Hari ini aku akan memberikan jawapan kepada Khaiyi. Aku akan memberitahunya setelah aku pulang dari tempat kerja. Hari ni jadualku tidaklah terlalu sibuk. Sekadar menyiapkan plot cerita untuk karya terbaharuku.
“Lia, kau tak lapar ke?” soal kawanku Mawar, rakan sekerjaku.
“Aku puasalah, Mawar. Kau lupa eh?” dia tersengih sambil menggaru dagunya.
“Sorry beb. Aku lupa...” aku dan dia sama-sama tergelak.
Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Aku terus menyusun semula fail dan barang aku di atas meja. Kertas-kertas yang bertaburan di atas meja aku kutip dan susun mengikut susunan dengan teratur lalu simpan di dalam fail. Mawar turut mengemas mejanya. Tiba-tiba telefonku berdering kuat minta diangkat. Lantas aku mengangkat panggilan tersebut sebaik sahaja aku melihat nama Bella tertera di skrin.
‘Hello, Lia. Kau free tak malam ni?’
‘Assalamualaikum...’
‘Hehe. Walaikumussalam.’
‘Rindu aku sangat ke sampai tak beri salam. Aku free malam ni, InsyaAllah.’
‘Aku nak rindu kau? Haha. Aku nak ajak kau dinner boleh malam ni? lama tak jumpakan sejak kau busy kerja jadi novelis ni.’
‘InsyaAllah boleh. Nak jumpa kat mana?’
‘Haa.. jumpa kat kafe yang selalu kita datang dulu tu. Pukul 8 malam tau.’
‘Okey. Assalamualaikum. Take care.’
‘Waalaikumussalam.. you too..’
Selesai aku membersihkan diriku. Telefon bimbitku bergetar-getar. Aku angkat panggilan tersebut. “Assalamualaikum Khaiyi.” aku memberi salam kepada Khaiyi. Dia yang menelefon aku. Sejak dia mengambil telefonku, sentiasa telefon aku ni bergetar.
“Waalaikumussalam Dahlia. Buat apa? Adakah saya menggangu?” tanya Khaiyi. Aku tersenyum. “Tidak. Saya tengah duduk berehat, sekejap lagi mahu keluar bersama Bella.
“Oh yeke? Baiklah. Hati-hati ya.” aku mengiyakan kemudian kami mematikan panggilan. Segera aku menyarungkan baju blaus muslimah disertakan skirt labuh dan shawl. Harini mood aku mahu memakai pakaian berwarna pastel yang kelihatan lembut dan tenang.
Aku meminta izin dengan ibu dan ayah untuk keluar berjumpa dengan Bella di sebuah restoran tidak jauh dari rumah kemudian kami akan ke kompleks membeli-belah sebentar dan akan pulang sebelum jam 11 malam.
Aku menghidupkan enjin kereta Bezza ku. Memanaskan sebentar enjin sambil itu aku membaca doa naik kenderaan dan memulakan perjalanan. Perlahan-lahan aku memandu kereta sambil berzikir. Alhamdullilah, aku memandu sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Kelihatan kereta Honda Jazz milik Bella berwarna biru sudah diparkir di kawasan situ. Aku memarkirkan keretaku disebelah keretanya.
Share this novel