"Macam mana Ara duduk rumah Hadi? Okey ke?" soal Luqman kepada Tiara.
Dapat juga Luqman lepaskan rindu pada adiknya yang satu itu.
"Alhamdulillah, okey je semua. Family Hadi semua layan Ara baik. Kadang-kadang Ara rasa malu pulak sebab diaorang layan Ara macam keluarga diaorang dan bukan orang luar. Abang tak payah risau lah pasal Ara. Ara okey je. Abang tu hah. Sihat tak?"
Sejak daripada hari pertama Tiara menetap di rumah lagi lagi, Tiara sudah maklumkan perihal itu pada Luqman.
Baginya, walaupun abangnya itu berada di dalam penjara, abangnya juga berhak tahu tentang dunia luar. Dia juga tidak mahu mengetepikan abangnya.
"Abang macam yang Ara tengok ni lah. Sihat je, alhamdulillah. Abang pun dah banyak belajar ilmu agama selama abang dekat sini. Maklumlah dah lama sangat tinggal benda tu masa dekat luar. Rasa banyak sangat diri ni buat dosa" kata Luqman dengan nada yang sedih.
Bila diingatkan kembali zaman kekhilafan nya dahulu, dia berasa sangat malu dengan dirinya sendiri. Dia lebih memilih 'syurga' dunia berbanding untuk berusaha mengejar syurga yang abadi.
"Abang, jangan lah cakap macam tu. Insyaallah, Allah ampunkan segala dosa abang kalau abang betul-betul bertaubat. Abang kena sentiasa ingat yang Allah tu Maha Pemaaf. Sebanyak manapun dosa kita, kalau kita bertaubat Dia akan maafkan. Allah sayang kita abang" Lembut suara Tiara menasihati abangnya itu.
Rasa sebak memenuhi dada Luqman saat mendengar kata-kata Tiara. Adik yang selama ini dia tengking itulah yang menenangkan hatinya.
"Aku pulak yang rasa sedih dengan kata-kata aku sendiri" bisik hati Tiara.
Satu senyuman meniti di bibir Luqman sebelum dia menyambung kata-katanya.
"Wah, adik abang ni kerja part-time jadi ustazah ke dekat sekolah? Fasih betul ya berkata-kata" Sengaja Luqman mengusik Tiara untuk menukar topik perbualan.
"Apa abang ni. Tak ada lah, kadang-kadang Ara tengah-tengah 'scroll' Instagram, tiba-tiba keluar ceramah ustaz. Ustaz itu lah, ustaz ini lah. Abang bila nak keluar? Lama lagi ke abang dekat sini?"
Luqman menghembus nafas perlahan. Dia cuba untuk tidak menunjukkan riak wajah sedih di hadapan Tiara.
"Tak lama pun lagi. Tinggal lagi berapa bulan je. Ara boleh kan tunggu abang?"
"Mestilah boleh. Nanti bila abang dah keluar, kita boleh lah sama-sama melawat kubur ibu. Dengan kubur ayah sekali" kata Tiara dengan teruja.
Sungguh dia sangat menanti nantikan hari itu tiba. Dia merasakan yang abangnya sudah terlalu lama di dalam penjara itu.
"Insyaallah, Ara. Abang pun nak jugak macam tu"
"Ara dah bagitahu abang ke yang Ara dah beli kereta baru? Ara lupa lah. Ada ke Ara bagitahu abang?" Dahi Tiara berkerut kerana dia cuba untuk ingat kembali.
"Dah, Ara dah bagitahu dah dekat abang. Senang lupa betul lah Ara ni. Tak silap abang Ara ni tak habis belajar lagi. Tak tua pun lagi" gurau Luqman.
"Abang ni!"
//
"Aaaa!!" Jerit Hawa sambil berlari ke arah burung-burung merpati yang sedang elok berada di tanah. Selepas sahaja mendengar jeritan Hawa tambahan pula dengan Hawa yang berlari ke situ, burung-burung merpati itu terus terbang ke langit.
"Hawa! Kesian burung tu. Tengah elok-elok dia duduk situ, Hawa kacau pulak dia" kata Hadi yang sedang berjalan sambil memegang basikal yang boleh dilipat manakala di sebelahnya ada Tiara.
"Hehe. Cepat lah sikit jalan abang! Hawa dah tak sabar nak belajar naik basikal ni!" laung Hawa. Dia duduk sebentar di bangku yang berada di taman rekreasi itu apabila Hadi sampai di hadapannya dan meletakkan basikal yang dilihat di tanah.
"Senang lah Hawa suruh abang cepat. Hawa setakat jalan je, abang ni yang bawak basikal ni. Dah lah berat"
Tiara hanya tersengih melihat mereka berdua kemudian dia duduk di sebelah Hawa. Sebenarnya pada awal dia agak malas untuk mengikuti Hadi mengajar Hawa menaiki basikal tetapi Hawa yang beria-ria mengajak nya.
Jadi untuk menjaga hati Hawa, terpaksalah dia mengikuti mereka.
"Pasang lah basikal ni cepat abang" balas Hawa tidak mempedulikan keluhan abangnya. Apa yang difikirkan nya sekarang adalah untuk menaiki basikal itu.
Hadi melihat Hawa dengan pandangan yang tidak puas hati tetapi dia tidak berkata apa-apa sebaliknya dia duduk dan memasang basikal itu supaya boleh dinaiki Hawa.
Setelah sekian lama Hadi cuba memasang basikal itu, akhirnya basikal itu sudah boleh dinaiki. Disebabkan Hadi berkali-kali tersalah pasang basikal itu, Hawa menjadi lama menunggu.
"Hah! Dah siap jugak. Susah betul nak pasang balik basikal ni. Masa nak lipat tadi senang je" kata Hadi sebelum berdiri.
Sebaik sahaja Hawa melihat di hadapannya ada sebuah basikal yang sudah siap dipasang, dia turun daripada bangku dan terus duduk di tempat duduk basikal.
Kakinya diletakkan di pedal basikal dan belum sempat kakinya mengayuh basikal itu, lengannya dipegang oleh Tiara.
"Hawa! Sabar dulu, jangan kayuh lagi. Nanti Hawa terjatuh. Tunggu Abang Hadi ajar dulu macam mana nak kayuh" kata Tiara, risau.
Laju sahaja kaki Hawa ingin mengayuh basikal sedangkan tidak tahu cara-cara nya lagi.
Hawa tersengih seperti kerang busuk sebelum dia turun daripada basikal.
//
Hawa ialah seorang kanak-kanak yang cepat belajar dan bersemangat tinggi. Tidak sampai tiga jam Hadi mengajar, Hawa sudah pandai mengayuh basikal sendiri.
Setelah melihat Hawa pusing-pusing sambil membawa basikal, senyuman terukir di wajah Hadi. Terbalas juga penat dia termasuk bercakap banyak kali supaya Hawa faham.
"Rupanya, ini lah perasaan seorang cikgu bila tengok anak murid dia berjaya. Hah sudah, apa yang aku mengarut ni?" kata Hadi perlahan.
Hadi memusingkan badannya ke belakang dan melihat Tiara sedang duduk di bangku tidak berganjak daripada tadi sambil bermain telefon pintar.
Langkah kakinya diatur menuju ke arah Tiara lalu melabuhkan punggung di sebelahnya. Hadi menghela nafas.
Tiara mengangkat kepalanya. Dia melihat wajah Hadi di sebelahnya kelihatan penat.
"Aik? Penat ke bang? Ajar budak naik basikal je. Bukannya buat apa pun"
"Kau setakat duduk je sini daripada tadi tak payah nak sembang. Kau asyik duduk je tak berganjak langsung selama tiga jam tadi. Ini aku nak tanya. Kau pandai ke naik basikal? Aku tengok gaya kau ni macam tak reti je. Kaki bangku" kata Hadi.
Sengaja dia berkata begitu. Sudah lama rasanya dia tidak bergaduh dengan Tiara. Rindu pula rasanya.
Sebaik mendengar kata-kata Hadi, Tiara ketawa tidak puas hati. Dia memandang Hadi di sebelahnya.
"Apa kau cakap? Aku tak reti naik basikal? Kaki bangku? Kaki bangku tu engkau. Tak pandai main bola. Hey, ini Tiara Adriana lah. Setakat naik basikal tu, tak heran lah aku. Berani betul cakap aku tak pandai bawak basikal"
Hadi tersenyum nakal sebelum membalas.
"Then, prove it" kata Hadi perlahan hampir di telinga Tiara.
"Fine!" Tiara menyimpan telefon pintar nya di dalam poket sebelum dia berjalan ke hadapan dan memanggil Hawa yang kelihatan seronok benar dengan basikalnya.
"Hawa! Sini kejap!"
Tidak menunggu lama, Hawa berhentikan basikal di hadapan Tiara.
"Hawa bagi Kak Tiara naik basikal ni sekejap. Sekejap je. Ada orang tak betul cakap akak tak pandai naik basikal" Sempat lagi Tiara menjeling Hadi yang sedang tersenyum di bangku.
"Okey" Hawa turun daripada basikal kemudian pemegang basikal itu bertukar tangan. Tiara pula yang menunggang nya.
Seminit kemudian, basikal yang ditunggang oleh Tiara bergerak. Tiara tidak berkata apa-apa pada Hadi. Biar Hadi sendiri yang melihat dengan mata kepala nya sendiri.
Tetapi, malang itu tidak berbau. Sedang elok-elok Tiara mengayuh basikalnya, dia tidak perasan akan seketul batu yang agak besar di hadapan.
Kebetulan pula ada longkang berdekatan dengan laluan yang digunakan nya. Disebabkan tidak sedar akan batu itu, dia hanya mengayuh basikal seperti biasa kemudian...
"Kak Tiara!"
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:(
Share this novel