Bab 7

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
Dalam perjalanan kami ke alamat tersebut, aku melihat Iesh yang berjalan di sebelah Quieshah kesejukan.
"Iesh, sejuk ke?" Soalku kerisauan. Dia mengangguk sambil mengusap badannya untuk merasakan kehangatan.
Aku yang mahu membuka jaketku ditahan oleh Ryoga, "It's okay." Dia membuka jaketnya lalu dipakaikan pada Iesh.
"Okey, tak?" Soal Ryoga emmandnag Iesh.
"Hm! Okey!" Balas Iesh bersemangat.
"Fikir sweet ke?" Tanya Alyn tidak puas hati dengan aku dan Ryoga. Aku memandang dia dan Kai yang berjalan di belakang kami lalu menjongketkan keningku. Ryoga hanya ketawa.
"Eh? Aiskrim! Nak! Nak! Nak!" Kata Iesh sambil menunjuk ke arah sebuah gerai aiskrim. Quieshah turut mengikut perbuatan abangnya.
"Ice cream? Okay, this time, I treat you guys." Kata Kai tiba-tiba.
"Yay!" Ujar Iesh dan Quieshah gembira. Kami berenam menuju ke gerai aiskrim itu.
"What flavour do you want?" Kai bertanya pada Alyn yang berada di sebelahnya.
"Vanilla with some strawberries." Jawab Alyn menyengih. Kai tersenyum lalu memesannya. Dia memberi Alyn secawan aiskrim dan dia pegang lagi secawan.
"Iku yo. (Jom.)" Kai mengajak Alyn. Aku dan Ryoga terkejut.
"Eh, what about us?" Soalku menunjuk pada kami berempat.
Dia ketawa, "Haha! Buy it yourselves." Ujar Kai.
"Not nice, Kai." Ujar Ryoga memarahi Kai.
Kai dan Alyn ketawa.
"Hai', hai', joudan. (Ya, ya, gurau je.)" Ujar Kai menghabiskan sisa tawanya memandang aku dan Ryoga.
"Okay ,what do you guys want?" Soal Kai memandang kami.
"2 chocolates and 2 strawberries." Ujarku setelah bertanya pada Iesh dan Quieshah.
Kai memesan lalu memberikan kami keempat-empat cawan aiskrim tersebut dan membayarnya.
Aku dan Ryoga ambil yang coklat manakala, Iesh dan Quieshah mengambil yang strawberi. Quieshah sibuk memegang anak patungnya jadi, aku mengambil anak patungnya.
"Meh, akak tolong bawa." Aku senyum
Dia senyum lalu menikmati aiskrim strawberinya dengan berselera. Kami keluar dari kedai aiskrim itu dan meneruskan perjalanan.
"Haha! Comotlah, Quieshah." Kataku ketawa melihat mulutnya penuh dengan aiskrim berwarna merah jambu itu. Aku berhenti seketika dan mengambil tisu di dalam beg.
"Sini, akak lap." Aku mengelap mulutnya dengan teliti.
"Dah, so cute." Ujarku tersenyum lalu bangun semula dan berjalan sambil menyuap aiskrim di dalam mulutku.
Ryoga seperti biasa, kalau dia tengok aku buat macam tu dia senyum tak habis habis. Dah kenapa entah.
*******
Setibanya kami di rumah tersebut. Rumah itu nampak sepi.
"Ohay-" Ryoga baru nak ucap tetapi dihentikan oleh aku.
"It's okay, let me do it." Ujarku.
"Assalamualaikum!" Ucapku dari luar rumah. Dah mesti ibu dan papa mereka ni Islam jadi aku pun bagilah salam. Ryoga dan Kai hanya pelik dengar aku ucap sebegitu.
"Waalaikumussalam." Jawab seorang perempuan.
"Yes? Wh-" Perempuan itu tak menghabiskan pertanyaannya kerana terkejut melihat Iesh dan Quieshah.
"Ya Allah, anak-anak ibu!" Ibu Iesh dan Quieshah terus meluru ke arah mereka berdua.
"Ya Allah, Iesh dengan Quieshah pergi mana? Puas ibu dengan papa cari seluruh tempat di Tokyo ni." Ujar ibunya itu lalu mencium kedua-dua anaknya.
Iesh dan Quieshah menangis. Air mataku secara automatiknya mengalir lagi. Sebak melihat mereka membuat jejak kasih di sini. Aku cuma cuba menutupi sahaja yang aku ini sedang sebak.
"Hey~ are you crying?" Soal Ryoga lembut sambil memandangku.
"Taklah, ada habuk masuk mata." Kataku sambil mengesat mataku lalu memandang ke arah lain.
"Sini, saya tengokkan." Ujarnya pergi kedepanku.
"It's okay, just a bit. I'm okay now." Balasku sambil melemparkan senyuman palsu. Tak habis sebak lagi tu sebenarnya.
Ibu mereka bangun lalu memandang kami dengan penuh senyuman.
"Arigatou gozaimasu. Thank you, you guys had take care of my children. Arigatou gozaimasu." Ibunya berterima kasih bersungguh-sungguh. Dia menunduk hormat banyak kali.
"Sama-sama, tak apa, kak, diorang ni pun comel sangat." Aku senyum memandang kedua budak kecil itu.
"Eh, lah, orang Malaysia ke?" Akak itu terkejut memandang aku dan Alyn. Kami berdua hanya mengangguk.
"Ya Allah, terima kasihlah. Akak memang berdoa diorang berdua ni, even sesat pun ada orang jumpa bukan jumpa dengan orang pelik pelik." Ujar akak itu yang bersungguh-sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ditemukan semula dengan anak-anak kesayangannya itu.
"Okeylah kak, semua pun dah selesai kami balik dulu." Kataku meminta diri.
"Sekejap, suami isteri ke?" Akak itu menunjuk pada aku dan Ryoga. Aku dan Ryoga terkejut.
"Eh, tak! Kami kawan je. Ke-Kenapa akak boleh fikir macam tu?" Soalku terkejut beruk.
"Tak adalah, akak ingatkan suami isteri tadi. Tak, bukan apa, sebab gloves sama, baju sama warna tu yang akak fikir korang ni suami isteri. Tapi, apa salahnya? Insya-Allah, selamat ke jinjang pelamin." Kata akak itu mengusik aku. Akak itu 'sporting' betul. Ryoga agak terpinga-pinga sebab mungkin ada yang dia tak faham.
"Kak, jauh sangat impiannya itu, kak. Macam mustahil sangat je, kak." Bisikku padanya.
"Akak doa je, mana tahu betul jemput lah, ya? Nah, ni nombor akak." Dia menghulurkan sekeping kad yang tertera nama, nombor telefon dan alamatnya.
"Aamiin~" Alyn mengaminkan dengan kuat. Aku mencubit Alyn. Dia kesakitan.
"Ha, ha, okey. Kalau betul, jemputlah pergi kenduri diorang ni dulu." Ujarku menunjuk ke arah Alyn dan Kai. Aku ketawa besar dapat menyakat kawan baikku seorang itu.
"Oi, kenapa aku yang jadi mangsa ni?" Tanya Alyn. Aku ketawa lagi.
"Hm, anyway, siapa nama korang ni? Tinggal mana?" Soal akak itu.
"Saya Sakinah, ni Ryoga, Alyn dan Kai. Sakinah dan Alyn tinggal sini seminggu je." Aku memperkenalkan diriku dan yang lain.
"Oh, maksudnya Sakinah dengan Ryoga, Alyn dengan Kai? Hm, tak lama dah ni." Ujar akak itu. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalaku.
"Akak pula Syahirah. Panggil je Kak Syera." Ujar akak itu memperkenalkan dirinya pula.
"Oo, okeylah, kami balik dulu Kak Syera. Ada rezeki, kita jumpa lagi." Ujarku lalu melambai.
Kak Syera mengangguk lalu melambai, "Terima kasih ya, Iesh, Quieshah, jom, masuk." Kak Syera mengajak mereka berdua masuk. Aku dah menoleh untuk berjalan pulang.
"Eh, kenapa ni, Quieshah? Masam je muka." Soal Kak Syera kerisauan dengan anaknya. Aku berhenti dan menoleh semula ke arah Quieshah. Ryoga dan yang lain turut berhenti.
Tiba-tiba, Quieshah berlari ke arahku dan memeluk kakiku.
"Akak! Nanti Quieshah rindu akak!" Quieshah menangis. Aduh, babak sedih lagi. Perah air mata lagi lah jawabnya. Aku senyum walaupun air mataku mengalir.
Aku separa duduk suappa mukaku separas dengan muka Quieshah yang comel itu. Aku membelai lembut rambutnya dan mengusap tangannya yang kecil itu.
"Quieshah, nanti akak pun akan rindu Quieshah, tapi ingat tak apa akak cakap semalam? Kalau rindu sentiasa ingat orang itu dalam hati Quieshah kan? Jadi, Quieshah sentiasa ingat akak dalam hati Quieshah, okey?" Aku memujuknya sambil menunjuk ke arah hatinya.
"Ha, nah, ni, akak bagi Quieshah. Nanti kalau rindu jugak ni tengok klip rambut ni. Ingat klip rambut ni daripada akak. Pakai tau. Kalau rindu lagi minta ibu Quieshah call akak, okey?" Aku mengeluarkan klip rambut ungu kesayanganku yang aku selalu pakai dari dalam beg. Aku memakaikan pada rambutnya yang lembut itu.
Dia mengangguk lalu senyum. Kami berpelukan buat seketika. Kami melepaskan pelukan. Dia mengesat air mataku yang tiba-tiba sahaja mengalir. Aku senyum lalu bangun. Dia bersalaman dengan aku dan Alyn lalu kembali ke arah ibunya dan abangnya. Mereka melambai. Aku senyum dan membalas lambaian mereka. Kami pun berjalan pulang.
"Waa! Sedihnya cerita drama kau dengan Quieshah tadi Sakinah!" Ujar Alyn dan berpura-pura mengesat matanya.
"Haha! Hm, entahlah." Aku hanya tersenyum sambil berjalan.
"Eh, tapi kan, kalau kenduri, kaulah kenduri dulu. Aku nak tengok bonda
aku ni kahwin dulu." Ujar Alyn keriangan.
"Amboi, kau! Tak sabar betul. Siapa lah nak kat aku ni? Haha! I didn't meet any good man to be my husband yet. Huhu~" Ujarku lalu kami ketasa. Nampak tak yang aku ni memang kuat bergurau? Baru habis SPM dah fikir pasal suami. Haha!
Ryoga memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku yang perasan memandnagnya pelik.
"Nande? (Kenapa?)" Soalku. Tiba-tiba, dia seperti merajuk dan tak mengendahkan soalanku lalu meninggalkan aku, Alyn dan Kai di belakang.
"Weh, aku ada salah cakap ke?" Soalku kepada Alyn. Alyn hanya mengangkat bahu.
"Ryoga-san! Chotto matte! (Tunggu saya!)" Aku memanggilnya tapi, dia tak endah malah terus sahaja berjalan. Aku mengejar dia sehingga langkahku sama dengannya.
"Hey, why are you avoiding from me?" Soalku dengan lembut. Dia masih tak mahu berhenti.
Aku pergi kehadapannya menghentikan dia. Aku mendepakan tanganku. Alyn dan Kai hanya memerhatikan kami dari belakang.
Dia pergi ke kiri aku menghalang, dia pergi ke kanan pun aku menghalang.
"Nani? (Apa?)" Soalnya.
"What's wrong with you? Did I do something wrong? I'm sorry." Soalku pula dan aku meminta maaf.
"Ii-e. (Tak.)" Jawabnya lalu teruskan berjalan.
"Ha? He's weird. Why he be like this in sudden?" Soalku kepada Kai.
Kai tersenyum, "Ego in love. So sweet." Kata Kai lalu berjalan mengekori Ryoga meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Alyn juga tersenyum seperti memahami Kai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience