Episode 23

Adventure Series 25852

Episode 23 – eyka_aqua

Di dewan utama, Pasaraya Mega Pavi.

Lelaki berbadan sedikit sasa melepaskan sedas tumbukan ke arah Arsh. Arsh cekap mengenggam tangan lelaki tersebut. Lelak itu cuba merentap tangannya dari Arsh tetap langsung tidak bergerak

Terpaksa dia melepaskan sedas lagi tumbukan kearah Arsh. Sekali lagi, Arsh mengenggam kemas penumbuk lelaki tersebut. Arsh tersenyum sinis.

“Apa kau cuba sentuh tadi?” Ujar Arsh sambil melemparkan senyuman agak menggerunkan apabila Arsh sengaja mendekatkan wajahnya dengan lelaki itu. Lelaki itu mengetap gigi. Terasa tercabar dan gerun bercampur baur.

Lelaki berbadan sedikit sasa cuba merentap tangannya sekali lagi tetapi tidak berdaya kerana langsung tak bergerak.

"Kuatnya budak ni! Grrrr... Langsung tak bergerak." Lelaki berbadan sedikit sasa tersebut berkata didalam hati.

"Korang, serang!" Lelaki itu memberi arahan kepada rakan-rakannya untuk menyerang.

Rakan lelaki tersebut melepaskan tangan Zulian lalu menyerang serentak. Lelaki berbadan kurus keding melayangkan penumbuk manakala lelaki sedikit berisi melepaskan tendangan sisi kearah Arsh yang sedang mengenggam tangan ketua mereka.

Arsh menjeling mereka berdua seketika dan memberi senyuman sinis. Sebelum penendang dan tumbukan menggena ke tubuh Arsh, Arsh melompat tinggi sambil badannya melenggok ke langit dan kaki tegak ke belakang lelaki sakai itu seperti gimnastik membuat lompatan ke belakang.

Oleh sebab, penumbuk si berbadan sedikit sasa berada di dalam cengkaman Arsh. Ia juga turut serta ke belakang.

Lelaki tersebut mengerang keras apabila terasa sepakan dan tumbukan anak buahnya. Rakannya terpingga-pingga dengan kepantasan Arsh bergerak.

Arsh sempat menangkap ada pengawal sedang berjalan perlahan ke arah kawasan mereka semasa melompat tadi.

Daripada pengiraan Arsh jeritan tadi pasti telah membuat pengawal tersebut berlari kearah mereka. Arsh mengambil kesempatan untuk mendebik mereka bertiga.

Arsh melayang penyepaknya ke arah lelaki berbadan sedikit sasa menyebabkan ia terpelanting ke dinding dan terduduk disitu. Pasti ia sudah pengsan. Arsh menghentak pula kepala konco-konco lelaki tersebut sesama sendiri. Mereka terduduk kerana terlalu pening selepas dihentak kepala satu sama lain.

"Dengar! Kalau kau tak reti adab dan sopan lepas ni, taulah aku kerja kau cukup-cukup." Ugut Arsh bernada dingin sambil merentap pakaian lelaki berbadan kurus keding.

Lelaki berbadan kurus keding mengangguk sambil badannya ketakutan. Arsh melepaskannya selepas kedengaran kaki pengawal tersebut semakin hampir.

Dia bergerak ke arah Zulian lalu mendukung Zulian seperti tuan puteri. Zulian terkejut dengan tindakan Arsh tanpa disedari wajah Zulian merah.

Arsh mengangkat pula plastik-plastik yang dibeli oleh mereka berdua dan meninggalkan plastik yang dibeli olehnya sebentar tadi.

Arsh mengaktifkan pentagram dan muncul pentagram berwarna biru. Arsh dan Zulian hilang dari pandangan. Mereka memasuki alam demensi X.

#################

Pengawal yang mengawal dewan utama sampai ke kawasan tadi. Mereka berdua melihat tiga orang lelaki terkulai disitu. Mereka berdua terkejut salah seorang dari mereka pengsan lalu memanggil ambulan ke mari. Pengawal tersebut sempat menanyakan apa yang berlaku.

Pada awalnya mereka enggan sehinggalah ternampak kelibat Arsh disebalik pokok yang memerhati mereka berdua dengan tajam sebelum hilang dari pandangan.

Maka lelaki berbadan kurus keding mengaku kesalahan mereka kerana takut dengan pandangan membunuh Arsh.

#################

Di situasi Arsh dan Zulian.

Mereka merentasi demensi X dengan kelajuan cahaya dan mereka muncul di taman. Kemunculan mereka berdua dipandang oleh orang sekeliling kerana terkejut. Reaksi mereka hanya seketika apabila teringat bahawa ada kesaterian dikalangan penduduk Aqua.

Mereka memandang Zulian yang berada di dalam dukungan Arsh. Masing-masing yang memandang perkara tersebut rata-rata menganggap mereka pasangan kekasih.

Arsh meletak Zulian disalah sebuah bangku yang tiada orang duduk. Kemudian, dia meletak plastik kitar semula yang berada di tangan kirinya.

"Dia tak apa-apa?" Tiba-tiba seorang perempuan menyampa mereka.

Arsh dan Zulian memandang wanita tersebut yang sedang mendukung anak kecil dan berdiri di samping suaminya.

"Dia tak pape. Dia cuma luka dekat tangan dan lebam dekat lengan dia." Arsh menjawab bagi pihak Zulian.

"Macam mana Arsh tahu tangan aku lebam?" Terdetik Zulian dalam hati. Dia menyising lengan dan ternyata memang tangannya lebam dan berbekas sebab dicengkam kuat oleh lelaki tadi.

"Kesiannya. Abang ada bawak ubatkan?" Tanya wanita tersebut kepada lelakinya.

"Ubat? Rasanya ada dekat kereta kita. Tunggu sini dengan diaorang. Abang pergi ambik." Kata lelaki tersebut sambil berlari keluar dari taman Pavi.

"Maaf eh Zulian. Aku tertinggal plastik farmasi tadi." Pinta Arsh tanpa memandang wajah Zulian. Dia mencangkung sambil membelek tangan Zulian yang lebam. Terasa jiwanya mahu melompat keluar dari jantung.

Zulian diam seketika sebelum mulakan bicara. Dia cuba mengawal debaran jantung.

"Sebenarnya bukan awak tertinggal tapi awak sengaja kan?" Zulian sengaja menggunakan kata ganti diri 'saya' 'awak' supaya orang sekeliling tak pelik.

Arsh sedikit terkejut dengan kata ganti diri yang digunakan oleh Zulian tapi dia dapat mengagak. Dia tersenyum kecil apabila Zulian dapat tahu dia sememangnya sengaja meninggalkan plastik yang dia beli ubat untuk kegunaan sekumpulan lelaki tersebut.

"Nah, ni ubat." Kata lelaki tersebut sambil menghulu peti bantuan kecemasan.

Arsh mengambil dan mengucapkan terima kasih sebelum menggunanya.

Arsh menarik lembut tangan Zulian yang sudah disising dan mengeluarkan sapu tangan miliknya. Dia melipat kepada dua bahagian. Bahagian kiri dibasahkan dengan wap air diudara lalu mengusap lembut luka dan kesan lebam di tangan Zulian. Pasangan kekasih memandang satu sama lain kerana melihat perbuatan Arsh. Arsh membiarkan sahaja.

“Awak pengguna elemen air ke?” Tanya Zulian apabila melihat Arsh menggunakan wap air untuk membasahkan sebahagian sapu tangan.

Arsh masih meneruskan sapuan pada luka Zulian. Otaknya teringat perbualannya bersama cikgu Bess.

Elemen larangan.

Arsh tidak menjawab soalan Zulian. Zulian menahan sakit apabila air terkena bahagian lukanya.

Arsh menggigit sapu tangannya dan mengeluarkan antisaptik lalu dituang ke atas kapas 90% organik lalu disapu ke atas luka Zulian. Kemudian, Arsh membalut luka Zulian dengan kemas. Selepas, menyapu ubat gamat ke lengan Zulian dengan cermat.

"Ok siap." Kata Arsh sambil menutup peti kecemasan.

Zulian terleka dengan layanan Arsh sehingga tidak mendengar kata-kata Arsh sebentar tadi. Arsh melambai tangan ke muka Zulian. Zulian tersedar dari lamunan.

"Awak dahaga sangat ke?"

"Huh?"

"Tunggu sini biar saya beli air." Kata Arsh sambil berlari anak ke pintu masuk.

"Beruntungnya dapat kekasih macam dia." Puji wanita tersebut.

Zulian yang menandang Arsh tadi beralih ke wanita tersebut.

"Betul apa isteri saya cakapkan. Beruntung siapa yang dapat lelaki tersebut." Kata suami wanita tersebut yang menyokong keterangan isterinya.

"Bukan senang nak dapat lelaki macam tu. Suami saya pun belum tentu mampu buat." Perli wanita tersebut.

"Aipp.. Memandai je bagi keterangan tak berasas." Kata suami wanita tersebut sambil mencubit mesra pipi isterinya.

"Eh! Betullah!" Wanita itu melawan.

"Tak lemah lembut macam tu pun..Awak jatuh cinta juga dengan saya." Lelaki tersebut tersenyum megah.

"Nak buat macam mana abang yang curi hati saya." Mereka berdua ketawa.

"Wah romantiknya abang dengan kakak ni." Puji Zulian.

Mereka berdua berhenti ketawa ketika mendengar keterangan Zulian. Kemudian, mereka ketawa sekali lagi.

"Hahahaha.. Romantik-romantik pon gaduh juga." Kata wanita itu. Suaminya memeluk mesra bahu isterinya sambil mengacah anak mereka.

Zulian tersenyum apabila kebahagian mereka sekeluarga terpancar. Dia cemburu hal itu.

#################

Manakala Arsh ketika itu,

Berhenti berlari apabila terdengar siren ambulan yang sedang mendarat di kawasan khas. Arsh berhenti disebalik pokok dan melihat apa yang berlaku.

Sekumpulan lelaki sakai mengekori pengawal keselamatan ke ambulan dalam keadaan dipapah. Pengawal menanyakan sesuatu pada mereka tetapi mereka bagaikan enggan menjawab.

Arsh menenung tajam ke arah mereka berdua sementara seorang lagi diusung menaiki ambulan. Lelaki yang bertubuh kurus keding bagaikan perasan pandangan Arsh memandang kearahnya dan mukanya menjadi pucat sebelum dia mengatakan sesuatu kepada pengawal tersebut. Pengawal itu seoleh-oleh memarahi mereka sebelum menelefon sesuatu.

Polis barangkali. Arsh meninggalkan tempat tersebut dan bergerak ke kedai minuman.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience