Bab 35

Drama Completed 5973

Hari yang dinanti-nanti sudah tiba. Saraa berdiri di luar rumah untuk menanti kehadiran Adam menjemputnya. Maklang yang membawa sampul berisi wang mendekati Saraa.

"Saraa, kamu nak pergi mana ni?" tanyanya.

"Saraa nak keluar dengan Adam. Ada hal sikit. Kenapa?"

Maklang terus menghulurkan sampul tersebut kepadanya.

"Apa ni?" Saraa mengerutkan dahinya.

"Ni duit hutang yang kamu mintak haritu,"

Saraa memandang sampul tersebut dan wajah Maklang bersilih ganti.

"Takpe Maklang simpan aje," dia menguntum senyum buat ibu saudaranya itu.

"Eh tak boleh. Duit ni Maklang mintak kat Fira memang untuk Maklang bayar balik hutang Saraa," Maklang menggeleng kepala. Tangannya masih lagi menghulurkan sampul tersebut kepada Saraa.

"Maklang...," Saraa memegang kedua-dua belah bahu Maklang.

"Maklang simpan je duit ni, okey?"

Pon! Pon! Kereta Adam sudah tiba di perkarangan rumahnya.

"Saraa pergi dulu," Saraa memeluk Maklang sebelum berlalu masuk ke dalam perut kereta.

"Kau peluk mak cik?" tanya Adam sebaik sahaja Saraa masuk ke dalam keretanya. Dia bagai tidak percaya akan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

"Salah ke?" Saraa tergelak kecil. Adam juga turut tergelak apabila melihat Saraa tergelak.

"Adam..," panggil Saraa.

"Yea?"

"Sebelum pergi kat tempat butik aku tu, kita pergi beli barang lain dulu, boleh?"

"Kau nak beli apa?" Adam angkat kening.

Dia mengetuk-ngetuk dagunya dengan menggunakan jari telunjuk seakan-akan sedang berfikir.

"Langsir, kipas kecil, rantai besi, kunci mangga dan umm.... cili giling!"

"Cili giling?" Adam mula ketawa.

"Kenapa ketawa? Maksu yang pesanlah," mulutnya dimuncungkan tanda merajuk.

"Hmm ye la... Sorry, okay?" pujuk Adam.

...

Sedang Saraa tekun memilih langsir yang ingin dibelinya, dia terlanggar bahu seorang wanita yang sedang sarat mengandung.

"Puan, maaf sangat. Saya tak sengaja," ujarnya dengan penuh rasa bersalah. Dia memegang bahu wanita itu lalu memeriksanya dari atas hingga bawah. Risau.

"Eh tak apelah. Terlanggar sikit je, bukan saya jatuh pun," wanita tersebut ketawa kecil apabila melihat gelagat Saraa.

"Hehe," Saraa tersengih lalu menunduk malu.

"Sayang, dah jumpa ke langsir yang berkenan di hati?" sapa seorang lelaki mendekati mereka berdua. Suami wanita itu barangkali.

"Tak jumpalah Sayang," jawab wanita itu manja.

"Tak apalah kalau macam tu. Kita pergi cari kat tempat lain, ya. Hmm ni siapa, Sayang? Kawan Sayang ke?" tanya suami wanita mengandung itu apabila melihat Saraa yang masih menghadap isterinya.

Saraa terus mengangkat wajahnya apabila mendengar suara lelaki tersebut seperti suara seseorang yang dikenalinya.

"Iqbal?" dia menatap wajah lelaki itu.

Iqbal terkedu apabila wanita yang berada di hadapannya itu ialah Saraa.

"Sayang kenal dia?" isterinya memandang wajahnya menginginkan kepastian.

"Dia...,"

"Saya kawan lama Iqbal," Saraa segera memotong percakapan Iqbal.

"Oh ye ke? Apa nama awak?" isterinya memghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Saraa.

"Saya Saraa. Awak mesti Aima kan?" Saraa menyambut huluran tangan wanita itu.

"Ha'ah. Awak tahu nama saya?" Aima teruja.

"Tahu. Dulu Iqbal selalu cerita pasal awak," tipu Saraa.

"Wah.. terharunya...," Aima terus memeluk lengan suaminya itu.

"Kau pergi sini dengan siapa?" tanya Iqbal kepada Saraa.

"Adam,"

"Oh kalau macam tu, kitaorang pergi dulu ya. Isteri aku ni dah dua buah kedai kami masuk, belum lagi ada yang berkenan di mata dia," dia buat-buat mesra.

"Okey. Bye Aima!" Saraa menghadiahkan Aima sekuntum senyuman manis.

Setelah kelibat Iqbal dan Aima hilang di pandangan, Saraa terus memanggil seorang pekerja di kedai tersebut.

"Ye cik?" sapa pekerja itu mesra.

"Ada langsir warna gelap tak?" tanyanya.

"Nak gelap yang macam mana?"

"Kalau boleh saya nak yang plain. Warna hitam ada tak? Kalau tak ada, warna dark blue pun boleh jugak,"

"Warna hitam tu ada tapi plain tak adalah. Hitam yang ada bunga-bunga putih kecik ada," ujar pekerja itu.

Saraa berfikir sejenak.

"Hmm bolehla. Ambilkan untuk saya ya,"

...

Setelah selesai membeli langsir, kipas kecil, rantai besi, kunci mangga dan juga cili giling, Saraa dan Adam terus bergerak ke destinasi yang hendak mereka tujui pada awalnya.

"Laa nak kemas apa ni? Tempat ni dah bersih dah pun. Tinggal nak letak baju pengantin dan accessories yang kau nak jual je lagi," ujar Adam apabila menjejakkan kaki ke dalam ruangan kosong itu.

Dinding yang di cat putih dan lantai granit putih di ruangan itu membuatkannya kelihatan luas.

"Butik yang aku nak usahakan ni bukan untuk jual pakaian pengantin je," jawab Saraa agak sinis apabila Adam hanya menspesifikan baju pengantin sahaja untuk butiknya.

"Em apa-apalah. Ni nak buat apa ni?" tanya Adam memandang wajahnya yang dingin.

"Memandangkan tempat ni dah bersih, kau tolong gantungkan langsir ni kat pintu tu, boleh?" Saraa mengeluarkan langsir yang dibelinya tadi lalu diberikan kepada Adam.

"Hitam?" Adam mengerutkan dahi. Hairan.

"Ye la. Butik aku ni aku nak buat konsep ala-ala 'Darkness' sikit," jelasnya. Wajahnya yang kelihatan dingin sebentar tadi sudah bertukar teruja.

"Darkness? Seriously? Ada ke orang nak masuk butik ni nanti?" kening Adam hampir bercantum mendengarnya.

"Mesti ada punya! Apa salahnya aku nak buat konsep yang lain dari yang lain?" Saraa amat yakin dalam kata-katanya.

"Suka hati kau lah," Adam terus melakukan tugasnya.

Saraa pula menyimpan rantai besi dan kunci mangga di bahagian belakang 'butik'nya.

Setelah selesai memasang langsir, suasana yang tadinya cerah di dalam butik kosong itu kini sudah agak gelap.

Adam menyertai Saraa untuk duduk bersila di tengah-tengah ruangan yang luas itu.

"Kita nak buat apa lagi ni?" tanyanya.

"Berborak," jawab Saraa ringkas.

"Nak borak pasal apa?"

"Kau tahu tak yang kawan baik kau si Fahmi tu nak bertunang dengan Shazrin minggu depan?" Saraa membuka topik perbualan.

"Seriusla?" Adam terkejut.

"Seriusla... Aku, Areena dan Syafiqa pun terkejut,"

"Aku tak sangka diorang dah nak bertunang,"

"Kan? Suka hati kau je cakap dia playboy haritu," sindir Saraa.

Adam tersengih apabila teringatkan kejadian 5 tahun lalu.

"Aku cakap macam tu sebab aku tengok dia mesra sangat dengan kau. Aku ingatkan dia nak mengorat kau," ujarnya perlahan.

"Kau masih simpan perasaan yang sama kat aku?" soal Saraa secara tiba-tiba.

Wajah Adam merona merah dibuatnya. Malu.

"Jawablah. Aku tanya ni," Saraa mendesak.

"Masih. Aku cintakan kau, Saraa," jujurnya.

"Kalau macam tu jom kita kahwin," ajak Saraa mendadak.

"What?!" Adam hampir pengsan mendengar ajakan tersebut.

"Aku pun dah mula cintakan kau, Adam," jujurnya pula.

"Tapi kenapa tiba-tiba sangat kau ajak aku kahwin ni?" Adam curiga.

"Aku tak nak kehilangan orang yang betul-betul sayangkan aku," Saraa menatap mata Adam.

"Ka..kau...?"

"Aku serius ni," Saraa meyakinkan Adam.

"Kalau macam tu, nanti aku bagitahu kat mak ayah aku untuk merisik kau. Boleh?" Adam mula tersenyum. Senyuman yang amat bahagia.

"Boleh. Tapi lepas aku balik dari Sarawak lah kau suruh mak ayah kau datang merisik, ya," senyuman dibalas dengan senyuman.

"Bila kau nak pergi Sarawak?"

"Lusa. Aku nak bincang dengan business partner aku dulu tentang pembukaan butik ni and whatsoever dulu,"

Mereka masih lagi bertentang mata dan senyuman di bibir semakin melebar.

p/s; ini ke penamat kisah hidup Saraa? Hehe! Belum lagi XD! Ni update terakhir saya sebelum cerita ni tamat tau! Lepas ni saya akan update cerita ni sampai habis terus ahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience