Alice hilang?!!

Drama Completed 2220

"Apa?Alice hilang?!!"Seorang gadis berusia 16 tahun memekik dengan wajah yang bengis.Jasper menunduk memandang kakinya.Terasa dirinya begitu hina sekali.
"Jane,jangan jerit pada suami kakak kamu.Tunjukkan rasa hormat kamu tu !"Giliran mama Alice pula yang menjerit pada Jane.
Jane ini seperti kata Alice,dia kelihatan sedikit garang.Berambut merah coklat,dengan mata yang benar-benar seiras dengan Alice.Tubuhnya kecil sahaja membuatkannya kelihatan comel.
Jane tunduk penuh hormat pada mamanya.
Jasper mengangkat kepalanya memandang mama Alice.
"Alice memang dah hilang masa saya bangun tidur ma."Jelas Jasper.
"Jelas sekali kau tak tahu menjaga isteri !"Marah Jane lagi.Jasper tersentak.
"Jane !"Papa Alice akhirnya bersuara keras.
"Mana adab kamu selama ni?!! Kenapa biadap sangat !!!"Marah papanya.
"Maafkan Jane papa..."Pinta Jane.Air mata Jasper menitis.
Mereka semua tersentak.
"Saya memang... tak tahu jaga isteri... Alice saya..."Jasper menekup wajahnya.
Jane merasa menyesal.Apabila mendengar Jasper menyebut 'Alice saya'
dia sudah mengetahui kebenarannya.
"Sudahlah,Jasper.Nasi sudah menjadi bubur.Menangis pun tak guna lagi.Sekarang,kita kena fikir cara nak cari Alice."Ujar Merina yang tidak tahan lagi melihat air mata Jasper di ribaannya.
"Ini mesti kerja orang yang culik Irina dulu !"Ujar Paul pula.
Mereka semua memandangnya serentak.
"Kalau mcam tu jom kita pergi ke Persleville 2 cepat !"Ujar mama nya pula.
"Tapi ma ! Duit yang diorang mintak?Soal Jasper ragu-ragu.
"Pedulikan permintaan diorang.Semua orang tahu yang keluarga Cullen takkan turut kemahuan sesiapa pun."Bidas Jane dengan renungan mata yang berbisa.
Jasper menelan liur.Mata Jane mengingatkannya kepada Alice.
"Dah,jom ! Paul,ambilkan kereta cepat !"Arah Merina.Paul akur.
Mereka pun bertolak tanpa memaklumkan kehilangan Alice ke pihak polis.
Pihak polis pun tidak boleh diharap !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience