Bab 22

Romance Completed 53836

Cuaca sangat sejuk di pagi hari apabila Munirah membuka luas tingkap. Embun pagi terus menyerpa ke arah badannya. Pandangannya terus tertarik dengan permandangan indah ladang teh yg luas di hadapannya. Terasa tenang melihat suasana pagi seperti ini setiap hari. Tiada yg lebih indah bersama dengan orang yg tersayang di sini. Perlahan-lahan kedua belah tangan seseorang mula menjalar di pinggangnya. Dipeluk erat sekali dari arah belakang. Dengusan manja mula kedengaran di telinga Munirah.

Morning..awal lagilah..napa bangun awal macam ni..selalunya sayanglah yg akan abang kejutkan. Bersuara Azhar mula menolak perlahan tubuh Munirah mendekati arah balkoni itu. Baru sekarang mereka berdua dapat 'honeymoon' bersama. Cameron highlands menjadi pilihan mereka berdua disebabkan Munirah tidak pernah ke luar negara lagi. Ambil tempoh juga untuk membuat pastport untuknya. Bercuti seminggu di sini mesti akan terasa sekejap sahaja. Azhar mahu Munirah lupakan segala tekanan yg dirasainya. Biarlah waktu begini mereka berdua sahaja merasainya.

Morning..apa ni..pergi berus gigi dululah. Jangan nak cium-cium saya. Marah Munirah selepas Azhar cuba mencium pipinya itu. Sekarang kerap sahaja pipi Munirah menjadi sasarannya. Kalau sempat bibirnya yg akan Azhar sasarkan. Munirah menarik sedikit cardigan labuhnya yg mula jatuh dari bahu. Terserlah badannya yg hanya memakai singlet dan seluar pendek sahaja. Malu dibuatnya bila ada orang lain yg memerhati gelagat mereka berdua di atas balkoni itu. Tubuh sasa Azhar tidak berpakaian dan hanya memakai seluar trek panjang sahaja. Berkerut dahi Munirah melihat diri Azhar itu. Lelaki di hadapannya ini tidak ada aura sejuk kah hanya memakai begitu. Setiap malam tubuh Munirah terasa dingin sahaja disebabkan Azhar memasang penghawa dingin suhu paling rendah. Terketar tubuhnya mencari kehangatan di dalam pelukan Azhar.

Alah..sikit je please..Pinta Azhar manjanya masih mahu ciuman pagi daripada Munirah. Rambutnya yg serabai itu dibiarkan penuh di wajahnya. Tangannya masih lagi tidak mahu melepaskan pelukan itu. Tetiba sahaja badannya mula terasa sejuk dengan suasana pagi ini.

Tak payah ngada-ngada ehh..Pergilah mandi.. Kata nak bawa saya pergi jenjalan..jumlah..Ujar Munirah lalu meleraikan pelukan itu. Diusap kasar rambut Azhar ke belakang dengan tangannya. Munirah terpaksa mengjengket sedikit kerana tubuhnya terlalu rendah. Geram saja dia melihat Azhar tidak mahu memotong rambutnya itu. Seluruh wajahnya sudah berjambang teruk. Seperti dirinya tidak pandai menjaga penampilan suaminya sahaja. Nasib sahaja segala pakaian Azhar kemas dan teratur. Maklumlah dirinya seorang tenaga pengajar, penampilannya mestilah top. Ketawa Azhar apabila Munirah berbuat begitu kepadanya. Azhar terus mencepung tubuh Munirah dan membawanya masuk ke dalam semula. Meronta-ronta Munirah pinta untuk dilepaskan. Mereka berdua terus dihanyut asrama. Biarlah semua ini berlaku kerana kerelaan mereka sendiri bukannya kerana paksaan.

.....................................................................

Bonda..Mira nak minta tolong sesuatu boleh?? Pinta Mira kepada Hajah Fazilah selepas melabuhkan punggungnya di atas sofa. Riak wajahnya seperti ada sesuatu saja yg ingin ia sampaikan. Eisya dibiarkan saja bermain dengan Azman di halaman kolam renang itu.

Napa Mira?? Pendek sahaja soalan itu di tuju kepada Mira kembali. Surat khabar yg dibacanya itu terus diletakan ke bawah semula. Fikirannya ditumpukan sahaja apa yg Mira mahu sampaikan kepadanya.

Sebenarnya..Mira mahu kembali bersama Azhar. Boleh bonda lakukan ini untuk Mira?? Kata Mira mula memegang kedua belah tangan Bonda. Itu sahaja yg ia pinta. Sudah lama ia bersabar selama ini. Hatinya tidak boleh melepaskan Azhar pergi lagi. Tambah pula Azhar akan mula jatuh cinta terhadap Munirah. Ia tak akan biarkan perkara seperti itu berlaku lagi. Mira tak akan siakan peluang yg ada ini. Dirinya sudah rapat dengan keluarga Azhar mesti mereka sanggup melakukan semua ini untuknya. Tergamam Hajah Fazilah mendengar semua ini dari mulut Mira sendiri. Ia juga masih belum melupakan Azhar. Cintanya terhadap Azhar terlalu agung sekali. Lelaki itu adalah pujaan hatinya sampai bila-bila.

Inshallah Mira..Bonda akan cuba..Bukan apa.. Kamu sangat baik dengan keluarga bonda. Kalau bukan tidak disebabkan oleh Pakcik kamu mana mungkin Pusat rawatan walid akan melonjak naik. Kami dah banyak berhutang budi dengan kamu. Kamu ni dah macam anak bonda. Kamu menantu pilihan bonda tau. Lagi pun Isteri Azhar tu bukan cintanya anak bonda pun. Mereka berdua kahwin terpaksa saja. Nanti bonda akan pujuk Munirahlah. Mesti dia setujukan..Alah kalau tak minta cerai pun kira bermadu oklah tu kan?? Kamu ok tak?? Ujar Hajah Fazilah senangnya berkata begitu kepada Mira. Akhirnya dapat juga dia membalas jasa Mira tidak lama lagi. Inilah perkara yg dinantinya selama ini. Hajah Fazilah memandang wajah ayu milik Mira mula berubah apabila hanya akan menjadi isteri kedua Azhar sahaja. Bukan ini yg ia mahukan.

"Sebenarnya.. "

Mira sudah tidak mahu menyimpan lagi janjinya dengan Munirah. Mira rasa Munirah sendiri yg membuat keputusan begini. Dia berharap sangat Munirah tidak memungkiri janjinya itu. Dengan mudah pergunakan Munirah dirinya akan mendapat apa yg ia mahukan. Dia pasti Munirah akan pergi jika dirinya sudah memiliki Azhar sepenuhnya. Tidak perlu lagi benda ini disembunyikan. Perkara yg baik harus dilaksanakan secepat mungkin. Itulah yg dirasaka oleh Mira ketika ini. Jiwanya tidak akan tersiksa lagi bila bersama Azhar.

................................................................

Abang..nak rasa sikit boleh?? Pinta Munirah setelah melihat Azhar menikmati saja suapan aiskrim lavender itu penuh nikmat di hadapannya. Sedikit pun ia tidak mempedulikan Munirah sedang asyik memandang ke arahnya. Monyok muka Munirah diperlakukan begini. Ia terus bangun dan pergi ke depan gerai jual aiskrim lavender tadi. Terkedu Azhar sejenak lalu bangun dan pergi mengikuti langkah Munirah juga.

Okey..Beri saya 20 kon aiskrim lavender. Pinta Munirah kepada pembuat aiskrim itu. Terbutang matanya mendengar permintaan daripada Munirah. Hampir tersedak Azhar mendengar apa yg dikatakan oleh Munirah itu. Munirah tersenyum puas apabila melihat muka Azhar terkejut sampai begitu sekali.

Sekejap ye.. Sayang..banyaknya order ni..Kan ada kita dua je?? Siapa lagi yg nak makan semua tu. Kata azhar selepas menarik tangan Munirah ke belakang sedikit. Ditatap wajah Munirah yg sedang menahan marah itu. Comel saja wajah isterinya bila marah. Wajah inilah yg azhar tidak bosan menghadapnya setiap hari.

Look..sorry ok?? Sedap sangat aiskrim tu..ok..sekarang sayang beritahu abang..rasa nak makan berapa?? Janganlah banyak sangat nanti cair tak sempat nak makan semua. Beli sikit dulu ok?? Pujuk Azhar sambil memegang dagu Munirah. Tersenyum Munirah dapat juga buat Azhar mengelabah tidak tentu pasal kali ini. Orang di situ mula melihat ke arah mereka berdua. Azhar menghembus nafas geram ke arah Munirah. Selalu saja buat ia gelabah.

Okey..beri saya 2 kon aiskrim lavender. Pinta Azhar kepada pembuat askrim itu semula.

Saya nak tiga..Bersuara Munirah disebelah Azhar sambil membuat bibik manjanya itu. Mengeluh Azhar terpaksa melayan saja kerenah isterinya ini.

"Okey beri saya tiga please.."

"saya nak empat"

"Okey..beri saya empat please"

"Saya nak lima"

Okey..just last one ok??Sorry.. Beri saya lima. Geram sahaja Azhar melayan kerenah Munirah ketika ini. Merah padam mukanya menahan malu di hadapan pembuat aiskrim itu. Munirah ketawa girang dapat juga kenakan Azhar di depan orang ramai. Sebelum ini hanya Azhar sahaja yg selalu kenakan dia. Munirah berjalan seronoknya sambil menyuap dua kon aiskrim itu serentak ke dalam mulutnya. Azhar melihat saja Munirah dari arah belakang. Tangannya penuh sahaja 3 kon aiskrim lagi. Tidak tahu siapa yg mahukan semua aiskrim ini.

Abang..Irah dah kenyanglah..abang habiskanlah semua lebihan aiskrim tu..Bersuara Munirah setelah selesai makan 2 kon aiskrim itu. Habis kotor tangannya terkena lelehan aiskrim sampai tertumpah ke bawah. Azhar memandang tajam sahaja ke arah Munirah lalu memandang semula aiskrim di tangannya yg hampir cair. Nak marah pun tak guna benda sudah beli. Mengeluh panjang sahajalh yg ia mampu.

Habis tu..siapa yg nak habiskan semua ni?? Abang tak makan manis sangatlah. Ujar Azhar tidak tahu nak buat apa dengan semua aiskrim di tangannya ini. Munirah berfikir sejenak lalu mengambil semua aiskrim di tangan Azhar. Dia berjalan menuju ke arah tiga orang kanak-kanak yg sedang bermain di taman permainan. Azhar hanya mengikut langkah ke mana sahaja Munirah pergi. Tidak tahu apalah yg akan Munirah lakukan selepas ini.

Adik semua..nak aiskrim tak?? Sapa Munirah dekat tiga orang budak itu sambil menunjukkan aiskrim kepada mereka. Teragak-agak bebudak itu mahu ambil kerana takut kena culik. Selalu orang yg beri aiskrim percuma akan menculik mereka. Itulah benda yg terlintas di fikiran mereka bertiga.

Sokay..Akak baik saja..Ambil lah..Pakcik kat belakang ni terlebih beli pula tadi. Tak tahu sapa nak habiskan. Ambil ehh..Pujuk Munirah sedikit akhirnya mereka bertiga pun ambil juga lebihan aiskrim lavender itu. Tersenyum Munirah melihat reaksi mereka memakan aiskrim dengan gembiranya. Azhar masih menunggu saja Munirah habis berbual dengan bebudak itu di kerusi bangku tidak jauh dari situ. Bibirnya turut mengukirkan senyuman. Tidak kah patut Munirah memanggilnya gelaran "Pak Cik". Tua sangatkah dirinya ini. Entah pakaiannya seperti orang muda saja. Baju kemeja 'pink' pilhan Munirah dipakainya bersama t-shirt putih di dalam. Seluar jean warna biru muda menjadi pilihannya. Dirinya tak ubah seperti aura lelaki muda. Ini semua demi Munirah yg selalu beri ia sentuhan fesyen terkini. Suami mana tidak cair isteri selalu ambil berat pasal penampilannya. Munirah juga memakai shawl satin putih dan dress pink paras lutut bercorak bunga. Seluar jean putih yg dipilih oleh Azhar sendiri. Comel saja penampilan Munirah hari ini. Patutlah orang lain tidak lepas pandang ke arah mereka. Sudah seperti pasangan sedang hangat bercinta saja.

Abang...saya dah tak larat nak naiklah..Buat apa nak pergi tinggi sangat!!! Marah Munirah setelah melihat Azhar sudah berada jauh kehadapan darinya. Mereka berdua berjalan menuju ke arah anak bukit tinggi sedikit untuk mengambil gambar. Munirah baru perasan ia hanya memakai kasut sarung biasa saja. Bukannya kasut Sport seperti Azhar. Menyesal dirinya tidak mendengar cakap Azhar tadi. Sekarang Azhar sendiri yg kenakannya. Habis lecek rasa tumitnya ketika ini. Azhar yg terdengar suaranya dipanggil seseorang lalu memandang ke belakang. Baru ia perasan Munirah tidak mengikutinya rapat sejak tadi lagi.

Okey..abang tunggu dekat sini. Meh la cepat ke sini. Panggil Azhar di atas bukit itu sedikit. Senyuman terus terukir di bibirnya apabila melihat riak wajah Munirah merah padam di bawah. Mungkin menahan amarah yg belum tercetus. Munirah menghentakkan kakinya banyak kali. Masih tidak mahu beranjak dari kedudukannya itu. Ada beberapa orang mula melihat ke arah Munirah di bawah. Azhar terus menutup wajahnya.

Ya Allah..dia buat perangai dah..isteri siapalah ni. Nasib sayang saja. Haishh..Cakap Azhar sendiri terus berjalan turun ke bawah semula. Nasiblah dia selalu mengalah lagi. Munirah terlalu muda dan masih banyak perlu belajar lagi. Azhar sebagai suami perlu memahami juga diri Munirah yg sebenarnya. Jika tidak macam mana harus mereka berdua melengkapi antara satu sama lain. Itulah yg dirasai oleh dirinya semasa bersama Munirah.

Dah jum..kita naik bersama..Ajak Azhar setelah sampai ke arah Munirah yg sedang memerhati tajam sahaja ke arahnya. Azhar tidak mengendahkan pandangan itu lalu menarik lembut lengan Munirah. Bahu Munirah di dipeluknya juga untuk berjalan.

"Tak nak"

Cepatlah..tadi kata nak tengok view lawa..jumlah. dah separuh ni. Pujuk Azhar lagi kepada Munirah. Munirah masih tidak mahu beranjak dari kedudukannya itu. Belum sempat Munirah duduk ke bawah Azhar menarik kedua belah tangannya daripada terus berkelakuan seperti ini. Nanti habis kotor seluar dibuatnya. Mengeluh Azhar seketika tidak tahu apa yg keras kepala sangat isterinya ini.

Saya sakit kakilah...Tengok ni!! kata Munirah lalu menunjukkan kaki belakangnya sudah terluka sedikit. Satu disebabkan Munirah tidak memakai stoking. Satu lagi kasut yg dipakainya itu adalah kasut baru lagi. Mana taknya kaki itu lecek teruk. Azhar rasa nak ketuk saja kepala Munirah ketika ini. Tetapi kesabarannya masih tinggi lagi. Ia bukannya suami dayus mahu mengangkat tangan kepada isteri. Keluhan demi keluhan di lepas jauh-jauh.

Haishh..tak apalah..Mari abang gendong sayang..Cepat naik belakang abang. ujar Azhar lalu mengbengkokkan belakangnya ke bawah sedikit. Tangannya didepakan ke belakang. Bersedia untuk mengangkat Munirah. Terkedu Munirah melihat tindak balas Azhar begini sekali. Senyuman manis terus terukir di wajahnya. Azhar adalah suami yg memahami. Perlahan-lahan Munirah memeluk leher Azhar dari arah belakang. laju sahaja tangan Azhar menarik tubuhnya itu. Menjerit kecil dibuatnya apabila Azhar berjaya mengendongnya.

Bersedia ehh?? kuatkan genggaman tu. Nanti terjatuh pula. Pesan Azhar lalu berjalan perlahan menuju ke atas bukit semula. Ketawa Munirah tidak berhenti kerana rasa kelakar sahaja Azhar menghembuskan nafasnya banyak kali. Bila ditanya adakah dirinya berat tetapi Azhar membalas berat badannya seperti kertas saja. Entah cukup makan ke tak selama dia berada dengan Azhar. Orang ramai mula tertarik dengan mereka berdua di situ. Bahagia saja rasa jika mereka dapat juga mengendong isteri seperti yg Azhar lakukan sekarang. Tetapi Azhar beruntung yg badan Munirah sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan dirinya. Apalah sangat mengangkat Munirah sekarang. Setiap hari pun ia mampu berbuat begini. Mereka berdua berbual kosong sahaja sampai naik ke atas. Helaian ketawa Munirah juga didengari apabila Azhar selalu saja membuat lawak kepadanya. Senyuman di bibir Azhar tidak akan pudar lagi selepas ini. Rasa sayangnya terhadap Munirah mula bermekar di dalam hati. Ia berharap Munirah juga merasai perkara yg sama terhadapnya. Bercinta selepas berkahwin ini lain nikmatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience