duduk situ dengan apartment mewah. Sadisnya mummy mintak orang bawakkan kak Gia ke rumah yang memang tak selesa langsung. Rumah kayu yang memang tunggu masa nak roboh. Dalam masa yang sama jugak kak Gia diberhentikan sekolah. Sebabkan kak Gia tak tahu nak buat apa, dia ambik keputusan untuk kerja dekat resort di situ. Dari situlah kak Gia mula kumpul duit nak tampung yuran sekolah saya sampailah saya sambung belajar sekarang ni.”

“Huh? Maksud kau?”

“Giliran saya kena tendang keluar dari rumah. Mummy yang tendang saya keluar dari rumah lepas ada benda yang terjadi antara saya dengan Danial. Saya tak nak bukak cerita pasal tu. Saya stay dengan kak Gia sampailah kami pindah ke Manila ikut keluarga Kristine. Dekat Manila kak Gia kerja keras simpan duit sampailah dia berjaya macam ni. Saya tahu awak pernah fikir macam-macam pasal dia kan? Kononnya dia dapat semua ni sebab kami ni datang dari keluarga yang kaya tapi awak silap. Apa yang dia ada sekarang ni semua dari hasil kerja keras dia. Modelling, presenter, basuh pinggan, angkut ikan, jual sayur dan segala benda yang dia buat.”

“Kalaulah awak tahu macam mana sayangnya kak Gia dekat awak, mesti awak takkan tinggalkan dia kan? Kak Gia tak pernah sayangkan orang lain macam mana dia sayangkan awak. Dia sanggup bagi rumah yang dia sayang ni untuk keselamatan awak, dia sanggup selamatkan nyawa awak dari orang-orang suruhan Danial. Dia sanggup kena tembak demi awak. Bukan sekali tau dia kena tembak tapi dua kali semata-mata nak selamatkan awak. Dengar awak cedera pun dia dah gelabah dan susah hati. Awak masih tak nampak ke pengorbanan dia untuk awak? Dia sanggup bahayakan nyawa dia demi nak bela awak! Dia sanggup dibenci mummy sebab awak! Kalau saya jadi kak Gia, saya dah tak sanggup.”

Kali ni Luqman tersedar. Nak menyesal sekarang pun dah tak ada gunanya. Nasi dah pun menjadi bubur.

“Saya harap awak boleh terima kak Gia dalam hidup awak. Dia tak sejahat yang awak sangkakan. Apa yang dia buat selama ni hanya untuk awak dan bukan untuk diri dia. Cukuplah Luq buat kakak saya menderita selama ni. Kalau awak tak sayang, awak tak cintaka dia, better awak lepaskan dia. Saya tak sanggup tengok kakak saya dipijak-pijak orang lain! Awak faham kan?”

Luqman diam tak membalas. Rasa menyesalnya memang tak sudah. Dia perlu cari Gia balik! Dia perlu tebus kesalahan dia dan mintak maaf dengan Gia! Ya! Itu benda utama yang dia perlu buat.

Bila dengar cerita dari Vitalika, barulah dia sedarkan sesuatu. Patutlah dulu masa mereka lari dari orang Danial sampai ke Pulau Bantayan, Gia tahu selok-belok di situ dan di mana jalan shortcutnya. Rupanya, memang dia pernah duduk di kawasan situ. Hadap hidup susah sendirian dari kecil sampai ke besar. Ya Allah…apa yang aku dah buat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience