Rate

BAB - 1

Fanfiction - KPOP Series 1243

"Masuk... tak masuk.. " mundar-mandir Lee Sun Hee yang sedang berada di hadapan sebuah syarikat yang ternama untuk meminta kerja sambilan sebelum dia kembali bekerja tetap.

'Masuk je la.' Bisik hati kecil Sun Hee. Kod hitam diperkemaskan, kakinya terus mengatur langkah masuk ke dalam sebuah syarikat itu.

Nafas dihela lega selepas selesai melakukan temu duga. Dia terus belalu dari syarikat itu dan menuju ke stesen bas yang berada berdekatan. Rambut palsu di tarik sebelum tangan merapikan rambutnya yang panjang. Kasut ditukar kepada high heel. Kaki terus me langkah masuk ke dalam bas yang sudah datang untuk menjemput penumpang.

Tiga hari selepas temu duga dijalankan , Lee Sun Hee hanya menunggu keputusan adakah dia di terima atau tidak.

Ting!

Satu mesej yang di tunggu tunggu akhirnya sampai di telefon pintar milik Lee Sun Hee. Mesej itu menandakan bahawa dia telah di terima oleh pihak syarikat itu.

Keesokan paginya. Lee Sun Hee bergegas turun dan terus menuju ke meja makan yang telah dipenuhi makanan yang disediakan oleh Puan Soo Yun.

"Lee Sang Hee dah bangun?" soalan pertama yang ditanya oleh Puan Soo Yun.

"Belum ibu" balas Lee Sun Hee. "Ibu... Orang nak bagi tahu ibu yang orang dah dapat kerja sambilan." beritahu Lee Sun Hee dengan teratur.

"Kerja sambilan?" Puan Soo Yun bertanya kembali kepada anak gadis nya itu.

"Ya kerja sambilan, kan hari tu orang ada bagi tahu ibu yang orang nak cari kerja sambilan. Tak kan ibu dah lupe?. Maybe tomorrow saya akan mula bekerja sebagai seorang bodyguard." beritahu Lee Sun Hee lagi.

"Tak mungkin kamu nak jadi bodyguard. Kamu kan perempuan tak sesuai la nak jadi bodyguard." bangkang Puan Soo Yun apabila mendengar pekerjaan yang akan anak nya lakukan.

"Siapa cakap orang akan jadi perempuan. Esok orang akan jadi Lee Suk-Chin."

"Lee Suk-Chin?" Puan Soo Yun mengulangi perkataan yang disebut oleh anak gadis nya itu.

"ya Lee Suk-Chin" kata Lee Sun Hee lagi.

"Kamu yakin apa yang kamu nak buat." soal Puan Soo Yun selepas mendengar kata kata anak nya itu.

"lebih dari yakin." Makanan yang berada di dalam pinggan terus disuap ke dalam mulut sehingga tiada sisa di dalam pinggan itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience