Bab:3

Fanfiction - KPOP Completed 640

Sedar tak sedar mereka sudah berada di akhir tahun.Semuanya berasa sedih dan sendu sekali.Semua yang berada di sekolah itu akan ditinggalkan.
"Hai,Ji Eun.Memandangkan sekarang dah akhir tahun,dan... ini adalah bulan terakhir kita di sekolah ini,saya ingat nak... mintak maaf atas semua tingkah laku kami yang tidak sopan dan..." Wooseung mengeluh.
Matanya merenung Ji Eun.
"... apa-apa jelah..."Ujar Wooseung lalu menghulurkan tangannya.Ji Eun menyambut.Kemudian secara tiba-tiba semua ahli Sexy Girlz berebut-rebut mahu bersalaman dan bermaafan dengan Ji Eun.
Bohee yang melihat dari jauh hanya mampu tersenyum penuh perasaan sendu.
Dia menghampiri Ji Eun apabila keadaan sudah reda.
"Hai ! Ji Eun... famous kau nampak."Usik Bohee sambil mencuit tangan Ji Eun.Ji Eun tersengih namun terukir senyuman hambar.Wajah semua perlajar bulan ini semuanya hambar-hambar belaka.Kesedihan akhir tahun dirasakan begitu mendalam sekali buat mereka.

Ji Eun tidak mampu lagi menahan tangisnya.Air matanya menitis tanpa sebarang bunyi.
"Apa kena dengan awak ni,Ji Eun?Dari tadi saya tengok,asyik sedihhh... je.Cuba cerita pada saya apa permasalahannya."Soal Min Jae benar-benar mengambil berat.
Ji Eun hanya membiarkan air matanya.
"Saya sayang sekolah saya lebih dari segalanya.Saya tak nak keluar daripada sekolah tu dengan perasaan kesal."Ujar Ji Eun perlahan seperti berbisik.
Min Jae mengangguk memahami.
"Awak ni sebenarnya kalau diberi pilihan,awak lebih sayang sekolah awak ke saya?"Sengaja Min Jae bertanya bagi melegakan kesedihan Ji Eun.
"Saya pilih... sekolah saya."Ji Eun menjawab selamba dengan wajah yang polos.Lengan Min Jae tergelincir daripada meja.Sentap !
"Kenapa pulak?!!"Soalnya tidak puas hati.Padanya,jika dipaksa memilih apa sekalipun,dia tetap akan memilih Ji Eun !
"Entahlah..."Jawab Ji Eun seolah olah berputus asa.Min Jae memerhatikan Ji Eun.Tangannya mengelap pipi Ji Eun yang lencun dengan air mata lalu mengelus lembut pipi kekasihnya.
"Tak mengapalah... makan."Arah Min Jae.
Ji Eun akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience