BAB 11

Romance Completed 42886

Ariana Atilia merenung ke arah Adi Ashraf yang sedang sibuk menjamu selera. Lelaki itu hanya bertingkah bagai tiada apa-apa yang berlaku antara mereka sebentar tadi. Naik geram gadis itu dibuatnya.

Akid Ahnaf yang menyedari pandangan daripada kakak iparnya menyiku perut Adi Ashraf. Mujurlah hanya mereka sahaja yang sedang makan pada ketika itu.

Ibu bapa mereka masih sibuk melayan tetamu di ruang tamu. Adi Ashraf menoleh ke arah adiknya dengan riak muka tak puas hati. Akid Ahnaf memuncungkan bibir ke arah Ariana Atilia memberi isyarat.

Bebola mata Adi Asyraf bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh Akid Ahnaf. Anak matanya bertembung dengan panahan mata daripada Ariana Atilia. Dia membalas renungan itu dengan berani. Walaupun tak tahu apa penyebab gadis itu pandang dia macam nak makan. Dia nampak macam makanan ke?

"Kenapa? Makanan kau tak sedap ke?" soal Adi Ashraf sebelum menghirup air minumannya sedikit. Ariana Atilia meletakkan sudu dan garfu diatas pinggannya tanda sudah selesai menjamu selera. Tangannya disilangkan ke dada.

"Kalau ya pun kenapa?" soal Ariana Atilia cuba cari pasal. Dia mahu cari jalan untuk membalas dendam atas perbuatan lelaki itu sebentar tadi. Sehari suntuk dia menanggung malu sendirian. Manakala, lelaki itu pula menikmati setiap saat daripada penderitaan dirinya. Kejam!

Adi Ashraf mengangguk sebagai balasan. Dia kembali menjamu selera tanpa bertanya lebih lanjut. Namun tindakannya yang seterusnya mengelirukan Ariana Atilia. Dahinya dikerutkan.

"Kenapa?" soal Ariana Atilia kehairanan. Pelik apabila tangan Adi Ashraf menyuakan sesudu nasi goreng milik lelaki itu di hadapan mukanya.

"Buka mulut. Nak suap cakap jelah. Aku tahulah aku suap sedap." balas Adi Ashraf selamba. Dia mengerak-gerakkan sudu yang dipegang dihadapan Ariana Atilia sambil tersengih.

Akid Ahnaf sudah menongkat dagu melihat pasangan tersebut. Bibirnya mengukir senyuman lebar sampai ke telinga. Matanya bersinar-sinar dengan teruja. Seronoknya bercinta!

Ariana Atilia terdiam. Dia mengecilkan mata ke arah lelaki itu. Wajah Adi Ashraf yang sedang tersengih membuatkan dia sakit hati. Adi Ashraf pula sedang bergembira melihat reaksi gadis itu. Lebih-lebih lagi, apabila pipi gebu itu mula bertukar warna.

Dia menyangka itu kerana Ariana Atilia cuba menahan malu. Tapi salah sama sekali kerana itu adalah tanda gadis itu sedang menahan perasaan geram yang tak terhingga. Senyuman
Adi Ashraf mati serta-merta apabila matanya menangkap senyuman yang mengerikan pada wajah Ariana Atilia.

Two can play the games.

Belum sempat Adi Ashraf berkata apa-apa, Ariana Atilia telah membuka mulut dan menerima suapan lelaki itu dengan rela hati. Matanya dikenyitkan kepada Adi Ashraf tanpa serba salah. Adi Ashraf kaku buat seketika. Sudu yang dipegang terlepas dari tangan.

Ariana Atilia tersenyum kemenangan. Terasa terlunas juga dendam gadis itu pada akhirnya. Tangannya pantas mencapai sudu yang dijatuhkan oleh Adi Ashraf sebentar tadi. Lalu, dicedok ke dalam pinggan yang masih berbaki nasi goreng lelaki itu. Kini giliran Adi Ashraf pula yang menerima suapan daripada Ariana Atilia.

"Eat well, sweetheart." ucap Ariana Atilia dengan nada memerli kepada Adi Ashraf. Dia bangun berdiri meninggalkan lelaki itu dengan keadaan terpinga-pinga bersama senyuman kemenangan.

Padan muka! Kutuk hati Ariana Atilia berkali-kali. Tudungnya dikibaskan ala-ala diva. Kakinya berjalan perlahan kerana kain baju kurung yang dipakai menyukarkan dia untuk berjalan.

"Awww...sweetnya korang! Nak kahwin!" rengek Akid Ahnaf yang sejak dari tadi memerhati mereka berdua. Kalau bertunang pun dah macam tu, dia tak tahu macam mana pula selepas berkahwin nanti. Aissh.

Adi Ashraf yang baru tersedar dengan apa yang berlaku menjeling adiknya. Matanya mencari kelibat Ariana Atilia sebentar tadi.

"Diamlah kau." ucap Adi Ashraf kepada Akid Ahnaf. Lega apabila kelibat gadis itu sudah tidak kelihatan. Dia membetulkan pakaiannya yang sedikit berkedut.

"Hek eleh kau. Diam konon. Padahal tadi tu. N?K A?U sU?P?A?? ?A? ?E?L sW???H????." balas Akid Ahnaf cuba mengajuk semula perbualan mereka menggunakan suara yang dibuat-buat. Kedua-dua tangannya diangkat cuba membuat tanda pengikat kata.

"Adi, Akid, jom." tegur Puan Ratna yang datang secara tiba-tiba. Mereka berdua membalas dengan anggukan. Adi Ashraf membuat isyarat supaya adiknya diam tak membuka cerita. Akid Ahnaf mengangkat bahu tanda tak tahu jika dia boleh buat begitu. Dia tersengih sendirian.

Dasar adik tak kenang budi.

Mereka sekeluarga bersalaman untuk meminta diri terlebih dahulu. Encik Johan dan Encik Marzuki berpelukan bagai tak berjumpa lagi selepas ini. Manakala, Puan Ratna dan Puan Sandra masih rancak berbual tak kisah dengan apa yang berlaku. Ya Allah, dah namanya perempuan.

"So, bye." ucap Adi Ashraf ringkas. Tak tahu mahu berkata apa lagi. Ariana Atilia hanya mengangguk tanda faham. Mereka berdua berbalas pandangan untuk seketika.

"Jangan risau aku tak rindu kau." ucap Adi Ashraf bagai mengetahui apa yang bermain difikiran gadis itu. Ariana Atilia tahan senyum dari terukir dibibir. Dia cuba mempamerkan riak muka tanpa riak.

Adi Ashraf menghadiahkan senyuman kepada kedua-dua bakal mertuanya. Mereka sekeluarga mengatur langkah pergi. Ariana Atilia memerhatikan gerak geri lelaki itu dalam diam. Tak lama kemudian, Adi Ashraf hilang dari pandangan.

Ariana melepaskan nafas lega. Dia mengatur langkah ke bilik tidur untuk berehat. Tanpa berlengah, tubuhnya dihempaskan ke atas katil empuk yang berada dalam bilik tidurnya. Matanya merenung kosong ke siling.

Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Badannya terus bangkit menuju ke almari bajunya. Tubuhnya terpaksa dibongkokkan untuk mencari sesuatu di bahagian bawah almari tersebut. Tapak tangannya meraba-raba cuba mendapatkan barang yang dikehendaki.

Selepas beberapa ketika, dia berjaya menemui barang tersebut. Barang yang berupakan sebuah kotak hadiah yang berhabuk itu dibersihkan oleh Ariana Atilia. Dia tersenyum kecil.

Punggungnya dilabuhkan di bahagian hujung katil empuk miliknya. Kotak tersebut dibuka perlahan-lahan dengan penuh berhati-hati. Sekeping gambar dikeluarkan daripada kotak tersebut.

Gambar tersebut ditatap penuh kasih. Akhirnya, Ariana Atilia membawa gambar tersebut ke dadanya bersama air mata yang mula bertakung. Bibirnya mengumam perlahan.

"One step closer."

??????     

Gambar pertunangan Adi Ashraf dan Ariana Atilia direnyukkan dengan kasar. Lalu, dipijak sehingga hancur. Namun itu tidak dapat memuaskan lagi hati anak muda itu. Kepingan gambar itu dibakar dengan api yang marak. Akhirnya, terukir senyuman kepuasan pada bibir anak muda itu.

Senyuman itu mati apabila wajah Ariana Atilia yang sudah bertunang bersama Adi Ashraf masih terlayar difikiran. Dia meraup muka dengan kasar cuba membuang perkara itu dari terus menganggu dirinya. Tangannya mengepal penumbuk dengan kuat sehingga pucat. Rahangnya diketapkan.

Berita pertunangan Ariana Atilia pada hari itu benar-benar menyakitkan hatinya. Terlalu sakit sehingga dia tak mampu untuk melihat perkara itu dihadapan matanya sendiri. Kenyataan itu pahit untuk ditelan dalam satu masa.

Dia tak mahu sejarah berulang. Dia tak pernah menginginkan perkara yang sama berlaku sekali lagi. Dia hanya mahukan Ariana Atilia. Itu sahaja yang dia perlukan. Tiada yang lain. Tiada perempuan yang dapat menandingi gadis itu dihatinya.

Dia lebih layak untuk bersama gadis itu. Dia pasti bahawa hanya dia sahaja yang mampu membahagiakan gadis itu lebih daripada mana-mana perempuan di dunia ini. Dia tahu keputusan gadis itu salah sama sekali.

Mengahwini Adi Ashraf hanya akan membuatkan gadis itu terluka untuk kali kedua. Itulah perkara yang dia tak mahu terjadi. Dia terlalu sayangkan Ariana Atilia sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk bersamanya.

Hati dia sakit apabila melihat gadis itu terluka. Ariana Atilia tak layak untuk dilukakan sebegitu sekali. Dia layak untuk bahagia bersama orang yang dia sayang. Bukannya menyayangi seseorang yang dia sendiri tidak pasti dapat melakukan perkara yang sama.

Jauh di sudut hati, anak muda itu berharap dia lah yang bertunang dengan Ariana Atilia. Berkahwin dan menyayangi gadis itu untuk seumur hidupnya. Mencurahkan segala perhatian dan kasih sayang yang diperlukan oleh gadis itu. Melindungi gadis itu didalam pelukan.

Namun semuanya hanya angan-angan. Kepala anak muda itu jatuh menunduk. Keluhan berat dilepaskan dari mulutnya. Sakit apabila cintanya yang tak terungkap mula memakan dirinya selama ini. Kerana dia tahu Ariana Atilia tak pernah sedar perasaannya terhadap gadis itu selama ini.

"Sampai bila?" bisik anak muda itu perlahan sebelum menyambung lagi kata-katanya.

"Aku nak simpan perasaan ni, Riana?"

??????

"Macam mana kalau aku cakap yang kau dah mula cintakan dia sejak dari awal?"

Kata-kata Izz Faris masih terlayar difikiran Adi Ashraf sejak dari tadi. Lelaki itu membuang pandangan ke siling bilik. Kedua-dua belah tangannya disilangkan di bahagian belakang kepala. Dadanya berombak naik dan turun mengikut corak pernafasannya.

Satu helaan panjang ditarik lalu dilepaskan dengan keluhan yang berat. Kini dia bangun untuk duduk bersila diatas katil. Dia mula bermain-main dengan tangannya buat seketika cuba mengalihkan perhatian namun tak berjaya. Cinta?

Perkataan itu membawa makna terlalu besar kepada dirinya. Kali terakhir dia merasai kemanisan cinta itu adalah pada beberapa tahun yang lalu yang hanya untuk sementara.

Cintanya kepada Mawar Adriana. Semuanya membahagiakan bila dilamun cinta. Satu sahaja langkah lagi untuk menghalalkan hubungan mereka. Namun apakan daya, apabila suratan takdir mengubah segala-segalanya.

Mengajar Adi Ashraf erti cinta dalam keadaan yang paling menyakitkan. Matanya terpejam cuba melupakan perasaan itu. Oleh itu, dia pasti dia tak cintakan Ariana Atilia. Dia masih tak boleh lupakan Mawar Adriana. Yang paling penting, dia masih cintakan Mawar Adriana.

Dia tak bersedia untuk mencintai seseorang sekali lagi. Tak sanggup untuk menanggung perasaan yang membuatkan dia menderita di kemudian hari hanya untuk kebahagiaan yang sementara.

Dia masih tak pasti apa perasaan dia kepada Ariana Atilia. Segala apa yang berlaku antara mereka sedikit demi sedikit membuatkan dia mula selesa dengan gadis itu. Namun siapa tahu apa yang bakal mereka tempuhi bersama.

Dalam masa yang sama, dia rasa serba salah kepada Ariana Atilia kerana dia tak dapat mencintai gadis itu. Tetapi mungkinkah Ariana Atilia akan mencintai dirinya? Persoalan yang tidak terjawab itu dibiarkan begitu sahaja. Akhirnya, Adi Ashraf terlelap dengan lena.

"Maafkan aku, Ariana."

-To be continued..-

Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience