"Biar je kat situ, jangan letak kat trolley pulak, nanti kotor"
Fazura diam membisu, cuba menahan amarah bila Farid Husin segaja menaruh blazer di bahunya
"Huii.. panas betul kat dalam tu, hangin betul"
Keluh Farid Husin Selepas keluar dari Lif vip setelah sejam terperangkap,
Pintu Lif terbuka di tingkat lima, Farid Husin segera menapak keluar tanpa mengambil kembali blazer miliknya di bahu fazura, dia terus menapak laju menghampiri pintu pejabat department advertising marketing
"Farid Husin!,"
Panggil seorang lelaki berjaket tracktop biru sedang berdiri di salah satu meja di ruang pejabat
"Weii korang semua"
Balas Farid Husin tersenyum lebar bila melihat rakan-rakannya di dalam ruang pejabat
"Alhamdulilah.. korang semua ada"
"Mana boleh tolak tawaran kau farid, lega aku bila tengok Whatsapp kau, kau tak tahu berapa lama aku menganggur"
Ujar wanita berbaju Hoodie
"Samalah aku Farid"
Kata pula wanita india
Farid Husin tersenyum sambil memerhati seketika rakan-rakannya
"Okay.. korang semua duduk dulu tempat korang masing-masing, tunggu hamdan bawa budak IT, bila korang dah dapat ID komputer, laptop semua, aku nak buat meeting"
"Meeting hari petama?,"
Kata wanita berbaju Hoodie dengan wajah hairan
"Aku dah dapat tiga projek sekarang nie, cuma tinggal nak bentang je pada client, so kena fast sebab tempoh yang aku janji pada client selewat-lewat pun sebulan, so aku harap korang faham"
Rakan-rakan Farid Husin berpandangan satu sama lain kemudian terangguk-angguk kepala
"Okaylah, kita orang pun dah lama rindu nak buat kerja nie"
Kata lelaki berT-shit putih
"that's great"
balas Farid Husin
"Siapa tu Farid?,"
Soal wanita berbaju Hoodie sambil menunjuk ke arah pintu pejabat
Farid Husin lantas menoleh melihat pintu pejabat
"Alamak.. boleh pulak aku lupa"
Fazura terpacak di luar pintu pejabat department advertising marketing, sejak tadi hanya memerhati dari luar tanpa mengetuk atau memanggil orang di dalam untuk membuka pintu, hatinya masih menyimpan perasaan geram pada Farid Husin
"Napa tak ketuk?,"
Tanya Farid Husin setelah membuka pintu
Fazura tidak menjawab, wajahnya masam, Blazer yang tergantung di bahunya segera di tarik kemudian di berikan kepada Farid Husin sebelum menolak cleaning trolley masuk ke dalam pejabat
"Okay guys, aku kenalkan, ini Fazura, cleaner untuk pejabat nie"
Ujar Farid Husin sambil menapak ke ruang pejabat
"So ingat, jangan bila ada cleaner dalam nie, korang dah tak nampak tong sampah, satu lagi, jangan biarkan dokumen-dokumen penting berselerak atas meja korang, sebelum nak balik, susun dulu, simpan elok-elok,"
"Garang betul muka dia farid"
Kata lelaki berbaju tracktop sambil memandang wajah Fazura
Farid Husin mengalih pandangan melihat wajah Fazura
"Dia tengah datang bulan je nie, sebab tu mood dia kurang elok sikit"
Kata Farid Husin tersengih-sengih tanpa menghiraukan tatapan tajam Fazura
"Dasyatlah kau Farid, cleaner punya waktu bulan merah pun kau boleh tahu,"
Pejabat pengerusi Teguh holding
"Dua belas orang ya"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin sambil melihat data-data perkerja baru department advertising marketing
"Tiga belas lah ayah"
Kata Fazilah sambil duduk di sofa
"13?,"
"Tambah cleaner"
jawab Fazilah bersahaja
Berkerut dahi Dato sri Hassan kamarudin memandang anak perempuannya
"Cleaner pun ada"
Fazilah mengerut bibirnya
"Hmm.. no komen ayah"
Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
"pecayalah, mesti ada mulut-mulut belakang nanti tak puas hati"
"Salah ayah jugak, ikut je semua kemahuan farid tu"
Kata Fazilah
"Itu jelah cara ayah tebus kesalahan ayah pada Mak kau angah, bila ayah serahkan Farid tu pada mak ayah, mak Angah mana setuju"
"Angah faham"
Fazilah menarik nafas bila teringatkan bagaimana ibunya mengamuk bila dapat tahu ayahnya menyerahkan adik bongsunya kepada arwah nenek, bertahun-tahun ibunya menahan kecewa pada ayahnya
Dato sri Hassan kamarudin tiba-tiba duduk menegak di sofa sambil memandang wajah anak perempuannya
"Ayah nak tanya Angah nie"
"Tanya apa Yah?,"
tanya Fazilah hairan
"Ayah ada buat plan, nak Kahwinkan Farid dengan anak perempuan Tan seri omar, tapi ayah tak tahu cara nak buat farid tu setuju"
"Dah tentulah farid tu tak setuju Ayah"
"Itu sebab ye, ayah tanya Angah, manalah tahu Angah ada idea"
"Ayah.. ayah, kalaulah perempuan tu tahu mulut si Farid tu macam mana, confirm tak sehari, dua hari, paling lama pun seminggu, mintak cerai"
"Apalah kau nie Angah, fikir sampai gitu sekali"
"Ya Allah ayah, Angah nie sebagai Kakak Farid pun hampir gila kalau layan mulut si Farid tu, inikan lagi orang luar"
Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
"Ayah buat plan nie, sebab ayah yakin Farid tu boleh berubah bila ada tanggungjawab"
"Ayah, masalah si Farid tu mulut dia je Yah, yang bagusnya kalau bab-bab lain, kaki perempuan ke, kaki clubbing ke, memang dia tak buat, tapi masalah besar ye mulut dia tu puaka"
Kata Fazilah berkerut-kerut keningnya
Dato sri Hassan kamarudin mengeluh berat
"Habis sekarang nie, Angah ada tak idea?,"
Fazilah mengeleng kepala, melihat sikap keras kepala ayahnya tetap dengan plan walaupun sedar dengan sikap adik bongsunya itu
"Ada ayah, tapi ngerilah sikit, terpulanglah pada ayah sanggup atau tak sanggup je nak buat"
wajah Dato sri Hassan kamarudin kelihatan teruja
"Apa dia Angah"
"Petama ayah kena sediakan RM500 ribu ringgit"
"Nak buat apa duit banyak tu Angah?,"
"Ayah sanggup tak, kalau tak sanggup lupakan jelah"
"Okay.. okay ayah dengar dulu"
"Kedua ayah kena berkomplot dengan pakcik Said"
"Peliklah pulak Ayah dengar idea kau nie Angah, sampai nak babitkan peguam syarikatlah pulak"
"Ayah dengan pakcik Said buat wasiat Palsu dari arwah nenek"
"Hiss Kau nie Angah, sampai nak babitkan Arwah nenek sekali, kau nie dah kenapa?,"
"Ayah.. apa yang ayah plan tu pekara yang baik, nak anak ayah bina tiang masjid, andailah kata Farid tu setuju, sejuk kubur Arwah nenek Yah"
Dato sri Hassan kamarudin terangguk-angguk kepala
"Betul jugak kata Angah, okay sambung"
"Ayah buat wasiat, mengatakan Arwah nenek ada tinggalkan duit RM500 ribu untuk Farid, tapi dengan syarat, farid tu kena berkahwin, memandangkan si Farid tu gilakan duit kemungkinan dia akan setuju"
Dato sri Hassan kamarudin pantas bangun kemudian menepuk tangannya
"Bravo.. Bravo Angah, good idea"
"Dengar dulu Ayah"
"Okay.."
Dato sri Hassan kamarudin kembali duduk
"Kalau farid tanya, mengapa sekarang baru ayah beritahu, oleh kerana Arwah nenek dah meninggal dunia lima tahun lepas, Ayah jawablah, ayah takut kalau wasiat tu menganggu farid nak belajar, nak masuk universiti, lepas tu kerja, so ayah cakaplah sekarang nie masa yang sesuai, sebab tempoh wasiat pun dah nak tamat"
"Berapa lamalah ayah nak letak tempoh wasiat tu?,"
"Terpulanglah pada ayah, seminggu ke, dua minggu ke, ikut ayah je"
Dato sri Hassan kamarudin diam seketika mengusap-ngusap dagunya
"okaylah Ayah akan bagi tempoh dua minggu"
Pejabat Department advertising marketing
Pejabat meeting
"Okay aku ulang sekali lagi"
Farid Husin berdiri di depan meja meeting memerhati seketika rakan-rakannya
"Ikmal, jess and Sufian you guys uruskan projek Tesla, untuk projek Visit Indonesia pulak Puspa, Aisya and wati, untuk projek Taman tema genting Andrew dengan Mail, So Tan sebagai leader bahagian designer graphics bawah dia, Chew, Hairi dengan Haida"
"habis tu berapa lama kita orang nak kena tinggal kat Indonesia?,"
Tanya wati bertudung satin
"Sekurang-kurangnya dua minggu, tapi kalau kerja korang cepat siap, cepatlah korang balik"
"Tapi masalah Farid, kita orang bukan ada duit"
Kata puspa pula
"Itu janganlah korang risau, nanti aku bagilah duit belanja, tak cukup call je aku, dengan syarat jangan pulak korang berzina kat sana,"
"Gilalah kau farid"
Kata-kata Farid membuatkan rakan-rakannya tergelak
Farid Husin tersengih-sengih
"Dah habis meeting ke?,"
Tanya Hamdan tiba-tiba sambil berdiri di balik daun pintu
"Kau nak apa hamdan?,"
Tanya pula Farid Husin dengan wajah hairan
Hamdan bertubuh gemuk tersengih-sengih masuk ke dalam bilik meeting
"Aku nak tunjuk something yang melucukan kat kau"
Farid Husin tersengih
"Apa benda?,"
"Tunggu Jap"
Hamdan lantas menarik laptop Farid Husin
"Waktu aku dapat tahu, kau terperangkap dalam Lif, aku jadi hairan mengapa cleaner tu ada sekali kat dalam Lif Vip, so aku pergilah periksa kat bilik Cctv and apa yang aku tengok, sangat melucukan"
Hamdan tersengih-sengih memandang Farid Husin
"Tengoklah Farid"
Rakan-rakan Farid Husin segera berdiri di belakangnya, untuk melihat rakaman Cctv di skrin laptop
Beberapa minit kemudian Farid Husin lantas ketawa terkekeh-kekeh bersama rakan-rakannya, barulah dia tahu bagaimana dia boleh berada di dalam Lif
"Itu penyakitlah Farid"
Kata Tan bertubuh tinggi
"Yelah farid.. kau kalau tengah fikir something mesti kau dah tak sedar apa yang belaku kat sekeliling kau"
"Bahayalah Farid"
Farid Husin menarik nafas mengerti apa yang rakan-rakannya itu katakan namun dia betul-betul tak sangka jika Fazura boleh bertingkah seberani itu
Share this novel