Bab 96

Romance Completed 207871

"Lemau betul la rasa badan hari ni.." kata Intan sendirian lalu melepaskan tubuh pada kerusi kerja. Disandarkan kepala pada headrest.

Pagi itu seperti biasa Intan memandu sendiri ke tempat kerja manakala Caden pula bersama Fahmi. Biasanya Carlos ada sekali. Hm.. sibuk agaknya. Tapi pagi tadi masa nak masuk pagar macam nampak Carlos. Dia buat apa kat sini pagi-pagi? Intan berfikir.

"Dah-dah.. tak payah fikir pasal orang, fikir pasal kerja yang ada ni. Kes nak kena follow up tak update lagi" bebel Intan sendiri lalu tangan mengambil fail di depan lalu diselak satu-satu.

"Eh, tah-tah, Carlos jumpa Shira tak.. diaorang ni macam sesuatu la.." Intan berbunyi lagi sambil terangguk-angguk kepala.

"Intan..! sudah, buat kerja!" marah Intan pada diri sendiri. Lalu tangan mengambil pen dan mula melakukan tugasnya.

"Baru siap satu fail, ada lagi lima? aduh.. minum dulu la" kata Intan lalu dijeling jam pada pergelangan tangan. Dekat pukul sepuluh dah.. cepatnya la hai.. Tapi mana pulak si Shira, tak nampak batang hidung pun. Biasanya sembilan setengah dah tercokoh kat depan ni.

Intan kemudian bangun dari kerusi, membetulkan tubuh dan leher yang lenguh lalu menyarung jaket pada tubuh dan pouchbag dicapai. Kaki melangkah keluar dari pejabat menuju ke tingkat empat pejabat Shira.

Kaki melangkah masuk melalui ruang tamu dan membelok ke kanan hingga hujung. Sewaktu melintas ruang tengah itu Intan disapa anggota yang berada di situ.

"Puan Intan, cari Puan Shira ke?" soal Jue.

"Haah, Puan Shira ada ke?" soal Intan pula.

"Ada, dalam pejabat. Puan masuklah" balas Jue.

"Thanks Jue" kata Intan pula lalu kaki melangkah menuju ke pejabat Intan. Daun pintu yang terbuka itu memudahkan untuk Intan melihat Shira dari luar.

Kepala dijengukkan dan dilihat Shira asyik dengan telefon hinggakan Intan yang sudah berada di depannya pun tak perasan.

"Hoi!" sergah Intan.

Terperanjat Shira, melambung-lambung telefon di tangan mujur tidak jatuh ke lantai.

"Intan! kau ni, kalau tak peranjatkan aku tak boleh ke?" marah Shira. Intan sudah ketawa melihat tingkah Shira yang kalut. Telefon yang jatuh di atas mejanya diambil tapi belum sempat Shira ambil, Intan dulu mencapainya.

"Oit! kau nak buat apa dengan telefon aku tu?" soal Shira yang sudah berebut dengan Intan tapi tangan Intan lebih cekap. Jari Intan menekan butang yang ada di sisi telefon lalu skrin telefon yang gelap berubah kepada bercahaya. Ada gambar Shira dengan lelaki tetapi wajah lelaki tersebut ditutup dengan icon bentuk hati.

"Kau.. dah ada boyfriend tak bagitau aku pun.." kata Intan pada Shira. Shira pula sebaik mendengar Intan berkata begitu terus dirampas telefon dari tangan Intan. Merah wajah Shira. Malu la tu..

"Ala, kau kahwin pun tak bagitau aku" balas Shira tapi laju tangannya naik menutup mulut. Aduh.. mulut tak ada insuran.

Intan yang mendengar terus terdiam di kerusi di hadapan Shira.

"Intan.. sorry, aku tak sengaja" Shira sudah serba salah.

"Aku bukan tak nak bagitau kau, tapi keadaan tak mengizinkan" jawab Intan lalu terus bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari pejabat Shira.

"Ah.. merajuk pulak" marah Shira lalu kalut dia bangun mengejar Intan.

"Intan, kejap la" panggil Shira. Laju dia mengejar Intan hingga ke tangga, termengah-mengah jadinya. Mujurlah turun tangga, kalau naik tadi, memang tak la nak kejar laju-laju macam ni..

