Safaa terjaga daripada tidurnya. Jam sudah menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Peluh yang membasahi wajahnya segera dilap dengan tangannya. Bahang yang dirasakan di seluruh biliknya membuatkan Safaa susah mahu tidur. Safaa terdengar bunyi bising diruang tamu. Mungkin Fatin belum tidur lagi. Safaa segera menjengah diruang tamu, tiada sesiapapun yang kelihatan. Televisyen yang terpasang menyebabkan Safaa menjadi hairan.
“Siapa pula yang pasang tv ni?” Safaa melangkah ke ruang tamu dan mencapai remote control. Matanya meliar mencari Fatin tetapi dia tidak kelihatan. Safaa terus menekan butang off lalu melangkah ke biliknya semula. Safaa terkejut apabila televisyen itu terpasang semula. Safaa mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Fatin..Fatin!” Safaa memanggil rakan serumahnya itu, mungkin dia mahu menakut-nakutkan Safaa yang sememangnya seorang penakut. Safaa memberanikan dirinya untuk mengambil remote control itu semula tetapi Safaa terperanjat apabila remote controlitu disambar oleh Fatin.
“kau kemana tadi? Aku ingat kau sudah tidur” Safaa mengurut dadanya perlahan. Terkejut apabila melihat Fatin tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya. Fatin hanya diam.
Dia langsung tidak mengendahkan Safaa yang berada disitu. Safaa hairan melihat sikap kawan serumahnya.
Dia langsung tidak menoleh kearahnya. Safaa memberanikan diri untuk menyentuh bahu Fatin, tetapi Safaa terkejut apabila Fatin tiba-tiba sahaja menoleh dan mukanya tidak berwajah. Safaa menjerit sekuat hati.
Fatin mengesot kearah Safaa yang tidak jauh daripadanya. Safaa yang ketakutan terus berlari kearah dapur. Pisau yang terletak berhampiran sinki dicapai.
Fatin yang mengesot terus menuju kearahnya. Safaa tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Fatin semakin hampir kearahnya.
“Fatin, jangan dekat..Fatin!” Safaa memberi amaran. Fatin yang mengesot perlahan-lahan tidak mempedulikan arahannya.
Share this novel