"Intan.. sorry. Aku tak sengaja. Tapi kau pun.. aduh.." kata Shira yang sudah bersaing turun tangga. Intan hanya diam hinggalah tiba di cafe.

Setelah makanan dan minuman diambil, kedua-dua mereka mengambil tempat di meja di hujung cafe.

"Siapa lelaki tu? aku kenal ke?" soal Intan sebaik Shira melabuh duduk di hadapannya.

"Nanti sampai masa aku bagitau kau" jawab Shira lalu memulakan suapan. Intan sudah terkebil-kebil memandang Shira. Nak sorok la pulak.. Tapikan, kenapa tubuh lelaki tu macam pernah tengok, rasa macam kenal je.. terutama jam yang dipakai tu. Macam pernah tengok..

"Shira, kalau tak ada apa-apa, jumaat ni Caden nak buat kenduri doa selamat di rumah dia dulu yang dah dijadikan pusat tahfiz tu. Nanti kau datang ek" kata Intan pada Shira tapi tiada balasan, dilihat Shira sudah tersengih-sengih sambil jari ligat menyentuh skrin telefon.

"Shira, kau dengar tak ni?" soal Intan pada Shira.

"Oit, makcik!" panggil Intan sambil menepuk lengan Shira. Hilang terus senyuman di bibir Shira. Ish, kuat sakit kawannya ni.

"Kau dengar tak aku cakap apa?" soal Intan.

"Ye.. ada kenduri jumaat ni kat rumah lama Caden yang dah jadi pusat tahfiz. Kan?" balas Shira lalu telefon bimbit diletakkan di atas meja.

Intan dah ternganga mulutnya. Dengar pulak..

"Dah tu, kau datang tak?" soal Intan.

"Ye, aku datang. Tapi lepas maghriblah" kata Shira lagi.

+++

Petang itu sebaik sampai di rumah Intan duduk bersantai di gazebo sementara menunggu Caden balik kerja. Sebaik nampak kereta Caden masuk ke perkarangan rumah, laju Intan bangun dan melangkah ke arah Caden. Caden yang baru turun dari kereta sudah tersenyum melihat Intan yang berjalan menuju ke arahnya. Dapat Intan lihat hanya Fahmi yang menghantar Caden pulang. Tiada Carlos. Fahmi pula sebaik menghantar Caden, dia terus memandu keluar meninggalkan perkarangan rumah itu.

"Hai sayang.. tunggu abang ke?" sapa Caden lalu memaut pinggang Intan dan cium dilabuhkan di puncak hidung Intan. Terkekeh ketawa, suka Intan.

"Haah, tunggu abang balik. Banyak kerja ke hari ni?" soal Intan pada Caden sambil beriringan menuju ke pintu rumah. Kasut ditanggalkan dan disimpan pada almari kasut dan kedua-dua mereka melangkah masuk.

"Tuan, Puan. Dah balik. Kak Sal dah masakkan untuk makan malam. Nak Kak Sal siapkan ke?" sapa Kak Sal yang datang dari arah dapur.

"Terima kasih Kak Sal. Tak apa, nanti saya buat sendiri. Kak Sal dah makan ke belum? Kalau belum bawa balik lauk, banyak-banyak pun tak ada orang nak makan" kata Intan. Caden di sisi mengiyakan kata-kata Intan.

"Ye Kak Sal, bawa balik lauk. Tinggalkan untuk saya dan Intan makan cukup" tambah Caden.

"Kalau Tuan dan Puan cakap macam tu, Kak Sal ambil. Terima kasih Tuan, Puan" kata Kak Sal.

"Nanti dah keluar, Kak Sal tolong tutupkan pintu ya" pinta Intan pada Kak Sal lalu dia bersama Caden melangkah naik ke tingkat atas untuk membersihkan badan.

+++

"Abang.. jadi ke nak buat majlis hari jumaat ni? soal Intan pada Caden yang sedang duduk di bar stool di meja pulau. Begitulah Caden tiap kali selesai makan setelah membantu Intan mengemas, dia akan duduk di situ menunggu Intan.

"Jadi. Abang dah bincang dengan Ustaz Khairi. Kenapa sayang tanya?" soal Caden pula.

"Tak ada apa, saja tanya. Takut tak jadi sebab sayang dah bagitau pada Shira" balas Intan sambil mengeringkan tangannya pada tuala lalu berjalan menghampiri Caden lalu dipeluk tubuh itu.

"Hm.. Carlos sibuk ke?" soal Intan. Caden yang mendengar sudah berubah wajahnya.

"Carlos?" soal Caden lalu tubuh Intan ditarik ke hadapannya.

"Haah, Carlos. Biasanya dia dan Fahmi datang ambil abang pagi-pagi tapi Fahmi datang seorang. Balik pun sama." balas Intan. Caden yang berada di hadapannya sudah memandang Intan pelik.

"Apa yang sayang nak cakap sebenarnya ni?" soal Caden.

"Tak.. hari tu kan Carlos balik dengan Shira sama-sama dari Bentong, diaorang tu ada apa-apa ke sebab pagi tadi sayang nampak macam Carlos di depan pintu masuk ke IPK" terang Intan.

"So?" soal Caden tidak faham.

"Aduh.. abang ni. Maksud sayang, Carlos bercinta dengan Shira ke sebab yang pagi tadi tu mesti Carlos yang hantar Shira pergi kerja, kan" kata Intan bersungguh.

"Mana la abang tau sayang.." jawab Caden malas.

"Eh, Carlos bukan kawan baik abang ke?" soal Intan tidak puas hati.

"Ye, memang Carlos kawan baik abang tapi abang bukan ikut bontot dia dua puluh enpat jam.. dah-dah. Dah siap kemaskan. Jom kita rehat di depan sambil tengok movie" ajak Caden lalu turun dari bar stool dan menarik jemari Intan mengikutnya ke ruang tamu.

"Tapi kan abang, gambar lelaki kat skrin phone Shira tu macam Carlos la.." kata Intan lagi. Tidak puas hati betul la.. Caden buat tidak dengar sahaja dan hanya terus berjalan sambil memimpinnya.

+++

Hari jumaat itu Intan pulang awal. Tengah hari sudah dia pulang ke rumah. Baju melayu Caden dan baju kurungnya awal-awal lagi telah Caden siapkan. Tidak tahu di butik mana dibeli, sedondon warna hijau zamrud, bersama selendang bunga-bunga halus. Cantik, pandai Caden pilih warna. Caden minta dia pulang awak katanya mahu ke pusat tahfiz selepas solat jumaat. Mahu melihat persiapan akhir sebelum majlis bermula.

Solat maghrib dan solat isyak berjemaah bersama pelajar tahfiz. Rumah tersebut sudah berbeza dari yang asal setelah diubahsuai. Ini adalah kali pertama Intan datang ke rumah tersebut selepas kejadian yang tidak mahu diingatinya itu.

Apabila Intan melangkah masuk, sungguh berbeza sekali. Tidak nampak lagi rumah yang didudukinya dahulu. Lebih kurang jam enam setengah petang, dilihat kereta Shira masuk ke perkarangan pusat tahfiz. Mulanya dia mahu datang selepas maghrib tapi entah macam mana, Shira sendiri beritahu dia akan datang awal untuk berjemaah bersama-sama. Suka Intan, ada kawan. Selain dari Shira, Tuan Saiful, Aniq, Syam, Azman, Lim dan beberapa orang rakan kerja turut datang dan yang paling penting Tuan Rahman juga turut ada bersama. Jiran-jiran di sekitar kawasan juga turut diundang.

Sedang Intan bersiap-siap untuk memakai telekong, Intan terlihat kelibat Carlos di muka pintu yang dia juga sedang bersiap untuk berjemaah bersama. Tingkat bawah rumah itu telah diubahsuai menjadi dewan. Lama Intan perhatikan, matanya salah atau memang Carlos memakai baju melayu sedondon dengan Shira?

Waktu itu Shira berada di sisinya, tajam Intan memandang Shira di sebelah. Shira sudah pelik, Intan ni dah kenapa? takkan kena sampuk hantu Alice pulak kot!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience